Thursday, May 26, 2011

Anwar dah sakit jiwa....doa telah terkabul....



Pelik dan inilah gambaran terbaru Anwar seakan beliau dah mula sakit jiwa. Bila disuruh menyanyi dia mula menyanyi...Macam orang yang melatah bila terkejut dan terus melatah..Atau tak tumpah seperti burung kakak tua...Seorang pemimpin yang dipuja sudah sampai masanya Allah membuka segala apa yang beliau sembunyikan selama ini. Perangai sebenar beliau yang suka berhibur dan menyanyi bukan dengan membaca AlQuran atau berzikir.

Dulu semasa zaman Abim kuat berusrah dan kini bersama PKR makin kuat pula menyanyi dan berhibur. Apa maknanya jika bawa Ulamak dari Syria untuk bermunajat dan solat hajat jika beliau sendiri dilihat seperti menggunakan itu semua sebagai bahan mengaburkan mata rakyat. Tapi disebaliknya beliau amat gembira dan boleh melancong ke Solo dan berhibur disana sambil menyanyi tanpa ada rasa gundah atau bersedih diatas apa yang menimpa beliau. Anak dan Bini di Malaysia terus bersedih dan cuba menarik sokongan simpati rakyat.. Kalau berginilah cara Anwar maka rakyat bolehlah buka mata dan melihat sendiri Anwar yang cukup happy dan tidak ada sedikit pun rasa simpati yang boleh rakyat berikan. Inilah Anwar bila berada diluar negara,maka topeng kesedihan dibuka untuk beliau terus berhibur bersama rakan-rakan karibnya.

Apa pun Anwar, cukup-cukup la dalam menipu rakyat Malaysia. Jiwa anda itu sedang sakit dan jiwa anda itu jiwa kacau. Apa yang anda perjuangkan hanyalah untuk kepentingan hidup anda anak beranak sahaja. Mana rakyat tika anda berada dibawah UMNO dan dimana perjuangan reformasi tika anda hidup senang lenag dibawah UMNO. Tanpa ada rasa malu sekarang ini lah baru anda nak perjuangkan rakyat. Diharapkan agar terbongkarlah apa yang pernah Anwar buat ketika beliau didalam UMNO selama 16 tahun... Segala keburukan dan penyelewengan beliau didalam kerajaan hendaklah didedahkan agar rakyat yang masih menyembah Anwar tahu yang beliau juga tidak lari dari kerja-kerja jahat dan hanya sekarang ini bertopengkan manusia...

Wednesday, May 25, 2011

Janji tetap dikota...RON95 tak naik...


Terima kasih buat kerajaan Malaysia kerana perihatin dengan keluhan rakyat. Maka hari ini Mail Beri pun dengan muka bodohnya mengumumkan bahawa RON95, Disel dan Gas tidak akan naik dek kerana para pak menteri memberi pandangan serta mendengar keluhan rakyat...La apa la bodoh si mail ni, takkan selama ni dia tak pernah dengar keluhan rakyat tentang kenaikan harga barang. Takkan kena mesyuarat untuk perkara yang sangat remeh ni...Dia kena mintak pandangan menteri lain ke? atau dia ni segaja nak jatuhkan air muka YAB PM...atau dia sendiri tergolong dalam komplot untuk menjatuhkan YAB PM...

Wahai Mail Beri...Apa bodoh sangat kau ni. Bila bagi statment dalam TV pun kau kena tgk muka timbalan kau, apa kau tak tau buat statment ke atau kau telah di kontrol oleh Nyonya timbalan menteri kau tu...Aduh la, kalau menteri yang tak de kebolehan dan pengalaman inilah yang terjadi pada negara. Beliau ni sisa-sisa yang ditinggalkan oleh Pak Lah dulu, kira taik Pak Lah la ni...



Tapi dengan kebijaksanaan para pak menteri lain maka kebodohan si Mail Beri hari ini tertutup dan naib baik la harga RON 95 tak naik, kalau tak mau bungkus BN. Ini semua yang dipelajari oleh Mail Beri sepanjang dia jadi menteri dibawah jagaan Pak Lah. Semua barang dia nak naikan. Bodoh dia sama je ngan Pak lah dan menantunya..Kira Bodoh murakab...Justeru, kali ini aku rasa lega dengan apa yang telah kerajaan umumkan buat tika dan saat ini.


Aku rasa sudah sampai masanya Kerajaan cerita dan jelaskan melalui kempen penerangan sebenar tentang perlunya kita tidak bergantung pada subsidi. Dan penerangan perlulah jelas hingga ke akar umbi. Biar rakyat yang sekolah atap, hingga rakyat yang ada PHD boleh faham akan bahana duk harap ke subsidi. Namun, kadang-kadang yang ada PHD ni lagi bebal dan bodoh dari yang sekolah atap. Tapi apa pun, penerangan itu perlu disertakan dengan apa rancangan kerajaan untuk menarik subsidi dan ke mana subsidi itu akan digunakan. Biar ianya telus. Ni nak tarik subsidi tapi rakyat tertanya-tanya ke mana duit itu akan dibelanjakan. Kalau setakat nak dilaburkan ke GLC kerajaan tak payah la potong subsidi. Tapi kalau untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, pendidikan yang sempurna untuk rakyat, pengangkutan awam yang selesa untuk rakyat dan apa juga projek untuk rakyat, maka subsidi itu dipotong dengan pulangannya kembali kepada rakyat.

Disini dilihat ada kewajaran untuk Menteri Penerangan yang sedang sibuk duk menari sana sini warna-warna 1malaysia wakakaka...opssss... Menteri Penerangan mainkanlah sedikit peranan untuk memaklumkan kepada rakyat kerangka yang kerajaan akan cadangkan bilamana mahu memotong subsidi.Oh tak lupa juga kepada Ketua Penerangan UMNO merangkap BN pun jangan la duk sibuk jaga kawasan sampaikan mesyuarat PIBG pun sibuk nak rasmikan. Tugas anda menyampaikan maklumat kepada rakyat , dah nama pun Ketua Penerangan untuk UMNO satu Malaysia. Kira macam siaraya la kerjanya. Aturkan gerak kerja biar semua rakyat boleh faham apa makna pemotongan subsidi itu dan ke mana perginya wang itu dibelanjakan....

Apa pun untuk kali ini jutaan terima kasih buat yang mengotakan janji kerana bagi patik pacal yang hina ini ...janji itu tetap janji.....

Tuesday, May 24, 2011

Panas...Pencaturan No 2 dalam PAS..


Hari ini Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan bahawa beliau sedia bertanding jawatan no 2 dalam PAS. Beliau bersetuju atas dasar yang beliau tidak mahu mengecewakan para ahli di akar umbi. Dalam itu juga, maka pemilihan PAS di Muktamar kali ini agak panas dan boleh dirasakan keresahan 2 kumpulan yang mahu memimpin PAS dan meneraju PAS. Golongan Ulamak yang cuba mengekalkan tradisi PAS sudah mula mengatur pencaturan kali ini.

Hasilnya boleh dilihat apabila Tuan Ibrahim sudah mula mengatur langkah untuk terus bertanding jawatan penting dalam PAS. Maka yang masih dilihat terkial-kial Abg Mat sabu yang tak kering gusi untuk terus berceramah, berkempen untuk meraih sokongan perwakilan PAS. Abg mungkin dipihak erdogan yang sudah tentu akan disisihkan oleh puak-puak yang mempertahankan ulamak. Abg Mat dan kuncu-kuncunya hanya untuk dijadikan alat dan tak lebih dari itu bagi PAS meneraju parti mereka.


Pencaturan kali ini lebih hangat bilamana kehadiran Presiden Hj Hadi, melawat Ust Azizan di kedah dan cuba memujuk beliau untuk bertanding bagi jawatan no 2. Bukan sekadar omongan kosong, dilihat jawatan ini memang untuk para Ulamak dan jika ust Azizan menerima pencalonan ini maka tak lain hanya untuk memberi petunjuk buat Abg Mat dan kumpulannya jangan bermimpi disiang hari...


Apa pula strategi Nik Aziz kali ini, dengan menyatakan beliau hanya boleh merahsiakan calon kegemaran beliau namun dilihat kecendrongan beliau terhadap Tuan Ibrahim lebih ketara dari Abg Mat. Nik Aziz juga tidak keberatan untuk menyokong Ust Azizan dalam merebut jawatan no 2. Ianya jelas , mereka ini masih terus mahu jawatan terpenting dalam PAS itu masih berasaskan Ulamak yang memegangnya. Bukan calang-calang untuk sesiapa duduk dikerusi panas ini. Akar umbi PAS pun kedengaran sudah mula melobi sesama sendiri didalam media maya turut menyatakan sindiran buat kumpulan erdogan ini. Bukan ditolak tapi mereka juga mahukan tradisi lama ini dikekalkan dan tidak perlu ada pembaharuan.

Bagi jawatan lain dalam kepimpinan PAS pusat tidaklah menarik untuk dibicarakan. ini kerana apa juga fungsi mereka, maka mereka perlu dengar nasihat Nik Aziz sebagai menteri mentor dalam PAS. Sama juga ibarat Lee Kwan yew yang memerintah Singapura dengan pencaturan dan acuannya sendiri. Nik Aziz kurang senang jika ada apa jua rancangan di PAS pusat tidak melaluinya. Maka, untuk memudahkan laluan Nik Aziz serta memantau pergerakkan Presiden Haji Hadi sendiri, maka Nik Aziz meletakkan Tuan Ibrahim sebagai pemantau utama dalam gerak geri PAS pusat.


Inilah mainan pencaturan politi PAS yang dikatakan Islamik itu. Mereka ini sama juga dengan parti politik lain, tidak ada bezanya. Cuma PAS hanya lebih kepada berselindung dibalik Islam dan perwatakan Islam. Yang jelas dan nyata mereka ini hanya bertopeng dan sesama mereka juga ada cantas mencantas tetapi dibuat secara halus. Pemilihan kali ini juga tidak lari dari lobi melobi sesama perwakilan, kalu tidak pun mereka hanya menunggu wasiat terakhir dari Nik Aziz selaku penunjuk dan pencatur arah PAS dan perwakilannya.

Bagi Ust Nasa yang cuba mengekalkan jawatannya, mungkin beliau perlu tahu kerunsingan akar umbi PAS bila mana cadangan perpaduan dengan UMNO timbul dan beliau adalah antara yang menyokongnya. PAS mungkin tidak akan lupa perkara ini, namun, Ust Nasa sendiri dikatakan tidak mampu menjawat jawatan ini dek kerana beliau kurang menyerlah dalam tugas beliau sebagai orang no 2 dalam PAS. Maka, dalam beliau yang dilihat nyawa-nyawa ikan masih terus bertungkus lumus untuk mempertahankan jawatan beliau dan jika beliau kalah kali ini, bukan jawatan no 2 sahaja terbang , beliau juga akan disingkirkan dari Kelantan sebagai YB...

Pencaturan No 2 dalam PAS kali ini memang panas dan ianya mempertaruhkan naisb masa depan PAS dan juga ahlinya. Adakah PAS akan berubah atau terus ditakuk lama, atau PAS akan terus dibawah cengkaman PKR dan DAP. PAS akan terus dikudakan dan mereka kini boleh memilih untuk bersama ke syurga atau terus menyokong dan membawa ahlinya ke neraka jahanam...Marilah kita lihat pada pencaturan no 2 dalam pemilihan PAS kali ini....

PAS yang munafik...


Nuffnang Ads
Tuesday, May 24, 2011
JANGAN JADIKAN PAS SEBAGAI GERAKAN MUNAFIK!!!
Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 1:30 PM | |

Apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara dalam ranking 10 negara peminum arak, para pemimpin PAS pun bergelak-gelak sakan sambil mengutuk-ngutuk UMNO. Kata mereka, pendedahan tersebut membuktikan bahawa UMNO tidak layak mentadbir negara kerana membiakkan peminum arak.

Namun pada masa yang sama, beberapa peristiwa yang melibatkan arak, menjadikan para pemimpin PAS berkenaan sebagai golongan munafik yang lidah mereka barangkali dicipta daripada api neraka!

Sewaktu kemelut Hasan Ali menentang Ronnie Liu, ramai dari kalangan pemimpin PAS berkenaan lebih memihak kepada Ronnie Liu. Alasan mereka mudah, arak adalah untuk keperluan kaum bukan Islam sebab arak tidak haram di kalangan mereka. Oleh kerana itu, tidak wajar sama sekali mengharamkan arak biarpun terdapat larangan jelas yang tidak membenarkan penjualan arak di kawasan bermajoriti Melayu.

Begitu jugalah apabila diungkit semula janji-janji PAS untuk menghapuskan dua kilang arak terbesar di Selangor. Waktu berjanji untuk mendapatkan undi, tidak pula dinyatakan bahawa kewujudan kilang-kilang berkenaan yang pada awalnya berada di ceruk yang terpencil, adalah satu kesulitan kepada PAS. Sebaliknya segala kesalahan diletakkan ke bahu UMNO sepenuhnya.

Dan apabila PAS gagal menghapuskan kilang-kilang berkenaan, sekali lagi UMNO dipersalahkan. Malah janji Khalid Samad kepada pengurusan kilang arak di Shah Alam untuk menyediakan tempat yang lebih luas serta kemudahan yang lebih baik, menyebabkan ramai yang berpandangan bahawa segala janji PAS sebelum ini hanyalah janji-janji kosong.

Sekarang, setelah Malaysia diumumkan sebagai salah sebuah daripada 10 negara peminum arak dunia, maka PAS terus berkokok mengatakan salah UMNO. Sedangkan PAS sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik. Kepada UMNO, dikatakan salah UMNO. Kepada bakal-bakal pengundi pula dikatakan, Islam tidak mengharamkan arak kepada golongan bukan Islam.

Justeru, jadilah Islam sebagai modal untuk berkempen dan memegang kuasa, sekaligus menjadikan PAS sebagai pergerakan munafik seMalaysia!!!

Sunday, May 22, 2011

Khas untuk Bloger...Harus diingat...

Sunday, May 22, 2011
Pejuang mesti ikhlas, Bukan kerbau cucuk hidung

Senang cakap, hanya segelintir saja boss dalam UMNO yang mahu mereka yang lebih cerdik, lebih banyak ide, lebih cekap dari mereka dan berani bercakap kebenaran serta berani lawan cakap (atau berbeza pandangan) dengan mereka.

Selalunya boss begini akan ambil mereka yang setia membabi buta kepada mereka, menyatakan sesuatu yang mereka suka dengar dan bermati-matian mempertahankan mereka. Malahan sudah ada ura-ura ada pihak lebih sibuk untuk bersedia untuk pemilihan UMNO dari menyediakan parti untuk hadapai pilihanraya umum.

Usaha yang dilakukan adalah alah kadar, janji ada. Jangan tak ada. Samada apa yang dilakukan efektif, ada impak atau boleh diperbaiki lagi, seolah-olah tidak langsung dipedulikan sangat.

Ianya seolah-olah ide, perancangan, dan implementasi mereka sudah "perfect", "zero defect" dan jangan dipersoalkan. Menegur dan beri feedback pun tak boleh.

Nak jumpa boss untuk beritahu memang susah kerana ada banyak sekatan dan halangan yang diatur supaya boss tidak berhadapan dengan realiti. Takut dia masuk IJN ... gaji bulan depan tak dapat.

Maka sebagai blogger yang sebenarnya, tidak boleh bersikap "defensive" atau membalun kawan sendiri yang memberi teguran.

Mereka perlu faham bahawa jika mereka tak ada telor nak tegur boss kerana mereka jenis pengecut, flip flop pendirian dan nak jaga sangat periok nasi, biarlah peranan dimainkan orang lain. Patutnya dalam diam-diam bocorkan maklumat supaya boleh perbaiki keadaan dan mudahkan mereka juga buat kerja.

Sepatutnya mereka bersikap positif apabila ada sokongan seperti ini dan sokongan lain nak datang membantu supaya usaha yang mereka lakukan selama ini lebih berkesan. Akhirnya mereka juga yang boleh mengaku ini itu usaha mereka. Sekarang pun dah ngaku.

Tak kira ada boss atau tidak, blogger perlu ikhlas dalam perjuangan mereka. Mereka perlu ada prinsip dan tahu dimana keutamaan.

Mereka perlu bebas dari erti kata sebenar. Mereka perlu bijak dan cerdik dalam memainkan peranan untuk meredah atau mengetepikan kekangan.

Kalau blogger pun dah ikut perangai sibijik macam sesetangah ahli dan pemimpin UMNO, hancurlah. Siapa pula nak beri check and balance dalam UMNO?

Bagi blogger yang kononnya player dan ada pengaruh, sepatutnya tidak patut diarah dan diatur oleh budak-budak hingus baru belajar psywar. Tidak patut mereka takut bersemuka untuk mengetahui yang sebenar. Tidak patut mereka tidak sampaikan sebenar kepada boss mereka.

Nah ... sekarang kasi tahu boss kamu isu-isu marginal seats, pemikiran lama berkempen, ketamakan, tak jaga kawasan oleh yb dan penyelenggara, pemimpin penting diri sendiri lebih dari parti, trojan horse, dan masaalah strategi dan taktik dah tepu dan isu Anwar dah basi.

Senang aje nak tunjuk sesapa yang buat pe'el, lapor pada boss besar. Mahu ada ramai ternganga nanti ... pakkal masih ingatkan anak-anak mereka di rumah.
Posted by The Unspinners at 8:25 PM

Thursday, May 19, 2011

Mat Sabu tong kosong atau badut PAS..


Hari ini Abg Mat nak cerita sikit , Abg Mat dulu pernah berkawan dengan Anwar dan Abg Mat tahu ceritanya...begitulah jalan cerita yang sering didengar dalam ceramah-ceramah Abg Mat Sabu. Segala cerita sensasi dan cerita-cerita panas dalam politik sehinggakan cerita artis pun Abg Mat boleh kupas dan sampaikan. Maka para hadirin pun mula terlopong dan gelak ketawa. Inilah tong kosong dan badut utama PAS dalam apa jua siri ceramah dan kempen PAS.

Abg Mat Sabu ini dianggap sebagai tukang karut dalam PAS dan dihantar dan ditugaskan untuk membawa cerita-cerita hangat oleh PAS. Beliau dengan mulut besarnya langsung tak diiktiraf sebenarnya dalam PAS, baik Ulamak mahupun para pendokong Erdogan. Namun, Abg Mat Sabu hanya layak dikudakan dan menjadi bahan siar raya je untuk PAS. Abg Mat Sabu juga pernah ditugaskan untuk memburuk burukkan Anwar satu ketika dulu (ayat yang paling sedap dari mulut Abg Mat masa tu kutuk Anwar ialah masuk tong taik keluar tong taik). Lantas bilaman Anwar menjadi ketua Pembangkang, Abg Mat mula panas punggung, dan Abg Mat mula mengambil langkah untuk berbaik semula dengan Anwar Al Juburi yang pernah Abg Mat gelar satu tika dulu.


Namun, dalam politik Abg Mat ni mana ada malu dan rasa beralah. Muka tebalnya diteruskan untuk dia bertanding sekali lagi dalam jawatan tertinggi PAS. Setelah tercalon sebagai Timbalan Presiden, maka Abg Mat terus menjalankkan tugas berkempen, dari nun selatan Johor hinggalah ke utara , abg mat jumpa semua perwakilan. Biasala nak tarik undi... Tapi gagal dan sedih dihati Abg Mat, pada saat akhir ada pula nama yang diiktiraf oleh Tok Guru sendiri iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man untuk lawan Abg Mat selain 4 nama lain.




Abg Mat memang tak gusar nama lain cuma bila nama Tuan Ibrahim telah dicadang sendiri dan diberi tanda isyarat oleh Tok Guru Nik Aziz maka Abg Mat mula panas punggung. Mana tak nya, di setiap akar umbi mula menyatakan dari ambil orang yang suka terpekik terlolong macam tong kosong, lebih baik ambil Ulamak yang boleh memimpin kita. Takkan nak ambil orang yang tak de langsung asas agama dan berkawan baik dengan Anwar Al Juburi.

Maka disini, dalam suasana bergini, Husam Musa mula resah kerana beliau sendiri dalam pencaturannya ingin melihat Abg Mat duduk di kerusi timbalan tersebut. Bukan apa, bila Abg mat disitu, maka senang la si Husam ni buat kerja dan atur segala perjalanan PAS sebagaimana beliau mengatur perjalanan negeri Kelantan. Husam sudah dikenali memang pakar dalam hal mengatur ini, namun, Tok Guru lebih arif dalam pencaturan ini, dan meletakkan Tuan Ibrahim disana bagi mengimbangi golongan pro Anwar denagn golongan pro Ulamak.

Bukan setakat Tuan Ibrahim dihantar oleh Tok Guru untuk mewakilinya dipusat nanti, anaknya juga Nik Abduh dihantar untuk duduk di kerusi MT bagi menjadi mata dan telinga beliau. Abg Mat, sekarang ini mula mencatur untuk berkompromi, tapi atas sikap egonya, Abg Mat bukanla jenis begitu, dan beliau ini akan lawan dan terus lawan walaupun beliau kalah namun dalam politik Abg Mat tidak ada kamus malu dan kalah.


Tong kosong dan badut, apa pun terjadi Abg Mat masih di perlukan oleh PAS kerana kelantanganya. Beliau mungkin tak tahu lagi kedudukannya dalam PAS sebagai tak lebih pemain simpanan. Abg Mat boleh nilai kali ini jika Abg mat terus kalah dalam pimpinan kali ini maka dicadangkan Abg Mat membuat koreksi diri dan juga jangan lupa ya Abg Mat , minta la apa-apa jawatan yang boleh melihatkan kepentingan Abg Mat dalam PAS. Kalau tidak, maka Abg Mat terus kekal sebagai tong kosong atau badut, atau libih hina dari itu.

Maka para perwakilan sudah mula boleh membaca dari isyarat yang diberikan oleh Tok Guru sendiri. Walaupun hari ini Berita Harian telah menyiarkan bahawa peratusan menurun atas sokongan rakyat terhadap Tok Guru. Itu kajian yang dibuat oleh pihak swasta selama 3 hari sahaja. Namun, hakikatnya peranan Tok Guru amat besar dalam membawa arus PAS dan perjuangan mereka. Abg Mat tersilap langkah dengan tidak mendapat restu, dan terlalu gopoh untuk terus duduk di kerusi no2 dalam PAS.


Gopoh dek kerana ada dibelakang Abg Mat penasihat yang tak diiktiraf dan mencanang bahawa Abg Mat adalah pemimpin masa depan. Tapi jika Abg Mat menang kali ini, maka PAS akan lebih mudah dikuasai oleh UMNO. PAS akan lemah dan inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak. Ini termasuk kawan-kawan PAS iaitu PKR dan DAP. Mereka ini melihatkan PAS susah untuk dikuasai dek kerana para Ulamaknya. Mereka juga mahu memadamkan Ulamak PAS dan menggantikan kumpulan penyokong tegar Anwar Aljuburi. Maka jalan yang paling baik ialah menyatakan bahawa ini adalah mainan UMNO untuk melemahkan PAS. Ahli PAS perlu sedar, apa untungnya UMNO dalam hal ini. Tapi perlu diingat, PKR dan DAP adalah kumpulan yang paling untung jika peranan ulamak ini dihapuskan.


Ulamak adalah penghalang utama , dan mereka akan terus menegakkan Islam. Ini tidak disenangi oleh PKR dan DAP. Bukan Abg Mat seorang sahaja menjadi kuda cita-cita PKR dan Dap, tapi segelintir MT PAS sendiri sudah mula mengatur gerakkerja. Buku 'Menuju PAS Baru' boleh dijadikan sandaran untuk PAS terus dilibrelkan oleh pendesak-pendesak menghapuskan peranan ulamak. Peranan yang besar dalam menyumbangkan pembangunan Islam dilihat oleh kumpulan ini sebagai penghalang dari pembangunan kemajuan ekonomi dan kantong perut sendiri.



Abg Mat Sabu dan rakan-rakan mula pening kepala sekarang ini. Segala pencaturan dapat dihidu dari awal lagi oleh golongan ulamak. Berkat doa dan solat hajat segala agenda untuk menghapuskan perjuangan negara Islam akhirnya terbongkar. Sekarang hanya ditangan ahli PAS sahaja untuk terus memperjuangkan Islam atau untuk duduk dibawah pemimpin librel. Tanggal 3-5 Jun ini adalah penentu untuk Abg Mat Sabu, adakah beliau akan terus menjadi tong kosong dan badut PAS, atau PAS akan berjaya diperintah oleh kumpulan penyokong setia Anwar Al juburi. Maka tika itu, bolehlah ahli PAS kuburkan niat untuk membina negara Islam atau Hudud yang pernah menjadi perjuangan utama mereka.

Nasihat untuk Abg Mat tong kosong dan badut PAS agar sedar diri itu yang beliau itu dikudakan oleh Anwar Aljuburi untuk menghapuskan perjuangan Islam PAS dan ditawarkan jawatan no 2 dalam PAS. Maka sayangilah PAS dan tariklah diri anda dari bertanding dan memberi sokongan kepada Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga calon yang ditunjuk oleh Ulamak muktabar PAS. Ahli PAS, bersatulah demi menjaga kepimpinan Ulamak dan halanglah musuh dalam selimut atau duri dalam daging kali ini yang menjadi penghalang niat murni akar umbi melihat sebuah negara Islam muncul di bumi ini....

Wednesday, May 18, 2011

Shamsul Ketot buat hal lagi...


Ketua AMK Keadilan kali ini cuba menarik perhatian Boss nya dengan nada yang amat berani untuk membela nasib bossnya. Dalam akhbar Siasah 6-12 Mei muka surat 10 Bual Bicara Si ketot ni dengan wartawan Kalsum Ahmad menyatakan yang beliau tahu siapa pelakon video tersebut. Wah hebat betul si ketot ni hinggakan beliau dapat tahu siapa pelakon sebenar dalam aksi ganas tersebut. Kak Wan pun tak kenal tapi se Ketot ni kenal...Ke si ketot ni pernah bersama ngan bossnya wakakaka...

Apa pun, aku harap dengan kenyataan si Ketot ni, pihak PDRM perlu mengambil keterangan ini bagi megetahui sejauh mana powernya si ketot ni yang memang pakar dalam bab video seks ni. Satu lagi aku tertarik pasal si ketot ni dalam bual bicara tu ada petik nama Datuk Johari dan juga beliau menyatakan telah membuat kajian, sekali lagi aku sebut KAJIAN jam tangan Omega. Pehhh hebat si Ketot ni, buat kajian Datuk Johari ke Thailand dan juga jam Omega.


Beliau ni dilihat tak lain hanya untuk memerlihatkan kepada bossnya yang beliau akan sanggup buat apa sahaja yang boleh membantu bossnya dalam kes ini. Apa pun niat si Ketot ni Allah sahaja yang tahu tapi dengan tindakan beliau dalam memberi kenyataan dalam bual bicara ini , sudah jelas cara orang yang nak kipas boss terserlah. Bukan lagi satu pendedahan, ramai dikalangan ahli PKR dan AMK sendiri kenal dengan si ketot ni yang kuat kipas bossnya sehinggakan segala tindakan yang beliau buat tidak disenangi oleh bossnya.


Tindakan beliau di Masjid Amru baru-baru ini juga mendapat kutukan dari bossnya dan juga para AMK dan ahli PKR. Beliau ini cuba menjadi hero tapi hero bodoh, dia tak sedar dia ni tak cukup inchi nak jadi hero. Kira dalam bahasa kasar 'bodoh' la dan pendek akal dalam apa jua tindakan yang dia buat.


Bebalik pada akuan bual bicara nya di akhbar Siasah maka dengan jelas dia membawa isu video seks ini dengan PKR dan menunjukan bahawa PKR juga terlibat dalam isu ini kerana PKR sahaja yang tahu siapa perlakunya dan dengan jelas di muka depan akhbar Siasah ini menyatakan bahawa 'PKR akan dedahkan siapa sebenar perlakon video lucah' kata Shamsul si ketot ni'. Maka dengan jelas dah PKR tau siapa pelakunya maka minta la PKR atas nama Shamsul Ketot ni dedahkan dan buktikan la siapa perlaku sebenarnya.

Kalau dah tau siapa perlakunya kenapa PKR dan juga Azizah serta anaknya si Izzah meroyan tak tentu pasal. Lapor la polis dan ambil la tindakan terhadap perlaku sebenar dan penuduh sebenar. Apapasal duk diam dan meroyan mengatakan ini adalah konspirasi BN dan UMNO. Dah tau siapa yang buat , lapor je la polis , biar polis tangkap dan ambil tindakan. Bodoh, tu la, kekadang ni, nak tunjuk hero dan nak bela boss tu tengok la dulu kiri dan kanan. Jangan sampai terjerat diri sendiri dan menunjukkan kebodohan murakab anda tu si Ketot.


Si Ketot ni katanya lulus belajar undang-undang dan seorang lawyer dan keluaran UIA, namun kalau la bodoh seperti ini, macam la beli je sijil tu dan kaki bodek pensyarah la masa belajar dulu.

Lagi satu, yang tertarik dalam hal si ketot ni adalah hubungan si ketot ni dengan Chegubard. Panas katanya tapi, dibuat sejuk je atau suam suam kuku je. Mana boleh satu kata dia nak jadi hero dan satu kata lagi kata dia pegecut. apa lagi kasi taruk la Chegubard , dah awak tu kata ramai sangat penyokong takkan nak biarkan si Ketot ni buli awak dan maki awak dibelakang ke? Awakkan chegubard kroni Boss awak dan ada kaitan sedara mara juga. Apa takut? kasi halau la ini Ketot dari AMK.



Shamsul ketot ni kena la tengok-tengok belakang dia berapa ramai AMK yang masih menyokong beliau. Sedar la diri sikit yang rata-rata AMK sudah mual dengan sikap membodek boss yang cuba beliau tonjolkan. Cukup la, buat la kerja kata seorang AMK kepada aku yang kurang senang dengan sikap Si Ketot ni. Aku jawab dengan selamba, bagus la AMK tak jalan kerja , sekurang-kurangnya PKR dah patah satu sayap dan UMNO terus cuba menguatkan sayapnya. shamsul oh shamsul Ketot, kau ni buat hal lagi...itulah keluahan bossnya Anwar Ibrahim.....

Tuesday, May 17, 2011

Ron 95 Naik lagi?


Aduhhhh... Ni la keluhan rakyat dan juga aku sendiri yang aku dengar, minyak naik lagi, naik la, turun tak pernah sekali. Aku dah rasa mual dengan Ismail sabri ni, sekejap kata tak naik sekejap kata naik. Ni apa hal ni...Kalau nak naikkan harga minyak Ron 95 ni, tak yah la buat kenyataan akhbar yang Ron 95 ni takkan naik sehingga tahun depan. Ni dah jadi bola tanggung ni. Puak pembangkang dah mula nak bertepuk tangan, rakyat dah makin meluat kat kerajaan. kalau dulu kata tak naik maka jangan la naikan, ni ada pulak tup tup bulan depan nak kaji pulak harga.Kalau dah kaji tu kira nak naik la tu.


Oi Sabri, kau ni reti ke tak reti jadi Menteri ni. Kalau kau rasa tak boleh jadi menteri kau balik je BERA tu dan bukak warung jual ikan patin masak tempoyak. jangan dek kerana kau naikan harga minyak seluruh rakyat bencikan kerajaan. Yang jadi aku muskilnya , tiap kali YAB PM pi luar negara je , si Sabri ni mula meroyan pasal nak naikkan harga minyak. Aku pelik gak, dia tak tengok ke tika ini rakayt dah terlalu terbeban dengan kenaikan harga. Aku tak kisah kalau dia tak buat kenyataan dulu tu dalam akhbar, ni dah kata tak naik tiba-tiba nak semak lak harga... Mampos la kau ni Sabri....


Lagi satu Sabri aku nak habaq kat hang, kalau kau ni tak leh jadi Menteri, ko jadi je manager anak kau tu, lepas tu kau sebut je la harga berapa yang kau nak, bila anak kau nak buat show. Pelik betul la aku ni...


Apa relevennya kalau dah berjanji dengan rakyat tapi tak pernah nak tunai. Ini yang membuatkan rakyat akan terus membencikan kerajaan. Apa salahnya dikala ini segala Syarikat GLC kerajaan yang dah untung berjuta tu bantu balik kerajaan dalam menagani isu ini. Gaji CEO pun dah dibayar terlalu tinggi, dan mereka hidup pun dah macam biawak hidup dan kini apalah salah nya membantu kerajaan dalam krisis ini. GLC sudah masanya mereka ini membantu dan bukan hanya untuk mencari untung...


Kalau asik duk hentam pembangkang pun, sesekali kena jugak kerajaan dengar keluhan rakyat dan bantu rakyat. Bukan mengharapkan sokongan kosong, tapi kerajaan kena ingat di PRU13 ini akan datang 'silent protest vote' dari rakyat diatas kesesakan hidup mereka tika ini.



P/S Aku pakai minyak Disel, kalau Disel pun naik baik aku naik basikal...

Monday, May 16, 2011

Sesudah Hari Guru, satu ingatan bersama....


Selamat Hari Guru aku ucapkan pada semua tenaga pendidik diseluruh Malaysia. Hari ini kita menggenagkan jasa pengorbanan para guru dalam mendidik anak bangsa. Jasa yang tidak terkira sehingga dianggap guru itu umpama lilin yang membakar diri sendiri. Hari yang berbahagia ini juga mendapat perhatian YAB PM dalam mengucapkan tahniah buat seluruh guru di Malaysia. Apa yang mereka telah berikan perlu mendapat perhatian dari Kerajaan yang mana ada dikalangan mereka ini yang bersusah payah mengajar di pendalaman seperti di Sarawak dan Sabah. Jasa mu tetap di kenang .

Namun, disini aku cuma ingin menarik perhatian kepada 2 golongan guru yang aku anggap bukan lagi sebagai lilin membakar diri, tapi menjadi duri dalam daging kepada warga pendidik yang lain. Pertama, guru yang aku maksudkan ialah guru-guru yang selalu curi tulang dari tugas hakiki dan membuat kerja-kerja sambilan. Amat perit untuk aku luahkan perkara ini, tapi inilah hakikatnya. Bukan semua guru tapi segelintir. Dan segelintir inilah yang terus mencacatkan nama baik guru dan prastasi murid mula menurun. Guru yang sibuk dengan kerja sambilan dan sibuk menjadi agent perniagaan multi level. Masa terluang banyak dihabiskan untuk berniaga.


Kata mereka, ini bukan dilakukan waktu sekolah, tapi dilakukan lepas waktu sekolah. Ya benar, tapi jika ia boleh menjejaskan prestasi guru itu sendiri yang pulang lewat malam dan awal pagi perlu ke sekolah dimana relevennya itu semua. Aku utarakan semua ini, bukan nak merosakan periuk nasi para guru, mereka juga pernah mengeluh berapa sen sangat gaji guru. Tapi yang aku peliknya pegawai kerajaan yang lain juga sama gred dan tangga gaji tidak pula sibuk dengan pernigaan piramid ini. Pelik, tapi inilah hakikat yang aku memikirkan bila masanya kalau guru itu sendiri sibuk berniaga dan bagaimana KPI mereka dalam mendidik anak bangsa.

Itu pertama, isu guru suka berniaga atau buat kerja sambilan, yang keduanya , ramai dikalangan guru jugalah yang menjadi tali barut kepada pembangkang di negara ini. Kalau dilihat zaman sebelum merdeka dan zaman dulu, guru-guru adalah perjuang bangsa, tapi kini guru-guru yang menjadi petualang bangsa dan ingin merosakan bangsanya sendiri. Gurulah yang ramai sekali menyokong Pembangkang. Bila nak bertukar dari satu sekolah ke satu sekolah yang lain, mula la mereka buat baik dengan PPD. Tapi dibelakang mereka lah yang ramai menjadi petualang bangsa dan sanggup menggadai negara ini kepada komunis DAP atau pengkhianat yang lain. Dulu gurulah yang menjadi tulang belakang kemerdekaan negara kita ini. Tapi kini guru lah yang ingin menjual negara ini tanpa ada rasa bersalah atas diri sendiri.


Jangan kerana hari ini hari guru maka, tidak boleh sedikit pun ditegur guru ini. Memang ianya agak keras, namun, mereka lah yang banyak menyokong Pembangkang dan sehinggakan RM500 yang dijanjikan oleh Pembangkang sanggup digadaikan anak bangsanya sendiri. Inilah sikap guru yang terlalu hipokrit sekarang ini. Bagaimana dengan sikap yang hipokrit ini mereka mahu mendidik anak bangsa mereka. Guru menjadi nadi kepada masyarakat dan mereka perlu menjadi contoh dalam kehidupan masyarakat. Kalau seorang guru itu sibuk dengan meniaganya dan hinggakan pasar ramadhan pun ada guru yang meniaga dan kalaulah mereka ini menjadi petualang negara , mana contoh terbiak buat masyarakat yang boleh guru ini tunjukkan.

Maka sesudah hari guru ini, jika ada guru yang membaca tulisan ini, ubahlah, janganlah dek kerana wang ringgit anda sanggup melupakan tugas hakiki anda sebagai warga pendidik. Dan dek kerana marahkan kerajaan anda sanggup menjual negara ini kepada petualang negara. Ingatlah jasa guru guru sebelum kita, yang banyak berkorban membebaskan negara dari penjajah. Jadilah guru yang bertanggungjawab dan simpullah amanat janji kita untuk membela nasib anak bangsa kita. Walau sedikit kamu dibayar, walau kamu makan nasi berulamkan ikan kering , walau kamu dinun jauh dipendalaman, namun hati kamu tetap tabah dan terus berpegang pada janji untuk mendidik anak bangsa mu.


Perjuangan mu sebagai guru belum berakhir dan kamulah penerus perjuangan guru-guru yang lalu dalam mendidik anak bangsa mu erti kemerdekaan sebenar dan menjadi tembok penghalang dari ancaman petualang yang sanggup menjual negaranya kepada komunis...sesudah hari guru ini , ikrar menjadi azimat buat seluruh warga pendidik, bantulah kerajaan yang merdeka ini untuk meneruskan wawasan kemerdekaan dan aspirasi negara yang abadi...

Sunday, May 15, 2011

Harakah dan relevennya ...


Aku pelik bila semua orang berbicara akan kebebasan media dan ketelusan media. Namun hal ini perlu dilihat dari beberapa sudut dan bukan hanya pada sudut menghentam dan juga merosakkan ironi kebebasan media itu sendiri. Apa perlu kepada kebebasan media jika ianya akan menjadikan rakyat dalam ketakutan atau rusuhan bila berita itu boleh membawa kepada keamanan negara tergugat.

Memang rakyat perlukan kebenaran dan itu tidak dinafikan. Tapi segala berita itu bukan semuanya boleh dikabarkan dalam akhbar dan memberi kebebasan untuk semua media menulis apa jua kehendaknya. Tidak semudah itu untuk menjadikan ianya bebas sedangkan di dunia yang maju juga akhbar dan media juga ada batasnya dan ada juga yang dipantau demi menjaga keamanan negara.


Kembali kepada tajuk, yang mana, umum serba maklum akan Harakah itu untuk ahli PAS dan Utusan itu untuk umum (UMNO) namun, hakikatnya sama sahaja. Dalam Harakah juga tak kurang dari megutuk dan hanya membela sebelah pihak dan ianya dilihat tidak ada kebebasan media. Sama juga yang diutarakan kepada akhbar Utusan. Kalau betul-betul yang Harakah itu telus dan ada kebebasan media kenapa ceritanya hanya dilihat tomohan demi tomohan sahaja kepada satu pihak.Mana yang baik dibuat kerajaan tidak disokong. Semua yang kerajaan buat semuanya tak baik. Aku teringat satu ketika dulu semua menggutuk kerajaan membina jambatan Pulau Pinang, semua kata tak bagus. Tapi kini semua pakat nak lalu jambatan tersebut.

Pelik juga bila membaca akhbar Harakah yang dikatakan rakyat inginkan alternatif berita, namun, apa yang disajikan sama sahaja seperti Utusan dan yang menariknya tomohan lebih ketara dan ianya hanya memperlihatkan kulit Islam sahaja tak lebih dari akhbra fitnah yang lain...Mana perginya kebebasan media, kenapa tak adil dalam media Harakah itu dalam menyapaikan berita. Benda yang baik perlu diakui, bukan mencari jalan untuk mengeruhkan lagi suasana.

Tiada analisa yang baik boleh dirujuk atau boleh mendapatkan munafaat ilmu dari akhbar Harakah. selain dari itu tak betul, ini tak betul, dan hentam kerajan sana, hentam kerajaan sini. Hadis dan ayat AlQuran dijadikan sandaran dalam Harakah bagi membenarkan khabar berita tulisan mereka.


Maka kali ini hampir berjaya Harakah membasuh pemikiran rakyat sama juga fitnah yang dilimparkan kepada Utusan yang dikatakan utusan itu menyebarkan fitnah kepada rakyat dan dijadikan kuda oleh UMNO. Malah kalau dibaca Harakah itu tak lari dari apa juga kutukan dan ketidakpuasan hati sesetengah golongan bodoh yang tak tahu nak cari jalan penyelesaian. Di negara yang serba moden ini banyak lagi cara untuk kita sebagai rakyat mencari jalan penyelesaian dan bukan menabur rasa marah rakyat sehingga mengajak rakyat berdemo dijalan-jalan seperti rakyat Indonesia. Kita bukan lagi ditakuk lama dan bukan lagi pemikiran golongan kelas ketiga. Tak tahulah jika Harakah cuba membawa minda masyarakat untuk terus kekal dungu dan bodoh seperti apa yang berlaku dinegeri dibawah pemerintahan mereka.

Agak keras kali ini dan inilah yang dilihat setiap keluaran Harakah dan cubalah pembaca harakah itu terus membuka minda mereka dan menilai apa juga tulisan didalam Harakah itu dari sudut positif. Mungkin anda yang ada otak atau bukan lagi pemikiran kelas ketiga dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk dan tidak semestinya semua yang dilaporkan itu buruk impaknya kepada rakyat.Maka kali ini mungkin boleh dilontarkan persoalan sejuah mana Harakah itu releven sebagai alternatif berita bagi yang ingin mencari kebenaran? Dan adakah hanya untuk meluahkan dan menagih simpati rakyat bagi menyokong sesetengah pihak...Apa bezanya dengan Utusan....Cubalah ianya diambil sudut positif dan mulakan bacaan anda kepada yang memberi munafaat ilmu dan menambah peningkatan taraf pemikiran anda...

Sahabat yang pernah ku kenali....


P/S: Bak kata perpatah, kalau kita kawan dengan orang yang menjual minyak wangi maka sedikit tidak kita akan turut wangi. Tapi, kalau dah kita berkawan dengan hantu maka sedikit sebanyak pun perangai macam hantu gak..Maka, pilihlah kawan atau sahabat yang boleh membawa kita kesejahteraan di dunia dan akhirat....

Fatwa yang perlu dituruti....

PANAS!! Majlis Syura PAS tak sependapat dengan Nik Aziz..


Setiausaha Majlis Syura Pas Pusat, Abdul Ghani Samsudin yang juga calon Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burung, Selangor, berkata, pendedahan tentang hakikat sebenar seorang pemimpin dibenarkan oleh syarak bagi mengelakkan orang ramai teraniaya.

‘‘Pendedahan itu dilakukan demi kebaikan dan berdasarkan keilmuan supaya pemilihan pemimpin dibuat dengan teliti dan difikirkan secara matang.


‘‘Konsep ini adalah dibenarkan dalam Islam kerana jika tidak didedahkan keburukan dan kelemahan seseorang pemimpin yang bakal dipilih itu, bimbang nanti berlaku kerosakan yang lebih besar,”katanya.

Abdul Ghani yang juga bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang menyebut Abdul Hadi mengeluarkan ‘fatwa’ membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.

Menurut Abdul Ghani, meskipun Allah menyatakan dalam ayat 148, Surah al-Nisa tentang larangan mendedahkan keburukan seseorang secara terang-terangan tetapi dalam ayat tersebut juga menyatakan perkara itu dikecualikan jika melibatkan mereka yang teraniaya.

‘‘Dalam hal ini, rakyat akan teraniaya jika kita tidak menyatakan hakikat sebenar dan rekod perilaku seseorang pemimpin.


‘‘Sebab asas memilih pemimpin mesti berasaskan kepada ketakwaan mereka kerana mereka yang tinggi martabatnya ialah mereka yang paling bertakwa,” jelas beliau.

Katanya, pendedahan tentang segala kelemahan dan rekod buruk seseorang itu dilakukan demi kepentingan umum seperti skandal atau kelakuan buruknya.


‘‘Ini termasuk dalam perkara amar makruf dan nahi mungkar dan nasihat dalam agama atau hisbah. Ini sama seperti dalam proses memilih pasangan atau meminang, mesti dinyatakan hakikat sebenar latar belakang pasangan kerana proses membina rumah tangga berasaskan kepada mahabbah iaitu kasih sayang,” katanya.


Katanya, konsep tersebut juga boleh diamalkan dalam proses memilih kepimpinan yang membabitkan soal kepentingan negara.

P/S : So apa yang nak dibisingkan bila didedahkan aib Anwar Ibrahim...Bukan kah dia juga seorang pemimpin....

Friday, May 13, 2011

DAP apa dah jadi...PAS diam diri....PKR senyum sendiri...


Setelah menang di Sarawak, DAP mula menunjukkan taringnya dalam erti kata sebenar arena politik di Malaysia. DAP sudah membuka topeng sebenar mereka setelah mereka percaya yang 2 parti pakatan mereka akan tunduk dengan apa jua permintaan mereka. Nah, sekarang DAP mula bercadang untuk meluaskan kuasa dan tampuk pemerintahan komunis mereka ke pantai timur pula. Inilah kenyataan DAP dalam Malaysia kini..“Kami mempunyai hasrat yang tinggi untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri Bandar di Terengganu. Manakala bagi Kelantan, kami masih memantau dan mengenalpasti kerusi berkenaan,” kata timbalan setiausaha organisasi DAP, Vincent Wu.

Jelas mereka juga tanpa segan silu mula megorak langkah untuk menguasai bandar-bandar di Pantai Timur. Apa pula, haluan PAS kali ini, adakah mereka rela tunduk dan memberi laluan kepada komunis ini untuk terus menguasai bandar di Pantai Timur atau membiarkan orang-orang Melayu di bandar terus dipinggirkan. PAS yang semakin tunduk dan layu atas pemintaan DAP dan PKR dan hanya mampu tersenyum sambil mengelurkan fatwa-fatwa halal mereka berkongsi kuasa bersama kafirun.


Apa sebenar agenda DAP sekarang ini, dengan jelas setelah pendedahan ahlinya sendiri dengan laporan polis menyatakan bahawa DAP juga bercadang menggubal perlembagaan dari Islam agama rasmi kepada Kristian agama rasmi Malaysia. Dimana pendirian PAS tika ini yang memperjuangkan Islam sebagai landasan mereka. Adakah kali ini juga PAS sanggup menurut perintah DAP untuk turut serta bersetuju bahawa Kristian agama rasmi Malaysia. Pemimpin PAS mula tunduk dan resah tika ini, nak di sanggah takut melukakan hati pakatan mereka. Tak disanggah sokongan rakyat yang beragama Islam mula sangsi akan perjuangan mereka.

Apa jua tindakan DAP sekarang ini sudah mula menunjukan taring mereka yang sebenarnya. Namun, ada juga manusia yang masih lagi percaya akan komunis ini dari bangsanya sendiri. Kelu bila mana ada juga bangsa Melayu yang sanggup mengadaikan hak keistemewaannya demi untuk DAP tercinta. PAS yang dulunya sanggup berjihad dan bermatian untuk menegakkan Islam namun kini kecut telur bila digertak oleh DAP. Langsung tiada kalam atau bicara para Ulamak dan mursidul PAS demi perlembagaan Islam tercinta. Kenapa tida keluhan atau keresahan dari PAS, semuanya nak tunggu arahan dari Anwar atau sekarang ini PAS hanya boleh membuat kenyataan bersama-sama dengan pakatan yang lain.


Lihat bila Islam sudah berani digadai oleh PAS demi menjaga kawan dan sahabat mereka iaitu DAP dan PKR. Lama kelamaan apa yang disolat hajatkan kini ditunjuk oleh Allah SWT kebenaranya. PAS sudah hilang maruah dan harga diri demi DAP tercinta, inilah hakikat yang perlu kita sedar dan perlu ada pendirian sebagai umat Islam dalam memperkatakan Al Walak dan Baraa dan bukan demi kepentingan politik sanggup menggadai kesucian Islam.

Maka PKR sebagai dalang dongeng cerita ini tersenyum sendiri apabila mereka berjaya mengucar luaran dan dalaman PAS dan DAP. PKR tersenyum riang bila mana mereka juga berjaya menjadikan PAS dan DAP dibawah telunjuk mereka. Cerita dongeng mula tercipta hari demi hari bagi menutup segala keaiban demi mecari simpati rakyat.


Segala apa yang terjadi dalam arena politik Malaysia kini perlu direnung tajam dan berfikir diluar kotak agar kita tidak terpedaya dek isu yang cuba diputarbelitkan oleh pihak pakatan pembangkang. DAP jangan bermain api,perlu diingat ada lagi perjuang yang belum ditelan zaman untuk terus mempertahankan bumi Melayu ini dari dijajah buat kali kedua....

Wednesday, May 11, 2011

UMNO...Selamat Ulang Tahun untuk mu...


UMNO dah berumur 65 tahun dan disini utusan ucapan selamat ulang tahun buat mu UMNO. Moga segala perjuangan yang dilandaskan akan diteruskan hingga ke anak cucu. Namun, sambutan ulang tahun UMNO kali ini nak diselitkan dengan amaran keras buat semua ahli UMNO dari pemimpinnya hinggakan ke ahli biasa untuk terus berkerja keras dalam menghadapi PRU 13 akan datang. Ubah pemikiran yang menebal songsang dalam jiwa ahli UMNO itu jika mahukan UMNO terus didokong oleh rakyat jelata.

UMNO satu parti yang cukup releven untuk memperjuangkan nasib orang Melayu, namun, yang berakar sebagai pengkhianat bangsa dalam UMNO itu perlu dinyah atau dihapuskan segera. Satu transformasi UMNO yang besar bak tsunami perlu dianjakan segera, dalam UMNO terkial-kial meraih sokongan dan simpati rakyat. Ini tidak berlaku 65 tahun yang lalu dimana UMNO satu gergasi yang dihormati lagi disayangi. Bukan dicerca atau dimaki tapi pujian demi pujian untuk UMNO satu ketika dulu.


Dihari ulang tahun UMNO ini, sama-sama lah ahli-ahli UMNO bermuhasabah diri terutama yang masih lagi menjadi dan memegang tampuk 'Ketua Bahagian'... adakah anda telah melaksanakan tugas dan amanah UMNO selama ini atau andalah pengkhianat UMNO dulu kini dan selamanya. Fikir-fikirkanlah ahli dan pendokong UMNO , untuk masa depan anak bangsa dan masa depan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair...

Doa dan harapan kali ini untuk melihat UMNO itu terus disanjung, terus disegani dan terus menjadi tonggak harapan anak bangsa. Bukan lagi UMNO itu untuk mereka-mereka yang hanya menghitung keuntungan dan mereka-mereka yang sombong lagi angkuh. Cukuplah dengan perangai yang meloyakan selama ini. Rakyat akan terus menilai dan kini, dizaman yang penuh celik minda dan celik politik, rakyat tahu membezakan siapa yang betul-betul memperjuangkan anak bangsanya sendiri dan demi kesejahteraan rakyat amnya.

Masa yang semakin sengkat, umur UMNO yang semakin usang, namun, perjuangan yang segar bak haruman seroja itu perlu diabadikan dan diteruskan oleh UMNO. Walau dimamah usia, walau berkerusi roda, perjuangan UMNO perlu diteruskan oleh insan-insan yang ada otak, ada hati dan perasaan, ada budi perkerti, ada hemah dan penuh hikmah, dan yang akhir, ada jiwa rakyat dalam hatinya demi menjaga anak bangsanya. Bukan lagi mereka yang bernafsu binatang atau yang ada cita-cita nak menunggang UMNO sebagai jambatan kepentingan peribadi sahaja. Berbuih mulut YAB PM mengajak ahlinya agar satu anjakan transformasi perubahan dalam UMNO dan janganlah dibiarkan aspirasi ini didokong dibahu seorang khalifah sahaja. Berubah itu ada baiknya dihari yang mulia ini, dikala UMNO itu menyambut hari ulang tahunnya dan yang paling penting ianya masih lagi belum terlambat....


Akhir ini, Salam perjuangan dan Selamat Ulang Tahun UMNO ke 65...