Monday, March 19, 2012

Bila Org PAS sendiri yang menulis dan menegur....


Krisis PAS Kedah : Sudah-sudah la Pahrolrazi ooiiii...
Posted on Monday, March 19 @ 03:03:03 PDT

Artikel Oleh Cenangau

Entah bila la nak selesainya krisis kat Kedah ni. Ingatkan bila hampir seluruh pimpinan PAS Pusat turun ke Kedah tu boleh la selesaikan masalah, rupa-rupanya masih belum selesai lagi.

Aku malas nak ulas panjang-panjang cuma aku nak bagi nasihat sikit kat Hj Phahrolrazi. Sudah-sudah la tu, tak payah la panjangkan lagi krisis tu. Kalau ada benda tak puas hati pun, cuba-cuba la simpan dalam hati.

Kenyataan macam tu tak payah la didedahkan kat media. Tindakan Pemuda PAS Negeri tu depa buat dalam mesyuarat tertutup, tak payah la didedahkan rahsia mesyuarat. Kalau ada CELAKA yang dah buka pun, tak payah la Tuan Haji pun tumpang sama jadi CELAKA.

Tindakan tu bukan saja akan mencelakakan PAS tapi akan mencelakakan Tuan Haji sendiri. Boleh timbulkan persepsi yang Tuan Haji tak ikhlas terima keputusan PAS Pusat hari tu.

Langsung tak sesuai kalau betul Tuan Haji gunakan ayat macam yang dilaporkan BHarian tu. Apa perlu kenyataan macam tu keluar dari mulut Tuan Haji? Banyak lagi cara nak jawab soalan dari wartawan macam tu. Pasai apa pulak Tuan Haji pilih untuk 'berperang' dengan Dewan pemuda pulak.

Lagi satu yang aku mushkilnya, pasai apa Tuan Haji tak hadir mesyuarat tu? Kalau betul masih lagi bercuti, buat la macam betul-betul bercuti. Mesyuarat tak hadir lepas tu sibuk pulak nak bagi komen.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

Cenangau Daunkari
http://cenangau.blogspot.com

p/s Orang PAS juga bernafsu....

No comments:

Post a Comment