Thursday, April 14, 2016

Banglow dan SPRM


Kisah sebuah Banglow yang cukup murah dibeli di Pulau Pinang ditengah bandar yang sibuk dengan arus pembangunan. Untung si tuan rumah, beli dengan harga murah. Namun, ianya bukan kerana isu untung si tuan rumah, isunya siapa tuan rumah tersebut, dengan siapa dibelinya banglow tersebut, kenapa harganya cukup murah dari harga pasaran dan kenapa SPRM kena siasat isu banglow tersebut? Apa pun, ramai lagi orang yang beli banglow di Pulau Pinang, lagi agam pun ada tapi kali ini, banglow ini cukup menjadi versi fokus media...

Memang kalau dilihat banglow ni tak la mewah mana, dan tak lah secanggih banglow yang aku duk tengok di sekitar Pulau Pinang. Tapi... ianya punya seribu satu cerita.. Aku harap sangat pihak SPRM perlu merungkai cerita-cerita tersebut. Bukan sikit-sikit punya cerita, tapi seribu satu cerita. Jangan SPRM buat diam je, dan jangan lak SPRM buat tak nampak je cerita ni...Memang cukup sinonim pasal banglow dengan SPRM ni. Dulu kat Selangor pun ada juga hal banglow dan SPRM. Tapi SPRM Selangor laju buat keje. SPRM Selangor tak tertidur. SPRM Selangor cukup aktif sampai tuan banglow cepat didakwa dan masuk penjara dan dah keluar pun sekarang ni.

Apa pun, ramai rakyat ternanti-nanti hal banglow dan SPRM di Pulau Pinang ni. Jangan pulak ianya sunyi tanpa berita. Atau hilang dengan arus isu yang lebih hangat... Aku dah tulis dalam blog aku ni kira cam tulis kat buku sejarah la... Tetap ingat dalam ingatan...

Sibuk nak ke Sarawak...


Ramai yang tak boleh masuk ke Sarawak ketika ini. Maka, sibuk la buat PC disebabkan dihalau tak boleh masuk Sarawak. kenapa sekarang ni baru sibuk nak masuk Sarawak? Sebelum ni tak pulak nak pi makan angin ke Sarawak? Atau tak pulak nak sibuk bantu rakyat Sarawak? Sekarang ni la baru nak sibuk nak bantu la nak pi makan angin la, nak buat-buat sibuk perjuang hak rakyat Sarawak la.. Tapi, dulu tak pernah sibuk pulak?? Bila dah kena halau sibuk mengelupur buat PC, hentam sana sini.. Biarlah rakyat Sarawak yang buat keputusan. Mereka cukup mahir dengan politik dan kehidupan mereka... Mereka paham apa yang mereka nak.. Orang semenanjung atau orang Malaya tak perlu sibuk-sibuk.. Tak perlu nak pertikai hak orang Sarawak.. Mereka orang Sarawak yang menentukan nasib kehidupan mereka..

Hak konon , kat semenanjung ni pun kau tak nak pejuang hak orang semenanjung , kau sibuk nak pejuang hak orang Sarawak... Kau bukan makan tidur di Sarawak.. Apa yang kau sibuk sangat nak masuk Sarawak ni.. Gini je la.. Kalau dah tak boleh masuk Sarawak tu , aku rasa ada baiknya kau pi jalan-jalan Sabah ke, Johor ke, Kelantan ke, tak pun pi lepak kat Shah Alam je... Jangan duk sibuk ngan hal Sarawak, biar mereka yang sibuk hal negeri mereka. Nanti bila dah abis PRN nanti, kau pun dah lupa nak pi Sarawak, Kau pun dah lupa nak bantu orang Sarawak dan kau dah lupa janji-janji manis kau di Sarawak... So baik kau abaikan je la niat kau tu...Bagi la peluang untuk orang Sarawak bina kehidupan mereka dengan aman dibawah tampuk pemerintahan Team CM Adnan... Tabik orang Sarawak... We love U All...

Sunday, April 10, 2016

Ezam dan kotak rahsia...


Dah lama aku tak dengar nama Ezam ni. Tetiba hari ini muncul kembali. Dah mula kembali kisah kotak rahsia, ingat? Entah ke mana agaknya kisah kotak rahsia Ezam. Hari ini setelah macam-macam nikmat yang beliau perolehi, sudah mula pandai berkokok melawan tokeh. Dah mula jadi anjing yang nak gigit tuannya. Nak berhijrah pulak?? atau Nak melompat seperti katak? apa lagi yang tak cukup? Dedak dah habis??

Kabar angin katanya, atau kabar angin kata orang kuat sebelah sana. Masakan pokok bergoyang jika tiada anginnya. Ezam cukup cerdik mainan politiknya, mengikut arus keuntungan. Tidak salah jika memainkan politik kotor atau hanya mengejar kekayaan diri dan kemewahan yang dicari. Tapi janganlah lagi cuba menipu rakyat. Semua orang tetap ingat kisah kotak-kotak rahsia yang cuba dibongkar. Mana perginya kotak tersebut? Diberi kemewahan hanya kerana kotak-kotak rahsia ditangan. Tak ubah memancing ikan, diletak umpan, disambut sang ikan. Mainan yang cukup licik oleh Ezam.

Hebat politiknya, sama dengan tok gurunya. Saling tak tumpah. Suara, cara bercakap, lengok berpidatonya dan menipunya juga sama saling tak tumpah. Kata orang, manakan tumpah kuah kalau tak ke nasi. Bejuta rakyat ditipu. Akhirnya, ada juga yang termakan tipunya walau dah dinasihatkan beribu kali. Apa tangkal yang dipakai hingga buat ke sekian kalinya ada lagi manusia yang cukup percaya dengannya.


Hari ini, siapa yang manis mulut, atau pandai berkata akan menjadi juara. Juara kepercayaan songsang. Muka nampak alim sudah cukup mewarnai kepercayaan orang atasan. Tapi yang jelas, kotak-kotak rahsia masih belum dibongkar dan terbongkar. Biarlah ia tetap dalam simpanan Ezam sampai bila-bila...

Apa rasanya "dedak"

Kuurrrrr, kuurrrrr, kurrrrrr... itu panggilan untuk ayam bila kita nak bagi makan dedak. Apa pula rasanya dedak? Ada orang kata terlebih makan dedak boleh buat kita buta, kita pekak dan perut makin buncit. Tapi apa rasanya dedak? Adakah kita makan dedak? Bila pula kita bertukar selera dari nasi ke dedak? Agak- agak siapa yang mulakan makan dedak atau siapa yang ajar kita makan dedak? Sedap agaknya?

Apa lagi yang nak dikias-kias dengan perumpamaan dedak. Mungkin nak disamakan dedak itu satu makanan hina yang dimakan oleh binatang. Atau ianya menjadi habuan sebagai tutup mulut disumbat dengan dedak. Atau juga ianya satu bahan jenaka yang menunjukkan orang yang tak tau mana yang baik mana yang buruk kerana terlalu banyak makan dedak.

Bukan semua itu persoalan yang aku nak persoalkan, tapi aku nak tanya orang yang bercakap pasal dedak ni, berapa ramai dia pernah bagi orang makan dedak, dan siapakah yang memulakan permakanan dedak ini. Tak usah tunjuk atau salahkan orang lain yang bagi makan dedak, tapi kita lihat diri kita kalau kita yang mulakan bagi makan dedak. Ayam dan binatang kita kenyang 22 tahun kalau hari-harai diberi makan dedak. Kita terlupa, atau kita dah lupa. Sedihnya kita selalu buat-buat lupa. Kita salahkan orang lain kerana "dedak".

Akhirnya, apa rasanya dedak, kita tanya diri kita sendiri. Siapa yang pernah makan dedak dia akan rasa keenakkannya... Pedas???

Selamatkan Malaysia.."Si Kitol punya cherita"...

Berdentum sana sini mewar-warkan kita perlu selamatkan Malaysia. Berhimpun sana sini melaungkan selamatkan Malaysia. Tandatangan, tanda nak selamatkan Malaysia. Semuanya nak selamatkan Malaysia...

Tapi siapa yang didepan dan dibelakang kumpulan ini? Siapa yang mengajak selamatkan Malaysia? Mereka kata mereka ingin selamatkan Malaysia. Mereka kata untuk anak-anak kita dimasa depan kita perlu selamatkan Malaysia. Dan macam-macam lagi perkara yang digemburkan untuk kita selamatkan Malaysia...

Persoalannya, adakah Malaysia tak selamat? Apa yang perlu diselamatkan?

Bagi aku mudah sahaja, orang yang laungkan selamatkan Malaysia itu yang perlu kita selamatkan dari api neraka. Dia juga yang telah merosakkan Malaysia selama 22 tahun dan mengajar dari makan nasi kepada makan dedak. Kenapa sekarang baru nak selamatkan Malaysia? 22 tahun yang lalu adakah Malaysia sebaik kini?

Jangan dek kerana sekumit cita-cita, kita sanggup hancurkan sebuah bangsa dan negara. Jangan dek kerana dendam, kita lupa sekecil jasa yang telah kita kecapi. Kita sanggup bersama dengan musuh kita satu ketika dulu dengan tebalkan muka dek kerana nak selamatkan Malaysia.. Bukan itu caranya , bukan itu caranya... Malaysia telah selamat sebelum dan akan selamat selamanya jika "si kitol" ini lenyap di muka bumi Malaysia. Ayuh Bangsa ku, guna akal dan bukan nafsu untuk kita menentu...

Bahasa Jiwa Bangsa

Bahasa melambangkan sebuah identiti sebuah tamadun atau sesebuah bangsa yang merdeka. Namun kini, persaingan untuk bangsa itu maju maka mereka perlu memahami banyak bahasa. Kalau masih jumud dan menyekat pembangunan insan dari mempelajari banyak bahasa, sudah tentu menyekat dari diri maju dan bersaing dengan bangsa lain. Kadang kala perjuangan kita perlu memikirkan anak bangsa yang akan datang. Bukan perjuangan untuk diri sendiri yang bodoh untuk belajar bahasa lain. Berhimpun si dungu untuk menuntut agar dihapuskan DLP- Dwi Bahasa. Biar kita bodoh berbahasa tapi anak-anak kita dimasa depan pandai dek kerana boleh bertutur banyak bahasa..