Monday, July 25, 2011

Hancurnya PKR...


Ke mana hala tuju PKR jika tika ini hanya berharap kepada Anwar untuk membuat keputusan. Segalanya Anwar, itu dan ini semuanya Anwar, sedangkan Presidennya sebagai badut atau patung hidup. Apa pula peranan Azmin Ali sebagai orang no 2 dalam PKR. Walaupun Azmin sudah melatkan kemnya dikedudukan selesa namun, Anwar tetap berkuasa dalam PKR. Apa rancangan Azmin selepas ini. Azmin sedang bersedia untuk bertepuk tangan jika Anwar disumbat ke dalam penjara. Ini menjadikan kekuasaan keluarga Anwar mula berkurangan dalam PKR. Justeru, ada pihak yang cuba menonjolkan Nurul Izzah sebagai pengganti ayahnya...

Bukan semudah itu Izzah nak melangkau si Azmin. Azmin lebih banyak makan garam dalam dunia politik berbanding Izzah yang dilihat seperti budak sekolah menengah yang sedang menunggu keputusan SPM nya. Ramai dikalangan aktivis didalam PKR yang masih berkira-kira untuk duduk dalam kem mana. Yang jelas, Ketua Wanita PKR tetap setia bersama Azmin dan Azmin juga cuba memancing ketua Serikandi namun, ianya tidak berjaya kerana si Aisah ni, budak yang terlalu taksub kepada Anwar Ibrahim walaupun beliau tahu yang beliau punya banyak halangan. contohnya, dengan pendidikan yang tidak tinggi, bila-bila masa sahaja boleh dicantas oleh anak ketua wanita PKR.

Apa pun hala tuju PKR kini kurang jelas dan mereka cuba sedaya upaya untuk terus memperjuangkan Anwar dan bukannya rakyat. Tapi sebaliknya menggunakan jambatan rakyat sebagai buah kilasnya. Anwar juga turut menggunakan senjata aktivis-aktivis kemanusian bagi menjamin kedudukannya. Kumpulan lawyer dalam PKR juga menjadi tunggangan Anwar dan ahli keluarga. Ini kerana mereka ini dilihat kumpulan cerdik dalam PKR. Kumpulan lawyer diketuai oleh Latifah Koya ini merasakan mereka adalah yang paling diperlukan oleh PKR dan mereka juga merasakan diri mereka yang paling cerdik dalam PKR. Namun, mereka ini kurang sedar dan kurang cerdik bilamana dengan mudah PKR menggunakan mereka dengan khidmat percuma untuk membawa Anwar mencapai hajatnya dan memperkukuhkan kedudukan ahli keluarganya.

Satu lagi kumpulan bebal dalam PKR adalah bekas anggota ABIM yang kini dilihat bagai lembu dicucuk hidungnya. Dari Manuty lah Anwar cuba mencari jalan bagaimana mendapat kembali sokongan anggota ABIM seperti pada zaman reformasi tahun 1999 dulu dan diawal penubuhan PKR. Tika itu PKR didokong oleh anggota ABIM sehinggalah mereka ini diusir pada mesyuarat agong pertama PKR secara tersusun oleh para aktivis-aktivis. Siapa yang membawa masuk aktivis-aktivis ini, itu kurang jelas. Namun, ahli ABIM kini cuba diraih kembali sokongan mereka.


Anwar cuba merujuk kembali Sidik Fadzil dan melaluinya cuba melamar ABIM, namun, beliau jatuh sakit dan Anwar mula hilang punca. Apa yang Anwar lihat dalam PKR, kaum bukan Melayu lebih dari kaum Melayu dan ini membimbangkan Anwar untuk meletakkan calon dalam PRU13 ini. PKR kini dikuasai oleh bukan Melayu dan melayu yang ada dalam PKR juga sudah lupa daratan dan Melayu inilah yang sanggup menggadai tanahair mereka.

Azmin Ali terus melakukan gerakkerja senyap dan beliau tidak terburu-buru seperti Anwar ketika menjawat jawatan TPM dulu. Anwar yang terburu-buru untuk menjadi PM maka akhirnya tersungkur dalam politik pencaturannya sendiri. Azmin cukup bijik, dengan rangkaian rakan-rakan dalam UMNO yang masih berhubung dengan beliau dan juga rakan kongsi perniagaan juga orang UMNO maka Azmin sudah cukup selesa untuk terus berkuasa kelak dalam PKR. Yang penting bagi Azmin, bukan dia yang menghancurkan keluarga Anwar dalam PKR dan bukan dia master mind yang merancang untuk menjatuhkan Anwar dan ahli keluarganya dalam PKR. Tapi, Azmin dengan mudah bertepuk tangan dan inilah pencaturan PKR sebenar yang ditunggu-tunggu oleh Azmin Ali.

Mungkin teori ini sebagai andaian kabur, ianya juga boleh menjadi terang dan jelas kerana politik adalah seni serba mungkin. PKR kini diambang mencari-cari kata putus dari Presiden yang betul-betul berkuasa dan bukan Presiden parti yang menjadi badut dan patung sahaja. Pernahkah ahli-ahli PKR cuba menilai sejauh mana presiden mereka membuat keputusan. Mereka cuba mengutuk YAB PM yang dikontrol oleh isterinya, tapi dalam PKR pula Isteri dijadikan hamba berselindung untuk menjayakan cita-cita si suami durjana. Isteri dijadikan perisai menghapus fitnah dan inilah kezaliman Anwar terhadap kaum hawa..(maklumlah mungkin Anwar lebih suka kaum adam)...


Apapun, hala tuju PKR masih ditangan Anwar dan bukan Presiden parti. Hala tuju hanya satu iaitu menjamin cita-cita Anwar sebagai Perdana Menteri tercapai...Anwar nak jadi Perdana Menteri??? Azmin Ali pun layak jika dia mampu menunjukkan sikap sebagai pemimpin, Lim Kit Siang juga layak, Hj Hadi pun boleh jadi PM. Nah, apa dasarnya yang hanya Anwar sahaja boleh jadi PM. Inilah sikap diktator yang ditunjukkan secara halus oleh Anwar bagi memperlihatkan pada rakan-rakan pembangkang yang beliau itu lebih cerdik dari pemimpin pembangkang yang lain.

Hancurlah PKR kali ini bila segala tipu helah Anwar boleh dihidu oleh rakyat, dan segala retorik yang dibawa oleh Anwar akan terus dicanang dalam PKR agar mereka yang taksub dengan Anwar akan tetap dan terus menyokong beliau. Busuknya kain buruk atau busuknya bangkai lama-lama akan berbau juga. Cuba-cuba lah menilai dari sudut akal yang waras akan hala tuju dan perjuangan PKR ini, adakah mereka ini betul-betul ingin memperjuangkan hak rakyat atau hanya untuk sevival hidup Anwar dan kaum keluarganya...

Sistem Biomatrik...Pembangkang mula resah...


Kenapa hari ini dilihat pihak pembangkang mula resah akan sistem yang baru dicadangkan oleh SPR iaitu Biomatrik dalam Pilihanraya nanti. Kenapa sisitem yang baru dicadangkan dalam peringkat kajian tapi Pembangkang sudah resah dan terus bersuara membantah. Adakah mereka ini pakar sangat dan boleh menilai yang sistem itu akan disalah gunakan. Atau disebaliknya...Iaitu mereka ini takut kerana selama ini mereka lah yang sering menipu dalam pilihanraya. Contohnya mudah, lihat sahaja di Kelantan, PAS dah memerintah selama 20 tahun dan jika digunapakai sistem baru ini mungkin penipuan mereka akan terbongkar dengan membawa sedara mara mereka yang berada di seberang sungai...

Apa yang dikecohkan hari ini oleh YB Fauziah dari PKR tentang sistem biomatrik ini. Beliau ini dilihat seperti ditugaskan oleh Anwar untuk menjadi anjing yang menyalak tanpa berfikir dulu. Maklumla anjing kan binatang mana boleh fikir,justeru, si fauziah ni gak cam binatang , tak boleh berfikir sebelum buat kenyataan. Sama juga bila dia menyalak tentang projek lynns di Gembeng Kuantan Pahang tempoh hari. Bila dipanggil oleh pakar-pakar maka beliau terus senyap dari menyalak. kesian la orang Kuantan , dapat ahli parlimen pun BODOH seperti tunggul kayu.


Sistem baiomatrik yang masih diuji, kenapa dah melenting sangat?? Nampak gayanya seperti pihak pembangkang takut kerana penipuan mereka dalam pilihanraya akan terbongkar. Tak pun mereka sudah bersedia dan membeli dakwat yang beria ia sangat mereka cuba canangkan. Apa sebabnya kita nak mundurkan diri sendiri jika segala perubahan untuk maju ditentang oleh pihak pembangkang. Aku teringat dulu pihak pembangkang jugalah yang sibuk membantah dalam pembinaan jambantan Pulau Pinang, tapi kini, merekalah yang paling ramai melalui jambatan tersebut terutama pemimpin DAP...


Apa pun tahniah kepada SPR kerana mereka ini cuba mencari jalan untuk mendapatkan pilihanraya yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Pembangkang tetap menggangap petugas SPR semuanya penipu dan semua pekerja di SPR adalah penipu maka, sanak saudara Pembangkang yang keje dengan SPR semuanya penipu dan makan duit haram. Inilah kesimpulan yang cuba mereka bersihkan dalam SPR. seolah-olah SPR tidak menjalankan tugas mereka pula. Para petugas SPR diharapkan anda tak kecil hati dengan tomohan pihak pembangkang, dah keje mereka membangkang dan membangkang tanpa guna otak itulah mereka. Disebabkan SPR yang inginkan transformasikan yang terbaik dalam sistem pilihanraya dengan cuba memperkenalkan sistem biomatrik maka pihak pembangkang sudah mula resah...resah kerana SPR dah mula membuat perubahan dan pembaharuan dan ini menjadikan pembangkang dan Ambiaga tak de modal untuk membelasah SPR lagi....

Sunday, July 24, 2011

PAS dah songsang..


Sekarang boleh dilihat satu demi satu hakikat sebenar parti PAS yang satu ketika dulu parti yang membawa imej Islam. PAS kini lebih rela berbohong demi mengejar cita-cita untuk mendapat kuasa. Dakwah islamiah sudah ditinggalkan dan kini kuasa politik mendahului segalanya. Lihat saja pemimpin-pemimpin mereka sekarang ini. Tunggu dah mati baru lah nak letak jawatan. sedangkan mereka sudah sakit dan tenat untuk berkhidmat kepada masyarakat namun, jawatan tetap terus disandang. Apalah salahnya jika jawatan itu diserahkan kepada orang lain yang boleh berkhidmat kepada rakyat. Ini tidak, dah mati baru nak serah jawatan... Inilah sikap pemimpin PAS hari ini yang gilakan jawatan dari berkhidmat untuk rakyat.

Kalau difikirkan, gaji yang mereka terima untuk berkhidmat itu terus dibayar sedangkan mereka sakit terlantar tanpa memberi sebarang khidmat kepada rakyat. Apa hukumnya disini ya? Sedangkan mereka ini membawa imej Islam dan katanya faham sangat tentang Islam. Setiap ceramah tidak lekang dek Ayat AlQuran dan Hadis Nabi SAW. Namun, itu hanya hipkorit para pemimpin PAS. Nik Ajis sendiri satu ketika dulu mempertikaikan Tun Mahathir dan mendesak agar Tun meletakkan jawatan kerana terlalu lama sebagai YAB PM. Sebaliknya, nik ajis masih berada ditampuk pemerintahan Kelantan.

Kenapa PAS kini berada diluar landasan Islam? Adakah ini satu tekanan buat mereka dari kawan dan sekutu mereka DAP dan PKR? Jelas kelihatan, apabila segala dasar PAS yang dahulunya diperjuangkan, namun kini boleh berubah. Dasar asas sebuah parti Islam, iaitu menubuhkan negara Islam kini ianya berubah dek kerana bersama Pakatan kafir. Dulunya PAS melihat tidak rela untuk bersengkongkol dengan kafirun. Tapi kini, arus perubahan mengenepikan segalanya dan sanggup mereka mengadai prinsip dan dasar Islam itu sendiri. Berkawan dan bersahabat dengan kafir serta menghalalkan cara adalah perinsip baru PAS era globalisasi.

Apa ertinya semua ini jika PAS sudah mula menjadi parti libral dan bukan parti Islam. Rata-rata ahli PAS sendiri mula mempersoalkan dasar partinya dan kepimpinan baru yang cuba merubah PAS kepada parti global. Adakah ahli PAS tidak terfikir akan perubahan yang mendadak ini. Mereka ingin mempersoalkan kepada para pemimpin mereka namun, ketaatan kepada pemimpin menguasai segalanya. mereka mungkin takut untuk bertanya, maklum la, pemimpin mereka lebih arif bab agama, dan jika dipersoalkan maka, lebih banyak ayat alQuran dan Hadis akan mejadi dalil dan bukti.

Apakah ahli PAS itu serupa lembu dicucuk hidungnya, atau mereka takut tiada surga buat mereka jika melawan pemimpin mereka. Sehinggakan pemimpin mereka berbohong pun mereka terpaksa mengiakan. Pemimpin berbohong kini menjadi trend kepada PAS dan bila dilihat ahli-ahli PAS pun kini sudah mula berani berbohong. Mana tidaknya jika inilah tarbiah yang dibawa oleh PAS maka tidak hiranlah kini PAS adalah parti libral Islam dan bukan lagi parti tulin yang membawa perjuangan Islam.

Ahli PAS sendiri kini berbelah bahagi setelah mereka membaca penulisan Dr. Mujahid tentang cara PAS baru yang akan diguna pakai untuk PAS terus maju. PAS dalam penulisan kerangka kerja Dr, Mujahid dilihat lebih effisen namun, dasar Islam yang dulunya dibawa secara keras dan Ulamak disanjung kini boleh diketepikan. Ini disanggah keras oleh Dr. Riduan dengan penulisan bukunya menjawab buku Dr. Mujahid. adakah ini yang berlaku sekarang ini dalam PAS tentang pertembungan idea untuk membawa PAS lebih maju atau PAS terus ditakuk lama.

Pada dasarnya jika PAS ingin maju, tak perlulah PAS bergadai dasar dan perinsip. Tak perlu juga PAS terus berbohong dan sikap pemimpin yang cuba menipu atas dasar berselindung disebalik islam. PAS boleh terus maju dan akan lebih maju jika mereka terus memegang dasar negara Islam dan memperjuangkan Islam dan bukannya cuba bersekutu dengan PKR dan DAP. PAS tidak perlu membuang dasar asalnya, demi untuk bersama pakatan pembangkang. PAS perlu sedar sekarang ini jelas mereka dikudakan oleh DAP dan PKR.

Dikudakan disini bermaksud ianya ditunggang dan dipergunakan untuk menghalalkan cara. Dari atas pemimpin PAS digunakan hinggalah ke unit amal dan ahli PAS terus digunakan oleh PKR dan DAP. PAS sedar akan perkara ini , namun, pemimpin PAS dan ahlinya buat-buat tak tahu dan tak nampak sahaja. Inilah keluhan ahli PAS dibawah yang rata-rata kesal dengan sikap kawan mereka DAP dan PKR. Mereka kata, kalau bab kerja dan jentera PAS sahaja yang buat, mereka (PKR dan DAP) goyang kaki dan cuma pandai mengarah sahaja.


Apa lagi yang ahli PAS cuba sembunyikan. Apa lagi yang mereka cuba rahsiakan. Segalanya telah terbuka.pekong PAS sudah mula berbau dan kini ahli PAS juga sudah mula serba salah. Mereka berjuang kini bukan untuk Islam dan negara Islam tapi perjuangan mereka kini untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga untuk membersihkan nama Anwar dimata rakyat Malaysia. Kini PAS sebagi alat untuk Anwar gunakan sebagaimana Anwar menggunakan para Ulamak dari luar negara untuk memperlihatkan beliau adalah insan yang bersih dari segala dosa.

PAS kini sudah songsang, PAS kini berada dilandasan yang cukup membawa mereka sendiri menghancurkan Islam. Mereka kini lupa dan alpha dek kerana masing-masing pemimpin PAS sudah mula selesa dengan jawatan dan kemewahan. Bukan erti perjuangan sebenar untuk menegakkan Isalm malah kini PAS rela menjual agamanya sendiri demi DAP dan para penghasut aktivis anti Islam dalam PKR. Pemimpin PAS sedar akan perkara ini, dek kerana jawatan dan kemewahan, maka mata mereka dihijab dan segalanya kini berubah. Itulah cita-cita sebenar musuh islam dan kini mereka berjaya menawan PAS dan PAS yang satu ketika dulu adalah parti memperjuangkan Islam kini sudah didalam gengaman kafirun untuk menguasai dan mengarahkan kepimpinan mereka.

Tiada lagi gah dalam parti PAS dan kini PAS yang songsang terus menjadi songsang dan tiada keredaan Allah untuk PAS dengan bukti yang jelas segala doa mereka kini dihijab oleh Allah...Maka tiada lagi jundul Islam yang dulu cuba mempertahankan dan membina negara Islam... maka PAS terus songsang dan terus sesat dibuai kemewahan dan fanak...

Most Wanted...Dalang penipuan...


Dimanakah lelaki ini berada sekarang??? Kenapa masih bebas dan tidak ditangkap kalau benar beliau ini sebagai dalang dalam penipuan di perhimpunan HARAM BERSIH. Sesiapa yang punya maklumat terhadap lelaki ini sila tampil memberi kenyataan pada pihak polis. Siapa sebenarnya lelaki ini dan siapa disebalik lelaki ini sebenarnya???


Lihat sahaja lelaki ini berkawan dengan siapa??? Adakah ini dalang sebenar penghianat bangsa kita?? Maka fikir-fikirkanlah akan helah tipu daya dajal di akhir zaman ini...


Adakah beliau ini telah mati, sehingga pihak polis pun tak dapat nak tangkap beliau ini??? Aapakah ilmu yang beliau pakai dan adakah beliau ini sama dengan keturunan atau beliau ini Ayah Pin??? AMARAN...Jangan biarkan beliau berkeliaran dikawasan rumah anda dan sila laporkan pada pihak polis jika anda melihat kelibat beliau dikawasan anda.....

Saturday, July 23, 2011

Demo dan Keganasan...


Apa dah jadi dengan sesetengah rakyat Malaysia yang sudah mula merubah budaya hidup aman kepada keganasan jalanan. Titah Ke Bawah Duli Tuanku pun tidak mahu didengar dan ditaati. Apakah ini yang perlu dicontoh oleh anak cicit kita akan datang setelah bertungkus lumus para perjuang kemerdekaan negara berunding tanpa menumpahkan setitik pun darah untuk mengecapi harum keamanan hingga ke hari ini. Dek kerana ikut nafsu, dek kerana ikut arah songsang sudah ada rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan nafsu jahat yang dicernakan oleh penghianat bangsa. Musuh negara kita yang bersembunyi disebalik demokrasi terpimpin cuba merubah keamanan yang selama ini kita kecapi.

Apakah dengan mudah kita perlu mengadaikan keamanan yang selama ini kita miliki dengan keluar berdemo dan menjadikan negara kini huru-hara. Atau kita hanya berdiam diri untuk melihat si penghianat bangsa ini terus memutarbelitkan fakta dan keadaan. Siapa yang sanggup negara ini ditukar budayanya dari yang bersopan santaun kepada ganas dan terus menjadi ganas dijalan-jalan raya. Apakah ruang perbincangan itu ditutup, atau sengaja mereka ini tidak mahu berbincang atau sengaja mereka ini mahu membawa budaya kotor ke negara ini. Pintu perbincangan adalah amalan kita selama ini. Bukan amalan untuk berdemo seperti negara-negara yang akalnya pendek dan rakyatnya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.


Aku perlu meluahkan perkara ini kerana yang dilihat hanyalah kebodohan mereka yang keluar dijalan-jalan. Mereka yang dipimpin oleh dajal yang bertopengkan manusia. Mereka ini cuba memburukkan lagi keadaan sedangkan banyak cara lain lagi yang boleh digunakan salurannya. Katanya 'bersih' adalah untuk membersihkan Pilihanraya di Malaysia, sedangkan dalam pemilihan parti PKR juga tidak kurang bersihnya...

Mereka yang mengganjurkan himpunan haram , maka yang salah terus ditujukan kepada pihak berkuasa. Bodoh atau bebal yang perlu aku nukilkan kepada mereka ini. Salah sendiri dituduh orang lain yang salah. Apa ertinya semua ini, dikala Malaysia yang kita cintai dicemari oleh segelintir penghianat bangsa. Kalau dah tak suka duduk di Malaysia ni boleh la angkat kaki dan berhijrah ke Amerika ke Australia ke Cina ke India pun boleh...Tiada siapa yang melarang anda , dan dinegara kita Malaysia ini adalah rakyatnya yang cintakan kedamaian,kemakmuran dan bukan negara yang berdemo jalanan atau penuh dengan keganasan...Ada FAHAMMMMM....

Kenapa Hanya Beri Amaran....???


Aku agak pelik kalau Menteri Dalam Negeri ni asik la beri AMARAN...Rata-rata aku gi jejalan seluruh Malaysia dan rata-rata juga aku jumpa orang semua kata menteri Dalam negeri kita sekarang ni macam PONDAN (ni adalah kenyataan yang aku terima dari rakyat jelata)... Rakyat jelata ramai yang mempersoalkan kebolehan menteri ini....Adakah beliau ni layak jadi Menteri Dalam Negeri atau hanya kerana beliau ada pertalian darah dengan YAB PM...Ramai juga rakyat yang berbunyi "takkan hanya berani beri amaran je". Persoalannya, kenapa hanya diberi amaran??? aku ulang lagi... kenapa hanya diberi amaran...Apa tindakan yang perlu diambil...Cuba-cubalah fikirkan wahai Pak Menteri...Atau amaran demi amaran perlu kami dengar dari mulut anda disetiap berita jam 8 malam di tv3....