Thursday, April 28, 2011

PAS Risau Dilanda Gelombang Berkiblatkan 'Anwar'

Pas Risau Dilanda Gelombang Berkiblatkan “Anwar”
Posted by MELANAU BLOGGER™ at Tuesday, April 26, 2011
Share


KUALA LUMPUR 26 April – Pemimpin Pas hari ini mungkin dalam gundah gulana melihat kepada apa yang berlaku di dalam parti berkenaan khususnya menjelang muktamar agung mereka Jun ini yang bakal menyaksikan pertandingan termasuk kepimpinan tertinggi.

Kebimbangan itu dapat dilihat antaranya ingatan daripada Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan parti berkenaan diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad atau anak beranak.

Mengulas mengenai isu terbabit, bekas pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hamdan Taha mempunyai tafsiran tersendiri yang mana bagi beliau itu adalah kebimbangan pucuk pimpinan mereka terhadap usaha meliberalkan Pas selain khuatir parti itu bakal kehilangan kepimpinan ulama yang dilaung-laungkan sejak sekian lama.

“Dari segi politiknya, mereka juga mungkin bimbang dengan kumpulan yang berkiblatkan Datuk Seri Anwar untuk menguasai kepimpinan tertinggi Pas. Namun paling utama ialah mereka bimbang usaha-usaha untuk meliberalkan parti itu dalam usaha mendapatkan sokongan bukan Islam.

“Bagi saya itulah pokok utama yang kita boleh tafsirkan daripada apa yang diluahkan oleh Naib Presiden Pas itu. Tuan Ibrahim mungkin sudah nampak angin yang mula bertiup secara perlahan-lahan yang akhirnya dikhuatiri bakal menenggelamkan kepimpinan berteraskan ulama.



“Saya katakan begitu kerana mereka yang benar-benar ulama di dalam kepimpinan Pas hari ini hanya tinggal beberapa kerat sahaja. Mahfuz Omar bukannya ulama, Mohamad Sabu pun bukannya ulama, siapa lagi yang kita boleh ambil contoh..Husam Musa bukan ulama, Khalid Samad bukan ulama…Begitu juga Salahudiin Ayub..bukan ulama,” katanya.

Lantara itu kata beliau lagi Pas hari ini menjurus ke arah “Pure Politician” yang mana bakal diisi oleh mereka yang tidak sehaluan daripada apa yang dialung-laungkan iaitu bersama kepimpinan ulama.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, parti hendaklah diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad apatah lagi sebagai syarikat anak beranak.

Menurutnya, Pas telah mengisytiharkan matlamat perjuangannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka telah melihat dan meyakininya.

Hamdan seterusnya yakin, apa jua yang dilaksanakan oleh Pas hari ini berkiblatkan politik dan tidak lagi berasaskan kepada prinsip yang dialung-laungkan sejak sekian lama.

credit to MediaUMNO

No comments:

Post a Comment