Tuesday, March 6, 2012

PAS Kedah ada Pemandu....


Memang hangat setakat ini krisis dalaman PAS Kedah. PAS Kedah yang diketuai oleh Ust Azizan dilihat condrong kepada Ulamak ditekan kuat oleh puak-puak JIM aka puak puak Anwarism aka puak-puak parisit. Mana boleh tahan kalau dilihat air yang tenang dipermukaannya namun dibawah berkocak dengan kuatnya.Tidak boleh disusup atau ditutup, isu ini, nampak sahaja air muka yang tenang namun dalam hati tetap membara hasad dengkinya. Nasib baiklah mereka ini bertopengkan Islam atau berkupiah putih, kalau tidak sudah jelas muka yang hina disisi Allah.


Kalaulah segala isu dalaman PAS Kedah sudah selesai maka tidak diadakan 2 sidang akhbar iaitu sidang akhbar dari Setiausaha Agung PAS bersama si Dungu Mahfuz dan Salahudin Ayub Budak Benut ni serta ada lagi satu sidang akhbar yang berlainan tempat diketuai oleh pahrolrozzi dan Dr Ismail...Wah ini dah nampak macam ada satu kapal yang cuba diserang oleh lanun pusat tapi yang terbaiknya Ust Azizan terus berdiam diri. Tak lihat langsung muka Ust Azizan dan tak dengar suara langsung dari Ust Azizan...


Mana tidaknya Ust Azizan berdiam kerana kini beliau hanya boneka untuk PAS di Kedah. Atau lebih sedap didengar sebagai wayang kulit yang dimainkan oleh tok dalang kampung. Segala urusan negeri Kedah sudah ada Pemandunya iaitu Pemandu dari PAS pusat. Maka semua ini yang jelas bahawa PAS Kedah sudah dikuasai oleh PAS Pusat yang terang-terang hanya menjadi boneka atau suruhan tok dalang Anwar Ibrahim...

Itu pun seluruh ahli PAS dan Ulamak PAS tak nampak lagi jalan yang telah ditunjuk oleh Pemandu dari PAS pusat ini. Kalau lah dikatakan selesai segala kemelut PAS Kedah , kenapa harus ada Pemandu. Kenapa PAS Kedah yang diketuai oleh Ust Azizan tidak boleh membuat keputusan dan tidak boleh memandu sendiri. Kenapa segala keputusan perlu mendapat izin dari pemandu. Nyata dan jelas, sekarang ini PAS hanya boleh bergerak dibawah pakatan rakayt dan hanya boleh membuat keputusan dibawah kelulusan pakatan rakyat iaitu ketuanya sendiri Yang Berbahagia Tok Dalang Anwar Ibrahim. Maka, tiada lagi peranan Ulamak. Ulamak hanya ditugaskan oleh Anwar hanya untuk membaca doa dimajlis-majlis Pakatan rakyat dan juga mengimamkan Solat hajat untuk meminta perlindungan Allah kepada Anwar Ibrahim dan keluarga beliau sahaja.


Maka Pemandu yang diwujudkan disini jelas tidak menampakkan kepada ketelusan untuk Ust Azizan mentadbir negeri Kedah sendiri. Begitu juga, dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Kedah, tidak lagi berkuasa untuk membuat segala keputusan terutama keputusan yang melibatkan wang atau tender kerajaan negeri kepada umum. Pemandu yang tak tau siapa ahli jawatankuasanya tiba-tiba wujud dan tidak diumumkan siapa-siapa yang pakar sangat untuk membuat keputusan untuk memajukan negeri Kedah ini...

Apapun inilah hakikat PAS yang perlu diterima oleh pengikutnya bahawa PAS sudah tidak lagi dikuasai oleh pimpinan Ulamak tetapi kini PAS sudah dikuasai oleh pimpinan Anwar Ibrahim. Maka Ahli PAS boleh lah menukar kad ahli kepada PKR atau kekal kad ahli PAS kerana ahli PAS dan PKR sama sahaja. Kini, tanpa Ulamak sebagai pemimpin ke syurga dalam PAS maka ahli-ahli nya akan lebih mudah dibawa ke neraka jahanam oleh puak-puak librel ini... Amin....


P/S : Nik Ajis dari awal sudah diberi amaran jangan masuk campur hal urusan PAS kedah, maka Nik Ajis kata baik aku tido....

No comments:

Post a Comment