Monday, July 30, 2012

AWAS...Kebangkitan musuh dalam selimut....


Musuh dalam selimut, ini yang aku boleh bagi peringatan. Mereka ini tergolong dari: penjawat awam yang menyokong Pembangkang, Orang Anwar Ibrahim yang masih dalam UMNO, Orang Anwar Ibrahim yang berjawatan tinggi dalam kerajaan mahupun UMNO dan yang akhir sekali, orang lama dalam ABIM dan yang pernah mengikut usrah atau sehingga kini masih berusarah terutama di Bangi...

Maka jangan anggap perkara ini mudah dan tidak penting. Mereka ini sedang bergerak secara senyap, mengaku taat setia pada YAB PM , namun, masih lagi menyelinap dan mengelurkan segala maklumat kepada Anwar Ibrahim. Dan tidak pelik segala maklumat dalam Pejabat PM sendiri boleh terkeluar dan terlepas ke tangan pembangkang. Siapa dalanganya???


Caturan yang telah lama berlaku dan telah lama Anwar rancangkan. Kalau sesiapa ingat ketika zaman Reformasi 1998, Anwar pernah berpesan kepada rakan-rakannya dalam UMNO dan kerajaan , teruskan bersama UMNO dan kerajaan dan jangan keluar UMNO... Ini pesanan yang cukup bermakna dan kini hasilnya boleh dilihat. Anwar kini boleh bertepuk tangan kerana segala pencaturan dan hasil didikan Usrah dalam ABIM berjaya dilaksanakan oleh ahlinya serta pengikiut setianya.

Lihatlah kini, seluruh agensi BTN kini sudah dikuasai oleh orang Anwar dan ia merupakan agensi politik terpenting dalam kerajaan. Tak hairanlah jika umum maklum di BTN sendiri dari Ketua Pengarah hingga ke anak buahnya adalah disusun atur orang Anwar dan juga yang paling penting bagaimana BTN kini boleh menyalurkan peruntukan untuk ABIM yang dilihat pertubuhan lesu, mati segan hidup tak mahu. Tapi siapa pula dalang yang mempermosikan dan melantik Ketua Pengarah BTN ini???

Kalau BTN dan juga Pejabat PM sendiri masih bergelumang dengan orang Anwar, maka tak hairanlah kini di jabatan dan agensi lain juga terus menerus dicatur oleh golongan Anwarinas. Musuh dalam selimut ini lebih berbahaya dari yang terang lagi besuluh.

P/S Jangan ingat mereka tak tahu....

Ke mana perginya Hudud dan Negara Islam PAS akhir-akhir ini?


Hari ini satu pukulan buat PAS apabila kawan yang mereka sanjung dan sayang selama ini iaitu DApig dan PKR membuat kenyataan akhbar yang menyatakan tidak menyokong Hudud dan Negara Islam. Satu amaran buat PAS yang masih lagi tercari-cari harga diri setelah duduk dan bersama kumpulan yang benar-benar anti Islam. Apa jawapan PAS bila DAP dengan berani menyyuarakan bahawa mereka menolak Hudud dan negara Islam atas dasar malaysia bukan hanya didiami oleh Melayu dan orang Islam sahaja. Apa PAS perlu buat selepas ini, nak keluar dari pakatan Rakyat atau terus bersama mereka.


Maka, jelas kini dasar dan perjuangan PAS sudah digadaikan dan boleh dibawa berbincang dengan dasar dan perjuangan selama ini. Hasil titik peluh Ulamak dan perjuangan tok tok guru pondok selama ini dengan mudah kini PAS mengadaikannya. Sanggup diketepikan soal Hudud dan Negara Islam yang selama ini diperjuangkan.

Apa reaksi ahli mereka? adakah mereka ini menjadi pak turut, atau sudah taksub dan terpaksa reda sahaja apa yang diputuskan oleh kepimpinan atasan. Dimana Ulamak PAS selama ini yang begitu angkuh untuk menegakkan negara Islam dan Hudud. Adakah mereka kini menikus ketakutan dek kerana PAS kini sudah dikuasai oleh golongan Anwarinas???


Kesimpulannya, adakah PAS masih lagi berjuang atas dasar yang sama atau terpaksa menjaga rakan seperjuangannya iaitu DAp dan PKR. Adakah PAS masih boleh bersuara sedangkan 2 parti lain tidak bersetuju dengan perjuangan dasar PAS. Maka mudah disini, PAS keseorangan dan akan terus kesorangan. PAS bak melukut ditepi gantang...kesiannnn...

Sunday, July 29, 2012

Mesir dan Negara Islam, Negara Kebajikan dan Hudud...


Setelah berkuasa Ikhwan Muslimin dan Morsi mengetuai Mesir maka parti Islam ini masih lagi tidak melaksanakan Hudud atau Negara Islam ataupun Negara Berkebajikan...Kenapa puak-puak PAS terus berdiam diri dan tidak pula mendesak pihak Morsi yang menjadi kawan rapat dan sekutu mereka untuk melaksanakan Hudud. Pada awalnya mereka juga (PAS) cukup bangga dengan kemenagan Morsi dan maka bersorak dan meraikan kemenagan morsi ini. Namun, setelah berkuasa maka Morsi masih lagi duduk dibawah telunjuk rakyatnya yang mahukan demokrasi dan bukan sebuah negara Islam.

PAS berjuang atas satu landasan cuma nama je berbeza, di Mesir nama Ikhwan Muslimin dan di Malaysia PAS. Tapi Kenapa di Mesir masih ragu-ragu untuk laksanakan dasar dan perlembagaan Islam. Apakah bila PAS akan menguasai Malaysia atau Putrajaya maka mereka terus tunduk dengan PKR dan DAP. Lihat sahaja lah di Mesir, kuasa Ikhwan Muslimin disana walaupun disana tak de PKR dan DAP tetapi mereka terus tunduk tidak melaksanakan Hudud. Apa pula pada PAS yang sibuk sangat nak laksanakan Hudud dan negara Islam tetapi masih lagi bersahabat dengan PKR dan DAP...Adakah cita-cita murni PAS akan berjaya atau hanya angan-angan kosong dan hanya utk gimik menarik sokongan umat Islam di Malaysia.


Maka disini kita perlulah berfikir dan guna akal serta mengambil contoh parti Islam yang digunakan untuk tujuan politik akan terus berselindung dan menggunakan Islam sebagai wadah untuk kepentingan mereka sahaja. Tidak berdakwah dan tidak pula melaksanakan ajaran Islam sebenar terhadap pengikutnya...Islam terus dipermainkan...

Apapun kita tunggu dan lihat jika benar Ikhwan Muslimin parti Islam dan akan melaksanakan Hudud di Mesir kita alukan dan ucapkan tahniah untuk kekuatan Ikhwan Muslimin dan PAS perlu juga berjuang untuk Hudu dan negara Islam dan jangan undur dari tekanan terus dari DAP...UMNO tak pernah menkan PAS untuk laksanakan Hudud...Maka fikir-fikirkanlah tahaluf siyasi yang dibuat oleh PAS bersama DAP....


P/S Ada Alquran dan Hadis, Gunakan, Ada otak maka berfikirlah...

Allah Mahukan Pas Merampas Kuasa Ke Putrajaya - Nik Abduh - Bila manusia nak ambil alih keje Allah...



Adakah ini yang dikatakan perjuangan PAS selama ini...Persoalannya...Betulkah Allah yang arahkan???

Tuesday, July 10, 2012

Himpunan Oren anjuran PAS..Apa relevannya???


Himpunan Oren pada 14 Julai ini adalah untuk membantah FGVH di Bursa Saham. Lembap sungguh orang-orang PAs ni berfikir, baru nak bantah sedangkan FGVH sudah disenaraikan dan sekarang ni dah untung hampir RM1. Apa relevannya mereka ini nak berhimpun dan menyerahkan memorandum kepada Agong. Dah tak de isu lain ke, sedang para peneroka menikmati durian runtuh dan tak lama lagi dapat lak duit raya..

Apa PAS boleh beri pada peneroka? Setakat masuk rancangan FELDA dan menghasut peneroka yang dulunya hidup aman dan dami. Hasil hasutan PAS dalam FELDA ini, maka ada beberapa keluarga peneroka yang kempunan nak rasa duit durian runtuh. Malah hanya boleh telan air liur sahaja bilamana melihat jiran-jiran mereka menikmati duit sambil ada yang hanya boleh melambaikan jiran mereka yang dapat ke Umrah dari duit durian runtuh. Yang tertindas adalah mereka yang menyokong PAS ni, nak pi beratur amik duit durian runtuh malu, maka duk la diam-diam dalam rumah. PAS hanya tahu menyalak sahaja dan kini mana orang-orang PAS yang masuk rancangan menjanjikan itu dan ini, bila dah lihat durian runtuh terus runtuh dalam FELDA. Pakat lari dan tinggalkan pengikut setia PAS yang duk dalam rancangan FELDA, tanpa datang dan bantu dengan durian runtuh dari pihak PAS. Malah ada yang terpaksa berhabis duit kerana nak masuk syurga dan sumbang kepada PAS. Haram jadah kata YAB PM. Dan inilah makhluk perosak sebenar dalam rancangan FELDA dan bukan nya ulat sawit tapi PAS dan ahlinyalah yang membawa kepada kehancuran dan memecah belahkan kemakmuran yang lama wujud dalam FELDA.

Sekarang mereka nak berhimpun untuk perhimpunan oren. Apa yang mereka nak, sedangkan peneroka sendang menunggu hasil dari FGVH. Kalau dibatalkan saham ni maka peneroka tak dapat satu sen pun dan puak-puak PAS pun bergembira kerana bantahan mereka berjaya. Apa yang mereka bantu peneroka. Sedang peneroka berharap agar saham FGV ini naik melonjak. Dan kalau ada demo seperti himpunan oren ini , ada kemungkinan boleh turun saham. Kalau saham turun siapa lak yang rugi??? PAS yang rugi ke atau peneroka FELDA yang rugi. Maka aku seru la puak-puak PAS ni, janganlah hancurkan apa yang telah dibina dengan jayanya. Kan semua dalam FELDA ni 97% orang Melayu dan kalau naik hasil FGV ni pun akan menguntungkan orang Melayu juga. Jangan lah PAS jadi keldai DAP yang menghasut agar menghancurkan organisasi orang Melayu seperti FELDA. Mereka ini Cina jahanam yang tak boleh tengok orang Melayu senang.

Tak payah la PAS Perak dan PAS Selangor keluarkan surat arahan untuk semua ahli PAS berhimpun di himpunan oren. Surat arahan itu seumpama surat arahan menghancurkan bangsa sendiri yang se agama dan se bangsa. Maka ingatlah orang PAS dan sesiapa sahaja dari kalangan Peneroka yang libatkan diri dalam himpunan oren ini, anda adalah pengkhianat bangsa dan andalah Haram jadah yang sebenar. Kalau PAS yang memperjuangkan Islam, dan penuh dengan ulamak dan umarak dalam parti, persoalan yang aku nak tanya hanya satu, kenapa perlu hancurkan keamanan yang sedia wujud dalam FELDA ? Kenapa tak pula buat himpunan bantahan Astro disahamkan di bursa? Apa pula hukum menghasut warga FELDA agar tidak bersama pengurusan FELDA bagi meningkatkan ekonomi mereka? Adakah PAS mahukan peneroka ini teurs hidup miskin seperti mula-mula mereka masuk ke FELDA? Hidup kais pagi makan pagi dan adakah ini ajaran PAS sama seperti rakyat Kelantan yang rata-rata hidup merana tanpa ada pembangunan seperti negeri lain?


Inilah wajah penghasut didalam FELDA dan kerjanya hanya memecahkan belahkan warga FELDA...Tak haram jadah namanya tu....

Cukup-cukuplah PAS menabur fitnah. Harapan dan keikhlasan warga peneroka hanya untuk melihat kehidupan mereka sejahtera dan hidup aman damai dalam setiap rancangan mereka. Cukuplah PAS yang hanya menjanjikan impian kosong tanpa ada jalan membantu atau membuka ruang menaikan taraf hidup peneroka. Persoalannya Apa jasa PAS selama ini terhadap Peneroka FELDA? Ada PAS tolong bagi duit? Ada PAS tolong betulkan rumah peneroka? Ada PAS bantu Gen2 FELDA? Ada PAS tolong tanam semula ladang mereka? Ada PAS bagi durian runtuh? Ada PAS cuba selesaikan masalah peneroka? Ada PAS datang berdakwah dan mengajar kitab Fiqh atau kitab-kitab di dalam setiap rancangan? Yang ada hanya PAS datang untuk menghasut warga Peneroka dan memecah belahkan kehidupan peneroka selama ini. Maka ingatlah wahai PAS, hasrat busuk anda ini hanya akan membawa anda lebih cepat masuk neraka....

Jelas tidak ada relevannya untuk semua berhimpun atas dasar nak bantah FGV yang telah disenaraikan dan peneroka sedang menunggu hasilnya. Adakah PAS rela nak lihat kegagalan peneroka dalam mengutip hasil FGV ini dengan mengadakan kerahan untuk himpunan oren?? Maka fikir-fikirkanlah wahai orang-orang PAS....Jangan jadi lembu yang hanya dicucuk hidung dan gunakanlah otak dan jangan jadi macam lembu yang tak ada otak...

P/S Sibuk ngan warga FELDA dan saham FGVH, Nik aziz terlupa dan terus tidur dengan isu Dinar di Kelantan. Dari berdemo Oren baik la berdemo Dinar yang terang-terang menipu ulamak mereka sendiri. Kesian Nik Aziz, jadi Menteri Besar pun kena tipu. Tu la asik tidur je kan dah kena tipu anak didik sendiri....

Monday, July 9, 2012

Mempersoalkan kaum Cina di Malaysia....


Ada beberapa persoalan yang bermain dibenak sejak kebelakangan ini. Apa yang aku fikirkan adalah satu bangsa pendesak di Malaysia ini. Kaum Cina yang tidak sudah-sudah mendesak itu dan ini kepada pihak kerajaan. Berbagai permintaan yang di minta terhadap kerajaan demi menjaga kaum mereka. Tak henti-henti mempersoalkan kepentingan mereka dan kaum mereka.Kalau aku katakan yang aku ni perkauman nanti kaum Cina mula marah, namun hakikatnya mereka ini mendesak kerajaan seolah-olah mereka sahaja yang duduk atau mendiami bumi Malaysia ini.

Makin lantang mereka bersuara dan mendesak, mempersoalkan itu dan ini, tapi yang peliknya, setiap kali desakan mereka diutarakan maka kerajaan mula mengelupur cari jalan penyelesaian. Mereka minta itu dan ini, mereka mahukan segalanya dan yang paling ketara mereka mahukan kerajaan supaya tunduk atas pemintaan mereka. Adakah ini bermakana bahawa mereka ini sudah angkuh dan percaya bahawa jika segala pemintaan mereka tak dituruti maka kerajaan BN akan hilang undi dari mereka.


Namun, yang jelas, bilamana pilihanraya negeri Sarawak, segala permintaan mereka ditunaikan, tetapi mereka balas dengan tuba. Apakah kerajaan masih tidak melihat mainan mereka ini. Atau kerajaan masih yakin dengan pengaruh dan kesan pengundi cina dan tahap sokongan mereka. apakah relevennya kaum ini? Adakah dek kerana ekonomi dimonopoli oleh mereka maka kerajaan terpaksa tunduk? Adakah dek kerana dasar kerajaan yang menjaga hak sama rata bagi setiap kaum maka mereka ini hasratnya perlu ditunaikan? Persoalannya kenapa hanya kaum Cina dan tidak kaum lain?

Yang jelas hari ini, kaum Cina sudah tidak mengindahkan lagi segala perlembagaan dan undang-undang negara demi memenuhi hak dan kepentingan mereka. Apa sahaja diminta, digunakan dengan cara mendesak seperti demo dan sebagainya.

Tanpa ada rasa malu pada kaum lain atau kaum asal di bumi ini, mereka tidak pernah tanya apakah sumbangan mereka pada negara? Kalau setakat main badminton dan setakat menjana ekonomi negara, apalah sangat jika dibandingkan dengan pemintaan mereka yang dibalas dengan tuba.


Perlu ada kesedaran untuk kaum ini dan rasa malu pada kaumnya kerana sekarang ini dilihat kaum Cina lebih kepada kaum pendesak yang dilihat memperjuangkan hak mereka tanpa memikirkan hak orang lain. Boleh meminta itu dan ini tapi biarlah berpada. Dan apabila dilaksanakan segala hajat mereka maka mereka belajarlah bersukur dan kenanglah jasa sedikit. Jangan terlalu ikutkan penasihat diseberang tambak tu, mereka disana hanya suka bertepuk tangan untuk menantikan perpecahan kaum di Malaysia ini.

Jadi yang jelas , kaum Cina ni perlu disekolahkan semula dan jangan ingat kami kaum lain atau lebih khusus aku kaum Melayu hanya berdiam diri sahaja tanpa ada rasa irihati atau dendam. Maka, pihak kerajaan pun kena lah bertindak sedikit atau membuat anjakan dan jangan menari dengan tarian yang sama.Mungkin bila dah lama sangat berdendam maka, akan hilang juga sokongan undi dari kaum lain untuk kerajaan. Jangan ingat hanya menjaga satu kaum sahaja kerajaan boleh duduk selesa. Fikir-fikirkan lah juga anak bangsa sendiri dan bagimana untuk memberikan yang terbaik untuk semua. Hanya untuk kali ini aku nak mempersoalkan kaum Cina dan aku nak mempersoalkan hak aku sebagai rakyat Malaysia dan orang Melayu ....

P/S antara buku kaum pendesak, ditaja dan dikeluarkan di Singapura dan dirasmikan oleh



Saturday, July 7, 2012

Puak PAS terus membisu..malu...


Tidak boleh terima kenyataan, itulah sifat puak-puak PAS apabila sudah bersalah atau rasa bersalah. Terus membisu bila mana Dinar dan Dirham yang dibangga-banggakan satu ketika dulu kini menjadi bahan siasatan kes...Aduhi kena tipu dengan puaknya sendiri. kena tipu dengan orang besar PAS sendiri. kesian la puak-puak PAS ni, asik kena tipu je. Dah la kena tipu ngan PKR dan DAP, ni kena tipu dengan orang kanan Nik Aziz sendiri...

Bangganya bila secara angkuh menyatakan Kelantan dan ada dinar dan dirham, tiba-tiba hari ni baru tahu yang dinar tu ada masalah dan sedang disisat oleh pihak berkuasa. Yang bebal nya lagi Menteri Besar, satu apa pun tak tau sedangkan dia sendiri yang rasmikan. Apa punya bebal la Menteri besar yang asik tidur je ni. Kalau semua urusan ekonomi dia tak tahu, macam mana nak bangunkan negeri. Kalu hanya berdoa dengan Allah, macam mana Allah nak bagi kemewahan kepada negeri sedangkan tak berusaha untuk mendapatkannya.


Maka senyap la para puak-puak PAS , tak beri apa-apa komen. Takut membuka pekung sendiri atau takut nanti disiasat oleh pihak berkuasa, atau mereka juga terlibat sekali. Senyap dan membisu, kalau lah perkara ni puak-puak UMNO yang buat, dah tentu tak cukup mulut atau sampai berbuih mulut berceramah sana-sini mengutuk UMNO. Kenapa tak kutuk puak-puak PAS sendiri apabila memalukan kerajaan negeri Kelantan dan anak-anak Kelantan. Memang dah dasar diajar untuk taat pada pemimpin, maka apa pemimpin dia buat walau menipu pun maka wajib berdiam dan taat maka mereka akan masuk semua ke syurga bersama-sama dipimpin oleh Husam Musa dan kuncu-kuncunya...


Malu dan terus membisu...kesian ditipu oleh sang kelembai yang bijak dengan mainan ekonomi. Yang Menteri Besarnya terus tidur, kerana dah serahkan bulat-bulat bab ekonomi diuruskan oleh Husam Musa. Habis dijualnya negeri Kelantan, habis ditipunya memanda Menteri Besar yang dah tua dan hanya meletakkan kepercayaan pada dia seorang. Maka yang dilihat, hanyalah syurga didepan sana, tapi yang menipu diatas dunia ni terus bermaharajalela...Kesian puak-puak PAS dek kerana taat dan taksub membabi buta, maka terpaksalah berdiam, membisu dan malu sendiri untuk menegur pemimpin mereka yang juga korap dan menipu...Korap dan menipu Nika Aziz pulak tu. Menipu Tok Guru, adhai sanggup juga puak PAS ni menipu Ulamak besar mereka...kesian...Maka hari ini pakat-pakat diam dan membisu lah ya, demi kesejahteraan parti dan juga untuk kita bersama-sama masuk syurga...


TIDUR....


DAN TERUS TIDUR....

P/S: Ini semua salah UMNO dan BN kerana ada unsur-unsur sabotaj hehehehe...

Friday, July 6, 2012

Anwar nak besara...atau nak lari ke luar negara..


Dahulu cita-cita nya sebagai PM Malaysia...Dahulu dia pernah melaungkan 'lawan tetap lawan' tapi kini dah mula kata nak berundur atau besara...Apa dah jadi dengan Anwar, setelah cuba mencari jam Omega yang hilang atau mencari idaman kerusi empuk maka kini, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk beliau besara. Gimik demi gimik yang beliau cuba tontonkan untuk rakyat Malaysia. Beliau cuba menarik simpati kepada golongan yang masih bebal dan dungu untuk terus membicarakan sokongan terhadap beliau. Cukup unik bila lafaz untuk besara itu diutarakan, malah seperti meraih simpati rakyat dan menjadikan kawan rapat pun tertanya-tanya. Kawan rapat yang dulu sudah banyak melabur wang untuk PKR. Kawan rapat yang masih melabur wang untuk mendapatkan hasil bila Anwar jadi PM...Semua ini menjadi tanda tanya buat kawan rapat, adakah pelaburan untuk PKR dan Anwar akan berhasil...Mr Bong oh Mr. Bong...

Sudah tiba jalan buntu untuk beliau meneruskan cita-cita untuk menjadi PM. Satu demi satu Kerajaan Barisan Nasional memberikan saguhati untuk rakyat, dari BR1M ke TR1M, ini semua satu pukulan untuk Anwar yang makin lama semakin papa kedana dengan modal untuk menarik sokongan rakyat. Hanya yang tinggal, modal simpati atau gimik simpati yang biasa digunakan sebagai senjata akhir buatnya. Tiap kali pilihanraya atau berkempen beliau menggunakan strategi simpati seperti, dipenjara dan dipukul..Ini dan itu modal lama, tapi kini beliau menggunakan modal besara untuk menarik kembali sifat simpati rakyat terhadap beliau. Modal dan strategi ni boleh dihidu...


Kenapa perlu besara? Sedangkan beliau masih lagi belum memenuhi cita-citanya. Takkan dah mengaku kalah, sedangkan beliau yang laungkan 'lawan tetap lawan'. Ada yang tak kena bila beliau cuba nak mainkan isu besara ni. Beliau kini pun sedang sibuk menjalankan strategi menyelamatkan anaknya Nurul Izzah, Kalau papa dah tak betanding maka anak pasti akan disiapkan untuk menjaga kepentingan papa dalam PKR. Maka kini jelas sudah bila mana ungkapan nak besara oleh Anwar bererti memberi laluan kepada Nurul Izzah untuk menerajui PKR dan akan bertanding di Permatang Pauh. Papa akan ke mana???


Persoalannya Papa akan ke mana?? Maka jelas dan mudah untuk menjawab yang Anwar akan cuba lari dari Malaysia mungkin??? Ini dilihat dari sudut masalah dan isu yang beliau hadapi di mahkamah dan juga jalan terbaik sebelum dilarang keluar negara, maka, angkat kaki adalah jalan terbaik untuk selamtkan diri beliau. Selamat jalan Anwar...byeeeee