Saturday, July 7, 2012

Puak PAS terus membisu..malu...


Tidak boleh terima kenyataan, itulah sifat puak-puak PAS apabila sudah bersalah atau rasa bersalah. Terus membisu bila mana Dinar dan Dirham yang dibangga-banggakan satu ketika dulu kini menjadi bahan siasatan kes...Aduhi kena tipu dengan puaknya sendiri. kena tipu dengan orang besar PAS sendiri. kesian la puak-puak PAS ni, asik kena tipu je. Dah la kena tipu ngan PKR dan DAP, ni kena tipu dengan orang kanan Nik Aziz sendiri...

Bangganya bila secara angkuh menyatakan Kelantan dan ada dinar dan dirham, tiba-tiba hari ni baru tahu yang dinar tu ada masalah dan sedang disisat oleh pihak berkuasa. Yang bebal nya lagi Menteri Besar, satu apa pun tak tau sedangkan dia sendiri yang rasmikan. Apa punya bebal la Menteri besar yang asik tidur je ni. Kalau semua urusan ekonomi dia tak tahu, macam mana nak bangunkan negeri. Kalu hanya berdoa dengan Allah, macam mana Allah nak bagi kemewahan kepada negeri sedangkan tak berusaha untuk mendapatkannya.


Maka senyap la para puak-puak PAS , tak beri apa-apa komen. Takut membuka pekung sendiri atau takut nanti disiasat oleh pihak berkuasa, atau mereka juga terlibat sekali. Senyap dan membisu, kalau lah perkara ni puak-puak UMNO yang buat, dah tentu tak cukup mulut atau sampai berbuih mulut berceramah sana-sini mengutuk UMNO. Kenapa tak kutuk puak-puak PAS sendiri apabila memalukan kerajaan negeri Kelantan dan anak-anak Kelantan. Memang dah dasar diajar untuk taat pada pemimpin, maka apa pemimpin dia buat walau menipu pun maka wajib berdiam dan taat maka mereka akan masuk semua ke syurga bersama-sama dipimpin oleh Husam Musa dan kuncu-kuncunya...


Malu dan terus membisu...kesian ditipu oleh sang kelembai yang bijak dengan mainan ekonomi. Yang Menteri Besarnya terus tidur, kerana dah serahkan bulat-bulat bab ekonomi diuruskan oleh Husam Musa. Habis dijualnya negeri Kelantan, habis ditipunya memanda Menteri Besar yang dah tua dan hanya meletakkan kepercayaan pada dia seorang. Maka yang dilihat, hanyalah syurga didepan sana, tapi yang menipu diatas dunia ni terus bermaharajalela...Kesian puak-puak PAS dek kerana taat dan taksub membabi buta, maka terpaksalah berdiam, membisu dan malu sendiri untuk menegur pemimpin mereka yang juga korap dan menipu...Korap dan menipu Nika Aziz pulak tu. Menipu Tok Guru, adhai sanggup juga puak PAS ni menipu Ulamak besar mereka...kesian...Maka hari ini pakat-pakat diam dan membisu lah ya, demi kesejahteraan parti dan juga untuk kita bersama-sama masuk syurga...


TIDUR....


DAN TERUS TIDUR....

P/S: Ini semua salah UMNO dan BN kerana ada unsur-unsur sabotaj hehehehe...

No comments:

Post a Comment