Friday, February 25, 2011

Pembela Melayu

Siapa yang nak bela Melayu. PAS atau UMNO... Dua parti yang menunggang atas dasar ahlinya orang Melayu. Yang menjadi beku dibenak ini siapa yang sebenarnya yang akan menjadi pembela Melayu. Kalau dulu PAS hanya boleh bercakap pasal Islam, namun kini PAS dah mula nak jadi juara untuk Melayu. Takkan bila sudah hilang pengundi di dua PRK Galas dan Tenang PAS sudah berani untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

UMNO yang dari dulu dianggap parti yang terus memperjuangkan hak orang-orang Melayu, "jika ada", masih kekal hingga ke hari ini bercakap hal yang sama. Sokongan Melayu boleh dilihat masih kekal di setiap PRK dan ini menjadikan UMNO masih belum boleh menyatakan yang Melayu itu sudah lupa akan jasa UMNO. Tapi harus diingat oleh UMNO, sokongan yang padu sebegini janganlah dipersiakan. Janganlah diperbodohkan, kerana Melayu yang aku rasa dulu masih dalam delema tapi kini boleh menilai.

Sejauh mana PAS yang diwar-warkan di konvensyen menyatakan akan turut menjaga hak Melayu. Kalau dulu mereka ini terus mencemuh perjuangan yang bersifat perkauman atau perjuangan hak orang Melayu. Pada mereka Islam yang utama. Mereka juga dulunya terlepas pandang bahawa didalam perlembagaan Malaysia itu termaktub bahawa Melayu itu adalah yang menganut Islam. Adakah baru kini mereka itu belajar membaca perlembagaan Malaysia setelah disekolahkan oleh PKR dan DAP dalam satu pakatan.

Perkara pembela Melayu ini bukan nya mudah, bukan boleh ditulis atau hanya boleh bercakap bahawa akulah pembela Melayu. Perkasa juga cuba menonjolkan bahawa mereka pembela Melayu. Namun bila ditekan oleh kaum lain, masing-masing mula tunduk menggigil nak terkencing dalam seluar. Apa yang nak diperjuangkan oleh pembela Melayu ini? Sedang Melayu itu fana dan terus fana dengan hidup mereka. Jati diri entah ke mana ... Ada juga yang malu nak mengaku bahawa dirinya Melayu. Lagi la kalau nak jadi pembela Melayu. Nanti digelar rasis atau sebagainya. Hatta pegawai Khas YAB PM juga dianggap Rasis.

Maka berbalik kepada hujah asal. Kenapa baru sekarang nak bela Melayu? Kenapa perlu ada pembela Melayu. Bukankah ini Tanah Melayu? Perlukah Melayu yang tinggal di tanah sendiri dibela? Semua persoalan ini perlu dijawab oleh kita yang bergelar Melayu sendiri. Bukan PAS dan UMNO dan bukan mereka ini yang nak bela nasib orang Melayu, "kalau dilihat ketika ini", tapi diri ini yang bertanggungjawab akan nasib anak bangsa kita sendiri. Anak bangsa yang mula lupa akan asal usul mereka , atau yang telah jauh disudut hati jati diri Melayu. Aku bukan cuba membakar diri untuk menjadi rasis atau cuba membakar api perkauman . Tapi aku cuba membawa diri ini lebih bertanggungjawab untuk menjaga Agama, Bangsa dan Tanahair ini.

Kerisauan mula timbul bila PAS juga mula berubah untuk membela melayu secara tiba-tiba? atas dasar apa PAS cuba menarik perkara ini menjadi bahan fokus aku kali ini. Bukan ini dianggap ganjil bagi parti yang mencemuh orang Melayu kerana tidak Islamik. Aku mula rasa sangsi akan niat murni ini. Atas sebab undi melayu atau sebab benar-benar nak menjadi pembela Melayu. Jangan ia hanya menjadi retorik manisan mulut dan janji-janji palsu sahaja. Atau hanya mainan politik untuk bekal sokongan Melayu dimasa depan.