Sunday, May 20, 2012

MUZAKARAH YANG TERSEPIT DAN TERHIMPIT


Apa makna muzakarah kalau bersyarat kan dunia dan tidak berlandaskan AlQuran dan Sunnah? Persoalan ini mula timbul bila Tok Guru Agung yang meletakkan syarat dunia dengan membelakangkan AlQuran dan Sunah sebagai syarat utama dalam bermuzakarah. Apakah tujuan dan keikhlasan Nik Aziz dalam mengajak UMNO untuk bermuzakarah. Adalah kini PAS sedang tersepit atau terhimpit oleh DAP yang terang-terang tidak bersetuju dengan negara Islam dan Hudud. Atau tika kini PAS cuba gunakan UMNO untuk mereka memberikan isyarat kepada PKR dan DAP bahawa mereka juga boleh main politik dengan bergabung bersama UMNO. Isyarat yang jelas buat DAP yang kian lantang mengkritik PAS bila mana PAS cuba membawa isu hudud disetipa kali PRU. Isu Hudud ini adalah hasil kerja PAS bagi menarik sokongan rakyat Kelantan yang bodoh dan tidak celik agama untuk terus menyokong PAS. Mitos yang membawa kepada kufur jika tolak Hudud terus digunakan oleh PAS sebaik mungkin dalam PRU akan datang. Namun, ada kawan PAS yang kurang selesa dengan isu Hudud ini dan terus lantang bersuara. Maka PAS juga melihat ianya satu bala dengan penurunan sokongan undi, maka muzakarah dijadikan sebagai senjata baru buat PAS menarik kembali sokongan pengundi.

Apa makna bermuzakarah yang dicetuskan oleh Nik Aziz, sedang beliau sendiri adalah orang yang paling kuat menentang muzakarah dengan UMNO satu ketika dulu. Kenapa kini beliau sendiri yang mencadangkan muzakarah? Kenapa ketika Nasaruddin Mat Isa mencadangkannya, Nik Aziz lah orang yang paling kuat menentang. Sehinggakan Nasaruddin terus ditolak dalam PAS. kenapa Nik Aziz kuat berbohong dalam hal ini, adakah Ulamak PAS memang mendidik umatnya untuk terus menjadi putar alam dalam urusan beragama dan kehidupan seharian. Inilah sikap munafik yang ditunjukkan oleh ulamak besar PAS, dan kini AlQuran dan Sunnah dibelakangkan dan meletakkan syarat lain sebagai tunjang utama dalam bermuzakarah dengan UMNO.

Maka yang jelas UMNO perlu lebih matang dalam hal ini, dan jangan cepat membuka ruang muzakarah dengan lebih mudah untuk PAS yang kini dilihat lebih tersepit dan terhimpit. UMNO perlu memberi syarat AlQuran dan Sunnah sebagai sandaran untuk bermuzakarah dan bukan sayarat dunia yang dibawa oleh PAS yang songsang ini. Ajarkan PAS Islam yang sebenar dan bukan hanya membuka ruang jika mereka mahukan muzakarah. Yang penting bagi UMNO, adalah kerja kuat dan bukan melayan kerenah PAS yang dilihat semakin karam dek kerana sumpahan mereka sendiri dan diatas bala yang Allah buktikan terhadap mereka yang menggunakan agama atas kepentingan diri sendiri.

Maka UMNO perlu bersatu dikalangan ahlinya, dan bukan bersatu dibawah telunjuk PAS yang inginkan syarat demi syarat untuk bermuzakarah. Keikhlasan PAS sudah nampak jelas, dan hanya UMNO yang dapat membantu PAS dikala mereka tersepit dan terhimpit. Bertapa murahnya PAS kala ini, bila dulu dikafirkan UMNO dan kini mereka berdepan dengan kawan kafir mereka DAP dan PKR yang tidak mahu langsung negara Islam didirikan. Apa yang jelas PAS sudah mula memikirkan sokongan yang sudah mula menurun dikalangan ahlinya dan UMNO jagan cepat melatah. Sekali lagi diulang...UMNO jangan cepat melatah dengan mainan politik PAS terutama si Nik Aziz ni yang cukup licik menggunakan agama sebagai topeng mereka. Apa yang jelas buat UMNO adalah teruskan perjuangan yang ada. Lebih baik UMNO bermuzakarah sesama ahlinya atau paling tidak UMNO bermuzakarah bersama parti komponen yang lain. Tinggalkan PAS ini tidak ada ruginya dari UMNO teperangkap dengan mainan PAS. Muzakarah bersyarat bersama UMNO sudah cukup untuk PAS memperlihatkan kepada rakan sekutunya bahawa mereka boleh berkerjasam bila-bila masa dan ianya sebagai isyarat berat buat DAP dan PKR...UMNO jangan teperangkap dan jangan mudah melatah....

No comments:

Post a Comment