Monday, November 15, 2010

Galas berlalu...

Galas berlalu begitu pantas, YB baru pun memulakan langkah untuk menabur bakti di Galas. Namun, harapan yang tinggi dinanti oleh rakyat di Galas agar apa yang dikata moga dikota. Aku terus melangkah meninggalkan Galas yang penuh dengan pengalaman pahit dan manis. Pahit ketika itu aku kehilangan seorang sahabat yang baru cuba aku dekati. Hilang seorang sahabat dan pergi takkan kembali, Al Fatihah untuk beliau disetiap selesai solat ku. Yang manis itu tetap berbaloi bela hasil kerja ditulis dengan majoriti yang amat tinggi.

Galas, tika ini agak tenang, kehidupan rakyat diteruskan, yang berubah belum lagi kelihatan, namun rakyat Galas agak berani dengan mahukan perubahan. Mereka terus menyatakan kemahuan mereka dikertas undi. Baru sepenggal pembangkang cuba mendabik dada di Galas, terus disepak dengan dakwat kertas undi rakyat Galas sendiri. Kenapa dan kenapa?? Satu persoalan yang mungkin pihak PAS sendiri menghisabnya. Muhasabahlah diri sendiri tanpa tunjuk dan tunding keatas kesilapan orang lain. Kenapa PAS terus menerus menghentam dan menabur fitnah untuk UMNO BN, sedangkan mereka sendiri tak pernah nak kata kesilapan mereka sendiri atas kekalahan yang besar di Galas. Hanya suara dari YB Husam saja yang berani mengajak PAS bermuhasabah diri.

Kekadang persoalan yang timbul atas ketaksuban dan fanak bila tidak boleh menerima sesatu itu dengan hati yang terbuka. Mungkin rakyat Galas memang mahukan ekonomi mereka terjamin. kalau hanya berdoa kepada Allah SWT untuk memurahkan rezki, namun tidak disertakan dengan usaha maka ianya tak akan berlaku. Rakyat Galas mahukan kehidupan yang selesa, kehidupan yang boleh menjamin masa depan mereka dan dengan ini maka mereka sihat dan boleh terus beribadat kepada Allah SWT. Bukan ke kemiskinan itu membawa kepada kekufuran. Justeru, rakyat Galas mudah menterjemahkan kehendak mereka di PRK ini.

Kalau dari awal dilihat semasa hari berkempen, PAS sudah mula merasakan bahawa kaum Cina di Galas akan terus menyokong mereka, namun mereka lupa yang kaum Cina juga menilai akan kawan PAS iaitu DAP. DAP pada awalnya cukup yakin dan kaum Cina juga cukup yakin dengan janji-janji mereka. Namun, segala janji hanya tinggal janji, dan rasa konfiden terhadap DAP mula luntur. MCA mula memainkan peranan disaat masa kecemasan dan ini memberi impak bilamana segala senjata kempen oleh MCA dan NGO's kaum Cina berjaya memberikan keyakinan kepada pengundi Cina di Galas. Sesatu yang PAS perlu belajar jika mahukan persahabatan dengan DAP.

Peranan Ku Li yang dimainkan boleh diambil iktibar sebagai satu strategi yang cilik untuk digunapakai dalam apa jua PRK atau PRU. Ambil hati rakyat, dekat dengan rakyat, dengar keluhan rakyat dan yang akhirnya sampaikan niat rakyat adalah silent killer dalam kempen kali ini. Walau dilihat pada awal hari berkempen agak lembap, namun, ianya berbaloi dan boleh menjadi batu pengukur untuk UMNO BN terus bertapak dibumi Kelantan ini. Rakyat masih terus memberi mandat kepada UMNO BN, tapi ianya hanya bersifat sementara, kerana rakyat Kelantan ini bak pantai, sekali bah , sekali pantai berubah. Nah, apa yang dilihat di Galas, apa yang dipelajari dari Galas, maka ianya satu pengalaman yang berbaloi untuk UMNO BN meneruskan perjuangan yang belum selesai.

PAS terus menuduh melalui Tok Guru dengan menyatakan kemenagan UMNO BN di Galas dek kerana ugutan dan sogokan. Maka Tok Guru terus mengeluarkan fatwa dengan menyatakan bahawa UMNO BN perlu menanggung dosa tersebut. Aduhhhhh , macam mana Tok Guru boleh terus menghukum perkara tersebut. Aku juga ada pertanyaan untuk Tok Guru, kalau UMNO BN tidak melakukan ugutan dan sogokan di PRK Galas sebagimana yang dinyatakan maka adakah kenyataan Tok Guru itu berunsur fitnah dan Tok Guru pula kena tanggung dosanya??? Nah jangan hanya menuduh, kan PAS juga memberikan bee hoon dan gula bila berjumpa dengan pengundi, itu tak sogok ke? Sendiri mahu ingat la!!!! Kalau PAS buat bukan sogokkan tapi kalau UMNO BN buat itu jelas sogokkan. Maka tak payah la nak bawa keluar ayat AlQuran dan Hadis untuk berselindung. Cukup lah dengan tepuk dada tanya dosa apa yang anda pernah lakukan.

Galas berlalu... dan kali ini satu tamparan buat PAS kelantan dan juga PAS negeri lain. Dengan jentera yang bersendirian tanpa bantuan penuh dari PKR dan juga DAP, maka PAS perlu muhasabah kan diri bahawa adakah tahaluf siyasi yang dibuat bersama pihak PKR dan DAP itu berbaloi untuk Islam atau hanya untuk bertopengkan Islam. Nak tahluf bagaimana, kalau PKR sendiri sibuk dengan pemilihan dan bercakar sesama sendiri, DAP juga begitu dengan negeri Perak dan Pulau Pinang yang tak selesai-selesai. Apakah keuntungan yang PAS dapat selain terus ditipu dan ditipu. Hakikatnya....PAS terpaksa menelan kepahitan seperti menelan jadam yang mereka berjuang bersendirian tanpa ada Pakatan Rakyat yang dicanang-canang....Galas terus berlalu...galas terus berlalu.....

No comments:

Post a Comment