Saturday, March 17, 2012

Amah Indon..Perlu ke perbincangan lagi???


Kalau asik berbincang dan asik asik temu jalan buntu apa yang perlu dibuat? Kalau juga asik berbincang, lain yang diputuskan lain pula hasilnya, adakah perlu lagi berbincang? Siapa yang mewakili Malaysia pergi berbincang dengan Indon ni? Yang pi berbincang ni tau ke apa yang perlu dibincangkan? Adakah wakil perbincangan dari Malaysia ni buat kajian sebelum pi berbincang?? Kalau pandai sangat berbincang dengan pihak Indon, kenapa semacam ditipu je dengan pihak Indon?? Hasilnya..pihak Indon terus dilihat besar kepala dan tak de istilah perbincangan adik beradik serumpun. Maka persoalannya, adakah kita masih perlu membuat perbincangan dengan Indon atau kita boleh ubah dan cuba fikirkan jalan keluar isu pembantu rumah ni dengan menyelesaikannya sendiri tanpa Indon.


Pihak kementerian sumber manusia perlu ada makanisma untuk menyelesaikan isu ini dan jangan berharap kepada Indon sahaja. Ini dilihat kerana Malaysia selalu menunjukkan kerbergantungan harap kepada Indon. Perlu ditunjukkan sesekali bahawa kita juga boleh berdikari tanpa Indon dan jangan selalu dipijak pijak oleh Indon ni.


Justeru, pihak berwajib perlulah melatih rakyat sendiri dengan menubuhkan akadamik atau sebagainya untuk melatih pembantu rumah atau terus beralih arah kepada negara seperti Kemboja atau lain lain bukan hanya berharap kepada Indon semata mata.Pembuat dasar juga perlu peka dan wisma putra juga perlu peka dan jangan hanya melayan kerenah Indon ini maka negara kita dan hati rakyat serta permasalahan rakyat negara sendiri terabai.


P/S Nik Ajis tido tak pernah pikir pasal perbincangan dengan Indon...

No comments:

Post a Comment