Wednesday, October 20, 2010

Perhimpunan UMNO 2010

Maka berkumpullah ahli-ahli perwakilan UMNO untuk kesekelian kalinya di PWTC. Maka bergema jugalah laungan hidup UMNO dan juga berkumandanglah lagu UMNO. Perjuangan yang belum selesai....atau perjuangan yang hampir dihujung tanduk...inilah yang cuba dibincangkan di perhimpunan ini. Perubahan serta transformasi dicanang disegenap sudut, namun adakah ianya diambil kira oleh perwakilan? atau bagimana ia ingin diimplemantasikan? oh soalan yang sama aku rasa bila aku sendiri berada di PWTC tahun lalu???

Perhimpunan kali ini aku rasa ianya lebih menjana cara dan bagimana untuk melaksanakan anjakan transformasi atau apa jua anjakan, yang pentingnya Rakyat boleh terima kembali UMNO kepangkuan asasinya. Model baru Politik dibincangkan , anjakan dibincangkan, transformasi juga dibahaskan demi tajuk besar ekonomi, pendidikan dan agama untuk rakyat Malaysia. Perbahasan yang cukup menarik, perbahasan yang penuh dengan kerangka kerja dan cadangan yang bertubi-tubi dari perwakilan, urat lehir bertegang menyampaikan perbahasan. Namun sekali lagi benak ini bertanya , sejauhmana ianya dapat dimunafaatkan oleh rakyat jelata, dan sejauhmana UMNO itu boleh kembali ke hati rakyat.

Laungan dari Timbalan Presiden parti pada perasmian sayap, iaitu'rakyat mahu sentuhan parti' mengamit dan tersentak dengan arahan ini. Memang itulah hakikat sebenar dan aku sebagai rakyat mula tandus dan kontang dengan sentuhan parti UMNO. Apa perjungan rakyat yang dibawa, apa lagi sentuhan yang cuba dibawa kali ini??? semuanya akan menjadi persoalan. Tapi bila tiap tahun dibahaskan , dan bila tiap tahun dibincangkan di perhimpunan, aku mula naik bosan. Tiada apa perubahan yang aku dapat lihat. Orang dan juak-juak UMNO masih ditakuk lama. Ini tidak dikalangan pemimpin UMNO yang bersemangat untuk meneraju perubahan. Pemimpin sahaj nampak berhempas pulas, ahli...alpa dan terus lena dibuai mimpi.

Sedih lihat para pemimpin kita berhabis air liur atau kering anak tekak bila mengajak pengikutnya untuk beranjak dari satu takuk ke paradigma yang disanjung rakyat jelata. Laungan keramat perjuangan yang dicanang disetiap perhimpunan dilaung bagi mahu runtuhnya PWTC. Namun, ianya tidak seperti yang diharapkan impaknya. Mereka (UMNO) masih belum bersedia untuk maju atau terus berubah. UMNO tetap UMNO yang baru. Bukan UMNO yang disanjung 20 atau 30 tahun yang lalu. UMNO yang berteraskan perjuangan suci...ohhhh rindu hati ini ingin melihat disetiap kampung ada ahli yang berjuang gigih atau berkhidmat gigih untuk rakyat dan masyarakat setempat. Khidmat tanpa ada rasa bosan atau tanpa ada rasa menanti balasan. ...

Tapi Perhimpunan 2010 ini, aku mula nampak jalannya, dan ahli perwakilan juga aku rasa sudah bersedia dengan anjakan yang digemburkan. Mereka ini dilihat sudah matang dan sudah bersedia kali ini. Misi utama adalah PRU akan datang. Hadafnya sama, untuk menang dihati rakyat jelata. Maka rasa riak dan sombong bodoh itu perlulah ditinggalkan dilipatan lampau. Kembalikanlah rasa gah, kembalikanlah perjuangan yang hilang, kembalikan asas perjuangan yang hakiki. Maka UMNO akan terus di hati benak kecil ini kekal tanpa ada rasa ragu dan gundah. Sifat inklusif yang dicanang oleh Pak Presiden maka jelmakanlah, anjakan yang ingin dibawa maka laksanakanlah, dari itu UMNO akan terus kekal dulu kini dan selama-lamanya.....

No comments:

Post a Comment