Monday, July 30, 2012

Ke mana perginya Hudud dan Negara Islam PAS akhir-akhir ini?


Hari ini satu pukulan buat PAS apabila kawan yang mereka sanjung dan sayang selama ini iaitu DApig dan PKR membuat kenyataan akhbar yang menyatakan tidak menyokong Hudud dan Negara Islam. Satu amaran buat PAS yang masih lagi tercari-cari harga diri setelah duduk dan bersama kumpulan yang benar-benar anti Islam. Apa jawapan PAS bila DAP dengan berani menyyuarakan bahawa mereka menolak Hudud dan negara Islam atas dasar malaysia bukan hanya didiami oleh Melayu dan orang Islam sahaja. Apa PAS perlu buat selepas ini, nak keluar dari pakatan Rakyat atau terus bersama mereka.


Maka, jelas kini dasar dan perjuangan PAS sudah digadaikan dan boleh dibawa berbincang dengan dasar dan perjuangan selama ini. Hasil titik peluh Ulamak dan perjuangan tok tok guru pondok selama ini dengan mudah kini PAS mengadaikannya. Sanggup diketepikan soal Hudud dan Negara Islam yang selama ini diperjuangkan.

Apa reaksi ahli mereka? adakah mereka ini menjadi pak turut, atau sudah taksub dan terpaksa reda sahaja apa yang diputuskan oleh kepimpinan atasan. Dimana Ulamak PAS selama ini yang begitu angkuh untuk menegakkan negara Islam dan Hudud. Adakah mereka kini menikus ketakutan dek kerana PAS kini sudah dikuasai oleh golongan Anwarinas???


Kesimpulannya, adakah PAS masih lagi berjuang atas dasar yang sama atau terpaksa menjaga rakan seperjuangannya iaitu DAp dan PKR. Adakah PAS masih boleh bersuara sedangkan 2 parti lain tidak bersetuju dengan perjuangan dasar PAS. Maka mudah disini, PAS keseorangan dan akan terus kesorangan. PAS bak melukut ditepi gantang...kesiannnn...

No comments:

Post a Comment