Friday, July 6, 2012

Anwar nak besara...atau nak lari ke luar negara..


Dahulu cita-cita nya sebagai PM Malaysia...Dahulu dia pernah melaungkan 'lawan tetap lawan' tapi kini dah mula kata nak berundur atau besara...Apa dah jadi dengan Anwar, setelah cuba mencari jam Omega yang hilang atau mencari idaman kerusi empuk maka kini, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk beliau besara. Gimik demi gimik yang beliau cuba tontonkan untuk rakyat Malaysia. Beliau cuba menarik simpati kepada golongan yang masih bebal dan dungu untuk terus membicarakan sokongan terhadap beliau. Cukup unik bila lafaz untuk besara itu diutarakan, malah seperti meraih simpati rakyat dan menjadikan kawan rapat pun tertanya-tanya. Kawan rapat yang dulu sudah banyak melabur wang untuk PKR. Kawan rapat yang masih melabur wang untuk mendapatkan hasil bila Anwar jadi PM...Semua ini menjadi tanda tanya buat kawan rapat, adakah pelaburan untuk PKR dan Anwar akan berhasil...Mr Bong oh Mr. Bong...

Sudah tiba jalan buntu untuk beliau meneruskan cita-cita untuk menjadi PM. Satu demi satu Kerajaan Barisan Nasional memberikan saguhati untuk rakyat, dari BR1M ke TR1M, ini semua satu pukulan untuk Anwar yang makin lama semakin papa kedana dengan modal untuk menarik sokongan rakyat. Hanya yang tinggal, modal simpati atau gimik simpati yang biasa digunakan sebagai senjata akhir buatnya. Tiap kali pilihanraya atau berkempen beliau menggunakan strategi simpati seperti, dipenjara dan dipukul..Ini dan itu modal lama, tapi kini beliau menggunakan modal besara untuk menarik kembali sifat simpati rakyat terhadap beliau. Modal dan strategi ni boleh dihidu...


Kenapa perlu besara? Sedangkan beliau masih lagi belum memenuhi cita-citanya. Takkan dah mengaku kalah, sedangkan beliau yang laungkan 'lawan tetap lawan'. Ada yang tak kena bila beliau cuba nak mainkan isu besara ni. Beliau kini pun sedang sibuk menjalankan strategi menyelamatkan anaknya Nurul Izzah, Kalau papa dah tak betanding maka anak pasti akan disiapkan untuk menjaga kepentingan papa dalam PKR. Maka kini jelas sudah bila mana ungkapan nak besara oleh Anwar bererti memberi laluan kepada Nurul Izzah untuk menerajui PKR dan akan bertanding di Permatang Pauh. Papa akan ke mana???


Persoalannya Papa akan ke mana?? Maka jelas dan mudah untuk menjawab yang Anwar akan cuba lari dari Malaysia mungkin??? Ini dilihat dari sudut masalah dan isu yang beliau hadapi di mahkamah dan juga jalan terbaik sebelum dilarang keluar negara, maka, angkat kaki adalah jalan terbaik untuk selamtkan diri beliau. Selamat jalan Anwar...byeeeee

2 comments:

  1. Pastikan si bedebah ini terima hukuman keatas kesalahan yg telah dilakukan. Jgn biarkan dia meninggalkan negara ini dgn begitu mudah sekali.

    ReplyDelete
  2. berpolitik salah...nak bersara pun salah...
    memang serba salah melayan puak2 UMNGOK BODOH ni.

    ReplyDelete