Monday, March 5, 2012

BR1M HARAM buat rakyat Kelantan yang menyokong PAS


Maka berpusu-pusu rakyat Kelantan yang dulunya kuat menyokong PAS tetapi kini dah tak dipedulikan halal dan haram. Mereka yang hari-harinya mendengar ceramah PAS dan ceramah tok-tok guru PAS sudah lupa akan nasihat atau arahan yang dikeluarkan iaitu duit yang UMNO beri semuanya Haram...Sokong UMNO Haram... Berkawan ngan orang UMNO kafir...Tapi apabila kerajaan pusat yang didokong oleh UMNO dan BN mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) maka berpusu-pusu lah puak-puak ini mendapatkan borang dan juga tanda tangan Ketua kampung UMNO di Kelantan bagi mengejar wang haram 1Malaysia.


Pelik, tapi inilah kenyataan yang perlu dihadapi dengan muka tebal rakyat Kelantan. Walaupun pahit tapi mereka terpaksa telan, walaupun mereka perit dalam kehidupan tetapi terpaksa buat kesekian kalinya mengaku ahli UMNO atau menyokong kerajaan UMNO.Dek kerana wang RM500, mereka mula menjual maruah dan perjuangan mereka. Lupakan seketika ceramah atau arahan Tok Guru Nik Ajis atau fatwa songsang Ust Azhar Idrus atau Ulamak terkini Bob Lokman. Bukan mereka ini yang nak bantu tika mereka susah, Ya aku sendiri tak kata rezki tu UMNO yang bagi tapi rezki tu semuanya datang nya dari Allah SWT yang dilimpahkan keatas kepimpinan UMNO yang ikhlas berjuang demi membantu orang Melayu di Kelantan yang miskin....

Tapi kalau dah nama manusia tu tetap manusia. Walau duit haram sekalipun mereka tetap ambil tanpa ada rasa sukur kepada Allah SWT. Dah la dapat RM500 namun,mulut dan hati tetap menghina pemimpin negara. Hinggakan isteri PM pun dihina dengan kata RM500 ni tak leh banding dengan seluar dalam Rosmah lagi mahal...Terima kasih tidak, sukur kepada Allah pun tidak, namun mulut terus menghina pemimpin negara yang telah membantu mereka. Kalau rasa diri dah kaya jangan la beratur isi borang BR1M ini. Bagi la kepada mereka yang tahu bersukur atau mereka yang memerlukan.


Aku rasa inilah balasan kepada rakyat Kelantan selama dididik oleh PAS dan inilah contoh terbaik membangun bersama Islam dibumi Kelantan. Rakyat yang dididik tidak kenal erti sukur, kuat pula melemparkan fitnah dan yang paling agung adalah suka makan duit haram BR1M... Sepatutnya mereka malu kepada diri sendiri malah ada yang dapat duit BR1M terus melaburkan ke saham akhirt dengan memasukkan ke tabung Jihad PAS. Maka disini perlu diingat, bahawa tabung jihad PAS telah dipenuhi duit Haram dan juga kalau pun tidak duit Haram maka pahala tabung Jihad itu dikongsi bersama dengan kerajaan BN kerana dari duit tersebutlah BN menyumbang kepada Jihad PAS melalui ahli PAS sendiri.... Tahniah hendaknya...


Buat rakyat Kelantan, belajar-belajar lah erti kesukuran dan bersukurlah kepada Allah SWT dengan lempah rahmatnya diturunkan kepada bumi Malaysia ini yang aman makmur tanpa ada sebarang bencana. Mohon lah doa agar tahun depan anda dapat lagi duit haram BR1M ini dari kerajaan memerintah....Amin....

No comments:

Post a Comment