Saturday, June 23, 2012

Cukup-cukup la Sidek Hasan oiii...



Setelah besara wajib anda patut berehat...Apa relevennya YAB PM melantik beliau ke jawatan Pengerusi Petronas...Beliau yang dilihat gagal menampilkan KPI yang baik ketika menjawat jawatan KSN dan kini nak dilantik sebagai pengerusi Petronas???? Aduhai, cukup la Isa Samad membawa masalah kepada FELDA dan kini Si Lembu ni pulak nak buat isu dan nak bagi panas lagi cerita. Anda dah pencen dan anda tak de langsung pengalaman nak urus tadbir sebuah syarikat gergasi minyak di Malaysia...Apa relevennya ni???



Wahai YAB PM, tolong la , jangan la , jangan la...Makin hancur la Petronas tu... Dah la pekerja dalaman Petronas tu ramai yang anti kerajaan...Takkan nak tambah beban macam MAS pulak...Cuba la bagi orang yang betul-betul boleh membawa Petronas ke satu takuk yang lebih maju dari sekarang. Tolong la , Tolong la..Cukup la si Sidek Lembu ni betugas sebagai KSN yang paling lembap...Aduhai Aduhai....

Monday, June 18, 2012

Apahal mangkuk ni suka sangat berdebat???



Pelbagi persoalan yang timbul untuk si dungu ni, kenapa suka sangat berdebat? Nak tunjuk pada PM ke dia seorang sahaja dalam UMNO yang boleh bedebat? Atau, Memang telah dididik oleh Anwar selama ini untuk seluruh pengikut setianya suka dan mesti pandai berdebat? Kenapa perlu berdebat? Adakah dalam BN tiada ruang untuk dia memberikan pendapat? Atau segala pendapatnya ditolak oleh BN mentah-mentah, maka dia harus gunakan pentas untuk berdebat? Atau dia cuba nak jadi hero? Atau, dia nak sama taraf dengan Rafizi, dan KJ...Atau, dia ni dah tak akan dicalonkan lagi, kira talian hayat sekarang ni? Atau, dia ni nak lompat masuk PKR bersama idola dan mentornya? Atau, beliau ditugaskan hanya untuk berdebat dan bukan jaga Kementerian Pegajian Tinggi? Atau, dia ni dah mula nak promosi diri bagi pemilihan UMNO akan datang? Atau dia nak tunjuk pada rakyat Malaysia dan khususnya orang Temerloh bahawa dia adalah orang yang masih releven dicalonkan di Temerloh untuk PRU 13 ini kerana pandai berdebat? Atau, dia nak memperbodohkan diri dan memalukan UMNO dikhalayak ramai? Adakah dia ni dapat restu dari PM atau UMNO untuk berdebat? Atau, bila berdebat, dia kalah , dia akan memalukan UMNO dimata rakyat dan inilah hasil kejayaan Anwar meletakkan orangnya dalam UMNO? Wahhhh banyak betul persoalan dan persepsi yang cuba timbul....



Nah semua persoalan ini dia perlu jawab sendiri tanpa orang lain yang tolong jawabkan, tapi hanya satu pesanku wahai si mambang....Tengok la kawasan sendiri dan selalu la balik ke kawasan, kerana rakyat kurang sangat melihat anda buat kerja dikawasan...Bukan balik kawasan tapi berada dikawasan ya....Maka, semestinya tak buat kerja la dikawasan anda sebagai Ahli Parlimen ya bila ada rungutan rakyat....

Saturday, June 16, 2012

Hj Hadi ekor cicak...Atau dia Cicak Man...



Kalau nak berkata tu biar la pandang-pandang. Ni la gejala dek kerana dibebalkan oleh kesempitan otak yang beku. Yang lalu Nizar memperbodohkan Istana Johor, kali ni Hj Hadi pula ingatkan rakyat Johor jangan jadi macam ekor cicak. Katanya nanti Johor akan ketinggalan...Ketinggalan??? Johor yang tertinggal ke selama ini, atau negeri Kelantan yang tertinggal....PAS memerintah Kelantan 22 tahun...Yang dilihat Kelantan terus tertinggal macam ekor cicak...Nak buat lebuhraya pun minta duit rakyat. Tak mampu nak menguruskan negeri kelantan, kini PAS datang ke Johor cuba nak hancurkan Johor yang selama ini telah dibina oleh kerajaan BN dengan jayanya...





Cuba la tunjuk tauladan dulu, baru la leh ajar orang. Ini namanya cam ketam mengajar anaknya berjalan. Dah tau Kelantan tu tertinggal jauh dari segala aspek, baik dari sudut ekonomi maupun dari sudut agama Islam. Jangan la nak ajar rakyat Johor. Kan ada baiknya Hj Hadi ajarkan Nik Aziz cara-cara memerintah kelantan supaya tidak menjadi EKOR CICAK...Cuba la Hj Hadi pusing-pusing satu Johor dan kemudian bandingkan Johor dengan Kelantan yang di jajah oleh PAS selama 22 tahun. Ekor cicak ke Johor atau Kelantan yang selama ini menjadi ekor cicak sebenar...Atau Hj Hadi nak jadi cicak man...karang murka pula Baginda Sultan...Tk pasal-pasal kena mengadap mohon maaf...Titah Sultan Johor, jangan duk sibuk kudis dikaki orang lain, Tgk la tokak dikaki sendiri tu...Maka, Abg Haji Adi..pi la balik Kelantan dan tengok-tengok la tokak yang melanda negeri yang PAS perintah ya....





P/S Yang pemimpin agung PAS semuanya tido, tak pulak jadi ekor cicak...

Tuesday, June 12, 2012

Menantu Najb vs Menantu Nik Aziz....






P/S...Malaysiakini hari ini keluarkan cerita tentang menantu Najib yang dilihat sebagai con man...Tapi, perlu diingat... apa kurangnya kalau dilihat dengan menantu Nik Aziz pula...Yang jahat menantu mereka ...Tapi bapak mertua belum tentu jahat lagi...fikir-fikirkan la ya....

Wednesday, June 6, 2012

Rakyat Kelantan dibodohkan lagi...



Selama 22 tahun PAS memerintah, kini baru PAS terfikir untuk buat Lebuhraya Rakyat, dari Kota Bharu ke Kuala Kerai. Kenapa mengambil masa 22 tahun baru nak buat lebuhraya. Kini rakyat Kelantan terus dibodohkan lagi bilamana dekat nak pilihanraya maka PAS juga tidak ketinggalan untuk menabur gula-gula pilihanraya. Kalau BN tabur maka PAS juga boleh tabur gula-gula pilihanraya namun, gula-gula PAS ada nampak sedikit perbezaan kerana ia akan menjamin masuk syurga dan tidak membawa ke neraka. Lebuhraya rakyat yang bernilai 1.8 bil ini hasil usaha derma rakyat kelantan, tapi yang peliknya, kenapa rakyat yang nak kena sumbang pulak. Kata lebuhraya rakyat, maka kerajaan PAS la kena tanggung kos lebuhraya. Sebagai negeri berkebajikan dan rata-rata rakyatnya hidup susah, kenapa perlu rakyat menderma untuk melaksanakan projek rakyat. Kena tipu lagi la rakyat Kelantan. Janji-janji masuk syurga jika berderma dan banyak pahala yang menunggu rakyat Kelantan sudah mula kedengaran dalam kempen kali ini. Ke mana perginya hasil mahsul kelantan selama 22 thaun PAS memerintah? Takkan nak buat lebuhraya pun tak mampu, nak rakyat juga tolong. Sampai bila agaknya rakyat Kelantan akan dibodohkan oleh PAS. Janji Hukum Hudud pun tak terlaksana ini pula janji Lebuhraya rakyat....



Cakap memang mudah nak buat lebuhraya tanpa tol, itulah PAS, cakap macam tin kosong... Lepas ni siapa pula nak tanggung kos penjagaan lebuhraya dan kos baik pulih jika rosak lebuhraya.. Maka rakyat kelantan yang sedia bodoh ini terus menyumbang demi PAS dan negara berkebajikan nya. Bukan kerajaan yang berhati mulia tapi rakyat yang berhati mulia untuk terus melakukan kebajikan. Beginilah nasib rakyat kelantan, isu air tak selesai maka nak tambah beban rakyat untuk buat lebuhraya pula. Kan ada baiknya buat kerja tu biar selesai, selesaikan lah masalah air , masalah hukum hudud, masalah kemiskinan rakyat kelantan, masalah rumah rakyat miskin kelantan, dan sebagainya. Jangan la gelojoh nak tunjuk pada rakyat yang PAS juga mampu buat lebuhraya, sedangkan hakikatnya hanya gimik politik pilihanraya dan gula-gula syurga untuk rakyat kelantan. Yang peliknya, rakyat kelantan pun suka ditipu oleh PAS, kesian... Ramai juga kekawan Kelantan yang dah belajar tinggi-tinggi pun mudah ditipu dan kepala otak pun masih dungu walau ada segulung ijazah. Inilah dek kerana taksub kenegerian yang menebal hinggakan nasib rakyat tidak dapat dibezakan dengan pejuangan parti. Kesian la lihat kebodohan rakyat kelantan apabila ditipu bulat-bulat oleh pemimpin agung mereka...Apa pun aku hanya nak ucap tahniah untuk rakyat Kelantan yang dibodohkan sekali lagi oleh kepimpinan PAS dan ahlinya...Tahniah....Takbirrrr.....



P/S Abg aji tido je, 22 tahun abg aji oiii... Bila Lebuhraya nak siap kalau asik tido je...