Sunday, July 29, 2012

Mesir dan Negara Islam, Negara Kebajikan dan Hudud...


Setelah berkuasa Ikhwan Muslimin dan Morsi mengetuai Mesir maka parti Islam ini masih lagi tidak melaksanakan Hudud atau Negara Islam ataupun Negara Berkebajikan...Kenapa puak-puak PAS terus berdiam diri dan tidak pula mendesak pihak Morsi yang menjadi kawan rapat dan sekutu mereka untuk melaksanakan Hudud. Pada awalnya mereka juga (PAS) cukup bangga dengan kemenagan Morsi dan maka bersorak dan meraikan kemenagan morsi ini. Namun, setelah berkuasa maka Morsi masih lagi duduk dibawah telunjuk rakyatnya yang mahukan demokrasi dan bukan sebuah negara Islam.

PAS berjuang atas satu landasan cuma nama je berbeza, di Mesir nama Ikhwan Muslimin dan di Malaysia PAS. Tapi Kenapa di Mesir masih ragu-ragu untuk laksanakan dasar dan perlembagaan Islam. Apakah bila PAS akan menguasai Malaysia atau Putrajaya maka mereka terus tunduk dengan PKR dan DAP. Lihat sahaja lah di Mesir, kuasa Ikhwan Muslimin disana walaupun disana tak de PKR dan DAP tetapi mereka terus tunduk tidak melaksanakan Hudud. Apa pula pada PAS yang sibuk sangat nak laksanakan Hudud dan negara Islam tetapi masih lagi bersahabat dengan PKR dan DAP...Adakah cita-cita murni PAS akan berjaya atau hanya angan-angan kosong dan hanya utk gimik menarik sokongan umat Islam di Malaysia.


Maka disini kita perlulah berfikir dan guna akal serta mengambil contoh parti Islam yang digunakan untuk tujuan politik akan terus berselindung dan menggunakan Islam sebagai wadah untuk kepentingan mereka sahaja. Tidak berdakwah dan tidak pula melaksanakan ajaran Islam sebenar terhadap pengikutnya...Islam terus dipermainkan...

Apapun kita tunggu dan lihat jika benar Ikhwan Muslimin parti Islam dan akan melaksanakan Hudud di Mesir kita alukan dan ucapkan tahniah untuk kekuatan Ikhwan Muslimin dan PAS perlu juga berjuang untuk Hudu dan negara Islam dan jangan undur dari tekanan terus dari DAP...UMNO tak pernah menkan PAS untuk laksanakan Hudud...Maka fikir-fikirkanlah tahaluf siyasi yang dibuat oleh PAS bersama DAP....


P/S Ada Alquran dan Hadis, Gunakan, Ada otak maka berfikirlah...

1 comment: