Friday, October 29, 2010

Kempen oh kempen

Dah hampir 5 hari berkempen, baik PAS mahupun BN di Galas, namun masing-masing masih mencari buah kilas untuk meraih sokongan rakyat untuk mengundi parti mereka. Pelbagai isu yang dibawa, pelbagi cara dan strategi yang telah digunakan. Setiap hari ada saja jalan atau buah fikir yang mampu dicakna dan di cerna untuk satu tujuan , untuk satu matlamat iaitu menang dan menang di PRK N45 DUN Galas. Tanpa segan silu segala nya dibolehkan didalam PRK ini . Fitnah dan sebagainya tak kirala yang menabur fitnah itu dari kumpulan yang mendukung Islam atau kumpulan yang mendukung Melayu. Islam diluar apa lak didalam.

Ceramah perdana , ceramah kelompok segala macam ceramah semuanya untuk meyakinkan dan menerangkan pengundi apa sebenarnya yang ingin mereka sampaikan. PAS yang dulunya pernah berkata tidak mahu berkerjasama dengan orang kafir namun zaman berubah sekarang ini. Mereka semakin rapat dengan orang kafir harbi ini. Di peluk ditatang disambut bak raja , tak sedar satu ketika dulu dimaki kaum cina ini tapi sekarang PAS angap mereka ini sedara dan waris untuk menarik undi.....Aduhhh pening kepala aku, mana dia yang dikafirkan dahulu tapi sekarang tahluf siyasi diberi nama. Cuba la jangan topengkan Islam itu , cuba la jaga nama Islam itu, cuba la insaf wahai umat yang memperkudakan Islam itu.....

Kesian mula terdetik melihat para muslimat yang dijanjikan surga untuknya bertungkus lumus berkempen untuk calon yang mereka kata bersih dari dosa...Bersih dari dosa ???? Tahap wali ke calon kita ni atau maksum dan tiada dosa seperti nabi???? Muslimat yang bertugas , berkempen tanpa ada orang yang terangkan siapa dia calon yang cuba mereka kempenkan. Tanggungjawab mereka dirumah ditinggalkan ke? atau mereka ini tak kisah langsung berkenaan dengan rumahtangga janji masuk surga demi calon yang entah siapa siapa.

Yang tua yang muda semua turun berkempen di Galas. Ada yang berjaga sampai ke pagi demi untuk calon mereka menang bagi PRK kali ini. Yang ego pun ada gak, itu sudah pasti, berkerumun bersama pak menteri, hinggakan rakyat yang nak mengundi tak sempat nak berjabat tangan dengan pak menteri.... Bagi la peluang untuk kali ini, kita dengar betul-betul dalam kempen kita ini apa yang rakyat nak, apa yang rakyat perlukan, apa yang perlu dibereskan kepada rakyat. Jangan lupa dan alpa, tika ini hati pengundi amat lembut selembut sutera yang perlu dijaga bak menatang minyak. Apa pun janji harus dikota, agar ia terus dilaksana demi anak-anak Galas dan demi rakyat Galas yang dahagakan sentuhan kasih lebih 20 tahun.

Kempen oh kempen harus diteruskan berbaki 5 hari ini. Jalan menuju kejayaan masing-masing telah diterokai. Segala strategi, segala formula digunapakai buat 5 hari terakhir ini. Apapun sebagai parti yang bertanding aku berharap dalam kempen oh kempen ini teruskanlah hajat mu itu, namun janganlah Islam diheret, jangan lah Islam itu dikeji , dan janganlah kau bertopengkan manusia yang jiwanya hanya sama dengan binatang, hipokrit tetap hipokrit dan dosa tetap dosa. Ya Allah kau ampunilah dosaku dan dosa seluruh umat Muhammad....Amin......

Thursday, October 21, 2010

PAS dan Galas....

Tepat jam 11.54, maka Tok Guru mengumumkan calon PAS di N45 DUN Galas. Timbalan yang diPertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad di umumkan calon. Maka bergemalah Takbir Allah Hu Akbar oleh setiap ahli PAS. Maka apakah ini calon yang telah disepakati, atau ianya calon yang dipilih hanya kerana dia tak merokok......dengar kabarnya ada 10 calon dibawa kepada Tok Guru, hingga nama Orang Asli pun ada, namun kenapa Dr Zul, apa istimewanya dan apa seknifikan nya Dr Zul....

Sedang UMNO sibuk bersidang, Pkatan Pembangkang sudah mula menyusun rentak di Galas...Kali ini mereka bukan ingin menang namun mereka nak kekalkan DUN ini milik PAS. nak menang memang senang tapi nak pertahankan cukup payah di setiap pilihanraya. Rakyat akan dengan sendiri mengimbas kembali apa jasa yang telah ditabur oleh wakil yang lalu. Rakyat pandai menilai, walu sekecil zahrah pun ia tetap dibicarakan. Inilah masa untuk UMNO dan PAS dihitung, mana yang benar diterima oleh rakyat....

Berbalik pada calon PAS yang bukan dari anak tempatan, cuma berkhidmat di Gua Musang itu pun di DUN lain bukan DUN Galas. Maka apakah ini boleh dijadikan alasan atau killer attack, atau orang Galas memang tak ada yang layak di mata PAS untuk mewakili mereka. Atu orang Galas memang tidak ada berkelulusan setinggai Dr ini. PAS nampak celaru dalam memilih calon. Tapi perkara ini mereka cukup berselindung. Kenapa katakan mereka sudah cukup bersedia untuk PRK ini. Malah katanya sampai 10 nama ada dibawa menghadap Tok Guru. Namun orang luar juga dipilih, orang yang terlalu cerdik ini yang dimahukan. Putar belit tetap ada, putar PAS tak nampak dimata,kerana mereka ini cukup licik berselindung. Cukup licik untuk tidak menampakkan aib parti mereka.

Apa pun kehendak PAS, diGalas ini adalah medan untuk mereka meraih sokongan yang perlu dikekalkan momentumnya. Atau sudah tiba masanya mereka juga perlu ada anjakan transformasi seperti dibuku Dr Mujahid Yusof Rawa (Menuju PAS Baru). Boleh terima ahli PAS,tepuk dada tanya lah mereka....PAS dan Galas kali ini cukup untuk menjawabnya. PAS dan Galas juga melihatkan bagimana PAS di Kelantan itu dibawah Tok Guru. Lama cukup lama 20 tahun disambut, namun jawapan akan kita lihat, bukti akan dilihat di Galas, dan apa jua akan berlaku di Galas, maka satu politik baru Islam dan Melayu dibicarakan....

Wednesday, October 20, 2010

Perhimpunan UMNO 2010

Maka berkumpullah ahli-ahli perwakilan UMNO untuk kesekelian kalinya di PWTC. Maka bergema jugalah laungan hidup UMNO dan juga berkumandanglah lagu UMNO. Perjuangan yang belum selesai....atau perjuangan yang hampir dihujung tanduk...inilah yang cuba dibincangkan di perhimpunan ini. Perubahan serta transformasi dicanang disegenap sudut, namun adakah ianya diambil kira oleh perwakilan? atau bagimana ia ingin diimplemantasikan? oh soalan yang sama aku rasa bila aku sendiri berada di PWTC tahun lalu???

Perhimpunan kali ini aku rasa ianya lebih menjana cara dan bagimana untuk melaksanakan anjakan transformasi atau apa jua anjakan, yang pentingnya Rakyat boleh terima kembali UMNO kepangkuan asasinya. Model baru Politik dibincangkan , anjakan dibincangkan, transformasi juga dibahaskan demi tajuk besar ekonomi, pendidikan dan agama untuk rakyat Malaysia. Perbahasan yang cukup menarik, perbahasan yang penuh dengan kerangka kerja dan cadangan yang bertubi-tubi dari perwakilan, urat lehir bertegang menyampaikan perbahasan. Namun sekali lagi benak ini bertanya , sejauhmana ianya dapat dimunafaatkan oleh rakyat jelata, dan sejauhmana UMNO itu boleh kembali ke hati rakyat.

Laungan dari Timbalan Presiden parti pada perasmian sayap, iaitu'rakyat mahu sentuhan parti' mengamit dan tersentak dengan arahan ini. Memang itulah hakikat sebenar dan aku sebagai rakyat mula tandus dan kontang dengan sentuhan parti UMNO. Apa perjungan rakyat yang dibawa, apa lagi sentuhan yang cuba dibawa kali ini??? semuanya akan menjadi persoalan. Tapi bila tiap tahun dibahaskan , dan bila tiap tahun dibincangkan di perhimpunan, aku mula naik bosan. Tiada apa perubahan yang aku dapat lihat. Orang dan juak-juak UMNO masih ditakuk lama. Ini tidak dikalangan pemimpin UMNO yang bersemangat untuk meneraju perubahan. Pemimpin sahaj nampak berhempas pulas, ahli...alpa dan terus lena dibuai mimpi.

Sedih lihat para pemimpin kita berhabis air liur atau kering anak tekak bila mengajak pengikutnya untuk beranjak dari satu takuk ke paradigma yang disanjung rakyat jelata. Laungan keramat perjuangan yang dicanang disetiap perhimpunan dilaung bagi mahu runtuhnya PWTC. Namun, ianya tidak seperti yang diharapkan impaknya. Mereka (UMNO) masih belum bersedia untuk maju atau terus berubah. UMNO tetap UMNO yang baru. Bukan UMNO yang disanjung 20 atau 30 tahun yang lalu. UMNO yang berteraskan perjuangan suci...ohhhh rindu hati ini ingin melihat disetiap kampung ada ahli yang berjuang gigih atau berkhidmat gigih untuk rakyat dan masyarakat setempat. Khidmat tanpa ada rasa bosan atau tanpa ada rasa menanti balasan. ...

Tapi Perhimpunan 2010 ini, aku mula nampak jalannya, dan ahli perwakilan juga aku rasa sudah bersedia dengan anjakan yang digemburkan. Mereka ini dilihat sudah matang dan sudah bersedia kali ini. Misi utama adalah PRU akan datang. Hadafnya sama, untuk menang dihati rakyat jelata. Maka rasa riak dan sombong bodoh itu perlulah ditinggalkan dilipatan lampau. Kembalikanlah rasa gah, kembalikanlah perjuangan yang hilang, kembalikan asas perjuangan yang hakiki. Maka UMNO akan terus di hati benak kecil ini kekal tanpa ada rasa ragu dan gundah. Sifat inklusif yang dicanang oleh Pak Presiden maka jelmakanlah, anjakan yang ingin dibawa maka laksanakanlah, dari itu UMNO akan terus kekal dulu kini dan selama-lamanya.....

Monday, October 18, 2010

N45 Galas

Musim PRK datang lagi, N45 Galas, maka semua pihak mula mengatur strategi dan gerakerja. PAS dan BN/UMNO macam biasa, masing-masing melihat disudut penjuru. bagi aku kali ini melihat PRK N45 Galas ini dari 3 penjuru kepimpinan, pertama Tok Guru, kedua Ku Li, dan ketiga Najib. 3 pemimpin ini memainkan peranan yang berbeza. masing-masing ada niat yang tersirat yang perlu diterjemahkan pada PRK kali ini.
Tok Guru, mahu melihat PAS masih diterima dibawah kepimpinannya. Walau dengan usia 80 tahun namun inilah masanya beliau cuba meyakinkan rakyat Kelantan untuk terus memangkah PAS. Segala masaalah dalaman PAS diukur oleh Tok Guru di PRK ini. Cuba diselindung dibalik Islam atau dibalik Hadis dan ayat AlQuran namun kalau ianya silap dan salah pasti akan terbukti. PRK kali ini akan dinilai sejauhmana rakyat Kelantan mahukan pimpinan Tok Guru, dan barisan pimpinan PAS di Kelantan. Mereka yang dianggap maksum dan dianggap segala usaha mereka ini diutus oleh Allah. Pelik, kalu dilihat rakyat Kelantan yang tidak boleh menilai baik dan buruk sesatu dengan hanya berselindung dibalik Islam. Hidup mati PAS, dan PAS sahaja yang akan membawa mereka ke surga walu tak perlu solat, walu menantu juga turut menipu rakyat, namun itu dos sebegitu boleh ditebus dengan bertaubat dan anda boleh masuk surga dengan syarat anda daftar sebagai ahli PAS.

Tadi kita bicara pasal Tok Guru, sekarang ni bab Ku Li pulak. Bagimana kuda tua ini dijulang kembali sedangkan dia sahaja yang berani lawan Presiden. Dulu dihina tapi bila PRk datang di Galas namanya disanjung, khidmatnya diperlukan. Namun orang bedarah raja ini tahu akan sepak terajang politik UMNO. Dia bukan baru masuk UMNO, dan dia juga bukan tak pernah keluar UMNO. Inilah manusia yang penuh dengan teka teki. Namun penerimaan Ku Li sebagai pengarah PRK ini dilihat sebagai bom jangka untuknya. Apa pun yang akan berlaku dia mahu dan mesti menang di PRK kali ini. Menang dengan bergaya. dan tika itulah nama yang merudum satu ketika dulu digilap kembali dan disanjung seperti anak emas. Tapi dalam KuLi sebagai senjata di Galas, UMNO perlu melihat sudut masaalah dalaman yang menjadi kenser dalam UMNO sendiri. Jika cah keting tidak berlaku, maka cerah sedikit laluan UMNO di PRK ini. Namun, Ketua Wanita dan ketua Pemuda serta juak-juaknya tidak akan berdiam diri dalam hal PRK ini. Selagi niat tidak dipasang untuk perjuangan UMNO, selagi itulah perjuangan peribadi mendahului segala-galanya. Aku lihat sendiri memo yang ditulis untuk menjatuhkan SU Bahagian, ditulis oleh orang lain dan ditandatangan oleh orang lain. Apa makna semua ini di kelantan. UMNO pusat perlu faham, inilah budaya rakyat Kelantan, inilah kehidupan rakyat kelantan. Tak kiralah dia UMNO ke PAS ke , jiwa untuk cah keting itu menebal dalam kehidupan harian mereka. Dibayar banyak mana pun tak pernah cukup kerana rakyat kelantan sduah dididik , siapa juga memberi maka mereka akan ambil. Politik silent killer rakyat Kelantan ini perlu diperhatikan, walu dia ahli UMNo, walu dia bertugas sebagai penjawat awam, namun PAS tetap dihati dan akan tetap memangkah PAS. Bebalik kepada KuLi, cerita-cerita kekuatan beliau setakat ini tidak lah semegah dahulu. Istana juga tiada kaitan lagi walu beliau berpangkat tok sedara atau sebagainya. Pada PRU 12 juga dilihat beliau kalah di DUN Galas dan apabila berpaling tadah isu royalti minyak, maka kekuatan nama mula berkurangan. Apapun, segala isu yang mendatang, Ku Li perlu berkerja kuat demi masa depan beliau bersama UMNO atau beliau dan UMNO Kelantan terus dipinggirkan oleh rakyat Kelantan.

Yang akhir, kita boleh lihat dari sudut YAB PM, sejauh mana rakyat Kelantan boleh terima idea belaiu 1Malaysia, budjet yang baru dibentang dan juga keikhlasan beliau membantu orang-orang melayu. Ini diukur secara keseluruhan terhadap pemerintahan beliau selama ini. Jagan dek kerana sebuah badan penyelidikan menyatakan bahawa rakyat sudah terima 1malaysia yang dibawa oleh beliau maka beliau boleh mendabik dada. Nah, inilah PRK di galas adalah kayu pengukur kepada beliau sejauhmana rakyat menerima beliau, dan sejauh mana UMNO Kelantan itu berkerja untuk beliau. Atau beliau terus ditipu oleh para penasihat beliau atau juga pemimpin UMNo Kelantan. YAB PM tak perlu menabur wang berjuta untuk rakyat Kelantan, mereka ini boleh befikir dan kalu ditabur pun bukan rakyat Kelantan yang dapat tapi juak-juak UMNO kelantan yang gomor duit tu. Maka YAB PM hanya perlu meyakinkan rakyat di DUN Galas bahawa beliau itu ikhlas dalam menjadi YAB PM rakyat tanpa hanya berkiblat di Serawak dan Sabah sahaja. Rakyat Kelantan yang sudah lama dikongkong oleh akidah PAS kekadang ternanti-nanti apa yang mereka boleh dapat dari YAB PM sendiri. Kasih sayang YAB PM amatlah dirindui oleh rakyat Kelantan. Selama lebih 20 tahun tiada pembelaan , maka tibalah masanya PRK ini sebagai satu permulaan untuk megorak langkah membantu umat melayu yang terpinggir dari segala arus....

Justeru, PRK kali ini 3 nama besar akan digalas disetiap penjuru dan disetiap saat untuk memastikan kemenagan bergaya dan naik turun nya sokongan rakayt diukur. Apa pun diharap segala janji walu dimana pihak sekali pun ianya diharapkan agar jagan hanya janji tinggal janji. Pihak PAS cukup lah mengheret Islam itu sebagai kubu untuk menutup segala keaiban. Yang salah tetap salah, anda itu membawa nam Islam dalam perjuangan anda maka yang salah tetap dihukum yang haram itu tetap haram. Sama juga UMNO, tak kan melayu hilang didunia, Islam itu tetap agama orang melayu, maka jagnalah dinoda Islam itu dengan tingkah laku mu. Harapan teman 3 pemimpin ini terus dengan jasa dan khidmat mereka untuk rakyat selamanya.....

Budjet 2011

Mungkin budjet 2011 ni ramai yang ambil pandangan menyokong dan angguk je bila YAB PM bentang. Cam tu gak bila PM ke 5 bentang , semua angguk dan setuju. Walhal PM ke 4 kata semalam PM ke 5 incompetent....adussss bisa nya ayat tu.... pihak pembangkang mula satu persatu menyerang apabila budjet selesai dibentang. Bangunan 100 tingkat, Rm 111 juta untuk PERMATA, free duty untuk barangan kesukaan orang tertentu dan sebagainya. Semuanya dihentam oleh pihak pembangkang atau itu sudah menjadi zahir dan lumrah sebagi pembangkang, mesti ada yang tak kena. Tapi bagi aku yang boleh menilai, dan sebagai rakyat mahrien pun boleh menilai apa yang baik dan buruk untuk budjet 2011. Tak perlu aku belajar ke Oxford, atau Harvard, bagi aku budjet kali ini tak mesra langsung untuk rakyat. Celah mana yang dikatakan mendahulukan rakyat aku pun masih tak nampak. Tapi kalau setakat nak beli rumah ada diskaun, dan nak beli bag tangan tak kena tax itu bukan aku nya citarasa. Kat tv pun berita dan pemberita mula la menginterview yang dikatakan rakyat, tak tau la rakyat mana dan bodoh murakab tahap mana, semua yang diinterview merasakan gembira pada budjet kali ini. Aku ni rakyat Malaysia yang punya suara gak, tapi aku terus dan terus befikir cam ne nak sedapkan hati aku kali ini bagi bersetuju 100% budjet ini. Bukan aku nak jadi pembangkang, tapi kekadang jiwa kecil ini sering memberontak bila aku rasakan aku sebagai rakyat tak dapat apa-apa keistimewaan budjet kali ini. Bukan aku nak ongkit atau aku nak demand, tapi aku juga berhak untuk menikmati kekayaan yang ada dibumi Melayu ini.... Apa pun budjet kali ini mungkin akan tertulis lagi sejarah seperti PRU 12, 2008 yang lalu. Rakyat akan tentukan dikertas undi atau dikatakan itulah suara rakyat suara keramat....