Sunday, November 28, 2010

Ketuanan Melayu....

Siapa la pulak nak jaga orang Melayu dalam PKR kalau Presidennya sendiri menolak ketuanan Melayu. Orang-orang PKR betepuk dan bersorak bila si presiden menyatakan bahawa penghapusan ketuanan melayu itu perlu dilaksanakan. Malah Pak penasihat pun menyatakan perkara yang sama. Pak penasihat dan si presiden pun dua-dua dah nyanyuk, maklum la parti tu anak beranak yang punya, ikut suka dia la nak kata apa. Dulu satu ketika bila bergelar orang UMNO, mereka anak beranaklah yang kuat mempertahankan ketuanan melayu, nah bila dah puas makan hak melayu maka lupa pula nak jaga hak melayu, malah nak hapuskan terus...Tak ingat ke keluarga mereka ini kaya dek kerana UMNo yang tolong mak bapak mereka. UMNO lah yang bagi bisnes kat kroni-kroni mereka.

Sekarang bila dah ada parti sendiri, maka segalanya dilupakan. Kalau nak raih sokongan kaum lain pun, jangan la nak pertikaikan perlembagaan Malaysia (152) (153) tu. Takkan rela mengadaikan maruah bangsa sendiri. kalalu dulu masa sang suami menjadi TPM pun sang isteri pasang badan , lupa lak kenikmatan menjadi isteri TPM, lupa lak yang UMNO itu asal kehadiran keluarga mereka yang kini hidup selesa. Anak-anak mereka masa tu kecik-kecik lagi, namun ketika itu anak-anak mereka dibesarkan dengan kemewahan. Tak pernah kenal erti susah , dan bagimana nak hapuskan hak ketuanan Melayu, kalau diri itu datang dari keluarga yang senang.

Fikirla wahai Azizah dan Anuar, bagaimana orang-orang kampung yang hidup melarat yang hak mereka tak lagi dijaga, bagaimana pula hak keistemewaan melayu kampung kalu ditarik balik. Siapa yang perlu dibantu dan membantu kaum sendiri kalau kaum sendiri yang membuka ruang untuk penghapusan hak mereka. Sedarlah wahai Azizah dan Anuar, setelah suami kamu menghina Malaysia di luar negara kini kamu suami isteri dan keluarga kamu nak hapuskan hak melayu. Kamu ingat sedikit dan fikirlah sendiri ini bumi Melayu, jangan kamu jadikan alasan dan gunakan ayat AlQuran. sedangkan kamu dibesarkan dibumi ini. anak-anak kamu (kecuali anak lelaki kamu Ehsan yang kini di US dan dah dapat PR pun disana) juga dibesarkan dengan kemewahan hasil bumi Melayu ini.

Inilah parti yang aku rasa mula mencari-cari dasar untuk diperjuangkan. Inilah pati yang mula nak karam dan dah mula melalut. PKR atau Parti Karam dan Rebah ini mula cuba menarik sokongan bukan melayu dan dah mula nak lupakan Melayu yang satu ketika dulu dipukul dan dihambat oleh polis semata-mata demi reformasi demi Anuar demi memperjuangkan keadilan. Tapi bila diri dah mula rasa selesa dan bila anak beranak dah mula tamak haloba, dan bila dosa disamakan dengan pahala, maka inilah jadinya. Sanggup mengadai hak melayu. sanggup nak hapuskan hak melayu, kenapa tak jual saja Malaysia ini kepada US atau Australia wahai Anuar.

Aku ras cukup la setakat ini PKR itu disanjung sanjung. Cukup la setakat ini sahaja yang aku tak rela betolerensi dengan PKR. kalau maruah Melayu pun sanggup digadai, dan kepala bapak dia ingat ni negara komunis ke??? Cukup la , sedar la wahai semua umat melayu. Inilah Anuar dan Azizah yang sudah mula menunjukkan taringnya dan tembelangnya. Maka Melayu-Melayu yang masih bodoh menjunjung reformsi yang tak lagi reformasi, sedarlah segera, yang anda sedang ditipu dan di sehir oleh penjual bangsa dan pengkhinat bangsa. laknatlah keatas keluarga kau wahi Anuar dan Azizah jika kau masih mahu menjual hak bangsaku, hak Melayu.....

Sunday, November 21, 2010

PKR oh PKR

Zaid Ibrahim menjadi buah mulut untuk minggu ini dalam tindakan beliau keluar dari PKR. Ramai yang mula menyoal akan asas perjuangan beliau. Ramai juga yang mula mengsyaki yang beliau ini hanya agen UMNO untuk memecahkan PKR dan juga Pakatan Rakyat. Apa pun, tindakan Zaid dikira Hero sesetengah pihak dan pada aku Zaid hanya mencari rialiti yang beliau bukanlah ahli politik dan juga ketua yang boleh memimpin. Beliau tidak lain hanya seorang yang keliru dengan dasar perjuangannya dan juga keliru dengan identiti beliau sebagai orang Melayu. Walaupun beliau pernah menulis buku bertajuk 'Saya Pun Melayu' tidak semestinya beliau itu Melayu. Kalau hanya berbekalkan nama Melayu, ramai yang boleh menyatakan mereka juga Melayu. Tapi jika perjuangan Bangsa, Agama, dan Negara menjadi ukuran maka ramai Melayu akan tersungkur disebalik nama mereka, termasuk lah bang Zaid yang beria sangat mengaku dirinya Melayu.

Keluarnya Zaid dari PKR juga menjadi duri dalam daging untuk Pakatan Rakyat untuk terus ke Putrajaya. Mana taknya, goyah dek kerana PKR sudah mula diragui oleh rakyat jelata. Si penasihat PKR juga tidak kunjung muka dan sudah mula desas desus menyatakan bahawa Penasihat PKR boleh ditukar dari menjadi ketua pembangkang. Wah keras juga kenyataan dari mulut DAP, rakan niaga pakatan rakyat. Kalau parti sendiri mula goyah, ahli sesama sendiri mula mempertikaikan hala tuju kepimpinan dan juga parti, maka ada hak juga parti dalam pakatan rakyat untuk terus bersuara menyatakan kerisauan mereka. Kalau pakatan terus goyah bagaimana nak menghadapi PRU akan datang. Bahana Zaid Ibrahim jangan sesakali dianggap enteng oleh Anwar suami isteri dan juga anak kesayangan.

PKR belum cukup matangnya, PKR juga belum melalui zaman cah keting ahlinya. Tiada pengalaman yang boleh diberi pengajaran untuk ahli mereka menyelesaikan masaalah yang melanda. Parti yang baru setahun jagung, yang dipimpin oleh anak-anak muda kesayangan Anwar. Anak -anak muda yang inginkan nama sebagai YB, atau orang yang cerdik pandai metelaah buku-buku tebal tanpa pengalaman sepak terajang dalam politik. Ini yang Anwar sandarkan untuk masa depannya. Ini yang Pakatan Rakyat sandarkan untuk terus menakluk Putrajaya. Kalau lah rakyat Malaysia yang boleh berfikir dengan waras, adakah mereka rela untuk memberi kepercayaan kepada pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia. PKR dengan cara mereka , PAS dengan ulamak dan moderetnya, DAP terus membawa isu saksama diantara kaum. Pecah belah dek kerana nila setitik. Nila yang Zaid Ibrahim cuba buktikan yang beliau ini seorang perjuang keadilan rakyat.

Nak ketawa pun ada dan gelihati ini tak terkira bila reformasi jalanan yang berada dalam PKR mula menunjukkan taring mereka dengan berdemo dihadapan ibupejabat PKR. Anwar yang mula membawa budaya berdemo kali ini didemokan oleh ahlinya sendiri. Jeritan mahukan keadilan terpalit semula di muka PKR, terpalit dek kerana dalam parti yang diberi nama keadilan juga tidak adil sesama ahli. Penipuan demi jawatan dalam parti terus melanda, demi kuasa, demi wang berjuta, demi perjuangan anak beranak Anwar dan demi keadilan keluarga Anwar. Justeru, ahli keadilan mula sedar akan hal sebenar apa yang tersirat dalam perjuangan keadilan yang sebenar. Ahli keadilan mula membuka mata, mula merasakan mereka tertipu, mula merasakan tertindas, demi cita-cita Anwar hanya untuk berkuasa di bumi Malaysia ini bukan keadilan untuk rakyat jelata. Maka sedarlah mereka ini dan terus berdemo didepan bangunan PKR.

Sekarang segalanya sudah terbukti, segalanya mula terbongkar. PAS masih menutup pintu hati, untuk terus bersama Pakatan Rakyat. DAP pula sedang mencari jalan untuk berkuasa dalam Pakatan Rakyat. Cita-cita Anwar jelas, agenda Anwar mula terbongkar, kelu lidah untuk berkata benar oleh PAS dan DAP yang Pakatan Rakyat mula curiga dengan sikap dan kepimpinan Anwar. Namun mereka ini mula cuba tarik tali, cuba meredakan keadaan sendiri, cuba memujuk hati sendiri, namun hakikatnya 2 PRK sudah kecundang ditangan BN. Tidak ada kerjasama, tidak ada gerakkerja bersama, hanya yang nampak dipermukaan sahaja yang Pakatan Rakyat bergerak bersama dalam kempen, namun yang sebenarnya semua bergerak secara sendiri.

PKR oh PKR....maka perlu diingat oleh Pakatan Rakyat dan juga ahli PKR, jangan hanya nak salahkan Zaid Ibrahim dan menuduh beliau sebagai agen UMNO, tapi perlu diingat pengasas PKR dan penasihat PKR Anwar juga pernah duduk di kerusi no 2 UMNO. Bukan provokasi namun ianya hanya buah pikir untuk direnung-renungkan oleh ahli PKR yang setia membabi buta ....laungan reformasi terus dilaung hanya sebagai tin kosong...PKR oh PKR....

Cakap cakap provokasi

Angin bertiup kencang, hujan tak reda-reda di Kelantan. Musim tengkujuh melanda dan terus melanda dibumi Cik Siti Wan Kembang ini. Nah namun begitu masih terus berbisik dikalangan rakyat yang menyatakan kemenagan UMNO BN di Galas adalah dek kerana sogokkan dan juga ugutan. Cerita-cerita rekaan dan dongeng seperti wayang kulit Tok Dalang terus menyampaikan pembohongan tanpa segan silu. Yang membawa cerita bukan orang biasa , yang membawa cerita juga bukan orang yang berada di Galas tika PRK berlangsung, yang membawa cerita juga bukan saja dikedai kopi namun juga diceramah-ceramah agama. Cerita dongeng yang hanya tidak dapat menerima hakikat kemenagan UMNO BN di Galas.

Habuan dan sogokan UMNO BN di Galas menjadi buah mulut di Kota Bharu dan juga seluruh pelosok Kelantan. Kenapa ini perlu diwar-warkan oleh pihak PAS yang kalah besar dengan mejoriti 1190. Kenapa PAS masih lagi tidak boleh menerima hakikat yang mereka telah kalah dan rakyat di Galas mahukan perubahan. Perubahan yang menjadi dasar kehidupan manusia didunia ini. Kehidupan yang selesa untuk terus beribadat kepada Allah SWT. Takkan masih mahu tinggal dirumah-rumah setinggan atau hanya menyewa rumah hingga ke tua. Rakyat Galas mahukan anjakan kehidupan yang lebih sempurna. Namun, kalau di Kota Bharu juga masih ditakuk lama , tidak di Galas. rakyat Galas masih boleh berfikir dengan matang.

Aku terbaca dalam 'teranung kite' artikal yang cukup bermakan buat PAS dalam mentelaah dan mencari punca dan sebab kekalahan mereka. Buat la post mortem, ini tidak, asik dengan asakan kepercayaan yang jumud tanpa membuka otak untuk berfikir. Aku rasa sudah masanya orang-orang PAS berfikir atau mereka kenalah membuka minda mereka dengan hati yang lapang sebagai umat Muhammad SAW. Bukan hanya menuduh dan terus menuduh UMNO BN tanpa segan silu, yang menuduh juga tidak ada di Galas tika dan saat itu. Yang mendengar terus mengiakan sahaja.

Sudah menjadi adat rakyat kelantan ini suka mendengar dikir, tukang karut dan juga wayang kulit. Namun jika adat inilah yang dipegang oleh mereka maka PAS sendiri tidak berjaya mengislamkan rakyat Kelantan dan PAS sendiri mengamalkan cara berfikir yang sama didalam mentarbiah pengikut-pengikutnya. Kan mereka pihak PAS ada kem tarbiah , ada usrah dan sebaginya, tapi yang jelas cara berfikir dijumudkan oleh Islam yang mereka pegang. Islam sendiri tak megajar cara berfikir sedemikian rupa. Islam tidak juga megajar mereka terus menabur fitnah. Jika mereka terus menyatakan kemenagan UMNO BN di Galas atas dasar sogokan dan ugutan, apa dalil yang dibawa. Apa dasar tuduhan yang dibawa oleh pihak PAS , kenapa tidak dibawa ke pihak yang berwajib, kenapa perlu hanya diwar-warkan dalam ceramah dan usrah-usrah sahaja.

Sudah seminggu dan sehingga pagi tadi , aku terus mendengar buah fitnah PAS dikalangan rakyat Kelantan. Cerita fitnah ini terus disebarkan seperti psywar PAS terhadap UMNO BN di Kelantan. Rakyat Kelantan khususnya yang menyokong PAS akan berkata, " UMNO BN menang di Galas disebabkan sogokkan - 1. Basikal diberikan kepada rakyat Galas, 2. Penapis Air yang berharga mahal diberikan kepada setiap rumah Orang Asli (sedangkan Orang Asli rumahnya tidak mempunyai paip air) 3. Sogokan minuman keras dan pesta minuman keras kepada Orang Asli, 4. Dapur gas serta tong gas untuk setiap rumah Orang Asli, 5 Wang juga tidak lupa diberikan ke setiap pengundi di Galas. Inilah fitnah yang bertiup kencang di Kelantan setelah kekalahan PAS di Galas.

Mungkin cara ini sahajalah yang dapat digunakan oleh pihak PAS bagi terus meyakinkan rakyat kelantan dan penyokong PAS untuk terus masuk surga. Walau keyakinan sudah mula pudar dikalangan rakyat Kelantan namun PAS terus berusaha untuk memenangi hati rakyat Kelantan untuk terus bersama membangunkan Kelantan bersama Islam. Kalau di lihat 20 tahun PAS memerintah Kelantan, dan pembangunan bersama Islam yang diwar-warkan hanya boleh dilihat memalukan Islam. Kelantan tak la semaju Mekah yang punya jam terbesar didunia, Kelantan tak punya apa yang dipanggil pembangunan. Bagimana Islam membangun di kelantan, sedangkan di kelantan maksiat terus melanda. Mahkamah Syariah di kelantanterus dihujani dengan kes-kes maksiat. Nah apa yang boleh PAS banggakan. Tepu dan dunggu otak rakyat Kelantan yang terus ditipu. Yang peliknya rakyat Kelantan yang punya PHD pun terus dunggu dan tepu otaknya, kemana pemikiran kritikal mereka ini.

Di kelantan, siapa yang cerdik akan terus menguasai segalanya, kekayaan, perniagaan dan sebagainya. Mereka ini lah yang menjana ekonomi rakyat negeri Kelantan. begitu juga dalam PAS di Kelantan, yang cerdik ekonomi, yang cerdik berniaga, akan terus menguasai PAS dan akan terus mengisi poket mereka yang kosong. Yang hanya tahu agama dalam PAS hanya digunakan sebagai benteng untuk si cerdik ini terus menipu rakyat Kelantan. Yang tahu agama ditugaskan untuk mencari fatwa menutup keaiban mereka yang cuba megaut keuntungan hasil bumi Kelantan. Persoalan yang jelas dimana YB Husam Musa pada PRK Galas yang lalu, sibuk ke negara Cina ke? atau sibuk mengira wang yang terlebih untuk diagihkan ke anak cucu nanti. Dimana juga YB Takiyuddin atau YB Zulkifle , bersama ke Cina ke, atas lawatan rasmi bertemu laksamana Cheng Ho??

Maka yang jelas, dalam kehidupan ini, bukan dikira anda itu Ulamak atau ular dalam semak, jika mahu bekata atau menuduh itu perlulah dengan bukti. Bukan hanya pandai menabur fitnah atau cakap-cakap provokasi. Allah itu maha adil dan tahu akan tingkah laku hati kecil walau ianya pahit menerima kekalahan maka terima lah dengan hati yang terbuka. Cakap-cakap provokasi kali ini mungkin memakan diri dan jika PAS terus dengan cara ini maka laknatlah orang-orang PAS yang hanya duduk dikedai kopi sambil terus menfitnah tanpa hadir di PRK Galas tempoh hari....

Monday, November 15, 2010

Teman Hidup...

Hari ni terus mendung di Kota Bharu, seperti di UK mendungnya, bukan winter namun musim tengkujuh sudah bermula. Adakalanya aku perlu melapangkan otak buat sementara dari gores-gores politik dan isu-isu yang melanda negara. Perlu dicairkan atau merehatkan diri buat seketika waktu. Namun, kekadang masa terus mencemburui ada saja yang disibukkan saban hari, hinggakan tak sempat mengurus diri, blog juga terus menyepi....Coretan ini hanya menemankan secawan kopi dipetang hari yang terus mendung bersama angin mimpi....

Tajuk yang aku rasa pelik untuk dibincangkan, sedang aku bertemankan hidup yang penuh ranjau berduri adakalanya. kekadang penuh otak ini nak menjana segala penulisan yang berat-berat, tapi bila difikirkan perlu adanya sulaman perasaan diri , perasaan hati dan sebaginaya. Bila sebut pasal hati, memang susah nak menjaga hati, ada yang keras hati, ada yang kecik hati, ada yang hati batu, dan ada pula yang hatinya tak boleh memahami hati orang lain, bak kata perpatah buta hati pun ada. Tapi yang paling menarik kalau kita jatuh hati...Adakalanya pahit kesudahannya dan adakalanya manis penghujungnya. Tak perlu berbohong dengan hati, kala tingkahlaku terus menjadi tanda akan dalamnya rasa hati.

Teman hidup adakalanya seorang, adakalnya dua orang, adakalanya tiga orang dan ianya tak lebih dari empat orang, itu yang termaktub dalam agama dan ada dalilnya dalam Al Quran. Namun, ianya selalu menjadi satu jika diri ini takut akan ketidakadilan dan saksama. Masyarakat mula melihat perkara teman hidup ini bila mana si teruna sudah cukup umur dan si dara mula resah dan gundah. Mula mencari teman hidup atau sekarang ini tak kira yang mencari itu si dara atau si teruna. Zaman mula berubah, adat ada diturut dan ada yang di lupakan. Si dara tak gelisah seperti dulu, si teruna mula buat tak tentu dek kerana tak rasa nak beteman hidup. Ada alasan moden , sibuk dan sebagainya, namun teman hidup sebagai mainan sahaja. tidak dianggap sebagai satu kewajipan malah ada yang menyatakan ianya beban hidup.

Kekadang, teman hidup ni perlu memahami hati dan perasaan sesama sendiri, kalau asik nak jaga hati dan perasaan pun susah jugak, tapi tu masa bercinta, kalau dah kawin atau dah sah jadi teman hidup, segalanya berubah, yang dulu manis dah jadi pahit, yang dulu wangi dah jadi busuk, yang penting bila ada masa maka luangkanlah masa itu untuk teman hidup mu. memang kekadang sibuk memanjang, teman hidup juga sibuk dengan tugasan harian, tapi sesekali adakanlah masa untuk bersama atau bergurau senda, nah boleh hilanglah segala stress dan kekejagan minda.

Entah apa-apa la yang dicoret untuk kali ini, namun yang penting sebagai moral dalam berteman hidup ini perlu ada kesabaran, baik satu, baik dua atau lebih teman hidup itu maka kuncinya kesabaran...yang tak sabar boleh belah, yang lupa akan kesabaran juga boleh belah, yang buat-buat lupa akan kesabaran juga boleh belah...belah belah belah....Tiada yang lebih indah dalam berteman hidup ini selain dari nikmat kesabaran...Ok kalau dibaca terus coretan ini maka , ianya perlu ada kesabaran, hehehehe maka tak perlu diperpanjangkan lagi coretan teman hidup selain anda bawak bawak la banyak besabar .............

Duri oh Duri

Pemilihan PKR semakin panas. Ada yang mahu diteruskan dan ada yang mahu diberhentikan sahaja pemilihan. Yang nak keluar parti pun ada juga. Tak sampai sepenggal bersama PKR dan umum nak keluar PKR. Dulu katanya parti PKR yang memperjuangkan keadilan, namun dilihat sekarang ini tiada keadilan, malah yang lurus dengan perjuangan keadilan juga disepak terajang. Dulu di Kota Bharu di cah keting, namun sekarang di dalam PKR pun ada cah keting. Pening oh pening, ke mana kan ku bawa diri....

Parti baru bukan jalan penyelesaian. Lihat sendiri PKR yang aku ingat lagi semasa penubuhannya. Masa tu, sahabat-sahabat reformasi tidak bersetuju untuk menubuhkan PKR, namun kedegilan DSAI di dalam penjara maka ianya diteruskan. Genap setahun ditubuhkan , tiba masanya mesyuarat agong, nah ramai yang dicah keting tika itu. Tapi ketika itu, tak ada yang perasan akan rombakan yang ketara dalam PKR. Ramai yang berkepala aktivis dan liberal yang mendominasi PKR. Rakan-rakan reformasi dinyah dari parti, lalu membawa diri...Perjuangan reformasi sudah mula padam , kalau dilihat disetiap perjumpaan PKR ada kalanya dilaungkan reformasi, namun laungan itu kosong, bak tin kosong. Ini kerana, bukan si reformis yang melaungkannya, tapi yang melaung itu hanya lah juak-juak DSAI yang inginkan jawatan,pangkat dan nama. Mana mungkin, seorang YB mengaku sebagai reformis, yang tika tahun 1998 beliau hanya berumur 16 tahun dan masih belajar, Namun dek kerana beliau balik dari UK dan begelar YB sekarang ini, maka segala cerita beliau dibukukan dan ditemuramah. ahhhhh satu pembohongan lagi.....Dimana agaknya hati-hati kecil para reformis 1998 sekarang ini...Mungkin lari membwa hati yang lara.

DSAI silap langkah, silap pilih, silap caturan dan akhirnya segala agenda keluarga beliau dan agenda busuk beliau mula terbuka dari satu ke satu. Orang harapan, atau bank bergerak sudah mula nak umum keluar parti, yang lawaknya nak tubuh parti baru....Aduhhhhh nak tergelak teman dengarnya....Di PRK Hulu Selangor pun kalah, takkan la nak tubuh parti baru... Aku pun pernah baca buku yang menyatakan diri itu Melayu, namun berpijak la dibumi yang nyata. Sekarang ini Rakyat mahukan kedamaian , ekonomi yang kukuh untuk menampung anak-anak agar dapat pendidikan yang sempurna. Bukan bercakar, bukan jawatan , bukan parti baru yang belum tentu dapat memperjuangkan kehendak rakyat. Maka aku pun ada kata-kata nasihat untuk mereka-mereka yang gila akan kuasa - kembalilah ke dasar perjuangan demi bangsa, agama dan tanahair.

Duri kadangkalanya sakit terkena jari, namun jadilah duri yang menjaga pohonnya dari segala ancaman bahaya. Mungkin duri dalam daging yang dinyatakan dalam PKR itu timbul dan mula meresahkan para pendokong dan juga rakan-rakan parti lain. Namun, kalau si Presiden PKR pun tidak mahu mendengar keluhan ahli dan tidak boleh ditegur, manakan parti boleh berubah, manakan parti boleh dijadikan rakan pakatan. Ombak semakin kuat melanda, laut semakin bergelora, namun kapal akan terus berlayar. Nak berlayar namun nahkoda perlu dipersiapkan, nak berlabuh malu dek rakyat jelata, perjuangan yang kosong perlu diisi namun sang kelembai terus membisu seribu bahasa, tiada kata azimat dan nasihat diutarakan, hentam saja la labu......biarkanlah siluncai terjun dengan labu-labunya...kalau karam kapal karamlah duri dalam daging ...maka duri oh duri akan terus berkubur dengan keramat penulisan ...aku pun melayu ....

Galas berlalu...

Galas berlalu begitu pantas, YB baru pun memulakan langkah untuk menabur bakti di Galas. Namun, harapan yang tinggi dinanti oleh rakyat di Galas agar apa yang dikata moga dikota. Aku terus melangkah meninggalkan Galas yang penuh dengan pengalaman pahit dan manis. Pahit ketika itu aku kehilangan seorang sahabat yang baru cuba aku dekati. Hilang seorang sahabat dan pergi takkan kembali, Al Fatihah untuk beliau disetiap selesai solat ku. Yang manis itu tetap berbaloi bela hasil kerja ditulis dengan majoriti yang amat tinggi.

Galas, tika ini agak tenang, kehidupan rakyat diteruskan, yang berubah belum lagi kelihatan, namun rakyat Galas agak berani dengan mahukan perubahan. Mereka terus menyatakan kemahuan mereka dikertas undi. Baru sepenggal pembangkang cuba mendabik dada di Galas, terus disepak dengan dakwat kertas undi rakyat Galas sendiri. Kenapa dan kenapa?? Satu persoalan yang mungkin pihak PAS sendiri menghisabnya. Muhasabahlah diri sendiri tanpa tunjuk dan tunding keatas kesilapan orang lain. Kenapa PAS terus menerus menghentam dan menabur fitnah untuk UMNO BN, sedangkan mereka sendiri tak pernah nak kata kesilapan mereka sendiri atas kekalahan yang besar di Galas. Hanya suara dari YB Husam saja yang berani mengajak PAS bermuhasabah diri.

Kekadang persoalan yang timbul atas ketaksuban dan fanak bila tidak boleh menerima sesatu itu dengan hati yang terbuka. Mungkin rakyat Galas memang mahukan ekonomi mereka terjamin. kalau hanya berdoa kepada Allah SWT untuk memurahkan rezki, namun tidak disertakan dengan usaha maka ianya tak akan berlaku. Rakyat Galas mahukan kehidupan yang selesa, kehidupan yang boleh menjamin masa depan mereka dan dengan ini maka mereka sihat dan boleh terus beribadat kepada Allah SWT. Bukan ke kemiskinan itu membawa kepada kekufuran. Justeru, rakyat Galas mudah menterjemahkan kehendak mereka di PRK ini.

Kalau dari awal dilihat semasa hari berkempen, PAS sudah mula merasakan bahawa kaum Cina di Galas akan terus menyokong mereka, namun mereka lupa yang kaum Cina juga menilai akan kawan PAS iaitu DAP. DAP pada awalnya cukup yakin dan kaum Cina juga cukup yakin dengan janji-janji mereka. Namun, segala janji hanya tinggal janji, dan rasa konfiden terhadap DAP mula luntur. MCA mula memainkan peranan disaat masa kecemasan dan ini memberi impak bilamana segala senjata kempen oleh MCA dan NGO's kaum Cina berjaya memberikan keyakinan kepada pengundi Cina di Galas. Sesatu yang PAS perlu belajar jika mahukan persahabatan dengan DAP.

Peranan Ku Li yang dimainkan boleh diambil iktibar sebagai satu strategi yang cilik untuk digunapakai dalam apa jua PRK atau PRU. Ambil hati rakyat, dekat dengan rakyat, dengar keluhan rakyat dan yang akhirnya sampaikan niat rakyat adalah silent killer dalam kempen kali ini. Walau dilihat pada awal hari berkempen agak lembap, namun, ianya berbaloi dan boleh menjadi batu pengukur untuk UMNO BN terus bertapak dibumi Kelantan ini. Rakyat masih terus memberi mandat kepada UMNO BN, tapi ianya hanya bersifat sementara, kerana rakyat Kelantan ini bak pantai, sekali bah , sekali pantai berubah. Nah, apa yang dilihat di Galas, apa yang dipelajari dari Galas, maka ianya satu pengalaman yang berbaloi untuk UMNO BN meneruskan perjuangan yang belum selesai.

PAS terus menuduh melalui Tok Guru dengan menyatakan kemenagan UMNO BN di Galas dek kerana ugutan dan sogokan. Maka Tok Guru terus mengeluarkan fatwa dengan menyatakan bahawa UMNO BN perlu menanggung dosa tersebut. Aduhhhhh , macam mana Tok Guru boleh terus menghukum perkara tersebut. Aku juga ada pertanyaan untuk Tok Guru, kalau UMNO BN tidak melakukan ugutan dan sogokan di PRK Galas sebagimana yang dinyatakan maka adakah kenyataan Tok Guru itu berunsur fitnah dan Tok Guru pula kena tanggung dosanya??? Nah jangan hanya menuduh, kan PAS juga memberikan bee hoon dan gula bila berjumpa dengan pengundi, itu tak sogok ke? Sendiri mahu ingat la!!!! Kalau PAS buat bukan sogokkan tapi kalau UMNO BN buat itu jelas sogokkan. Maka tak payah la nak bawa keluar ayat AlQuran dan Hadis untuk berselindung. Cukup lah dengan tepuk dada tanya dosa apa yang anda pernah lakukan.

Galas berlalu... dan kali ini satu tamparan buat PAS kelantan dan juga PAS negeri lain. Dengan jentera yang bersendirian tanpa bantuan penuh dari PKR dan juga DAP, maka PAS perlu muhasabah kan diri bahawa adakah tahaluf siyasi yang dibuat bersama pihak PKR dan DAP itu berbaloi untuk Islam atau hanya untuk bertopengkan Islam. Nak tahluf bagaimana, kalau PKR sendiri sibuk dengan pemilihan dan bercakar sesama sendiri, DAP juga begitu dengan negeri Perak dan Pulau Pinang yang tak selesai-selesai. Apakah keuntungan yang PAS dapat selain terus ditipu dan ditipu. Hakikatnya....PAS terpaksa menelan kepahitan seperti menelan jadam yang mereka berjuang bersendirian tanpa ada Pakatan Rakyat yang dicanang-canang....Galas terus berlalu...galas terus berlalu.....

Friday, October 29, 2010

Kempen oh kempen

Dah hampir 5 hari berkempen, baik PAS mahupun BN di Galas, namun masing-masing masih mencari buah kilas untuk meraih sokongan rakyat untuk mengundi parti mereka. Pelbagai isu yang dibawa, pelbagi cara dan strategi yang telah digunakan. Setiap hari ada saja jalan atau buah fikir yang mampu dicakna dan di cerna untuk satu tujuan , untuk satu matlamat iaitu menang dan menang di PRK N45 DUN Galas. Tanpa segan silu segala nya dibolehkan didalam PRK ini . Fitnah dan sebagainya tak kirala yang menabur fitnah itu dari kumpulan yang mendukung Islam atau kumpulan yang mendukung Melayu. Islam diluar apa lak didalam.

Ceramah perdana , ceramah kelompok segala macam ceramah semuanya untuk meyakinkan dan menerangkan pengundi apa sebenarnya yang ingin mereka sampaikan. PAS yang dulunya pernah berkata tidak mahu berkerjasama dengan orang kafir namun zaman berubah sekarang ini. Mereka semakin rapat dengan orang kafir harbi ini. Di peluk ditatang disambut bak raja , tak sedar satu ketika dulu dimaki kaum cina ini tapi sekarang PAS angap mereka ini sedara dan waris untuk menarik undi.....Aduhhh pening kepala aku, mana dia yang dikafirkan dahulu tapi sekarang tahluf siyasi diberi nama. Cuba la jangan topengkan Islam itu , cuba la jaga nama Islam itu, cuba la insaf wahai umat yang memperkudakan Islam itu.....

Kesian mula terdetik melihat para muslimat yang dijanjikan surga untuknya bertungkus lumus berkempen untuk calon yang mereka kata bersih dari dosa...Bersih dari dosa ???? Tahap wali ke calon kita ni atau maksum dan tiada dosa seperti nabi???? Muslimat yang bertugas , berkempen tanpa ada orang yang terangkan siapa dia calon yang cuba mereka kempenkan. Tanggungjawab mereka dirumah ditinggalkan ke? atau mereka ini tak kisah langsung berkenaan dengan rumahtangga janji masuk surga demi calon yang entah siapa siapa.

Yang tua yang muda semua turun berkempen di Galas. Ada yang berjaga sampai ke pagi demi untuk calon mereka menang bagi PRK kali ini. Yang ego pun ada gak, itu sudah pasti, berkerumun bersama pak menteri, hinggakan rakyat yang nak mengundi tak sempat nak berjabat tangan dengan pak menteri.... Bagi la peluang untuk kali ini, kita dengar betul-betul dalam kempen kita ini apa yang rakyat nak, apa yang rakyat perlukan, apa yang perlu dibereskan kepada rakyat. Jangan lupa dan alpa, tika ini hati pengundi amat lembut selembut sutera yang perlu dijaga bak menatang minyak. Apa pun janji harus dikota, agar ia terus dilaksana demi anak-anak Galas dan demi rakyat Galas yang dahagakan sentuhan kasih lebih 20 tahun.

Kempen oh kempen harus diteruskan berbaki 5 hari ini. Jalan menuju kejayaan masing-masing telah diterokai. Segala strategi, segala formula digunapakai buat 5 hari terakhir ini. Apapun sebagai parti yang bertanding aku berharap dalam kempen oh kempen ini teruskanlah hajat mu itu, namun janganlah Islam diheret, jangan lah Islam itu dikeji , dan janganlah kau bertopengkan manusia yang jiwanya hanya sama dengan binatang, hipokrit tetap hipokrit dan dosa tetap dosa. Ya Allah kau ampunilah dosaku dan dosa seluruh umat Muhammad....Amin......

Thursday, October 21, 2010

PAS dan Galas....

Tepat jam 11.54, maka Tok Guru mengumumkan calon PAS di N45 DUN Galas. Timbalan yang diPertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad di umumkan calon. Maka bergemalah Takbir Allah Hu Akbar oleh setiap ahli PAS. Maka apakah ini calon yang telah disepakati, atau ianya calon yang dipilih hanya kerana dia tak merokok......dengar kabarnya ada 10 calon dibawa kepada Tok Guru, hingga nama Orang Asli pun ada, namun kenapa Dr Zul, apa istimewanya dan apa seknifikan nya Dr Zul....

Sedang UMNO sibuk bersidang, Pkatan Pembangkang sudah mula menyusun rentak di Galas...Kali ini mereka bukan ingin menang namun mereka nak kekalkan DUN ini milik PAS. nak menang memang senang tapi nak pertahankan cukup payah di setiap pilihanraya. Rakyat akan dengan sendiri mengimbas kembali apa jasa yang telah ditabur oleh wakil yang lalu. Rakyat pandai menilai, walu sekecil zahrah pun ia tetap dibicarakan. Inilah masa untuk UMNO dan PAS dihitung, mana yang benar diterima oleh rakyat....

Berbalik pada calon PAS yang bukan dari anak tempatan, cuma berkhidmat di Gua Musang itu pun di DUN lain bukan DUN Galas. Maka apakah ini boleh dijadikan alasan atau killer attack, atau orang Galas memang tak ada yang layak di mata PAS untuk mewakili mereka. Atu orang Galas memang tidak ada berkelulusan setinggai Dr ini. PAS nampak celaru dalam memilih calon. Tapi perkara ini mereka cukup berselindung. Kenapa katakan mereka sudah cukup bersedia untuk PRK ini. Malah katanya sampai 10 nama ada dibawa menghadap Tok Guru. Namun orang luar juga dipilih, orang yang terlalu cerdik ini yang dimahukan. Putar belit tetap ada, putar PAS tak nampak dimata,kerana mereka ini cukup licik berselindung. Cukup licik untuk tidak menampakkan aib parti mereka.

Apa pun kehendak PAS, diGalas ini adalah medan untuk mereka meraih sokongan yang perlu dikekalkan momentumnya. Atau sudah tiba masanya mereka juga perlu ada anjakan transformasi seperti dibuku Dr Mujahid Yusof Rawa (Menuju PAS Baru). Boleh terima ahli PAS,tepuk dada tanya lah mereka....PAS dan Galas kali ini cukup untuk menjawabnya. PAS dan Galas juga melihatkan bagimana PAS di Kelantan itu dibawah Tok Guru. Lama cukup lama 20 tahun disambut, namun jawapan akan kita lihat, bukti akan dilihat di Galas, dan apa jua akan berlaku di Galas, maka satu politik baru Islam dan Melayu dibicarakan....

Wednesday, October 20, 2010

Perhimpunan UMNO 2010

Maka berkumpullah ahli-ahli perwakilan UMNO untuk kesekelian kalinya di PWTC. Maka bergema jugalah laungan hidup UMNO dan juga berkumandanglah lagu UMNO. Perjuangan yang belum selesai....atau perjuangan yang hampir dihujung tanduk...inilah yang cuba dibincangkan di perhimpunan ini. Perubahan serta transformasi dicanang disegenap sudut, namun adakah ianya diambil kira oleh perwakilan? atau bagimana ia ingin diimplemantasikan? oh soalan yang sama aku rasa bila aku sendiri berada di PWTC tahun lalu???

Perhimpunan kali ini aku rasa ianya lebih menjana cara dan bagimana untuk melaksanakan anjakan transformasi atau apa jua anjakan, yang pentingnya Rakyat boleh terima kembali UMNO kepangkuan asasinya. Model baru Politik dibincangkan , anjakan dibincangkan, transformasi juga dibahaskan demi tajuk besar ekonomi, pendidikan dan agama untuk rakyat Malaysia. Perbahasan yang cukup menarik, perbahasan yang penuh dengan kerangka kerja dan cadangan yang bertubi-tubi dari perwakilan, urat lehir bertegang menyampaikan perbahasan. Namun sekali lagi benak ini bertanya , sejauhmana ianya dapat dimunafaatkan oleh rakyat jelata, dan sejauhmana UMNO itu boleh kembali ke hati rakyat.

Laungan dari Timbalan Presiden parti pada perasmian sayap, iaitu'rakyat mahu sentuhan parti' mengamit dan tersentak dengan arahan ini. Memang itulah hakikat sebenar dan aku sebagai rakyat mula tandus dan kontang dengan sentuhan parti UMNO. Apa perjungan rakyat yang dibawa, apa lagi sentuhan yang cuba dibawa kali ini??? semuanya akan menjadi persoalan. Tapi bila tiap tahun dibahaskan , dan bila tiap tahun dibincangkan di perhimpunan, aku mula naik bosan. Tiada apa perubahan yang aku dapat lihat. Orang dan juak-juak UMNO masih ditakuk lama. Ini tidak dikalangan pemimpin UMNO yang bersemangat untuk meneraju perubahan. Pemimpin sahaj nampak berhempas pulas, ahli...alpa dan terus lena dibuai mimpi.

Sedih lihat para pemimpin kita berhabis air liur atau kering anak tekak bila mengajak pengikutnya untuk beranjak dari satu takuk ke paradigma yang disanjung rakyat jelata. Laungan keramat perjuangan yang dicanang disetiap perhimpunan dilaung bagi mahu runtuhnya PWTC. Namun, ianya tidak seperti yang diharapkan impaknya. Mereka (UMNO) masih belum bersedia untuk maju atau terus berubah. UMNO tetap UMNO yang baru. Bukan UMNO yang disanjung 20 atau 30 tahun yang lalu. UMNO yang berteraskan perjuangan suci...ohhhh rindu hati ini ingin melihat disetiap kampung ada ahli yang berjuang gigih atau berkhidmat gigih untuk rakyat dan masyarakat setempat. Khidmat tanpa ada rasa bosan atau tanpa ada rasa menanti balasan. ...

Tapi Perhimpunan 2010 ini, aku mula nampak jalannya, dan ahli perwakilan juga aku rasa sudah bersedia dengan anjakan yang digemburkan. Mereka ini dilihat sudah matang dan sudah bersedia kali ini. Misi utama adalah PRU akan datang. Hadafnya sama, untuk menang dihati rakyat jelata. Maka rasa riak dan sombong bodoh itu perlulah ditinggalkan dilipatan lampau. Kembalikanlah rasa gah, kembalikanlah perjuangan yang hilang, kembalikan asas perjuangan yang hakiki. Maka UMNO akan terus di hati benak kecil ini kekal tanpa ada rasa ragu dan gundah. Sifat inklusif yang dicanang oleh Pak Presiden maka jelmakanlah, anjakan yang ingin dibawa maka laksanakanlah, dari itu UMNO akan terus kekal dulu kini dan selama-lamanya.....

Monday, October 18, 2010

N45 Galas

Musim PRK datang lagi, N45 Galas, maka semua pihak mula mengatur strategi dan gerakerja. PAS dan BN/UMNO macam biasa, masing-masing melihat disudut penjuru. bagi aku kali ini melihat PRK N45 Galas ini dari 3 penjuru kepimpinan, pertama Tok Guru, kedua Ku Li, dan ketiga Najib. 3 pemimpin ini memainkan peranan yang berbeza. masing-masing ada niat yang tersirat yang perlu diterjemahkan pada PRK kali ini.
Tok Guru, mahu melihat PAS masih diterima dibawah kepimpinannya. Walau dengan usia 80 tahun namun inilah masanya beliau cuba meyakinkan rakyat Kelantan untuk terus memangkah PAS. Segala masaalah dalaman PAS diukur oleh Tok Guru di PRK ini. Cuba diselindung dibalik Islam atau dibalik Hadis dan ayat AlQuran namun kalau ianya silap dan salah pasti akan terbukti. PRK kali ini akan dinilai sejauhmana rakyat Kelantan mahukan pimpinan Tok Guru, dan barisan pimpinan PAS di Kelantan. Mereka yang dianggap maksum dan dianggap segala usaha mereka ini diutus oleh Allah. Pelik, kalu dilihat rakyat Kelantan yang tidak boleh menilai baik dan buruk sesatu dengan hanya berselindung dibalik Islam. Hidup mati PAS, dan PAS sahaja yang akan membawa mereka ke surga walu tak perlu solat, walu menantu juga turut menipu rakyat, namun itu dos sebegitu boleh ditebus dengan bertaubat dan anda boleh masuk surga dengan syarat anda daftar sebagai ahli PAS.

Tadi kita bicara pasal Tok Guru, sekarang ni bab Ku Li pulak. Bagimana kuda tua ini dijulang kembali sedangkan dia sahaja yang berani lawan Presiden. Dulu dihina tapi bila PRk datang di Galas namanya disanjung, khidmatnya diperlukan. Namun orang bedarah raja ini tahu akan sepak terajang politik UMNO. Dia bukan baru masuk UMNO, dan dia juga bukan tak pernah keluar UMNO. Inilah manusia yang penuh dengan teka teki. Namun penerimaan Ku Li sebagai pengarah PRK ini dilihat sebagai bom jangka untuknya. Apa pun yang akan berlaku dia mahu dan mesti menang di PRK kali ini. Menang dengan bergaya. dan tika itulah nama yang merudum satu ketika dulu digilap kembali dan disanjung seperti anak emas. Tapi dalam KuLi sebagai senjata di Galas, UMNO perlu melihat sudut masaalah dalaman yang menjadi kenser dalam UMNO sendiri. Jika cah keting tidak berlaku, maka cerah sedikit laluan UMNO di PRK ini. Namun, Ketua Wanita dan ketua Pemuda serta juak-juaknya tidak akan berdiam diri dalam hal PRK ini. Selagi niat tidak dipasang untuk perjuangan UMNO, selagi itulah perjuangan peribadi mendahului segala-galanya. Aku lihat sendiri memo yang ditulis untuk menjatuhkan SU Bahagian, ditulis oleh orang lain dan ditandatangan oleh orang lain. Apa makna semua ini di kelantan. UMNO pusat perlu faham, inilah budaya rakyat Kelantan, inilah kehidupan rakyat kelantan. Tak kiralah dia UMNO ke PAS ke , jiwa untuk cah keting itu menebal dalam kehidupan harian mereka. Dibayar banyak mana pun tak pernah cukup kerana rakyat kelantan sduah dididik , siapa juga memberi maka mereka akan ambil. Politik silent killer rakyat Kelantan ini perlu diperhatikan, walu dia ahli UMNo, walu dia bertugas sebagai penjawat awam, namun PAS tetap dihati dan akan tetap memangkah PAS. Bebalik kepada KuLi, cerita-cerita kekuatan beliau setakat ini tidak lah semegah dahulu. Istana juga tiada kaitan lagi walu beliau berpangkat tok sedara atau sebagainya. Pada PRU 12 juga dilihat beliau kalah di DUN Galas dan apabila berpaling tadah isu royalti minyak, maka kekuatan nama mula berkurangan. Apapun, segala isu yang mendatang, Ku Li perlu berkerja kuat demi masa depan beliau bersama UMNO atau beliau dan UMNO Kelantan terus dipinggirkan oleh rakyat Kelantan.

Yang akhir, kita boleh lihat dari sudut YAB PM, sejauh mana rakyat Kelantan boleh terima idea belaiu 1Malaysia, budjet yang baru dibentang dan juga keikhlasan beliau membantu orang-orang melayu. Ini diukur secara keseluruhan terhadap pemerintahan beliau selama ini. Jagan dek kerana sebuah badan penyelidikan menyatakan bahawa rakyat sudah terima 1malaysia yang dibawa oleh beliau maka beliau boleh mendabik dada. Nah, inilah PRK di galas adalah kayu pengukur kepada beliau sejauhmana rakyat menerima beliau, dan sejauh mana UMNO Kelantan itu berkerja untuk beliau. Atau beliau terus ditipu oleh para penasihat beliau atau juga pemimpin UMNo Kelantan. YAB PM tak perlu menabur wang berjuta untuk rakyat Kelantan, mereka ini boleh befikir dan kalu ditabur pun bukan rakyat Kelantan yang dapat tapi juak-juak UMNO kelantan yang gomor duit tu. Maka YAB PM hanya perlu meyakinkan rakyat di DUN Galas bahawa beliau itu ikhlas dalam menjadi YAB PM rakyat tanpa hanya berkiblat di Serawak dan Sabah sahaja. Rakyat Kelantan yang sudah lama dikongkong oleh akidah PAS kekadang ternanti-nanti apa yang mereka boleh dapat dari YAB PM sendiri. Kasih sayang YAB PM amatlah dirindui oleh rakyat Kelantan. Selama lebih 20 tahun tiada pembelaan , maka tibalah masanya PRK ini sebagai satu permulaan untuk megorak langkah membantu umat melayu yang terpinggir dari segala arus....

Justeru, PRK kali ini 3 nama besar akan digalas disetiap penjuru dan disetiap saat untuk memastikan kemenagan bergaya dan naik turun nya sokongan rakayt diukur. Apa pun diharap segala janji walu dimana pihak sekali pun ianya diharapkan agar jagan hanya janji tinggal janji. Pihak PAS cukup lah mengheret Islam itu sebagai kubu untuk menutup segala keaiban. Yang salah tetap salah, anda itu membawa nam Islam dalam perjuangan anda maka yang salah tetap dihukum yang haram itu tetap haram. Sama juga UMNO, tak kan melayu hilang didunia, Islam itu tetap agama orang melayu, maka jagnalah dinoda Islam itu dengan tingkah laku mu. Harapan teman 3 pemimpin ini terus dengan jasa dan khidmat mereka untuk rakyat selamanya.....

Budjet 2011

Mungkin budjet 2011 ni ramai yang ambil pandangan menyokong dan angguk je bila YAB PM bentang. Cam tu gak bila PM ke 5 bentang , semua angguk dan setuju. Walhal PM ke 4 kata semalam PM ke 5 incompetent....adussss bisa nya ayat tu.... pihak pembangkang mula satu persatu menyerang apabila budjet selesai dibentang. Bangunan 100 tingkat, Rm 111 juta untuk PERMATA, free duty untuk barangan kesukaan orang tertentu dan sebagainya. Semuanya dihentam oleh pihak pembangkang atau itu sudah menjadi zahir dan lumrah sebagi pembangkang, mesti ada yang tak kena. Tapi bagi aku yang boleh menilai, dan sebagai rakyat mahrien pun boleh menilai apa yang baik dan buruk untuk budjet 2011. Tak perlu aku belajar ke Oxford, atau Harvard, bagi aku budjet kali ini tak mesra langsung untuk rakyat. Celah mana yang dikatakan mendahulukan rakyat aku pun masih tak nampak. Tapi kalau setakat nak beli rumah ada diskaun, dan nak beli bag tangan tak kena tax itu bukan aku nya citarasa. Kat tv pun berita dan pemberita mula la menginterview yang dikatakan rakyat, tak tau la rakyat mana dan bodoh murakab tahap mana, semua yang diinterview merasakan gembira pada budjet kali ini. Aku ni rakyat Malaysia yang punya suara gak, tapi aku terus dan terus befikir cam ne nak sedapkan hati aku kali ini bagi bersetuju 100% budjet ini. Bukan aku nak jadi pembangkang, tapi kekadang jiwa kecil ini sering memberontak bila aku rasakan aku sebagai rakyat tak dapat apa-apa keistimewaan budjet kali ini. Bukan aku nak ongkit atau aku nak demand, tapi aku juga berhak untuk menikmati kekayaan yang ada dibumi Melayu ini.... Apa pun budjet kali ini mungkin akan tertulis lagi sejarah seperti PRU 12, 2008 yang lalu. Rakyat akan tentukan dikertas undi atau dikatakan itulah suara rakyat suara keramat....

Tuesday, May 25, 2010

Haruman kopi di dinihari

Salam permulaan dalam kehenigan malam. Mula megatur bicara dalam erra kebangkitan alam maya yang penuh dengan informasi dan khayalan.... Malam hening diteman kopi ice maka mulalah pembicaraan gores gores malam bagi pembuka kata dalam menyampai isi dan luahan hati...Mohon keredaan Ilahi atas usaha dan minda yang diberi untuk terus menukil dalam gores gores malam ini...Haruman kopi menjadi teman sejati di pagi yang hening ini....Salam.....