Monday, July 30, 2012

AWAS...Kebangkitan musuh dalam selimut....


Musuh dalam selimut, ini yang aku boleh bagi peringatan. Mereka ini tergolong dari: penjawat awam yang menyokong Pembangkang, Orang Anwar Ibrahim yang masih dalam UMNO, Orang Anwar Ibrahim yang berjawatan tinggi dalam kerajaan mahupun UMNO dan yang akhir sekali, orang lama dalam ABIM dan yang pernah mengikut usrah atau sehingga kini masih berusarah terutama di Bangi...

Maka jangan anggap perkara ini mudah dan tidak penting. Mereka ini sedang bergerak secara senyap, mengaku taat setia pada YAB PM , namun, masih lagi menyelinap dan mengelurkan segala maklumat kepada Anwar Ibrahim. Dan tidak pelik segala maklumat dalam Pejabat PM sendiri boleh terkeluar dan terlepas ke tangan pembangkang. Siapa dalanganya???


Caturan yang telah lama berlaku dan telah lama Anwar rancangkan. Kalau sesiapa ingat ketika zaman Reformasi 1998, Anwar pernah berpesan kepada rakan-rakannya dalam UMNO dan kerajaan , teruskan bersama UMNO dan kerajaan dan jangan keluar UMNO... Ini pesanan yang cukup bermakna dan kini hasilnya boleh dilihat. Anwar kini boleh bertepuk tangan kerana segala pencaturan dan hasil didikan Usrah dalam ABIM berjaya dilaksanakan oleh ahlinya serta pengikiut setianya.

Lihatlah kini, seluruh agensi BTN kini sudah dikuasai oleh orang Anwar dan ia merupakan agensi politik terpenting dalam kerajaan. Tak hairanlah jika umum maklum di BTN sendiri dari Ketua Pengarah hingga ke anak buahnya adalah disusun atur orang Anwar dan juga yang paling penting bagaimana BTN kini boleh menyalurkan peruntukan untuk ABIM yang dilihat pertubuhan lesu, mati segan hidup tak mahu. Tapi siapa pula dalang yang mempermosikan dan melantik Ketua Pengarah BTN ini???

Kalau BTN dan juga Pejabat PM sendiri masih bergelumang dengan orang Anwar, maka tak hairanlah kini di jabatan dan agensi lain juga terus menerus dicatur oleh golongan Anwarinas. Musuh dalam selimut ini lebih berbahaya dari yang terang lagi besuluh.

P/S Jangan ingat mereka tak tahu....

Ke mana perginya Hudud dan Negara Islam PAS akhir-akhir ini?


Hari ini satu pukulan buat PAS apabila kawan yang mereka sanjung dan sayang selama ini iaitu DApig dan PKR membuat kenyataan akhbar yang menyatakan tidak menyokong Hudud dan Negara Islam. Satu amaran buat PAS yang masih lagi tercari-cari harga diri setelah duduk dan bersama kumpulan yang benar-benar anti Islam. Apa jawapan PAS bila DAP dengan berani menyyuarakan bahawa mereka menolak Hudud dan negara Islam atas dasar malaysia bukan hanya didiami oleh Melayu dan orang Islam sahaja. Apa PAS perlu buat selepas ini, nak keluar dari pakatan Rakyat atau terus bersama mereka.


Maka, jelas kini dasar dan perjuangan PAS sudah digadaikan dan boleh dibawa berbincang dengan dasar dan perjuangan selama ini. Hasil titik peluh Ulamak dan perjuangan tok tok guru pondok selama ini dengan mudah kini PAS mengadaikannya. Sanggup diketepikan soal Hudud dan Negara Islam yang selama ini diperjuangkan.

Apa reaksi ahli mereka? adakah mereka ini menjadi pak turut, atau sudah taksub dan terpaksa reda sahaja apa yang diputuskan oleh kepimpinan atasan. Dimana Ulamak PAS selama ini yang begitu angkuh untuk menegakkan negara Islam dan Hudud. Adakah mereka kini menikus ketakutan dek kerana PAS kini sudah dikuasai oleh golongan Anwarinas???


Kesimpulannya, adakah PAS masih lagi berjuang atas dasar yang sama atau terpaksa menjaga rakan seperjuangannya iaitu DAp dan PKR. Adakah PAS masih boleh bersuara sedangkan 2 parti lain tidak bersetuju dengan perjuangan dasar PAS. Maka mudah disini, PAS keseorangan dan akan terus kesorangan. PAS bak melukut ditepi gantang...kesiannnn...

Sunday, July 29, 2012

Mesir dan Negara Islam, Negara Kebajikan dan Hudud...


Setelah berkuasa Ikhwan Muslimin dan Morsi mengetuai Mesir maka parti Islam ini masih lagi tidak melaksanakan Hudud atau Negara Islam ataupun Negara Berkebajikan...Kenapa puak-puak PAS terus berdiam diri dan tidak pula mendesak pihak Morsi yang menjadi kawan rapat dan sekutu mereka untuk melaksanakan Hudud. Pada awalnya mereka juga (PAS) cukup bangga dengan kemenagan Morsi dan maka bersorak dan meraikan kemenagan morsi ini. Namun, setelah berkuasa maka Morsi masih lagi duduk dibawah telunjuk rakyatnya yang mahukan demokrasi dan bukan sebuah negara Islam.

PAS berjuang atas satu landasan cuma nama je berbeza, di Mesir nama Ikhwan Muslimin dan di Malaysia PAS. Tapi Kenapa di Mesir masih ragu-ragu untuk laksanakan dasar dan perlembagaan Islam. Apakah bila PAS akan menguasai Malaysia atau Putrajaya maka mereka terus tunduk dengan PKR dan DAP. Lihat sahaja lah di Mesir, kuasa Ikhwan Muslimin disana walaupun disana tak de PKR dan DAP tetapi mereka terus tunduk tidak melaksanakan Hudud. Apa pula pada PAS yang sibuk sangat nak laksanakan Hudud dan negara Islam tetapi masih lagi bersahabat dengan PKR dan DAP...Adakah cita-cita murni PAS akan berjaya atau hanya angan-angan kosong dan hanya utk gimik menarik sokongan umat Islam di Malaysia.


Maka disini kita perlulah berfikir dan guna akal serta mengambil contoh parti Islam yang digunakan untuk tujuan politik akan terus berselindung dan menggunakan Islam sebagai wadah untuk kepentingan mereka sahaja. Tidak berdakwah dan tidak pula melaksanakan ajaran Islam sebenar terhadap pengikutnya...Islam terus dipermainkan...

Apapun kita tunggu dan lihat jika benar Ikhwan Muslimin parti Islam dan akan melaksanakan Hudud di Mesir kita alukan dan ucapkan tahniah untuk kekuatan Ikhwan Muslimin dan PAS perlu juga berjuang untuk Hudu dan negara Islam dan jangan undur dari tekanan terus dari DAP...UMNO tak pernah menkan PAS untuk laksanakan Hudud...Maka fikir-fikirkanlah tahaluf siyasi yang dibuat oleh PAS bersama DAP....


P/S Ada Alquran dan Hadis, Gunakan, Ada otak maka berfikirlah...

Allah Mahukan Pas Merampas Kuasa Ke Putrajaya - Nik Abduh - Bila manusia nak ambil alih keje Allah...



Adakah ini yang dikatakan perjuangan PAS selama ini...Persoalannya...Betulkah Allah yang arahkan???

Tuesday, July 10, 2012

Himpunan Oren anjuran PAS..Apa relevannya???


Himpunan Oren pada 14 Julai ini adalah untuk membantah FGVH di Bursa Saham. Lembap sungguh orang-orang PAs ni berfikir, baru nak bantah sedangkan FGVH sudah disenaraikan dan sekarang ni dah untung hampir RM1. Apa relevannya mereka ini nak berhimpun dan menyerahkan memorandum kepada Agong. Dah tak de isu lain ke, sedang para peneroka menikmati durian runtuh dan tak lama lagi dapat lak duit raya..

Apa PAS boleh beri pada peneroka? Setakat masuk rancangan FELDA dan menghasut peneroka yang dulunya hidup aman dan dami. Hasil hasutan PAS dalam FELDA ini, maka ada beberapa keluarga peneroka yang kempunan nak rasa duit durian runtuh. Malah hanya boleh telan air liur sahaja bilamana melihat jiran-jiran mereka menikmati duit sambil ada yang hanya boleh melambaikan jiran mereka yang dapat ke Umrah dari duit durian runtuh. Yang tertindas adalah mereka yang menyokong PAS ni, nak pi beratur amik duit durian runtuh malu, maka duk la diam-diam dalam rumah. PAS hanya tahu menyalak sahaja dan kini mana orang-orang PAS yang masuk rancangan menjanjikan itu dan ini, bila dah lihat durian runtuh terus runtuh dalam FELDA. Pakat lari dan tinggalkan pengikut setia PAS yang duk dalam rancangan FELDA, tanpa datang dan bantu dengan durian runtuh dari pihak PAS. Malah ada yang terpaksa berhabis duit kerana nak masuk syurga dan sumbang kepada PAS. Haram jadah kata YAB PM. Dan inilah makhluk perosak sebenar dalam rancangan FELDA dan bukan nya ulat sawit tapi PAS dan ahlinyalah yang membawa kepada kehancuran dan memecah belahkan kemakmuran yang lama wujud dalam FELDA.

Sekarang mereka nak berhimpun untuk perhimpunan oren. Apa yang mereka nak, sedangkan peneroka sendang menunggu hasil dari FGVH. Kalau dibatalkan saham ni maka peneroka tak dapat satu sen pun dan puak-puak PAS pun bergembira kerana bantahan mereka berjaya. Apa yang mereka bantu peneroka. Sedang peneroka berharap agar saham FGV ini naik melonjak. Dan kalau ada demo seperti himpunan oren ini , ada kemungkinan boleh turun saham. Kalau saham turun siapa lak yang rugi??? PAS yang rugi ke atau peneroka FELDA yang rugi. Maka aku seru la puak-puak PAS ni, janganlah hancurkan apa yang telah dibina dengan jayanya. Kan semua dalam FELDA ni 97% orang Melayu dan kalau naik hasil FGV ni pun akan menguntungkan orang Melayu juga. Jangan lah PAS jadi keldai DAP yang menghasut agar menghancurkan organisasi orang Melayu seperti FELDA. Mereka ini Cina jahanam yang tak boleh tengok orang Melayu senang.

Tak payah la PAS Perak dan PAS Selangor keluarkan surat arahan untuk semua ahli PAS berhimpun di himpunan oren. Surat arahan itu seumpama surat arahan menghancurkan bangsa sendiri yang se agama dan se bangsa. Maka ingatlah orang PAS dan sesiapa sahaja dari kalangan Peneroka yang libatkan diri dalam himpunan oren ini, anda adalah pengkhianat bangsa dan andalah Haram jadah yang sebenar. Kalau PAS yang memperjuangkan Islam, dan penuh dengan ulamak dan umarak dalam parti, persoalan yang aku nak tanya hanya satu, kenapa perlu hancurkan keamanan yang sedia wujud dalam FELDA ? Kenapa tak pula buat himpunan bantahan Astro disahamkan di bursa? Apa pula hukum menghasut warga FELDA agar tidak bersama pengurusan FELDA bagi meningkatkan ekonomi mereka? Adakah PAS mahukan peneroka ini teurs hidup miskin seperti mula-mula mereka masuk ke FELDA? Hidup kais pagi makan pagi dan adakah ini ajaran PAS sama seperti rakyat Kelantan yang rata-rata hidup merana tanpa ada pembangunan seperti negeri lain?


Inilah wajah penghasut didalam FELDA dan kerjanya hanya memecahkan belahkan warga FELDA...Tak haram jadah namanya tu....

Cukup-cukuplah PAS menabur fitnah. Harapan dan keikhlasan warga peneroka hanya untuk melihat kehidupan mereka sejahtera dan hidup aman damai dalam setiap rancangan mereka. Cukuplah PAS yang hanya menjanjikan impian kosong tanpa ada jalan membantu atau membuka ruang menaikan taraf hidup peneroka. Persoalannya Apa jasa PAS selama ini terhadap Peneroka FELDA? Ada PAS tolong bagi duit? Ada PAS tolong betulkan rumah peneroka? Ada PAS bantu Gen2 FELDA? Ada PAS tolong tanam semula ladang mereka? Ada PAS bagi durian runtuh? Ada PAS cuba selesaikan masalah peneroka? Ada PAS datang berdakwah dan mengajar kitab Fiqh atau kitab-kitab di dalam setiap rancangan? Yang ada hanya PAS datang untuk menghasut warga Peneroka dan memecah belahkan kehidupan peneroka selama ini. Maka ingatlah wahai PAS, hasrat busuk anda ini hanya akan membawa anda lebih cepat masuk neraka....

Jelas tidak ada relevannya untuk semua berhimpun atas dasar nak bantah FGV yang telah disenaraikan dan peneroka sedang menunggu hasilnya. Adakah PAS rela nak lihat kegagalan peneroka dalam mengutip hasil FGV ini dengan mengadakan kerahan untuk himpunan oren?? Maka fikir-fikirkanlah wahai orang-orang PAS....Jangan jadi lembu yang hanya dicucuk hidung dan gunakanlah otak dan jangan jadi macam lembu yang tak ada otak...

P/S Sibuk ngan warga FELDA dan saham FGVH, Nik aziz terlupa dan terus tidur dengan isu Dinar di Kelantan. Dari berdemo Oren baik la berdemo Dinar yang terang-terang menipu ulamak mereka sendiri. Kesian Nik Aziz, jadi Menteri Besar pun kena tipu. Tu la asik tidur je kan dah kena tipu anak didik sendiri....

Monday, July 9, 2012

Mempersoalkan kaum Cina di Malaysia....


Ada beberapa persoalan yang bermain dibenak sejak kebelakangan ini. Apa yang aku fikirkan adalah satu bangsa pendesak di Malaysia ini. Kaum Cina yang tidak sudah-sudah mendesak itu dan ini kepada pihak kerajaan. Berbagai permintaan yang di minta terhadap kerajaan demi menjaga kaum mereka. Tak henti-henti mempersoalkan kepentingan mereka dan kaum mereka.Kalau aku katakan yang aku ni perkauman nanti kaum Cina mula marah, namun hakikatnya mereka ini mendesak kerajaan seolah-olah mereka sahaja yang duduk atau mendiami bumi Malaysia ini.

Makin lantang mereka bersuara dan mendesak, mempersoalkan itu dan ini, tapi yang peliknya, setiap kali desakan mereka diutarakan maka kerajaan mula mengelupur cari jalan penyelesaian. Mereka minta itu dan ini, mereka mahukan segalanya dan yang paling ketara mereka mahukan kerajaan supaya tunduk atas pemintaan mereka. Adakah ini bermakana bahawa mereka ini sudah angkuh dan percaya bahawa jika segala pemintaan mereka tak dituruti maka kerajaan BN akan hilang undi dari mereka.


Namun, yang jelas, bilamana pilihanraya negeri Sarawak, segala permintaan mereka ditunaikan, tetapi mereka balas dengan tuba. Apakah kerajaan masih tidak melihat mainan mereka ini. Atau kerajaan masih yakin dengan pengaruh dan kesan pengundi cina dan tahap sokongan mereka. apakah relevennya kaum ini? Adakah dek kerana ekonomi dimonopoli oleh mereka maka kerajaan terpaksa tunduk? Adakah dek kerana dasar kerajaan yang menjaga hak sama rata bagi setiap kaum maka mereka ini hasratnya perlu ditunaikan? Persoalannya kenapa hanya kaum Cina dan tidak kaum lain?

Yang jelas hari ini, kaum Cina sudah tidak mengindahkan lagi segala perlembagaan dan undang-undang negara demi memenuhi hak dan kepentingan mereka. Apa sahaja diminta, digunakan dengan cara mendesak seperti demo dan sebagainya.

Tanpa ada rasa malu pada kaum lain atau kaum asal di bumi ini, mereka tidak pernah tanya apakah sumbangan mereka pada negara? Kalau setakat main badminton dan setakat menjana ekonomi negara, apalah sangat jika dibandingkan dengan pemintaan mereka yang dibalas dengan tuba.


Perlu ada kesedaran untuk kaum ini dan rasa malu pada kaumnya kerana sekarang ini dilihat kaum Cina lebih kepada kaum pendesak yang dilihat memperjuangkan hak mereka tanpa memikirkan hak orang lain. Boleh meminta itu dan ini tapi biarlah berpada. Dan apabila dilaksanakan segala hajat mereka maka mereka belajarlah bersukur dan kenanglah jasa sedikit. Jangan terlalu ikutkan penasihat diseberang tambak tu, mereka disana hanya suka bertepuk tangan untuk menantikan perpecahan kaum di Malaysia ini.

Jadi yang jelas , kaum Cina ni perlu disekolahkan semula dan jangan ingat kami kaum lain atau lebih khusus aku kaum Melayu hanya berdiam diri sahaja tanpa ada rasa irihati atau dendam. Maka, pihak kerajaan pun kena lah bertindak sedikit atau membuat anjakan dan jangan menari dengan tarian yang sama.Mungkin bila dah lama sangat berdendam maka, akan hilang juga sokongan undi dari kaum lain untuk kerajaan. Jangan ingat hanya menjaga satu kaum sahaja kerajaan boleh duduk selesa. Fikir-fikirkan lah juga anak bangsa sendiri dan bagimana untuk memberikan yang terbaik untuk semua. Hanya untuk kali ini aku nak mempersoalkan kaum Cina dan aku nak mempersoalkan hak aku sebagai rakyat Malaysia dan orang Melayu ....

P/S antara buku kaum pendesak, ditaja dan dikeluarkan di Singapura dan dirasmikan oleh



Saturday, July 7, 2012

Puak PAS terus membisu..malu...


Tidak boleh terima kenyataan, itulah sifat puak-puak PAS apabila sudah bersalah atau rasa bersalah. Terus membisu bila mana Dinar dan Dirham yang dibangga-banggakan satu ketika dulu kini menjadi bahan siasatan kes...Aduhi kena tipu dengan puaknya sendiri. kena tipu dengan orang besar PAS sendiri. kesian la puak-puak PAS ni, asik kena tipu je. Dah la kena tipu ngan PKR dan DAP, ni kena tipu dengan orang kanan Nik Aziz sendiri...

Bangganya bila secara angkuh menyatakan Kelantan dan ada dinar dan dirham, tiba-tiba hari ni baru tahu yang dinar tu ada masalah dan sedang disisat oleh pihak berkuasa. Yang bebal nya lagi Menteri Besar, satu apa pun tak tau sedangkan dia sendiri yang rasmikan. Apa punya bebal la Menteri besar yang asik tidur je ni. Kalau semua urusan ekonomi dia tak tahu, macam mana nak bangunkan negeri. Kalu hanya berdoa dengan Allah, macam mana Allah nak bagi kemewahan kepada negeri sedangkan tak berusaha untuk mendapatkannya.


Maka senyap la para puak-puak PAS , tak beri apa-apa komen. Takut membuka pekung sendiri atau takut nanti disiasat oleh pihak berkuasa, atau mereka juga terlibat sekali. Senyap dan membisu, kalau lah perkara ni puak-puak UMNO yang buat, dah tentu tak cukup mulut atau sampai berbuih mulut berceramah sana-sini mengutuk UMNO. Kenapa tak kutuk puak-puak PAS sendiri apabila memalukan kerajaan negeri Kelantan dan anak-anak Kelantan. Memang dah dasar diajar untuk taat pada pemimpin, maka apa pemimpin dia buat walau menipu pun maka wajib berdiam dan taat maka mereka akan masuk semua ke syurga bersama-sama dipimpin oleh Husam Musa dan kuncu-kuncunya...


Malu dan terus membisu...kesian ditipu oleh sang kelembai yang bijak dengan mainan ekonomi. Yang Menteri Besarnya terus tidur, kerana dah serahkan bulat-bulat bab ekonomi diuruskan oleh Husam Musa. Habis dijualnya negeri Kelantan, habis ditipunya memanda Menteri Besar yang dah tua dan hanya meletakkan kepercayaan pada dia seorang. Maka yang dilihat, hanyalah syurga didepan sana, tapi yang menipu diatas dunia ni terus bermaharajalela...Kesian puak-puak PAS dek kerana taat dan taksub membabi buta, maka terpaksalah berdiam, membisu dan malu sendiri untuk menegur pemimpin mereka yang juga korap dan menipu...Korap dan menipu Nika Aziz pulak tu. Menipu Tok Guru, adhai sanggup juga puak PAS ni menipu Ulamak besar mereka...kesian...Maka hari ini pakat-pakat diam dan membisu lah ya, demi kesejahteraan parti dan juga untuk kita bersama-sama masuk syurga...


TIDUR....


DAN TERUS TIDUR....

P/S: Ini semua salah UMNO dan BN kerana ada unsur-unsur sabotaj hehehehe...

Friday, July 6, 2012

Anwar nak besara...atau nak lari ke luar negara..


Dahulu cita-cita nya sebagai PM Malaysia...Dahulu dia pernah melaungkan 'lawan tetap lawan' tapi kini dah mula kata nak berundur atau besara...Apa dah jadi dengan Anwar, setelah cuba mencari jam Omega yang hilang atau mencari idaman kerusi empuk maka kini, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk beliau besara. Gimik demi gimik yang beliau cuba tontonkan untuk rakyat Malaysia. Beliau cuba menarik simpati kepada golongan yang masih bebal dan dungu untuk terus membicarakan sokongan terhadap beliau. Cukup unik bila lafaz untuk besara itu diutarakan, malah seperti meraih simpati rakyat dan menjadikan kawan rapat pun tertanya-tanya. Kawan rapat yang dulu sudah banyak melabur wang untuk PKR. Kawan rapat yang masih melabur wang untuk mendapatkan hasil bila Anwar jadi PM...Semua ini menjadi tanda tanya buat kawan rapat, adakah pelaburan untuk PKR dan Anwar akan berhasil...Mr Bong oh Mr. Bong...

Sudah tiba jalan buntu untuk beliau meneruskan cita-cita untuk menjadi PM. Satu demi satu Kerajaan Barisan Nasional memberikan saguhati untuk rakyat, dari BR1M ke TR1M, ini semua satu pukulan untuk Anwar yang makin lama semakin papa kedana dengan modal untuk menarik sokongan rakyat. Hanya yang tinggal, modal simpati atau gimik simpati yang biasa digunakan sebagai senjata akhir buatnya. Tiap kali pilihanraya atau berkempen beliau menggunakan strategi simpati seperti, dipenjara dan dipukul..Ini dan itu modal lama, tapi kini beliau menggunakan modal besara untuk menarik kembali sifat simpati rakyat terhadap beliau. Modal dan strategi ni boleh dihidu...


Kenapa perlu besara? Sedangkan beliau masih lagi belum memenuhi cita-citanya. Takkan dah mengaku kalah, sedangkan beliau yang laungkan 'lawan tetap lawan'. Ada yang tak kena bila beliau cuba nak mainkan isu besara ni. Beliau kini pun sedang sibuk menjalankan strategi menyelamatkan anaknya Nurul Izzah, Kalau papa dah tak betanding maka anak pasti akan disiapkan untuk menjaga kepentingan papa dalam PKR. Maka kini jelas sudah bila mana ungkapan nak besara oleh Anwar bererti memberi laluan kepada Nurul Izzah untuk menerajui PKR dan akan bertanding di Permatang Pauh. Papa akan ke mana???


Persoalannya Papa akan ke mana?? Maka jelas dan mudah untuk menjawab yang Anwar akan cuba lari dari Malaysia mungkin??? Ini dilihat dari sudut masalah dan isu yang beliau hadapi di mahkamah dan juga jalan terbaik sebelum dilarang keluar negara, maka, angkat kaki adalah jalan terbaik untuk selamtkan diri beliau. Selamat jalan Anwar...byeeeee

Saturday, June 23, 2012

Cukup-cukup la Sidek Hasan oiii...



Setelah besara wajib anda patut berehat...Apa relevennya YAB PM melantik beliau ke jawatan Pengerusi Petronas...Beliau yang dilihat gagal menampilkan KPI yang baik ketika menjawat jawatan KSN dan kini nak dilantik sebagai pengerusi Petronas???? Aduhai, cukup la Isa Samad membawa masalah kepada FELDA dan kini Si Lembu ni pulak nak buat isu dan nak bagi panas lagi cerita. Anda dah pencen dan anda tak de langsung pengalaman nak urus tadbir sebuah syarikat gergasi minyak di Malaysia...Apa relevennya ni???



Wahai YAB PM, tolong la , jangan la , jangan la...Makin hancur la Petronas tu... Dah la pekerja dalaman Petronas tu ramai yang anti kerajaan...Takkan nak tambah beban macam MAS pulak...Cuba la bagi orang yang betul-betul boleh membawa Petronas ke satu takuk yang lebih maju dari sekarang. Tolong la , Tolong la..Cukup la si Sidek Lembu ni betugas sebagai KSN yang paling lembap...Aduhai Aduhai....

Monday, June 18, 2012

Apahal mangkuk ni suka sangat berdebat???



Pelbagi persoalan yang timbul untuk si dungu ni, kenapa suka sangat berdebat? Nak tunjuk pada PM ke dia seorang sahaja dalam UMNO yang boleh bedebat? Atau, Memang telah dididik oleh Anwar selama ini untuk seluruh pengikut setianya suka dan mesti pandai berdebat? Kenapa perlu berdebat? Adakah dalam BN tiada ruang untuk dia memberikan pendapat? Atau segala pendapatnya ditolak oleh BN mentah-mentah, maka dia harus gunakan pentas untuk berdebat? Atau dia cuba nak jadi hero? Atau, dia nak sama taraf dengan Rafizi, dan KJ...Atau, dia ni dah tak akan dicalonkan lagi, kira talian hayat sekarang ni? Atau, dia ni nak lompat masuk PKR bersama idola dan mentornya? Atau, beliau ditugaskan hanya untuk berdebat dan bukan jaga Kementerian Pegajian Tinggi? Atau, dia ni dah mula nak promosi diri bagi pemilihan UMNO akan datang? Atau dia nak tunjuk pada rakyat Malaysia dan khususnya orang Temerloh bahawa dia adalah orang yang masih releven dicalonkan di Temerloh untuk PRU 13 ini kerana pandai berdebat? Atau, dia nak memperbodohkan diri dan memalukan UMNO dikhalayak ramai? Adakah dia ni dapat restu dari PM atau UMNO untuk berdebat? Atau, bila berdebat, dia kalah , dia akan memalukan UMNO dimata rakyat dan inilah hasil kejayaan Anwar meletakkan orangnya dalam UMNO? Wahhhh banyak betul persoalan dan persepsi yang cuba timbul....



Nah semua persoalan ini dia perlu jawab sendiri tanpa orang lain yang tolong jawabkan, tapi hanya satu pesanku wahai si mambang....Tengok la kawasan sendiri dan selalu la balik ke kawasan, kerana rakyat kurang sangat melihat anda buat kerja dikawasan...Bukan balik kawasan tapi berada dikawasan ya....Maka, semestinya tak buat kerja la dikawasan anda sebagai Ahli Parlimen ya bila ada rungutan rakyat....

Saturday, June 16, 2012

Hj Hadi ekor cicak...Atau dia Cicak Man...



Kalau nak berkata tu biar la pandang-pandang. Ni la gejala dek kerana dibebalkan oleh kesempitan otak yang beku. Yang lalu Nizar memperbodohkan Istana Johor, kali ni Hj Hadi pula ingatkan rakyat Johor jangan jadi macam ekor cicak. Katanya nanti Johor akan ketinggalan...Ketinggalan??? Johor yang tertinggal ke selama ini, atau negeri Kelantan yang tertinggal....PAS memerintah Kelantan 22 tahun...Yang dilihat Kelantan terus tertinggal macam ekor cicak...Nak buat lebuhraya pun minta duit rakyat. Tak mampu nak menguruskan negeri kelantan, kini PAS datang ke Johor cuba nak hancurkan Johor yang selama ini telah dibina oleh kerajaan BN dengan jayanya...





Cuba la tunjuk tauladan dulu, baru la leh ajar orang. Ini namanya cam ketam mengajar anaknya berjalan. Dah tau Kelantan tu tertinggal jauh dari segala aspek, baik dari sudut ekonomi maupun dari sudut agama Islam. Jangan la nak ajar rakyat Johor. Kan ada baiknya Hj Hadi ajarkan Nik Aziz cara-cara memerintah kelantan supaya tidak menjadi EKOR CICAK...Cuba la Hj Hadi pusing-pusing satu Johor dan kemudian bandingkan Johor dengan Kelantan yang di jajah oleh PAS selama 22 tahun. Ekor cicak ke Johor atau Kelantan yang selama ini menjadi ekor cicak sebenar...Atau Hj Hadi nak jadi cicak man...karang murka pula Baginda Sultan...Tk pasal-pasal kena mengadap mohon maaf...Titah Sultan Johor, jangan duk sibuk kudis dikaki orang lain, Tgk la tokak dikaki sendiri tu...Maka, Abg Haji Adi..pi la balik Kelantan dan tengok-tengok la tokak yang melanda negeri yang PAS perintah ya....





P/S Yang pemimpin agung PAS semuanya tido, tak pulak jadi ekor cicak...

Tuesday, June 12, 2012

Menantu Najb vs Menantu Nik Aziz....






P/S...Malaysiakini hari ini keluarkan cerita tentang menantu Najib yang dilihat sebagai con man...Tapi, perlu diingat... apa kurangnya kalau dilihat dengan menantu Nik Aziz pula...Yang jahat menantu mereka ...Tapi bapak mertua belum tentu jahat lagi...fikir-fikirkan la ya....

Wednesday, June 6, 2012

Rakyat Kelantan dibodohkan lagi...



Selama 22 tahun PAS memerintah, kini baru PAS terfikir untuk buat Lebuhraya Rakyat, dari Kota Bharu ke Kuala Kerai. Kenapa mengambil masa 22 tahun baru nak buat lebuhraya. Kini rakyat Kelantan terus dibodohkan lagi bilamana dekat nak pilihanraya maka PAS juga tidak ketinggalan untuk menabur gula-gula pilihanraya. Kalau BN tabur maka PAS juga boleh tabur gula-gula pilihanraya namun, gula-gula PAS ada nampak sedikit perbezaan kerana ia akan menjamin masuk syurga dan tidak membawa ke neraka. Lebuhraya rakyat yang bernilai 1.8 bil ini hasil usaha derma rakyat kelantan, tapi yang peliknya, kenapa rakyat yang nak kena sumbang pulak. Kata lebuhraya rakyat, maka kerajaan PAS la kena tanggung kos lebuhraya. Sebagai negeri berkebajikan dan rata-rata rakyatnya hidup susah, kenapa perlu rakyat menderma untuk melaksanakan projek rakyat. Kena tipu lagi la rakyat Kelantan. Janji-janji masuk syurga jika berderma dan banyak pahala yang menunggu rakyat Kelantan sudah mula kedengaran dalam kempen kali ini. Ke mana perginya hasil mahsul kelantan selama 22 thaun PAS memerintah? Takkan nak buat lebuhraya pun tak mampu, nak rakyat juga tolong. Sampai bila agaknya rakyat Kelantan akan dibodohkan oleh PAS. Janji Hukum Hudud pun tak terlaksana ini pula janji Lebuhraya rakyat....



Cakap memang mudah nak buat lebuhraya tanpa tol, itulah PAS, cakap macam tin kosong... Lepas ni siapa pula nak tanggung kos penjagaan lebuhraya dan kos baik pulih jika rosak lebuhraya.. Maka rakyat kelantan yang sedia bodoh ini terus menyumbang demi PAS dan negara berkebajikan nya. Bukan kerajaan yang berhati mulia tapi rakyat yang berhati mulia untuk terus melakukan kebajikan. Beginilah nasib rakyat kelantan, isu air tak selesai maka nak tambah beban rakyat untuk buat lebuhraya pula. Kan ada baiknya buat kerja tu biar selesai, selesaikan lah masalah air , masalah hukum hudud, masalah kemiskinan rakyat kelantan, masalah rumah rakyat miskin kelantan, dan sebagainya. Jangan la gelojoh nak tunjuk pada rakyat yang PAS juga mampu buat lebuhraya, sedangkan hakikatnya hanya gimik politik pilihanraya dan gula-gula syurga untuk rakyat kelantan. Yang peliknya, rakyat kelantan pun suka ditipu oleh PAS, kesian... Ramai juga kekawan Kelantan yang dah belajar tinggi-tinggi pun mudah ditipu dan kepala otak pun masih dungu walau ada segulung ijazah. Inilah dek kerana taksub kenegerian yang menebal hinggakan nasib rakyat tidak dapat dibezakan dengan pejuangan parti. Kesian la lihat kebodohan rakyat kelantan apabila ditipu bulat-bulat oleh pemimpin agung mereka...Apa pun aku hanya nak ucap tahniah untuk rakyat Kelantan yang dibodohkan sekali lagi oleh kepimpinan PAS dan ahlinya...Tahniah....Takbirrrr.....



P/S Abg aji tido je, 22 tahun abg aji oiii... Bila Lebuhraya nak siap kalau asik tido je...





Sunday, May 20, 2012

MUZAKARAH YANG TERSEPIT DAN TERHIMPIT


Apa makna muzakarah kalau bersyarat kan dunia dan tidak berlandaskan AlQuran dan Sunnah? Persoalan ini mula timbul bila Tok Guru Agung yang meletakkan syarat dunia dengan membelakangkan AlQuran dan Sunah sebagai syarat utama dalam bermuzakarah. Apakah tujuan dan keikhlasan Nik Aziz dalam mengajak UMNO untuk bermuzakarah. Adalah kini PAS sedang tersepit atau terhimpit oleh DAP yang terang-terang tidak bersetuju dengan negara Islam dan Hudud. Atau tika kini PAS cuba gunakan UMNO untuk mereka memberikan isyarat kepada PKR dan DAP bahawa mereka juga boleh main politik dengan bergabung bersama UMNO. Isyarat yang jelas buat DAP yang kian lantang mengkritik PAS bila mana PAS cuba membawa isu hudud disetipa kali PRU. Isu Hudud ini adalah hasil kerja PAS bagi menarik sokongan rakyat Kelantan yang bodoh dan tidak celik agama untuk terus menyokong PAS. Mitos yang membawa kepada kufur jika tolak Hudud terus digunakan oleh PAS sebaik mungkin dalam PRU akan datang. Namun, ada kawan PAS yang kurang selesa dengan isu Hudud ini dan terus lantang bersuara. Maka PAS juga melihat ianya satu bala dengan penurunan sokongan undi, maka muzakarah dijadikan sebagai senjata baru buat PAS menarik kembali sokongan pengundi.

Apa makna bermuzakarah yang dicetuskan oleh Nik Aziz, sedang beliau sendiri adalah orang yang paling kuat menentang muzakarah dengan UMNO satu ketika dulu. Kenapa kini beliau sendiri yang mencadangkan muzakarah? Kenapa ketika Nasaruddin Mat Isa mencadangkannya, Nik Aziz lah orang yang paling kuat menentang. Sehinggakan Nasaruddin terus ditolak dalam PAS. kenapa Nik Aziz kuat berbohong dalam hal ini, adakah Ulamak PAS memang mendidik umatnya untuk terus menjadi putar alam dalam urusan beragama dan kehidupan seharian. Inilah sikap munafik yang ditunjukkan oleh ulamak besar PAS, dan kini AlQuran dan Sunnah dibelakangkan dan meletakkan syarat lain sebagai tunjang utama dalam bermuzakarah dengan UMNO.

Maka yang jelas UMNO perlu lebih matang dalam hal ini, dan jangan cepat membuka ruang muzakarah dengan lebih mudah untuk PAS yang kini dilihat lebih tersepit dan terhimpit. UMNO perlu memberi syarat AlQuran dan Sunnah sebagai sandaran untuk bermuzakarah dan bukan sayarat dunia yang dibawa oleh PAS yang songsang ini. Ajarkan PAS Islam yang sebenar dan bukan hanya membuka ruang jika mereka mahukan muzakarah. Yang penting bagi UMNO, adalah kerja kuat dan bukan melayan kerenah PAS yang dilihat semakin karam dek kerana sumpahan mereka sendiri dan diatas bala yang Allah buktikan terhadap mereka yang menggunakan agama atas kepentingan diri sendiri.

Maka UMNO perlu bersatu dikalangan ahlinya, dan bukan bersatu dibawah telunjuk PAS yang inginkan syarat demi syarat untuk bermuzakarah. Keikhlasan PAS sudah nampak jelas, dan hanya UMNO yang dapat membantu PAS dikala mereka tersepit dan terhimpit. Bertapa murahnya PAS kala ini, bila dulu dikafirkan UMNO dan kini mereka berdepan dengan kawan kafir mereka DAP dan PKR yang tidak mahu langsung negara Islam didirikan. Apa yang jelas PAS sudah mula memikirkan sokongan yang sudah mula menurun dikalangan ahlinya dan UMNO jagan cepat melatah. Sekali lagi diulang...UMNO jangan cepat melatah dengan mainan politik PAS terutama si Nik Aziz ni yang cukup licik menggunakan agama sebagai topeng mereka. Apa yang jelas buat UMNO adalah teruskan perjuangan yang ada. Lebih baik UMNO bermuzakarah sesama ahlinya atau paling tidak UMNO bermuzakarah bersama parti komponen yang lain. Tinggalkan PAS ini tidak ada ruginya dari UMNO teperangkap dengan mainan PAS. Muzakarah bersyarat bersama UMNO sudah cukup untuk PAS memperlihatkan kepada rakan sekutunya bahawa mereka boleh berkerjasam bila-bila masa dan ianya sebagai isyarat berat buat DAP dan PKR...UMNO jangan teperangkap dan jangan mudah melatah....

Wednesday, May 9, 2012

PENEROKA FELDA KINI KENAL SIAPA 'HARAM JADAH' DALAM FELDA...


Selepas menerima durian runtuh dan durian gugur , peneroka FELDA boleh menarik nafas lega. Mereka kini boleh meneruskan kehidupan dengan penuh rasa syukur. Namun, para 'Haram jadah' yang wujud dalam FELDA mula menarik muka malu dan terhegeh hegeh apabila akan berdepan dengan pengurus FELDA untuk mengambil wang durian runtuh.Muka tebal dan tak tau malu itu lah yang dinamakan 'Haram Jadah' dan kini Mazlin Aliman telah keluar menyatakan dalam akhbar Harakah bahawa PM tak patut sebut perkatan 'Haram Jadah'. Di sini aku nak bagi tau kat Mazlan Aliman, yang dia adalah BAPAK HARAM JADAH. Kerana dia dan hasutannyalah para peneroka mula berpecah belah. Para peneroka hidup dengan bermasam muka sesama sendiri. Inilah hasil si haram Jadah Mazlan Aliman menghancurkan kedamaian dalam rancangan FELDA dengan menaburkan fitnah.


Kini, durian runtuh akan dinikmati oleh peneroka, maka tiada jalan lain untuk menabur lagi fitnah terhadap FELDA dan YAB PM. Maka, Haram Jadah ni mula menghasut Peneroka terus menerus agar segala cita-cita beliau berjaya di mata ahli PAS dan kepimpinan PAS. Namun perlu diingat, PAS adalah parti Islam, dan adakah ini ajaran yang dibawa oleh PAS dengan mengucar kacirkan keamanan didalam rancangan FELDA dengan melaga-lagakan kehidupan para peneroka. Inilah HARAM JADAH sebenar yang perlu dinyah dan perlu dihapuskan...




P/s jangan jadi anak haram atau Tanggang moden sudah la Mazlan Aliman...

PAS KAFIRKAN UMNO BOLEH PULAK??? BUKAN PERKARA BARU...


Hari ini ramai la juak-juak PAS mula nak bela tok guru mereka yang dah lama sesat dan suka mengkafirkan orang apabila dia sendiri dikatakan kafir oleh Tan Sri Rahim. Apa yang nak heran, kan PAS pun selama ini dan telah lama mengKAFIRkan orang UMNO. Apa pelik pulak, sesekali PAS dikafirkan. Kalau PAS sendiri boleh dan dengan mudah mengkafirkan orang maka, dengan mudah juga orang lain mengkafirkan anda. Isu kafir mengkafir ni asal dari puak-puak PAS sendiri yang ditunjukkan ajarannya oleh Hj Hadi dan Nik Aziz sendiri. Apa yang pelik dan mereka puak PAS cuba bawa kes ini ke mahkamah pulak, sedangkan dah lama dah PAS kafirkan orang UMNO tak pulak orang UMNO bawak ke mahkamah. Kali ni bila Sami besar mereka dikafirkan maka sudah mula kaki bodek turun mempertahankan beliau.


PAS perlu sedar, apa yang dia buat kini terpalit ke muka sendiri (tepuk air didulang , terpercik ke muka sendiri), dan ini adalah kesan utama mereka sendiri yang sering memohon doa kepada Allah dalam setiap solat hajat mereka. Nah kini, isu kafir mengkafir timbul, sedangkan yang suka mengkafir orang adaklah dari puak-puak PAS sendiri. Aku teringat satu ketika dulu hinggakan nak makan sembelihan orang UMNO pun dikira tak sah dan dikira bangkai.. Bertapa hinanya ketika itu dikafirkan orang UMNO. Tapi kini Allah sendiri yang membuka pekung mereka dengan menyatakan yang Nik Aziz itu Bapak Kafir...Amik ko...Aku rasa puak-puak PAS perlu rasa bersalah bila mana Tan Sri Rahim yang budiman itu telah menyedarkan mereka dari ditipu oleh setan yang bertopengkan Islam.

P/S Husam Musa jangan nak jadi hero pulak...Apa celop ko...

Tuesday, May 8, 2012

APA JASA SALAHUDIN AYOB KEPADA RAKYAT JOHOR SELAMA INI, TIBA-TIBA NAK JADI HERO DI JOHOR???


Setelah ada ura-ura Salahudin ni tak akan dikekalkan di parlimen beliau iaitu Kubang kerian pada PRU akan datang, maka si Salahudin ni dah mula nak balik ke negari asal dan dah mula nak jadi hero. Dulu masa duk di Kelantan tak pernah ingat yang dia ni asal dari Johor. Abis dikutuk nya orang Johor. Tetapi setelah kena tendang oleh rakyat Kelantan maka dengan muka tak malu cuba pula nak jadi pejuang dan hero di Johor. Apa jasa beliau selama ni di Johor? Satu persoalan yang ayah aku sendiri tanyakan untuk Salahuddin ni.Kalau di parlimen beliau sendiri tak maju-maju dan tak pernah nak buat lawatan mesra rakyat, tiba-tiba nak jadi hero di muka bumi Johor. Allo kawan, ingat la sikit yang orang Johor ni bukan boleh disamakan macam rakyat Kelantan yang sentiasa bodoh, bebal dan mudah digunakan serta tak tahu berterima kasih. Rakyat Johor adalah rakyat yang tahu berterima kasih dan bersukur atas nikmat yang Allah berikan.

Kalau diri tu dah macam bola dan macam sampah atau setelah dihisap madunya sepah dibuang, maka, ini lah perkara yang sama terjadi satu ketika dulu terhadap Daing Sanusi yang ditendang oleh PAS setelah lama diguna pakai di Kelantan.Maka Salahudin juga adalah stok buangan PAS dan kini stok buangan takkan orang Johor nak terima. Hasil buangan PAS yang tak boleh buat kerja di Kelantan maka dicampak ke Johor.Ramai lagi anak Johor yang bagus-bagus dan layak dijadikan pemimpin. Maka, si Salahuddin ni makhluk yang cuba merempat di bumi Johor. Ada pulak kata dia layak jadi calon MB Johor kelak...Aduhhh kalau dia layak jadi MB, kenapa tak je suruh dia jadi MB Kelantan, ganti Nik Aziz yang dah lama sangat tu. Nak jadi MB Johor kena la duduk Johor bang oiii, bukan baru nak PRU baru tu nak balik Johor tunjuk muka....


Kalau datang cara baik ke Johor atau nak balik Johor pun jangan la buat kacau atau buat huru-hara. Kan ke Johor ni dah aman damai, dan maju lagi kaya dari Kelantan. Bagi la khidmat dulu bang oii. Adakah tugas beliau untuk menjatuhkan ekonomi negeri Johor dengan mengadakan DEMO haram seperti agenda yang dibawa oleh Yahudi dari sogokan Anwar Ibrahim. Oh ya lupa lak, dalam PAS juga Salahudin tergolong dari kumpulan Anwarinas, maka tak mustahil ini adalah perancangan rapi oleh Anwar untuk membawa masuk Yahudi dari Singapura dan hancurkan umat Melayu di Johor dengan bertopengkan PAS sebagai kuda tunggangan. Maka, aku menyeru rakyat Johor berwaspada dari hasutan dan mainan politik si Salahuddin ni. Tanya balik padanya , APA JASA DIA DI JOHOR SELAMA INI????...

P/S Buat jasa dulu bang Din...

Monday, May 7, 2012

Nik Aziz dicadangkan bertanding DUN dan Parlimen..Bila nak besara???


Satu ketika dulu pernah kedegaran dari mulut Nik Aziz sendiri bertanyakan bila Tun Mahathir nak bersara dari menjadi PM. Tapi kini bila dah sedap duduk lama jadi MB, maka dia pula sampai lupa nak besara. Tu kata perpatah, mengata orang dia yang lebih. Hari ni aku tengok lak dalam Harakah ada makhluk cadangkan beliau bertanding untuk DUN dan Parlimen.Petikan Harakah...'Sementara itu PAS Rantau Panjang melulus usul cawangan Banggul Setol yang mahu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding dua kerusi dalam PRU 13 iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri'.Apa dah jadi...Adakah PAS kini kekurangan Ulamak untuk memimpin atau PAS kini diajar oleh Nik Aziz untuk gila kuasa yang ada dan jawatan di pegang serta boleh dibawa sampai mati. Dah ramai dah YB PAS yang mati bila mana sakit masih nak pegang jawatan, tanpa merelakan ianya dilepaskan. Kekadang persoalan yang timbul, bilamana YB sakit, dia dah tentu tak boleh buat keje, tapi gaji jalan gak, ni nak kira gaji HARAM ke gaji Halal. Mereka ni semuanya Ulamak dan tahu akan hukum hakam , maka tak perlu aku nak mempersoalkan Halal dan HARAM tu.(bagi anak bini makan duit HARAM , maka jadilah mereka macam HARAM jadah)

Bebalik semula pada Nik Aziz tadi,bila ada cawangan PAS yang usulkan dia bertanding, maka ada dikalangan yang nak jadi MB Kelantan mula dah tak sedap duduk. Maka lama lagi atau sepenggal lagilah mereka ini perlu menunggu untuk jadi MB atau terus berdoa agar Nik Aziz sedar akan keuzurannya untuk mentadbir negeri Kelantan. Apapun, Nik Aziz tak perlu risau, segala pentadbiran negeri diuruskan oleh kunco-kunconya. Bila ditanya jika berlaku permasalahan oleh pihak media mudah jawapan Nik Aziz, 'Ambo tok tahu'..memang dia tak tahu segala apa yang berlaku urusan ekonomi dan pentadbiran negeri Kelantan kerana segalanya dikawal rapi oleh seseorang yang sedang mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. lipat jangan tak lipat, kerana hari ini ada ruang untuk balun hasil mahsul ekonomi negeri Kelantan. Kalau tak lipat sekarang, nanti orang lain lak yang lipat....

Apa pun Kelantan negeri yang kaya dan tak perlu lagi bantuan dari kerajaan pusat. Itulah kenyataan yang perlu dihadapi oleh rakyat Kelantan.Kalau dah kaya sangat nak buat apa minta bantuan dari kerajaan pusat dan duit yang patut disalurkan ke Kelantan boleh la disumbangkan kepada negeri miskin seperti Johor dan Pahang ke , ada baiknya. Itulah sikap sombong dan bongkak yang ditunjukkan oleh Nik Aziz sambil dapat menimbulkan segala persepsi buruk terhadap kerajaan pusat. Imej hantu raya yang bertopengkan ulamak, sehinggakan rakyat Kelantan terus menderita kemiskinan. Kita akan lihat bertapa payahnya nanti bila mana gaji minimum RM900 akan diguna pakai di Kelantan. Kalau nak tahu Kelantan tu kaya atau tidak.


Nik Aziz terus memikirkan untuk dan bagaimana beliau boleh terus berkuasa. Bukan beliau sahaja yang berfikir, malah, pendokong setia beliau yang selama ini menggunakan beliau sebagai batu loncatan juga sedang berhempas pulas untuk mengekalkan kekuasaan beliau sebagai pemimpin patung atau boneka yang mudah digunakan dan ditipu hidup-hidup dengan alasan hanya untuk membangun bersama Islam. 22 tahun Islam di Kelantan masih tidak membangun dan yang terkini bilamana dijemput Mufti Perlis untuk bercakap hal Hudud di Kelantan maka mudah jawab mufti Perlis: Kerajaan PAS Kelantan dilihat tidak serius dalam melaksanakan hukum itu. Dalam wacana beliau di Kota Bharu atas undangan wacana Diraja Sinar sempena Karnival Walk with Me 2012 di Kelantan Trade Centre. Nah apa lagi yang nak ditipu rakyat Kelantan berkenaan dengan hudud. Setiap kali PRU, maka isu Hudud inilah bahan jenaka dan bahan berkempen PAS bagi meraih sokongan rakyat. Ini kerana mereka menggunakan hukum sesiapa menolak hudud maka ia kafir, tapi mereka sendiri yang mempermainkan hukum ini dengan tidak serius untuk melaksanakan dan hanya untuk digunakan sebagai modal pilihanraya sahaja.

Akhirnya, rakyat Kelantan yang bodoh lagi bebal inilah yang akan terus menanggung segala kepayahan hidup dan kesengsaraan dalam kemiskinan yang dibelengu oleh cita-cita untuk masuk syurga tanpa perlu berusaha. Hanya dengan menyokong PAS maka janji-janji syurga itu terus didepan mata. Mereka ini buta politik dan digunakan sepenuhnya. Ketaksuban juga menjadikan mereka tidak melhat kepada kepentingan anak dan cucu mereka atau orang tua mereka yang terus hidup dalam kemiskinan dan kedaifan. Segala yang ditulis ini dipertanggungjawabkan ke atas Nik Aziz yang mengelar diri beliau sebagai Ulamak dan ketua negeri serta pemimpin agung mereka. Dan di akhirat kelak segala yang dipertanggungjawabkan akan disoal maka jawablah wahai Nik Aziz jika segala yang telah engkau lakukan ini benar atas landasan Islam sejati dan mengikut syariat Islam sebenar...

Saturday, May 5, 2012

SANATOR AUSTRALIA JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN MALAYSIA YA...

Apa hal lak ni makhluk dari Australia ni sibuk hal urusan negara kita. Dia dilantik sebagai senator di Australia untuk uruskan negara dia , apa hal lak sibuk pasal politik di Malaysia??? Kalau negara sendiri tak leh nak jaga , jangan la sibuk pasal negara orang lain. Negara sendiri berkecamuk isu orang Asal (Abborigin) yang ditindas oleh bangsa kulit putih, yang masih tidak ada pembelaan. Wahai senator Nick Xenophon, balik dan uruskan negara anda sendiri dan jangan sibuk nak campur urusan Malaysia ni. Australia sendiri politik nya cacar merbar dan tak terurus, duk sibuk negara orang lain. Kaum asal di Australia ditindas dan tiada pembelaaan, maka disini dinasihatkan kepada senator yang bebal ni, agar balik dan jaga negara sendiri. Di Malaysia ni ramai lagi Senator yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia dan telah menjalankan tugas dengan baik.. Harap jangan campur urusan negara ini ya, dan jangan cuba nak jadi Hero. Adakah beliau ini yang dikatakan oleh YAB PM kumpulan yang ingin menggulingkan Kerajaan Malaysia???? Atau beliau adalah orang yang merancang untuk menggulingkan Kerajaan Malaysia??? Cuba-cuba lah pihak Polis siasat perkara ni.... P/S Mungkin dia ni kaki sex songsang, dan kawan baiknya adalah .....

IBU SIAPAKAH INI???

Sesiapa yang ada hilang ibu atau dah lupa ni ibu dia, silalah rujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ibu ini merintih agar anaknya kembali ke pangkal jalan setelah lama sesat dalam hutan... Ibu ini juga merayu agar anaknya juga akan dapat pulang beraya bersama-sama pada tahun ni, dan akhir sekali ibu ini merayu agar anaknya ingat anak bini dan jangan duk cari China Doll lagi...Kembalilah wahai anak, jangan derhaka pada ibu ini...
P/S Ini ke anak ibu tu....