Monday, May 7, 2012

Nik Aziz dicadangkan bertanding DUN dan Parlimen..Bila nak besara???


Satu ketika dulu pernah kedegaran dari mulut Nik Aziz sendiri bertanyakan bila Tun Mahathir nak bersara dari menjadi PM. Tapi kini bila dah sedap duduk lama jadi MB, maka dia pula sampai lupa nak besara. Tu kata perpatah, mengata orang dia yang lebih. Hari ni aku tengok lak dalam Harakah ada makhluk cadangkan beliau bertanding untuk DUN dan Parlimen.Petikan Harakah...'Sementara itu PAS Rantau Panjang melulus usul cawangan Banggul Setol yang mahu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding dua kerusi dalam PRU 13 iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri'.Apa dah jadi...Adakah PAS kini kekurangan Ulamak untuk memimpin atau PAS kini diajar oleh Nik Aziz untuk gila kuasa yang ada dan jawatan di pegang serta boleh dibawa sampai mati. Dah ramai dah YB PAS yang mati bila mana sakit masih nak pegang jawatan, tanpa merelakan ianya dilepaskan. Kekadang persoalan yang timbul, bilamana YB sakit, dia dah tentu tak boleh buat keje, tapi gaji jalan gak, ni nak kira gaji HARAM ke gaji Halal. Mereka ni semuanya Ulamak dan tahu akan hukum hakam , maka tak perlu aku nak mempersoalkan Halal dan HARAM tu.(bagi anak bini makan duit HARAM , maka jadilah mereka macam HARAM jadah)

Bebalik semula pada Nik Aziz tadi,bila ada cawangan PAS yang usulkan dia bertanding, maka ada dikalangan yang nak jadi MB Kelantan mula dah tak sedap duduk. Maka lama lagi atau sepenggal lagilah mereka ini perlu menunggu untuk jadi MB atau terus berdoa agar Nik Aziz sedar akan keuzurannya untuk mentadbir negeri Kelantan. Apapun, Nik Aziz tak perlu risau, segala pentadbiran negeri diuruskan oleh kunco-kunconya. Bila ditanya jika berlaku permasalahan oleh pihak media mudah jawapan Nik Aziz, 'Ambo tok tahu'..memang dia tak tahu segala apa yang berlaku urusan ekonomi dan pentadbiran negeri Kelantan kerana segalanya dikawal rapi oleh seseorang yang sedang mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. lipat jangan tak lipat, kerana hari ini ada ruang untuk balun hasil mahsul ekonomi negeri Kelantan. Kalau tak lipat sekarang, nanti orang lain lak yang lipat....

Apa pun Kelantan negeri yang kaya dan tak perlu lagi bantuan dari kerajaan pusat. Itulah kenyataan yang perlu dihadapi oleh rakyat Kelantan.Kalau dah kaya sangat nak buat apa minta bantuan dari kerajaan pusat dan duit yang patut disalurkan ke Kelantan boleh la disumbangkan kepada negeri miskin seperti Johor dan Pahang ke , ada baiknya. Itulah sikap sombong dan bongkak yang ditunjukkan oleh Nik Aziz sambil dapat menimbulkan segala persepsi buruk terhadap kerajaan pusat. Imej hantu raya yang bertopengkan ulamak, sehinggakan rakyat Kelantan terus menderita kemiskinan. Kita akan lihat bertapa payahnya nanti bila mana gaji minimum RM900 akan diguna pakai di Kelantan. Kalau nak tahu Kelantan tu kaya atau tidak.


Nik Aziz terus memikirkan untuk dan bagaimana beliau boleh terus berkuasa. Bukan beliau sahaja yang berfikir, malah, pendokong setia beliau yang selama ini menggunakan beliau sebagai batu loncatan juga sedang berhempas pulas untuk mengekalkan kekuasaan beliau sebagai pemimpin patung atau boneka yang mudah digunakan dan ditipu hidup-hidup dengan alasan hanya untuk membangun bersama Islam. 22 tahun Islam di Kelantan masih tidak membangun dan yang terkini bilamana dijemput Mufti Perlis untuk bercakap hal Hudud di Kelantan maka mudah jawab mufti Perlis: Kerajaan PAS Kelantan dilihat tidak serius dalam melaksanakan hukum itu. Dalam wacana beliau di Kota Bharu atas undangan wacana Diraja Sinar sempena Karnival Walk with Me 2012 di Kelantan Trade Centre. Nah apa lagi yang nak ditipu rakyat Kelantan berkenaan dengan hudud. Setiap kali PRU, maka isu Hudud inilah bahan jenaka dan bahan berkempen PAS bagi meraih sokongan rakyat. Ini kerana mereka menggunakan hukum sesiapa menolak hudud maka ia kafir, tapi mereka sendiri yang mempermainkan hukum ini dengan tidak serius untuk melaksanakan dan hanya untuk digunakan sebagai modal pilihanraya sahaja.

Akhirnya, rakyat Kelantan yang bodoh lagi bebal inilah yang akan terus menanggung segala kepayahan hidup dan kesengsaraan dalam kemiskinan yang dibelengu oleh cita-cita untuk masuk syurga tanpa perlu berusaha. Hanya dengan menyokong PAS maka janji-janji syurga itu terus didepan mata. Mereka ini buta politik dan digunakan sepenuhnya. Ketaksuban juga menjadikan mereka tidak melhat kepada kepentingan anak dan cucu mereka atau orang tua mereka yang terus hidup dalam kemiskinan dan kedaifan. Segala yang ditulis ini dipertanggungjawabkan ke atas Nik Aziz yang mengelar diri beliau sebagai Ulamak dan ketua negeri serta pemimpin agung mereka. Dan di akhirat kelak segala yang dipertanggungjawabkan akan disoal maka jawablah wahai Nik Aziz jika segala yang telah engkau lakukan ini benar atas landasan Islam sejati dan mengikut syariat Islam sebenar...

No comments:

Post a Comment