Tuesday, November 29, 2011

Perhimpunan Agong UMNO 2011


Pertamanya aku hanya nak ucapkan selamat datang kepada semua perwakilan yang mula bersidang untuk tahun 2011 di PWTC. Malam ni, serentak perasmian sayap dan akan berlanjutan persidangan sehingga 3hb Dis. Apa yang menarik untuk kali ini akan kita saksikan ulasan demi ulasan, cadangan dan perbahasan yang banyak menjurus kepada persiapan PRU akan datang. Adakah UMNO dan jenteranya sudah bersedia, dan adakah kali ini ada amanat dan tangkal azimat buat semua jentera bergerak terus untuk berkerja demi rakyat Malaysia.

Terus kepada perhimpunan yang dimulai pada malam ini, dengan perasmian oleh TPM untuk sayap UMNO , Wanita, Pemuda dan Putri.. Persembahan ucapan perasmian oleh TPM yang dilihat oleh perwakilan satu suntikan untuk mereka terus bersiap sedia dalam menghadapi PRU akan datang tapi pemerhati seperti aku mendengar ucapan yang cukup hambar.

Apa pun , pada kali ini, aku hanya sebagai pemerhati yang inginkan satu perubahan atau transformasi yang dicanang dan bukan lebihan retorik sahaja. Retorik yang tidak berkesudahan. Omong kosong bak tin kosong. Bukan itu yang dicari dalam pertemuan kali ini...Semangat setia, Berkorban demi Agama, Bangsa dan Tanahair perlu disemat untuk terus membakar semangat dalam perjuangan UMNO yang belum selesai...Jangan mudah lupa Melayu...Selamat bersidang kepada semua perwakilan...

Tuesday, November 1, 2011

Aziz Bari apakah kaitan anda dengan Konrad. Satu persoalan???....


Persoalan mula timbul apabila buku yang ditulis oleh Aziz diterbitkan oleh Konrad Adenauer Foundation. Sama juga Institut Kajian Dasar (IKD) juga ditaja oleh kumpulan ini. Siapa mereka ini sebenarnya? Apakah agenda mereka dan adakah Aziz salah seorang kader mereka untuk menyebarkan Islam Libral...Apakah ada agenda untuk menghancurkan Islam dan Aziz sebagai jentera yang telah ditaja mereka???

Pegerakkan kumpulan ini cukup bebas di Malaysia dengan mengadakan banyak seminar dan juga menaja penerbitan buku-buku berbentuk fahaman Islam Libral. Namun, sejauh mana pemantauan dari pihak berkuasa dalam menagani isu ini. Tidak semestinya mereka ini menaja tetapi apakah agenda sulit mereka hinggakan ada kedegaran unsur-unsur untuk memurtadkan umat Islam di Malaysia...Cuba-cubalah pihak berkuasa memantau perkara ini dan Aziz Bari juga perlu dilihat oleh pihak PAS siapa dia ini sebenarnya...


Adakah Aziz ini cuba menyusup masuk ke dalam PAS dan menggunakan PAS sebagai jambatan untuk beliau memecahkan umat Islam di Malaysia. Hati-hati para pejuang yang menamakan diri mereka PAS. Yang cuba membawa Islam dan politik sebagai perjuangan dasar tapi dalam diam anda ditipu oleh si Aziz ini...

Cuba-cuba la pihak PAS melihat siapa disebalik Konrad ini dan berapa banyak mereka ini telah membantu PKR dalam siri sulit dan agenda sulit mereka dalam menghancurkan Islam. Pertama mereka menggunakan IKD yang diketuai oleh Khalid Jaafar, kemudian, masuk ke dalam PKR dan mengkader jentera muda PKR dihantar ke luar negara hingga ke German semata-mata untuk merubah minda mereka...PAS perlu membuka mata, jangan sampai ditipu secara sulit. Buka otak tu jangan dikongkong pemikiran anda.

P/S aku harap PAS akan tahu siapa musuh dia sebenarnya...Sila lihat dan rujuk dibawah ini:

Konrad Adenauer Foundation
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search

The Konrad Adenauer Foundation (Konrad-Adenauer-Stiftung e.V.) (KAS) is a German political party foundation associated with the centre-right Christian Democratic Union (Germany) (CDU). The foundation's headquarters are located in Saint Augustine (Bonn) and Berlin.[1] Globally, the KAS has 78 offices and runs programs in over 100 countries.[2] Its current chairman is the former President of the European Parliament, Hans-Gert Pöttering.