Monday, July 30, 2012

AWAS...Kebangkitan musuh dalam selimut....


Musuh dalam selimut, ini yang aku boleh bagi peringatan. Mereka ini tergolong dari: penjawat awam yang menyokong Pembangkang, Orang Anwar Ibrahim yang masih dalam UMNO, Orang Anwar Ibrahim yang berjawatan tinggi dalam kerajaan mahupun UMNO dan yang akhir sekali, orang lama dalam ABIM dan yang pernah mengikut usrah atau sehingga kini masih berusarah terutama di Bangi...

Maka jangan anggap perkara ini mudah dan tidak penting. Mereka ini sedang bergerak secara senyap, mengaku taat setia pada YAB PM , namun, masih lagi menyelinap dan mengelurkan segala maklumat kepada Anwar Ibrahim. Dan tidak pelik segala maklumat dalam Pejabat PM sendiri boleh terkeluar dan terlepas ke tangan pembangkang. Siapa dalanganya???


Caturan yang telah lama berlaku dan telah lama Anwar rancangkan. Kalau sesiapa ingat ketika zaman Reformasi 1998, Anwar pernah berpesan kepada rakan-rakannya dalam UMNO dan kerajaan , teruskan bersama UMNO dan kerajaan dan jangan keluar UMNO... Ini pesanan yang cukup bermakna dan kini hasilnya boleh dilihat. Anwar kini boleh bertepuk tangan kerana segala pencaturan dan hasil didikan Usrah dalam ABIM berjaya dilaksanakan oleh ahlinya serta pengikiut setianya.

Lihatlah kini, seluruh agensi BTN kini sudah dikuasai oleh orang Anwar dan ia merupakan agensi politik terpenting dalam kerajaan. Tak hairanlah jika umum maklum di BTN sendiri dari Ketua Pengarah hingga ke anak buahnya adalah disusun atur orang Anwar dan juga yang paling penting bagaimana BTN kini boleh menyalurkan peruntukan untuk ABIM yang dilihat pertubuhan lesu, mati segan hidup tak mahu. Tapi siapa pula dalang yang mempermosikan dan melantik Ketua Pengarah BTN ini???

Kalau BTN dan juga Pejabat PM sendiri masih bergelumang dengan orang Anwar, maka tak hairanlah kini di jabatan dan agensi lain juga terus menerus dicatur oleh golongan Anwarinas. Musuh dalam selimut ini lebih berbahaya dari yang terang lagi besuluh.

P/S Jangan ingat mereka tak tahu....

No comments:

Post a Comment