Wednesday, June 6, 2012

Rakyat Kelantan dibodohkan lagi...



Selama 22 tahun PAS memerintah, kini baru PAS terfikir untuk buat Lebuhraya Rakyat, dari Kota Bharu ke Kuala Kerai. Kenapa mengambil masa 22 tahun baru nak buat lebuhraya. Kini rakyat Kelantan terus dibodohkan lagi bilamana dekat nak pilihanraya maka PAS juga tidak ketinggalan untuk menabur gula-gula pilihanraya. Kalau BN tabur maka PAS juga boleh tabur gula-gula pilihanraya namun, gula-gula PAS ada nampak sedikit perbezaan kerana ia akan menjamin masuk syurga dan tidak membawa ke neraka. Lebuhraya rakyat yang bernilai 1.8 bil ini hasil usaha derma rakyat kelantan, tapi yang peliknya, kenapa rakyat yang nak kena sumbang pulak. Kata lebuhraya rakyat, maka kerajaan PAS la kena tanggung kos lebuhraya. Sebagai negeri berkebajikan dan rata-rata rakyatnya hidup susah, kenapa perlu rakyat menderma untuk melaksanakan projek rakyat. Kena tipu lagi la rakyat Kelantan. Janji-janji masuk syurga jika berderma dan banyak pahala yang menunggu rakyat Kelantan sudah mula kedengaran dalam kempen kali ini. Ke mana perginya hasil mahsul kelantan selama 22 thaun PAS memerintah? Takkan nak buat lebuhraya pun tak mampu, nak rakyat juga tolong. Sampai bila agaknya rakyat Kelantan akan dibodohkan oleh PAS. Janji Hukum Hudud pun tak terlaksana ini pula janji Lebuhraya rakyat....



Cakap memang mudah nak buat lebuhraya tanpa tol, itulah PAS, cakap macam tin kosong... Lepas ni siapa pula nak tanggung kos penjagaan lebuhraya dan kos baik pulih jika rosak lebuhraya.. Maka rakyat kelantan yang sedia bodoh ini terus menyumbang demi PAS dan negara berkebajikan nya. Bukan kerajaan yang berhati mulia tapi rakyat yang berhati mulia untuk terus melakukan kebajikan. Beginilah nasib rakyat kelantan, isu air tak selesai maka nak tambah beban rakyat untuk buat lebuhraya pula. Kan ada baiknya buat kerja tu biar selesai, selesaikan lah masalah air , masalah hukum hudud, masalah kemiskinan rakyat kelantan, masalah rumah rakyat miskin kelantan, dan sebagainya. Jangan la gelojoh nak tunjuk pada rakyat yang PAS juga mampu buat lebuhraya, sedangkan hakikatnya hanya gimik politik pilihanraya dan gula-gula syurga untuk rakyat kelantan. Yang peliknya, rakyat kelantan pun suka ditipu oleh PAS, kesian... Ramai juga kekawan Kelantan yang dah belajar tinggi-tinggi pun mudah ditipu dan kepala otak pun masih dungu walau ada segulung ijazah. Inilah dek kerana taksub kenegerian yang menebal hinggakan nasib rakyat tidak dapat dibezakan dengan pejuangan parti. Kesian la lihat kebodohan rakyat kelantan apabila ditipu bulat-bulat oleh pemimpin agung mereka...Apa pun aku hanya nak ucap tahniah untuk rakyat Kelantan yang dibodohkan sekali lagi oleh kepimpinan PAS dan ahlinya...Tahniah....Takbirrrr.....



P/S Abg aji tido je, 22 tahun abg aji oiii... Bila Lebuhraya nak siap kalau asik tido je...





No comments:

Post a Comment