Friday, April 29, 2011

Diambang kehancuran PKR....


Parti Keadilan Rakyat yang satu ketika dulu ditubuhkan atas dasar memperjuangkan keadilan untuk rakyat. Tertubuhnya parti ini atas desakan Anwar sendiri yang ketika itu didalam penjara. Ramai rakan taulan Anwar menasihatkan beliau agar tidak perlu menubuhkan parti ini, namun beliau tetap berkeras untuk menubuhkannya juga.

Kini PKR sudah hampir 12 tahun bertapak dibumi Malaysia. Parti yang ditubuhkan ini ada tersiratnya dan tersuratnya juga. PKR yang dulu benar-benar memperjuangkan keadilan rakyat namun kini dilihat hanya memperjuangkan keluarga Anwar dan servaival politiknya. Kurang jelas atas perinsip asal ditubuhkan PKR namun kini ahlinya hanya tertumpu kepada yang taksub dan yang cintakan perjuangan songsang Anwar.

Pernahkah ahli-ahli PKR sekarang tanya akan dasar perjuangan PKR? Pernahkah ahli-ahli PKR tahu yang PKR itu pendokong Islam Libral? Dan pernahkah ahli-ahli PKR yang beragama Islam itu tahu apa yang tersirat disebalik aktivis yang berada dalam PKR? Persoalan ini harus diselidik oleh ahli-ahli PKR sendiri, sejauhmana perjuangan PKR sekarang ini. Adakah ianya masih ditahap penubuhannya atau sekarang dengan nafas baru bercampur sosialis.

Satu demi satu ahlinya mula melompat keluar atau terus tidak aktif dalam arena bersama PKR. Kenapa ini berlaku? Parti yang ingin memperjuangkan hak dan keadilan rakyat namun kenapa ada dikalangan ahlinya sendiri mula tidak percaya sesama sendiri dan juga perjuangan mereka. PKR kini adalah parti yang punya masalah dalaman yang ketara, namun, perkara ini kurang didedahkan oleh pihak media. Sama juga dengan PAS dan DAP, masing-masing panas didalam namun mereka cuba menampakkan kesejukan sesama mereka. Mereka cuba mengalihkan arah pepecahan dan masalah dalaman itu kepada parti lain.

Dalam PKR amat ketara lagi kemelut perpecahannya. Lihat sahaja dengan kemelut AMK yang kuat didesak untuk melepaskan jawatanya dan kini beliau kuat berkerja untuk menunjukkan kepada Anwar bahawa beliau boleh menjadi harapannya. Kemelut Zaid Ibrahim yang sanggup keluar PKR dan terpaksa menubuhkan parti baru. Kemelut bekas-bekas ABIM yang dulunya mendapat tempat utama dalam PKR dan kini dibuang seperti sampah. Tetapi Anwar mula sedar akan peripentingnya kawan-kawan lama dalam ABIM untuk membantu beliau dalam PKR. Anwar akan gunakan semula kawan-kawanya ini untuk menarik kemabali sokongan rakyat terhadap beliau.

Kemelut anak beranak juga tak kurang hebatnya dalam PKR. Ini kerana segala urusan PKR akan melibatkan seluruh keluarga Anwar, keluarga Wan Azizah, keluarga Azmin dan juga orang dikelilingnya. Inilah yang dikatakan PKR adalah parti anak beranak. Kemelut aktivis dan desakkan mereka terhadap Anwar juga memeningkan kepala beliau. Dari Latifah Koya kepada si pencacai lawyernya juga membuatkan Anwar tak sedap duduk dengan desakkan dan kehendak mereka.

Kemelut kaum juga tak kurang hebatnya, antara kaum India dan Cina dalam PKR dan juga yang terkini PKR apabila melibatkan diri di Sarawak maka Kaum di Sarawak tidak terkecuali. Apa saja kemelut perkauman ini adalah atas dasar desakan untuk hak kaum masing-masing dan inilah yang menjadikan PKR semakin meruncing. Satu lagi kemelut yang tidak dilupakan adalah golongan Islam Libral. Ini diketuai oleh Khalid Jaafar dan YB Amir Sari (Gombak), IKD sebagai pentas mereka dan ditaja pula oleh Konrad Adenauer Foundation (Sila rujuk siapa disebalik NGO's ini). Golongan yang rata-rata bertapak di Bangsar dan mencari pengaruh dibelakang Nurul Izzah.


Segala macam kemelut yang ada dalam PKR hanya menanti belah untuk pecah dan kiranya ia meletus maka PKR boleh dilihat diambang kehancuran. Perlu diingat, rata-rata ahli PKR atau orang yang mendokong PKR merasakan diri mereka itu sebagai golongan yang celik isu kononnya atau golongan atasan yang tidak boleh dikotak katikkan, kononnya. Mereka sekarang ini merasakan diri mereka itu adalah golongan perjuang,kononnya, namun hakikatnya mereka ini hanya cuba menampakkan diri itu intelek tetapi kebebalan mereka itu terserlah bila tidak tahu membezakan yang mana baik untuk rakyat dan yang mana buruk untuk rakyat. Mereka hanya nampak didepan mereka hanya Anwar sahaja yang dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia sekarang ini.

Kehancuran PKR mula nampak dengan sekarang ini sumber kewangan parti mula merosot. Parti yang perlukan kewangan untuk mengurus segala urusan admin namun kewangan makin menyusut. Anwar hanya memikirkan bagimana untuk mencari sumber kewangan untuk kelurganya, untuk membayar pengurusan admin dirumahnya dan juga untuk pembayaran lawyernya . Hahaha bukan free lawyernya itu , walaupun kawan dalam pakatan rakyat tapi bayaran tetap dikenakan untuk khidmat guamannya. Mana nak dicari sumber kewangan apabila satu demi satu kawan-kawanya sudah menghilangkan diri. Dulu dia berani berjanji jika dia boleh menawan Putrajaya maka beliau akan menjadi PM. Sekarang ini ramai kawan-kawanya sudah tahu bahawa Anwar ini raja retorik. Segala janji semuanya retorik dan sekarang ini temelang itu belum pecah di Sarawak , maka rakyat Sarawak dijanjikan dengan retorik demi retorik Anuar ini.(Kalau anda pernah hadir dalam ceramah Anwar di Sarawak, maka boleh dilihat masyarakat Sarawak terlopong bila mendengar ceramahnya).

Sumber kewangan mula menjadi buah mulut dalam PKR dan ini mula merunsingkan Anwar sendiri. Beliau yang mengharapkan kepada YB-YB PKR untuk menyumbangkan beberapa peratus dari sumber dana mereka untuk dimasukkan dalam tabung PKR bagi menghadapi PRU 13 ini pun, masih lagi sayup-sayup. Anwar mengharpkan kepada Chua Ju Meng untuk membantu beliau dari sudut kewangan namun, apa jawatan yang telah diberikan untuk Chua. Hanya janji-janji manis untuk beliau sahaja.Kesian Chua ditipu bulat-bulat oleh Anwar.


Hari ini bila dilihat dengan kemelut yang melanda Anwar, maka rakyat mula sedikit demi sedikit momentum kepercayaan terhadap beliau meluntur. Rimas dengan segala isu yang melanda beliau dan juga beliau sendiri menjadikan tanda tanya dikalangan rakyat. Kenapa payah sangat untuk beliau bersumpah jika beliau dipihak yang benar? Ke mana perginya jam Omega yang dikatakan ada dalam simpanan Azizah? kenapa tidak ditunjukkan kepada masyarakat jam tersebut kalau benar ianya ada dalam simpanan? Kenapa beliau takut untuk memberikan DNA beliau dan kenapa pula diterbalikkan isu itu kepada YAB PM atas isu Antantuya. Sedangkan, kes di mahkamah adalah kes beliau, bukan kes sebut Antantuya, kes sebut adalah kes liwat beliau dengan Saiful. Banyak persoalan yang membuatkan rakyat mula keliru dengan sikap Anwar ini. Pada rakyat yang boleh berfikir dan boleh bersikap resional maka isu Anwar ini dianggap sebagai isu peribadi yang cuba dikaitakan dengan simpati masyarakat. Ini kerana, boleh dilihat Anwar cukup takut jika kehilangan kepercayaan rakyat terhadap beliau. Lebih-lebih lagi dengan rakan kongsi beliau DAP dan PAS. PAS yang dikudakan oleh Anwar masih bersikap diam diri dan hanya tahu mengerjakan solat hajat tanpa ada usaha untuk mencari kebenaran. Inilah sikap orang pemalas yang bercita-cita nak tubuhkan negara Islam, perlaksanaan, dengan hanya bersolat hajat tanpa ada usaha yang gigih.

Maka balik kepada asal cerita tentang kehancuran PKR ini, boleh diulas dari penubuhan asalnya oleh Anwar sendiri dan kehancurannya juga akan datang dari Anwar sendiri. Tidak hairan jika dilihat Anwar hanya menggunakan PKR itu untuk kepentingan peribadi beliau. Asal penubuhan parti untuk berjuang bagi keadilan rakayt sudah hilang dan sekarang ini PKR hanya untuk perjuangan kepentingan peribadi dan keluarga beliau. Azmin Ali (cukup licik) dalam hal ini, hanya boleh bertepuk tangan, kerana cita-cita beliau untuk menakluk PKR sudah hampir tercapai jika Anwar disabitkan kesalahan dan akan dipenjarakan. Nah, siapa yang untung dalam pencaturan ini, sudah tentu Azmin dan kuncu-kuncunya. Lihat sahaja dalam senarai MT PKR , sudah tersusun kem orang-orang Azmin menantikan gerak kerja setarusnya (Azmin boleh dibawa berunding)... Diambang kehancuran PKR ini, ada pihak yang untung dan ada pihak yang rugi dan tak ketinggalan juga pihak yang mula melompat dan melangkah pergi.....

Thursday, April 28, 2011

Watak Manusia....


Setelah lama kita kenal seseorang itu maka kita akan kenal watak dan tingkah lakunya, sedalam perigi yang ditimba dan juga seluas padang pasir yang terhampar. Watak yang dulu kita sanjung kadang kala boleh berubah menjadi watak yang kita hina dan nista. Begitu juga pasangan hidup kita, isteri atau suami,kita akan kenal watak dan tingkah lakunya. Yang baik, yang busuk, yang boleh buat kita tertawa, marah dan sebagainya. Itu suami isteri...kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ia berbeza dengan kekasih, yang mana wataknya kita hanya lihat akan cantik pekertinya atau luarannya sahaja.

Watak manusia ini berubah mengikut peredaran zaman, masa dan juga tempat. Ada kalanya ia menjadi warak, adakalnya dia menjadi setan dan tak kurang juga ada yang menjadi dungu seperti hilang akal. Perwatakan yang menarik boleh dilihat diatas pelakon atau pengiat seni yang boleh membawa berbagai-bagai watak. Mereka ini dilatih untuk membawakan seribu macam watak dan mereka ini menghayati watak-watak yang mereka bawakan. Ada yang sampai membuatkan kita menangis, ada kalanya membuatkan kita ketawa, dan tak kurang juga yang membuatkan kita benci sehingga kita turut meludah ke TV kita (lepas tu kena lak kesat TV tu).

Itu kalau kita bincangkan bab watak yang dibawa oleh anak seni. Apa pula kesan watak itu terhadap ahli politik. Mereka yang menceburkan diri dalam arena politik. Mereka ini juga tak lari dari menampilkan berbagai watak atas sebab politik itu juga dikatakan satu seni serba mungkin. Maka timbullah berbagai watak yang aku lihat satu fenomena dalam pentas politik zaman globalisasi ini. Watak yang timbul juga pelbagai diarena politik ini, ada yang watak warak, ada yang watak bongkak, ada yang watak cerdik, ada pula watak yang bisa membuatkan kita menitiskan air mata simpati terhadapnya. Tak kurang juga watak penipu dan Ali Baba.

Teringat aku watak yang dibawa oleh seniman agung P. Ramlie yang dengan gaya selambanya boleh membawa bermacam ragam watak dalam lakonannya untuk dijadikan iktibar bagi masyarakat ketika itu dan hingga hari ini. Apakah pernah diri kita ini bermuhasabah watak apakah yang kita bawakan di pentas kehidupan ini?


Hari ini, contoh watak yang aku cuba bawakan iaitu watak Anwar Ibrahim yang amat disanjung oleh pejuang reformasi. Di TV aku lihat watak angkuh Anwar bila disoal oleh pihak media agak terusik dijiwa ini. Inikah Anwar yang pernah dikenali pada tika dulu semasa dizaman pemuda Islam (ABIM) dan disanjung didunia. Watak sombong dan angkuh itu terserna dimukanya. Mungkin bila diutarakan kepada penyokongnya maka mereka ini akan menjawab itulah ketegasan pemimpin kami. Tapi, kali ini aku ingin membawa para penyokong reformasi yang satu ketika dulu dijalanan memperjuangkan keadilan cuba berfikir sejenak. Fikir akan perjuangan yang murni itu sudah dicemari tika ini. Anwar bukan seperti dulu. Dikeliling Anwar adalah musuh-musuh negara yang cuba menggunakan ketokohan Anwar untuk menakluk Malaysia tercinta ini.

Dulu kawan-kawan Anwar adalah orang yang boleh menasihatkan beliau kejalan yang benar, namun kini penasihat Anwar adalah para aktivis-aktivis yang berselindung disebalik perjuangan kemanusiaan. Mereka ini adalah pengkhianat negara. Mereka ini sanggup menjual negara. Maka watak Anwar cukup berubah ketika ini dari Anwar yang pernah disanjung satu ketika dulu. Sikap angkuh, termasuk anak perempuannya yang sudah difanakkan dengan kumpulan aktivis di Bangsar cukup angkuh melayan soalan media. Kenapa perlu berselindung kalau anda dipihak yang benar. Kenapa perlu takut jika anda tidak melakukan perkara terkutuk. Anda juga pernah melaungkan "lawan tetap lawan" , nah kenapa tak lawan. Buktikan anda tidak bermukah dengan segala bukti, tampilkan dan masyarakat ingin tahu.

Watak yang sombong ini mungkin akan menjerat diri Anwar. Sejauh mana Anwar berjaya kalau dirinya itu mempunyai watak yang penuh dengan hipokrasi. Ini bukan dilihat dari sudut beliau seorang sahaja. Untuk pemimpin itu diukur dari seluruh ahli keluarganya. Isteri, anak perempuannya Izzah dan Nuha, atau yang lebih menarik anak lelakinya Opsss, dimana ya anak lelakinya iaitu Ehsan...Segala watak kelauarga Anwar perlu dilihat, watak yang boleh diabstrakkan. Watak yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Maka, hari ini, dilihat watak manusia yang pernah disanjung satu ketika dulu naik berang bila disoal dengan media. Tak perlu melatah dan tak perlu naik minyak. Ianya semua akan dinilai dari watak yang anda tunjukan didepan kamera rakyat. Watak manusia itu tak boleh disusup, ia akan terserlah satu hari nanti. Adakah watak binatang yang dibawa atau watak manusia yang dipinjamnya. Segalanya akan terbongkar bila doa dan solat hajat setiap umat Islam di Malaysia ini yang dahagakan kebenaran dan keadilan dimakbulkan. Justeru, aku hanya mampu berdoa semoga Allah memperelokkan watakku dan juga akhlakku....

PAS Risau Dilanda Gelombang Berkiblatkan 'Anwar'

Pas Risau Dilanda Gelombang Berkiblatkan “Anwar”
Posted by MELANAU BLOGGER™ at Tuesday, April 26, 2011
Share


KUALA LUMPUR 26 April – Pemimpin Pas hari ini mungkin dalam gundah gulana melihat kepada apa yang berlaku di dalam parti berkenaan khususnya menjelang muktamar agung mereka Jun ini yang bakal menyaksikan pertandingan termasuk kepimpinan tertinggi.

Kebimbangan itu dapat dilihat antaranya ingatan daripada Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan parti berkenaan diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad atau anak beranak.

Mengulas mengenai isu terbabit, bekas pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Hamdan Taha mempunyai tafsiran tersendiri yang mana bagi beliau itu adalah kebimbangan pucuk pimpinan mereka terhadap usaha meliberalkan Pas selain khuatir parti itu bakal kehilangan kepimpinan ulama yang dilaung-laungkan sejak sekian lama.

“Dari segi politiknya, mereka juga mungkin bimbang dengan kumpulan yang berkiblatkan Datuk Seri Anwar untuk menguasai kepimpinan tertinggi Pas. Namun paling utama ialah mereka bimbang usaha-usaha untuk meliberalkan parti itu dalam usaha mendapatkan sokongan bukan Islam.

“Bagi saya itulah pokok utama yang kita boleh tafsirkan daripada apa yang diluahkan oleh Naib Presiden Pas itu. Tuan Ibrahim mungkin sudah nampak angin yang mula bertiup secara perlahan-lahan yang akhirnya dikhuatiri bakal menenggelamkan kepimpinan berteraskan ulama.



“Saya katakan begitu kerana mereka yang benar-benar ulama di dalam kepimpinan Pas hari ini hanya tinggal beberapa kerat sahaja. Mahfuz Omar bukannya ulama, Mohamad Sabu pun bukannya ulama, siapa lagi yang kita boleh ambil contoh..Husam Musa bukan ulama, Khalid Samad bukan ulama…Begitu juga Salahudiin Ayub..bukan ulama,” katanya.

Lantara itu kata beliau lagi Pas hari ini menjurus ke arah “Pure Politician” yang mana bakal diisi oleh mereka yang tidak sehaluan daripada apa yang dialung-laungkan iaitu bersama kepimpinan ulama.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, parti hendaklah diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad apatah lagi sebagai syarikat anak beranak.

Menurutnya, Pas telah mengisytiharkan matlamat perjuangannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka telah melihat dan meyakininya.

Hamdan seterusnya yakin, apa jua yang dilaksanakan oleh Pas hari ini berkiblatkan politik dan tidak lagi berasaskan kepada prinsip yang dialung-laungkan sejak sekian lama.

credit to MediaUMNO

Wednesday, April 27, 2011

Rasuah dan Kebodohan...


Satu kenyataan yang amat bodoh tika ini bila ditanya cara membenteras rasuah secara berkesan dengan menukar kerajaan yang sedia ada. Inilah jawapan yang boleh diberi dari kepimpinan PAS Pusat iaitu si Nizar yang dulunya pernah menjadi MB Perak dalam wacana beliau semalam. Bagaimana jawapan yang bodoh seperti ini diwakili oleh PAS untuk memerintah negara ini. Adakah dengan menukar kerajaan bahawa rasuah itu boleh dibenteras. Apakah ironinya? Kalau dilihat petukaran kerajaan Selangor, maka rasuah masih terus melanda kerajaan Selangor. Begitu juga dengan Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, rasuah masih tetap bermaharajalela. Tidak pula rasuah itu lenyap dengan petukaran kerajaan, dalil dan bukti ...

Dengan fakta yang diberi oleh Nizar yang mewakili PAS Pusat nampaknya beliau ini tidak membuat satu kajian menyeluruh dan inikah kebodohan yang cuba dipamirkan dikhalayak ramai. Patut la beliau hanya dapat bertahan selama 11 bulan dalam mengendalikan kerajaan Perak. Pada PAS yang ingin membawa imej Islam, beliau patut memberikan jalan cadangan iaitu dengan AlQuran dan Sunnah dan kefahaman Islam yang mendalam sahaja dapat membenteras Rasuah dikalangan rakyat Malaysia. Bukan dengan menukar kerajaan yang ada. Kalau pun naik kerajan Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia, boleh dijaminkah rasuah ini akan lenyap selamanya? PR bukannya berteraskan Islam keseluruhannya dan PAS belum tentu dibahagi atau diberikepercayaan untuk memerintah Malaysia. DAP dan PKR akan menguasai segala- galanya. Nah, mereka ini faham ke akan Rasuah itu haram.

Sudah tentu jika PR memerintah pasti rasuah itu akan tetap kekal selamanya, jika rakyat masih lagi tidak sedar akan dosa dan pahala. Dalam hal ini ternyata wakil PAS si Nizar ini hanya memberi kenyataan dengan membabi buta tanpa dirujuk kepada majlis Ulamak mereka.

Wancana yang baik anjuran KarangKraf semalam dilihat kebodohan Nizar terserlah apabila ditanya oleh moderator, lain pula jawapan yang cuba diberikan. Kenapa jawapan atas tuduhan perlu digemburkan dalam majlis ilmu dan wacana ini. Kenapa fitnah perlu dikiatkan, kan anda itu mewakili parti Islam dan membawa imej Islam. Kenapa perlu menuduh dan tidak membawa bukti dan saksi. Apa dan dimana anda berguru selama ini dengan Ulamak-ulamak PAS dan inikah caranya yang diajar oleh Ulamak PAS kepada anda.


Pelik bila imej islam yang cuba dibawa atas nama PAS tidak sekalipun dipamirkan oleh Nizar. Beliau dilihat seperti mengikut hawa nafsu amarah beliau iaitu dendam tidak dapat menjadi MB Perak lagi. Segala tomohan yang dibawa oleh beliau sehingga ditegur oleh moderator agar jangan mempolitikkan isu rasuah ini, namun, kefahaman yang cetek dan juga dibaluti dengan nafsu amarah beliau maka segalanya dipamirkan oleh beliau. Jelas, inilah kepimpinan yang tidak boleh ditegur dan inilah yang akan menghancurkan Islam itu sendiri.

Kenapa beliau tidak membawa tajuk rasuah yang diwacanakan itu dari sudut Islam dan fakta dari Al Quran dan Sunnah diambil pengajaran. Sedangkan beliau dikatakan membawa imej Islam dan perjuangan Islam. Kan lebih elok dimata masyarakat yang mendengar wacana tersebut, Nizar membawakan mesej Islam dalam menagani rasuah dan memberikan cadangan kepada SPRM satu kerangka kerja untuk membenteras rasuah dari sudut pandangan Islam. Bukan dengan menuduh dan menampakan kebodohan beliau dan menyatakan bahawa tukar kerajaan selesai rasuah...Aduhhh inilah yang dikatakan kalau datang ke wacana itu dengan niat yang jahat dan bukan kerana Allah SWT.

Pasrah dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau maka keyakinan untuk menaruh harapan terhadap PAS dalam membela Islam di Malaysia punah dengan kebodohan yang ditunjukan oleh pemimpin PAS Puast. Bagaimana beliau ini dikatakan mahir dalam selok belok agama namun, iannya terserlah bila hanya memakai imej Islam namun ilmu didada kosong dengan pegetahuan agama. Membezakan tajuk rasuah dan politik pun tidak dapat dipamirkan maka kebodohan jelas diperlihatkan...

Tuesday, April 26, 2011

Rehatkan minda bersama: Habibi- Majida El Roumi (ENGLISH/ARABIC TRANSLATION

email 1 Malaysia ....Apa Relevennya...


Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini menurut ketua pegawai eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar. Disebalik kontroversi pelaksanaan email tersebut dan berbagai-bagai persoalan yang mula timbul, sejuah mana ianya releven untuk rakyat Malaysia. Ianya dilancarkan oleh YAB PM, namun ianya tidak diberikan sepenuh penjelasan kepada rakyat Malaysia apakah tujuan sebenar email tersebut, apakah ia boleh memberi munafaat kepada rakyat Malaysia, dan sejauhmana ia boleh membantu kehidupan rakyat Malaysia dan ekonomi rakyat Malaysia.

Persoalan demi persoalan yang timbul. Namun ianya masih buntu untuk aku bila aku sendiri dah banyak akuan email seperti Yahoo, Gmail dan sebagainya... Apa pula relevennya bagi pakcik di kampung yang nak gunakan email ini? dan kalau dikampung pun nak dapatkan internet pun payah apa guna email ini. Kalau segala urusan pejabat kerajaan akan menggunakan email ini pun dan sejuahmana ia akan dilaksanakan secara menyeluruh sehingga orang kampung pun dapat menerima email dari jabatan kerajaan yang dulunya dihantar surat tetapi ditukar kepada email...

Memang ianya percuma untuk rakyat dan ianya tidak menggunakan sesen pun duit rakyat untuk membangunkannya. Namun, hari ini dengar pula ada kenyataan yang menyatakan bahawa setiap email dari jabatan kerajaan kepada pengguna akan di caj sebanyak 50 sen. Wahhh ini dah kira untung dah ni. Kalau 50sen pun dicaj maka berjuta juga keuntunganya. Kerajaan juga yang kena bayar dan balik asal juga duit rakyat yang dibayar. Aduhhh adakah ini caranya nak bodohkan rakyat dengan membina email percuma dan bayaranya kerajaan juga yang dicaj.Apa bezanya aku pun masih buntu.


Kalau setakat email yang nak dibangunkan aku rasa ianya tidak sereleven yang aku sangkakan. Ada lebih baik jika menaikan taraf kelajuan internet diseluruh negara, dan membekalkan perkhidmatan internet keseluruh negara adalah lebih baik. Dilihat dari sudut kelajuan internet di Malaysia ini ternyata ianya lembap dan yang terkini UNIFI yang dibangunkan oleh TM , itupun hanya dilembah Kelang sahaja tidak seperti diiklankan di TV. Bila aku tanya di pejabat TM Kota Bharu, dia kata tak sampai lagi Encik... Apa yang boleh dibanggakan jika kelajuan internet belum pada tahap negara membangun dan itu tidak dikira caj internet yang melambung tinggi lagi. Bila dilihat pada perkhidmatanya , adakah ia merangkumi seluruh negara disetiap kampung-kampung atau dipelosok FELDA-FELDA pun masih belum mengecapi khidmat internet ini.

Releven disini bukan anjakan untuk membangunkan email 1Malaysia, tapi ianya perlu dibangunkan internet 1Malaysia. Jalur lebar yang kelajuannya dibangunkan ditahap negara maju juga dapat membuka pasaran ekonomi negara yang memberansangkan. Berapa ruginya negara kita bilamana pelabur luar hanya melabur dinegara jiran dek kerana kelajuan internetnya sahaja. Aku punya teman ketika belajar dulu yang berasal dari Korea, beliau bertugas sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat games (War Craf) dan beliau menyatakan bahawa di Malaysia kelajauan internetnya amat perlahan dan ini membuatkan mereka membuka pejabat operarasi di rantau Asia ini di Singapura. itu baru satu syarikat. Kalau inilah yang menjadikan saingan globalisasi maka pembangunan menaikan taraf kelajuan internet perlu dipikirkan dahalu sebelum melaksanakan email 1Malaysia.

Saingan yang sihat dalam 'strategi laut biru' dalam meningkatkan perkhidmatan negara yang menjadikan negara juga bergantung kepada inovasi yang beterusan. Memang ianya satu inovasi yang baik iaitu email 1Malaysia namun ianya perlu difikirkan jika inovasi yang hanya memberansangkan kepada satu pihak dan individu tertentu sahaja tidak kepada rakyat menyeluruh adalah satu inovasi songsang. Justeru, munafaat kepada informasi taknologi perlulah dikongsi bersama rakyat dan ianya boleh dimunafaatkan untuk membangunkan ekonomi negara.

Perlu difikirkan disaat negara yang memerlukan anjakan kepada transformasi menyeluruh dan aspirasi YAB PM dalam menjayakan gagasan 1Malaysia, diharapkan tiada pula pihak-pihak yang berkepentingan untuk meneguk diair yang keruh dalam berselindung disebaliknya. Hanya dek kerana kepentingan diri megaburi kepentingan rakyat maka sanggup melakukan apa saja demi mencari kekayaan dunia. Nah, tidak relevennya email 1Malaysia ini jika ianya dibangunkan bukan untuk kemudahan rakyat tapi ianya untuk kepentingan peribadi tertentu. Maka, dengan kos 50juta,

segala kehidupan tika ini disepit dengan ekonomi yang agak runcing diperluaskanlah, demi kehidupan yang sejahtera untuk seluruh rakyat tercinta...

Saturday, April 23, 2011

Nak Jadi Yang Berhormat....


Mungkin dalam diri dikalangan ahli-ahli parti politik ada yang berhajat dan berniat nak jadi Yang Berhormat. Kalau tak jadi YB pun jadi kawan YB pun dah cukup baik. Namun, ketika demam pilihanraya dan senario politik yang semakin hangat di Malaysia ini, maka pasang cita-cita nak jadi YB mungkin semakin ramai dikalangan ahli politik. PRU 13 semakin hampir, dan ianya mula dirasai apabila PRN Sarawak menunjukan prastasi yang menggalakan buat parti memerintah BN. Tak kurangnya buat parti pembangkang, masing-masing sudah berkira-kira nak jadi YB.

Siapa bakal calon YB dikawasan anda? Itu menjadi persoalan yang jelas. Adakah beliau disukai ramai, atau adakah beliau orang yang banyak duitnya, atau adakah beliau dari golongan bangsawan, atau adakah beliau ini berpendidikan tinggi, atau beliau ini memang anak YB yang lalu (warisan alam) atau dia ini memang layak dan memang punya aura untuk memimpin dikawasan anda... semua persoalan ini mula berkisar dikalangan rakyat dan juga YB sendiri.

Bagi yang ingin bertanding sudah mula menjual diri. Sudah mula mengukir nama dan sudah mula tersenyum dan merendah diri. Itu yang sering dilihat. Tapi ada pula yang sudah mula mengatur strategi dengan menyusun segala bala tentera dan juga kewangan untuk menyediakan diri bagi merebut jawatan YB. Tak kurang juga, ada yang dah mula mencari-cari tok bomoh dan juga tangkal buat azimat penunduk bagi meraih sokongan pengundi. Tapi, apakah ini semua dikira sebagai kratiria yang diperlukan bagi menjadi seorang YB. Kalau diri nak jadi PTD atau akuantan perlu ada segulung Ijazah dan perlu melalui urusan temuduga. Nah, bagimana pula YB, adakah mereka ini layak dengan hanya bersandarkan segulung SPM atau hanya sokongan padu dari sekumpulan rakan-rakan kedai kopinya sahaja, atau dek kerana beliau adalah rakan kepada rakan yang punyai ramai kroni.

Persoalan mula timbul, atas dasar apa mereka boleh dipilih sebagai calon untuk menjadi YB di PRU 13 nanti. Cadangan yang ingin aku lontarkan disini mereka ini perlu melalui tiga peringkat:

Pertama, setelah disenarai pendekkan nama-nama bakal calon oleh Pengerusi Perhubungan negeri,maka nama-nama itu perlulah ditapis dengan melalui ujian bertulis. Mereka ini perlulah melaui ujian bertulis Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. Selain itu juga ujian kecekapan pengurusan bermasyarakat juga perlu dilalui oleh bakal calon tersebut bagi melihat tahap kecekapan calon menyelesaikan masalah jika dihadapi semasa menjadi YB.

Kedua, calon ini juga perlu melepasi tapisan keselamatan sama ada dari sudut kewangan dan juga bebas dari segala ancaman dan skandal yang boleh menjatuhkan calon itu sendiri.Calon juga perlu menghadiri krusus jati diri untuk menilai atau SWOT analisa diri calon tersebut selama 3 hari.

Ketiga, peringkat ini adalah peringkat terakhir yang perlu dilalui oleh bakal YB iaitu, sesi temuduga. Sesi temuduga ini menilai tahap kecekapan calon dengan kawasan yang mereka ingin tandingi, tahap pegetahuan calon dengan lawan yang bakal mereka tandingi, dan juga dilihat dari kemampuan calon mengandali sesi temuduga ini dengan pelbagai masalah kajian kes yang perlu diselesaikan.

Ketiga-tiga peringkat ini disusuli dengan risikan yang akan dibuat oleh pasukan risikan untuk memantau dan mengambil segala maklumat berkenaan dengan bakal calon dikawasan yang mereka ingin tandingi.Respon dari masyarakat sekeliling berkenaan dengan bakal calon ini akan dijadikan sumber dan penambahan markah untuk mereka.

Mungkin inilah yang dikira satu jalan dan pendekatan yang baik untuk memilih calon YB bagi PRU 13 nanti. Segala transformasi yang diaspirasikan oleh YAB PM dapat dinilai dan diimplemantasikan jika pendokongnya iaitu dari kalangan YB adalah mereka-mereka yang berkualiti tinggi. Bukan YB yang melompat, dan bukan YB yang tangkap muat. Tapi YB yang penuh dengan kewibawaan dan mempunyai misi dan visi untuk membina masyarakat dan negara yang dicitakan. Justeru, menjadi harapan bagi bangsa Malaysia mempunyai YB yang berkualiti tinggi dan bukan YB yang hanya punya kepentingan peribadi menguasai diri dan tidak memikirkan untuk berkhidmat untuk rakyat demi rakayt. Untuk kesekian kalinya, mengarah ke negara maju yang dicitakan , maka YB perlulah mendepani zaman itu dan ianya sebagai model dan contoh terbaik buat rakyat dan menjadi idola mampan untuk membangun bersama aspirasi YAB PM kita...Aku bukan nak jadi Yang Berhormat tapi cukup sekadar melihat dan memberi pandangan buat Yang Berhormat...

PAS Bukan Maksum...


Setelah ditegur oleh Prof Aziz Bari, PAS mula merasakan dirinya maksum dan tidak langsung boleh ditegur sebarangan. Pendapat dari seorang Prof, yang satu ketika dulu disanjung dan dipuja oleh juak-juak PAS kini disanggah dan dihina. Hanya mungkin keikhlasan hati menegur parti yang sudah lupakan asas perjuanganya, maka sebeban kritikan buat Prof ini dilemparkan.

Pelik, jika sebuah parti Islam yang tidak boleh menerima teguran dan tidak mahu cuba muhasabah diri mereka. Setelah kalah berturut-turut dalam PRK dan kini di PRN Sarawak, mereka ini masih angkuh untuk memikirkan kenapa ini terjadi kepada parti mereka. Mereka ini tidak boleh terima teguran sama sekali. Mereka sekarang ini seperti fanak dalam 'Tahaluf Siyasi' bersama DAP dan PKR. Seolah-olah memang benar dikatakan mereka ini telah ditunggangi oleh PKR dan DAP. Segala fatwa dijuruskan kepada kepentingan membela kemungkaran.

Ada yang cuba mengamuk bila ditegur, dan ada pula melimparkan kesalahan mereka kepada parti BN pula. Ini yang sangat pelik, Parti mereka yang buat taik dipalit pula ke parti orang lain. Segala dalil dan hadis dikeluarkan untuk mempertahankan kepimpinan mereka. Kalau rasuah boleh bertukar kepada sedekah dan ini adalah hukum yang paling diminati oleh puak-puak yang menghalalkan cara.

PAS sudah diambang fanak ketika ini. Dulu di Kelantan semasa diawal pemerintahan PAS, agak runsing bagi wanita untuk keluar ke bandar Kota Bharu jika tidak bertudung. Namun kini, bila PAS bersama PR, tudung tidak menjadi isu utama di Kelantan. Bebas jika tidak bertudung. Tak pulak disaman. Kalau ke KB Mall dihujung minggu boleh dilihat hinggakan pasangan lasbian pun dah menular disini. Nah, inilah yang dikatakan membangun bersama Islam selama 20 tahun PAS memerintah. Itu belum lagi kalau ke Wakaf Che Yeh dan sekitar bandar KB. Apa yang dibanggakan oleh PAS, jika dakwah dilupakan dan politik diutamakan.

Hakikatnya, bila bertemu dengan warga PAS, segalanya disalahkan kepada UMNO. Kenapa UMNO? Itu yang menjadi persoalan? Kenapa UMNO yang disalahkan sedangkan PAS yang memerintah negeri Kelantan. Kenapa ahli atau pemimpin PAS sendiri yang tak nak berubah atau bermuhasabah diri mereka. Bila mengambil kesimpulan, barulah aku terfikir bahawa PAS sekarang ini diarena 'politik sebenar' dan bukan di arena berdakwah.

Justeru, kesimpulan yang boleh dilihat sekarang ini, PAS sudah mula bermain politik sebenar dan inilah yang perlu dihadapi oleh ahli-ahlinya. Segala tipu daya dah menular dalam PAS. Segala maksiat juga tak dibendung dalam PAS. Segala rasuah dan penindasan bermaharajalela dalam PAS. Segala gila pangkat diburu oleh pemimpin PAS. Segala yang dulunya dikatakan cara UMNO kini dah ada dalam PAS.Segala keburukan cuba ditutup dengan dalil dan hadis ada juga dalam PAS. Nah, ini semua segala-galanya dek kerana PAS bercita-cita nak ganti UMNO. Maka PAS sudah mengamalkan segala yang UMNO buat satu ketika dulu, kini dan selamanya. Maka tidak ada bezanya parti PAS yang sepatutnya mendukung perjuangan Islam kini menjadi parti politik sebenar dalam arus mencari kuasa dan dunia semata-mata.

Maka, ahli PAS dan seluruh pimpinan PAS perlulah memikirkan adakah parti mereka ini maksum dari cacat cela, dan pemimpin mereka itu boleh bawa mereka ke syurga. Sebab utama yang menjadi tanda tanya ketika ini, kenapa sebuah parti yang menjalankan perjuangan negara Islam, tidak boleh ditegur, tidak boleh menerima kritikan, dan menipu setiap ahli-ahli mereka . Para pemimpin PAS yang hidup senang lenang dan ahli PAS yang berjuang untuk mereka hanya makan nasi putih berlaukkan ikan kering dan sardin semasa berkempen untuk pilihanraya. Kemana perginya wang yang diperuntukan untuk keluar berjihad. Entahlah, ini bukan parti pilihan aku jika aku nak berjihad dan berjunag untuk Islam. Parti yang aku lihat penuh dengan hipokrit dan berselindung disebalik Islam dan perwatakan Islamnya.

Kesian bila melihatkan kepada pengikut-pengikut yang tak boleh berfikir mereka itu. Yang taksub membabi buta, yang menerima segala hadis dan dalil sebulat-bulatnya tanpa sedar mereka ditipu. Mereka yang tidak boleh melihat dari luar kotak benak fikiran mereka. Yang sedihnya, orang kampung ditipu dek kerana janji-janji syurga. Tak perlu berparti jika nak masuk syurga, dan bukan jalan untuk bertaubat jika masuk parti Islam. Jalan taubat banyak caranya dan bukan caranya jika bertaubat duduk dipentas parti Islam lalu terus mencaci sesama Islam. Itu buakan caranya....

Buat kali terakhir, kalam ini aku lemparkan untuk semua kepimpinan PAS dan ahlinya agar mereka rasa bersalah akan dosa menipu dengan menggunakan nama Islam sebagai landasan perjuangan mereka. Maka aku menyeru,agar mereka bermuhasabha diri mereka dan bukan hanya ingin menyalahkan orang lain. Terimalah teguran dengan hati terbuka dan fikirkanlah atas dasar perjuangan Islam yang sejati. Kembalilah kepada perjuangan asal PAS...Maka PAS itu hakikatnya bukanlah satu parti yang maksum...

Thursday, April 21, 2011

PAS sebagai suara ketiga...by NOBISHA (must read)

Tuesday, April 19, 2011
PAS SEBAGAI SUARA KETIGA
Semalam wartawan Harakah menghubungi saya, meminta komen mengenai pilihanraya Sarawak. Mulanya beliau bertanya mengenai peranan media sosial, kemudian kami berdiskusi mengenai strategi PAS di Sarawak. Jawapan saya hampir sama dengan apa yang saya tulis di blog ini sebelum ini. Saya katakan bahawa mesej yang ingin dibawa oleh PAS dalam pilihanraya Sarawak tidak jelas. Malah, dalam blog ini juga saya sebutkan bahawa PAS seperti mencedok tema kempen DAP, tanpa strategi yang jelas. Terserahlah sama ada penyokong PAS ingin menerima komen tersebut secara positif atau sebaliknya.

Saya cukup yakin pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS cukup jelas dengan perjuangan parti. Mereka dididik melalui usrah, tamrin dan sebagainya. Bagaimanapun, "real politics" memaksa mereka bertindak dengan cara yang akhirnya membuatkan masyarakat bertanya, "Apakah perjuangan PAS sebenarnya?"

Di Sarawak, saya bertanya beberapa orang mengenai apakah yang mereka fahami dengan perjuangan PAS. Daripada sekitar 10 orang yang saya tanya, hampir kesemua memberikan jawapan yang mempunyai perkataan "ekstrim." Saya percaya PAS menafikan parti itu ekstrim. Malah, saya juga tidak setuju PAS itu ekstrim. Namun, itu tidak penting. Apa yang penting ialah itu persepsi sebahagian masyarakat Sarawak mengenai PAS. Kalau begitu, saya boleh simpulkan bahawa PAS menghadapi krisis identiti.

Sewaktu Muktamar PAS ke 55 pada tahun 2009 yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, saya melihat tidak ada sepatah pun perkataan "Islam" di banner atau bilboard yang dipasang sekitar kawasan muktamar tersebut. Kalau ada pun, ia ditulis dalam tulisan jawi sebagai sebahagian nama PAS itu sendiri. Bukan sahaja orang bukan Islam tidak dapat membaca tulisan jawi, malah orang Islam pun ramai tak dapat membacanya.

Slogan bernada Islam seperti "Membangun Bersama Islam" digantikan dengan "PAS for All." Seorang sahabat bertanya saya mengapakah tidak gunakan slogan "Islam for All" sesuai dengan sifat kesempurnaan (syumul) Islam itu sendiri. Saya jawab, saya tak ada jawapan. Mungkin "real politics" memaksa PAS untuk menggunakan strategi demikian. Bagaimanapun, soalan sahabat tadi menunjukkan bahawa dia juga keliru dengan identiti PAS.

Terus-terang saya katakan bahawa PAS mempunyai potensi besar dalam politik Malaysia. Bagaimanapun, "real politics" menjadikan parti itu berasa kerdil.

Bagi saya, PAS boleh merealisasi potensi untuk menjadi "king maker" dalam politik Malaysia dengan memposisikan dirinya sebagai "the guardian of Islam." PAS tidak perlu ke kiri atau ke kanan. PAS tidak perlu mempertahankan tindak tanduk PKR atau DAP, dan ia juga tak perlu condong kepada BN. PAS wajar kekal sebagai sebuah parti yang berdiri sendiri. Betul atau salah, bukan ditentukan oleh "political expediency" seperti sekarang. PAS harus dilihat berani menegur PKR dan DAP, sama seperti keberaniannya menentang BN.

Sekiranya PAS mampu berbuat demikian, maka orang akan melihat PAS sebagai sebuah parti berprinsip. Sebahagian pemimpin PAS selalu menegur "ulamak" yang tidak membetulkan kemungkaran sebagai "ular dalam semak" atau "syaitan bisu." Apabila pemimpin PAS mendiamkan diri melihat kesalahan PKR dan DAP (kedua-dua parti ini bukan maksum), maka adakah gelaran itu boleh dikembalikan kepada mereka? Atau, gelaran "Alamak!" lebih sesuai?

Dalam konteks demokrasi di Malaysia dan atas semangat menjadi "guardian of Islam," saya fikir PAS wajar memainkan peranan sebagai suara ketiga. Kita dapat melihat bagaimana dalam konteks politik di Malaysia, kaum Cina bermain politik dengan cukup hebat sehingga memaksa kedua-dua belah pagar politik sujud, atau pun sekurang-kurangnya tunduk kepada kehendak mereka. Mengapakah PAS tidak merealisasikan potensi yang ada untuk menjadi suara ketiga bagi mendesak BN, PKR dan DAP untuk lebih responsif kepada tuntutan Islam?

Pada masa ini, PAS mempunyai 16 kerusi Dewan Rakyat dan sekiranya ia bertindak sebagai suara ketiga, saya fikir parti itu boleh menjadi satu kuasa yang kuat di Parlimen Malaysia. PAS boleh menggunakan kedudukan strategik ini untuk "collaborate" dengan mana-mana pihak yang dilihat melakukan sesuatu yang menguntungkan Islam.

Seperti yang selalu disebutkan oleh pemimpin PAS (dan saya percaya mereka ikhlas dalam soal ini), perjuangan PAS ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Sekiranya dengan bekerjasama dengan BN bagi "co-sponsor" insiatif tertentu di Parlimen, mengapa tidak PAS bersikap terbuka dalam soal ini? Ini bukan bermaksud PAS harus menyokong BN sepanjang masa. Dalam isu-isu tertentu, PAS boleh menyokong DAP dan juga PKR. PAS boleh membentuk kerajaan campuran (coalition government) bersama DAP dan PKR di negeri-negeri tertentu dan menjadi pembangkang kepada kedua-dua parti itu di negeri lain.

Kemampuan PAS untuk melonggarkan ikatan politik dengan lain-lain parti akan meletakkannya sebagai suara ketiga yang dihormati.

Saya tahu nanti akan ada orang berkata cadangan saya itu akan memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Begitulah, setiap kali apabila ada cadangan baru, pasti ada suara-suara sumbang yang melihatnya dari kacamata sedemikian. Apa nak buat, itulah cara sesetengah orang melihat politik. Itulah saja cara yang kita tahu.

Ah, mungkin saya lupa, itulah "real politics."

Dan, dalam konteks Malaysia, "real politics" adalah politik pertentangan. Politik hitam dan putih. Sehingga akhir sekali kita gagal melihat warna-warna pelangi yang jauh lebih indah!
Posted by NOBISHA at 3:40 PM

Sunday, April 17, 2011

Pulang marilah pulang...


Setelah hampir 2 minggu berkampung di Sarawak, maka semalam dan hari ini sudah melihat akan jentera yang hadir pulang ke semenanjung.Yang datang dari berbagai pelusok tanah air mewakili parti masing-masing mula berangkat mengikut penerbangan yang telah ditetapkan. Air Asia dan MAS menjadi pilihan. Apa pun mereka harus menerima hakikat berlapang dada apa jua keputusan rasmi dalam PRN Sarawak kali ini.

Ya mungkin ada diantara jentera yang letih dan ada yang sampai tak sabar-sabar nak pulang ke pangkuan keluarga. Ianya satu kerinduan yang berbaloi bila mana segala hasil kerja berjaya dan dapat diterjemahkan di keputusan PRN ini. Bagi yang gagal dan hilang wang taruhan, maka disana ada kerja untuk mereka bermuhasabah kenapa dan mengapa mereka kalah. Bagi yang menang disambut dengan tugas yang lebih berat kerana segala janji yang ditabur perlu dikotakan dan ianya bukan terhenti setelah bergelar YB sahaja.

Aku, yang sekarang ni sedang menikmati secangkir kopi di LCCT hanya mampu merenung masa depan untuk pengundi yang pernah aku temu di Sarawak lalu. Harapan yang mereka sampaikan kepada aku mungkin tidak dapat tidak perlu diolah agar mereka di Sarawak terus dengan kehidupan yang ceria. Kek lapis, mee kolok, umai, ikan terubok masin dan sebagainya akan terus menjadi makanan istemewa di Sarawak.

Apa pun untuk BN di Sarawak, tahniah untuk mereka yang telah berjaya menjadi sekali lagi peneraju kerajaan Sarawak. Didoakan keamanan dan keharmonian di Sarawak akan terus berkekalan hendaknya. Amanat yang dianugerahkan oleh rakyat Sarawak kepada BN, maka terjemahkanlah ia menjadi satu transformasi yang dicanang dalam menifasto BN yang lalu. Maka, yang pulang marilah pulang ke semenanjung dengan berbekalkan pengalaman selama 12 hari atau lebih di Sarawak dijadikan sebagai panduan gerak kerja yang belum selesai. Aku pula, meneruskan destinasi seterusnya untuk bertemu keluarga tercinta....

Thursday, April 14, 2011

Sarawak dan luahan hati...


Berbaki 24 jam lagi pengundi di Sarawak akan membuang undi di setiap 71 DUN yang telah dibahagikan seluruh negeri Sarawak. Setelah 10 hari berkempen bagi setiap parti yang bertanding dan segala luahan dan strategi kempen telah dilaksanakan, maka tibalah masanya rakyat Sarawak sendiri meluahkan isi hati mereka dikertas undi. Mungkin ada satu tekanan buat parti memerintah, namun dengan keyakinan yang cukup tinggi, terus menyatakan 2/3 itu tetap milik BN.

Memang dilihat senario politik di Sarawak ini cukup berbeza berbanding dengan politik di semenanjung. Ramai lah permerhati politik mula menganalisa politik disini sehinggakan ada yang menyatakan disini amat pelik kalu dilihat orang Sarawak berpolitik. Namun, pada aku yang sudah hampir seminggu berada disini bukanlah satu kepelikan buat politik di Sarawak. Ini kerana dengan tahap celik politik yang rendah dan juga keadaan geografi dan muka bumi Sarawak yang luas menjadikan ianya hanya boleh dianggap politik berpusat.

Maka berbagailah andaian dan strategi yang dicadangkan oleh para cerdik pandai dalam masa berkempen ini. Setiap analisa dianggap sebagai cadangan yang bernas. Apa pun bagi aku tetap menekankan bahawa tidak ada kepayahan untuk politik diSarawak ini kerana para pemimpinnya sudah lama selesa dan sudah lama hidup dalam sindrom selesa ini. Mereka para pemimpin ini tidak perlu bersusah payah untuk turun ke kawasan kerana segalanya boleh diawasai melalui politik berpusat di Kuching. Mereka ini hanya menghantar wakil untuk mendengar keluhan rakyat yang tahap celik politiknya sekadar kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Apa yang perlu dirunsingkan oleh para pemimpinnya. Rakyat Sarawak mungkin hidupnya selesa begitu dan budayanya pun dijaga sebegitu rupa. Dan inilah yang menjadi mudah bila budaya dan suasana diadun menjadikan satu konsep berpolitik di Sarawak. Bukan payah nak faham dan bukan juga sulit untuk diterjemahkan. Cuma bagi yang ada masa untuk melihat gaya parti terbesar di Sarawak berpolitik , maka disana ada jawapan segala kekusutan. PBB di Sarawak amat mahir dalam itu semua hinggakan segala isu dalaman mereka juga dapat ditutup bagi mengelakan ianya terjejas dalam PRN ini.

Apa pun langit tidak selalunya cerah dan ombak juga boleh merubah pantai. Justeru, segala keluhan rakyat perlu dipandang serius oleh wakil rakyat . Bukan diwaktu untuk bertanding PRN ini sahaja nampak batang hidung. Dan bukan harga RM 50 atau RM 100 boleh dicampak untuk rakyat sebagai harga satu undi. Masa akan berubah dan rakyat juga akan membuka mata satu hari nanti. Harapan yang menggunung satu transformasi yang dikehendakan oleh masyarakat diluar bandar perlu dilaksanakan. Bukan, apabila sudah menang maka ianya dilupakan segala janji manis yang pernah ditabur.

Selama 10 hari, luahan hati rakyat Sarawak penuh dengan harapan agar mereka ini tidak lagi mencari-cari asas kehidupan itu dengan penuh kesusahan. Cukup untuk yang lepas-lepas dan segala tembelang anda telah terjawab selama 10 hari berada di Sarawak.Jangan hanya selesa tinggal dirumah-rumah besar di Kuching sahaja wahai bakal wakil rakyat tapi ingat, janji tetap janji dan anda akan dinilai dari masa ke semasa oleh rakyat yang sudah ada luhan hati dan sudah mula celik akan politik semasa. Sarawak bukan untuk dimonopoli sesatu kaum sahaja, dan luhan hati ini terus akan didengar walau tidak dizahirkan.

Thursday, April 7, 2011

Mee Kolok Sarawak...


Ramai kawan-kawan di semenanjung yang pesan, bila ke Sarawak jangan lupa makan mee kolok Sarawak. Sesampai aku dibumi Sarawak ni pun dijemput dan di bawa makan mee kolok yang termashur di Kuching. Namun, apa yang tersirat dibalik mee kolok ini adalah hasil tangan yang membuatnya. Bukan semua gerai yang sedap dan bukan semua kedai rasanya sama. Berbagi bumbu yang perlu diwarnai agar meenya bertambah sedap.

Begitu juga dengan masyarakat di Sarawak ini. Berbagai kaum dan bangsa yang hidup aman dan damai.Aku mula berfikir akan kehidupan yang selama ini cukup harmoni tiba-tiba bila adanya PRN Sarawak ke 10 ini mulalah timbul berbagai isu dan kerenah masyarakat. Ynag cuba menjadi hero juga takkurang ramainya. Parti yang bertanding cuba membawa manifesto untuk meyakinkan rakyat buat kesekian kalinya. Yang menarik disini, parti dari semenanjung juga mencuba nasib untuk membela rakyat Sarawakyang dikatakan mereka 'tertindas'. Apa yang dicanang untuk pembangunan aku sendiri pun tak tahu. Kalau pembangunan itu sejajar denagn kehendak kaum dan bangsa di Sarawak maka ianya perludilaksanakan. namun, sejauhmana orang dari semenanjung ini kenal akan gaya, adat resam dan kebudayaan mereka yang tinggal di sarawak ini.

Mereka dari semenajung cuba meriah simpati dengan isu-isu nasional dan juga isu tempatan diselangselikan dalam ceramah mereka. Bahasa pun sudah tonggang langgang sehinggakan pengundi yang mendengar pun bertanya apakah yang cuba disampaikan oleh penceramah. Nah, dari sudut bahasa sahaja ianya menjadi jurang yang besar untuk kita di semenanjung ini memahami kehendak rakkyat Sarawak. Ada lebih baiknya, biarkan orang tempatan yang berceramah dan yang lebih arif akan lenggok bahasanya.

Parti dari luar yang mencuba nasib buat kali ini dilihat boleh menambah kerusi mereka bersandarkan atas faktor sokongan yang hanya celik politik. Untuk mengusai Sarawak sebagaimana yang dicita-citakan oleh pakar retorik agak mustahil. Berpijaklah dibumi yang nyata. Walau kita secelik celiknya politik pun kita masih melihat faktor relevennya dan keabsahan dalam berpolitik. Bukan hanya melontarkan retorik kosong dan memberi harapan palsu. Belum masanya lagi pihak luar atau parti yang cuba mengambil alih Sarawak mudah untuk mereka. Ianya perlukan masa, tenaga dan wang ringgit untuk mereka bertapak. Justeru, bahan-bahan untuk mereka gaulkan dalam kencah politik Sarawak masih belum cukup lagi, begitu juga untuk menyediakan semangkuk mee kolok Sarawak...

Muka pertualang negara....


Ini lah muka muka bangsat dan pertualang negara. Mereka ini tidak segan silu sebagai penjawat awam yang makan rasuah. Tindakkan berat perlu diambil terhadap mereka dan jangan disimpan lagi berkerja di sektor kerajaan mahupun swasta. Orang-orang ini tidak boleh lagi dipercayai jika anda ingin mengambil mereka berkerja...

Kalau dah tak nak kerja , ramai lagi rakyat Malaysia yang menggangur. Ingat sekali lagi, inilah manusia yang tak malu. Manusia yang hina ...sedarlah bahawa anda adalah kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh amanah untuk rakyat Malaysia....Maka pihak Imigresen terutama ketua pengarahnya perlulah membuang perkerja-pekerja seperti diatas ini, dan bersihkanlah jabatan kamu dari makhluk perosak seperti diatas ini....

Monday, April 4, 2011

Laungan keramat untuk Anwar...


Satu tika dulu di era reformasi melanda Malaysia, laungan keramat menjadi azimat buat Anwar ibrahim dan seluruh pengikutnya. Dalam teriakan lawan tetap lawan menjadi sumber inspirasi buat sang reformis untuk terus berada di jalan-jalan menentang kezaliman. Namun kini, 2011 ianya tidak lagi seperti dulu. Dimana sang reformis sebenar mula menyepi dan tak kedepan walau dengan isu-isu baru untuk Anwar Ibrahim. Kenapa ianya berlaku dan kenapa tiada golombang seperti dulu untuk turun membela Anwar yang kini terus dilanda masalah.

Dulu ianya satu perjuangan suci, perjuangan menegakkan keadilan, namun kini , ianya berbentuk peribadi. Kalau dilihat dalam PKR sendiri, siapa reformais yang berani ke jalan raya untuk membela Anwar tika ini. Rata-rata tahu yang berada dalam PKR ini hanyalah tin kosong, dan hanya mereka -mereka yang mahukan kerusi -kerusi empok, atau duduk didalam kamar berhawa dingin sahaja. Perjuang yang telah pupus dek kerana makhluk yang ada dalam PKR menghalau mereka dan kini...para perjuang sejati hanya memikirkan periuk nasi mereka sahaja.

Tiada kabar buat sang reformis tika ini... tiada berita untuk mereka keluar membela Anwar untuk memertabatkan hasrat murni Anwar menjadi Perdana Menteri. Itu lah cita-cita sejati Anwar sehingga lupakan sahabat lupakan teman seperjuangan dalam organisasi islam lamanya. Hingga beliau sendiri diulit mimpi indah dan sanggup melakukan apa sahaja, demi mengapai cita-citanya.

Hari ini hari gelap buat Anwar apabila tayangan aksi ranjang ditayangkan di media maya juga di TV 7 jam 7 malam tadi. Apa yang dilihat disini bukanlah apa yang diwar-warkan. Perut buncit seperti didakwa tidaklah buncit bila dilihat di tayangan tadi. Tapi yang nyata Kak wan sahaja yang dapat membandingkan susuk tubuh itu kepunyaan siapa. kalaulah Allah jadikan manusia itu 7 orang yang serupa maka ianya mungkin terjadi. Namun untuk meyakinkan diri maka kali ini Anwar perlu bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau bukanya orang didalam video tersebut dan malah beliau difitnah.

Sehingga saat ini, Anwar masih membisudan terus menafikan tanpa ada sumpah atau membawa perkara ini ke mahkamah dengan laporan polis. Apa dan dimana laungan lawan tetap lawan yang dulunya berani untuk dirinya laungkan. Apa yang penting disini penafian perlu ada asasnya dan kita sebagai umat Islam maka penafian itu berserta dengan sumpah. Maka disini barulah ianya menjadi asas untuk menafikan segalanya.

Mungkin ada yang menyatakan bahawa selepas ini satu demi satu pembongkaran yang akan dibuka terhadap Anwar. Nah kenapa Anawar menjadi mangasa. Jawapannya mudah, kerana beliau berada dalam gelanggang politik. politik itu seni serbamungkin, maka Anwar yang sudah lama masuk digelanggangnya maka bukalah tarinya dan sepak terajang politik itulah namanya. Maka, bila Anwar memilih jalan berpolitik diakhir tahun 70an, dan menyertai UMNO, maka disitulah bermula titik tolak gelanggang dibuka untuk Anwar berpancak. Tidak salah untuknya kerana Anwar sendir yang memilh jalan itu sehingga beliau juga pernah berjaya menjawat jawatan orang no 2 didalam negara. Maka jatuh bangun dalam politik yang serba kotor ini, haruslah diterima oleh Anwar, isteri serta kelurganya dan juga pengikut reformasinya. Laungan lawan tetap lawan itu memang cocok untuk Anwar kerana itulah beliau terus berlawan dengan laungan keramatnya....

Sunday, April 3, 2011

Kastam , apa dah jadi???


Kastam Diraja Malaysia, satu nama yang aku rasa amat kagum bila mendengarnya. Tentu anggotanya juga berkaliber dan gigih dalam menjalnkan tugas yang diamanhkan. Mau tak nya DiRaja Malaysia yang didokongnya maka ianya bukan mudah untuk melihat satu agensi yang cukup berkaliber. Namun dek kerana nila setitik maka rosaklah susu sebelanga. Bukan setakat setitik nila tapi aku rasa dah lama dah nila ni berkarat dalam belanga. Cuma akhir-akhir ini ianya menjadi terang dan tampak jelas bila bau susu dah busuk dan susu dah jadi masam.

Apa pandangan masyarakat ke atas Kastam yang selama ini dilihat sebagai agensi pemantau dan penghalang dari segala penyaludupan berlaku. Apa dah jadi, nasik dah jadi bubur. Dan kini mereka semua disiasat oleh pihak SPRM. Kesnya bukan kecil tapi melibatkan berbilion ringgit. dan hasil negara habis digadai dek kerana satu agensi yang digelar Kastam Diraja malaysia.

Dimana Ketua Pengarahnya ketika itu. Kenapa ketua pengarah tak tahu menahu akan hal sedemikian. Ini bukan kes kecil atau kes terpencil. Mustahil kalau ketuanya tak tahu. atau ketuanya buat-buat tak tahu atau sebaliknya. hanya Allah je yang tahu. Tapi pada rakyat Malaysia yang inginkan rasuah dibentersa, maka dicadangkan seluruh anggota Kastam tak kira la dia pangkat Ketua Pengarah yang bergelar dato' seri pun perlu diheret dan disoal siasat. kenapa beliau sebagai Ketua Pengarah tak tahu akan hal ini, dan bagaimana beliau terlepas pandang. Ini menunjukan beliau tak buat kerja langsung, dan anak buah je yang buat keje hinggakan anak buahnya buat keje sungguh-sungguh hingga kaya raya.

Maaf cakap la disini , apa yang terjadi keatas Kastam ini perlu diambil iktibar untuk agensi lain dan diharapkan agar pihak SPRM jangan hanya melihat akan agensi kastam sahaja. Sila lah ke agensi lain yang tugasnya boleh dilihat mudah untuk penyelewengan atau rasuah. Pada pihak kastam maka satu penghinaan untuk agensi kamu dan memalukan rakyat Malaysia. Kamulah petualang negara yang membuatkan kerugian besar atas negara sedang negara dilanda krisis ekonomi dan sedang rakyat Malaysia yang lain keletihan dengan isu ekonomi, kamu kastam duduk senang lenang menghancurkan negara. Malu entah dimana letaknya, tapi buat warga Kastam maka semaklah diri anda adakah anda memberi makan kepada anak-anak anda wang haram dan anda dan keluarga anda tak akan selamat dunia dan akhirat. Ini sumpah rakyat Malaysia untuk sesiapa yang makan rasuah ....Amin ya Rab...

Calon Muda..Pengundi Muda...Sarawak untuk kali ini...


Tahniah buat BN di Sarawak yang menampilkan calon-calon muda dalam PRN ke 10 kali ini. Ianya bertepatan dalam mengimbangi pola pengundi di Sarawak yang hampir 35 peratus pengundi muda akan mengundi. Ia juga melihat kepada transformasi yang dijanjikan satu perubahan buat Sarawak dan juga calon muda ini diharapkan dapat memberi nafas baru dalam era politik di Sarawak. Corak yang diharapkan adalah membangunkan Sarawak dan juga masa depan anak-anak sarawak dalam dunia pendidikan. Begitu juga pembangunan di Sarawak, nilai ekonomi rakyat juga ditagih dan juga peluang-peluang perkerjaan bagi warga muda di Sarawak.

Nah, calon muda telah ditampilkan, maka nafas baru juga perlu dibawa dalam politik negeri Sarawak. Bukan ditakuk lama dan bukan juga hanya janji yang manis ditabur. Pengaruh pengundi muda yang giat di alam maya ini akan menentukan kuasa mereka dalam memilih calon dan tika itu jugalah janji dan perubahan itu harus seiring dan ianya menepati kehendak pengundi. Calon muda juga perlu belajar dalam memberi khidmat inovasi baru untuk pengundi dan bukan dalam bentuk arena politik lama. Globalisasi menagih calon muda ini menunjukkan bakat mereka dalam memberi khidmat kepada masyarakat di Sarawak.

Bukan hanya pandai bergendang, tetapi gendang itu perlu dipalu mengikut rentaknya dan alunnya. Calon muda menjdai sandaran kali ini untuk meningkatkan peratus keyakinan rakyat Sarawak dalam PRN ini. Calon muda juga dilihat sebagai pelapis yang akan membawa Sarawak kepada satu lekuk perubahan dalam apa jua gayanya. calon muda lah yang menjadi tulang belakang BN di Sarawak untuk menangkis segala tomohan buruk yang ditujukan buat BN selama ini. Maka, dalam kita memberi ruang untuk calon muda dan muka baru ini, nun disana terpikul dibahu mereka satu pertanggungjawaban yang akan digalas di PRN ini. Tanggungjawab yang akan memberi seribu makna buat BN dan juga seluruh rakyat Sarawak.

Bukan mudah laluan kali ini, walau ada yang sudah meramalkan bahawa 2/3 itu akan berhasil buat BN dengan jayanya. Namun, perlu diingat jika ada penambahan kerusi oleh Pembangkang di PRN ini maka disana apakah kesilapanya. Apakah yang perlu dilihat dan dianalisa untuk BN mengambil segala pengajaran di PRU 13 akan datang. Segalanya bergantung di 16 April ini.

Calon muda kali ini haruslah memberi perhatian dalam tempoh 10 hari berkempen. Strategi yang terancang perlu dilaksanakan dalam gerak kerja berkempen agar kejayaan akan dilihat mudah laluanya. Tanpa strategi maka ianya jalan yang ditempah untuk kegagalan dalam PRN ini. Strategi pihak lawan adalah perlu diihat dan ditangkis dengan sebaik mungkin. Dan yang paling penting untuk calon muda dan baru ini adalah menyantuni rakyat agar mereka tahu dan kenal siapa yang akan membawa suara perubahan untuk pengudi semua. Kenal calon dan mesra calon memudahkan keyakinan pengundi untuk tampil memberi undi.

Akhirnya, tahniah untuk BN di Sarawak yang berani membuat satu perubahan dengan menampilkan calon muda. Keyakinan yang diberikan oleh parti untuk calon-calon ini janganlah disia-siakan dan berilah janji anda yang anda akan berkerja untuk parti bersungguh-sungguh dalam mewakili BN kali ini. Calon muda dan pengundi muda untuk kali ini dilihat menjadi penggerak minda, perubahan buat rakyat Sarawak dalam menuju era perubahan dan transformasi anjakan Sarawak baru.