Tuesday, May 24, 2011

PAS yang munafik...


Nuffnang Ads
Tuesday, May 24, 2011
JANGAN JADIKAN PAS SEBAGAI GERAKAN MUNAFIK!!!
Author: CUCU TOK WAN | Posted at: 1:30 PM | |

Apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara dalam ranking 10 negara peminum arak, para pemimpin PAS pun bergelak-gelak sakan sambil mengutuk-ngutuk UMNO. Kata mereka, pendedahan tersebut membuktikan bahawa UMNO tidak layak mentadbir negara kerana membiakkan peminum arak.

Namun pada masa yang sama, beberapa peristiwa yang melibatkan arak, menjadikan para pemimpin PAS berkenaan sebagai golongan munafik yang lidah mereka barangkali dicipta daripada api neraka!

Sewaktu kemelut Hasan Ali menentang Ronnie Liu, ramai dari kalangan pemimpin PAS berkenaan lebih memihak kepada Ronnie Liu. Alasan mereka mudah, arak adalah untuk keperluan kaum bukan Islam sebab arak tidak haram di kalangan mereka. Oleh kerana itu, tidak wajar sama sekali mengharamkan arak biarpun terdapat larangan jelas yang tidak membenarkan penjualan arak di kawasan bermajoriti Melayu.

Begitu jugalah apabila diungkit semula janji-janji PAS untuk menghapuskan dua kilang arak terbesar di Selangor. Waktu berjanji untuk mendapatkan undi, tidak pula dinyatakan bahawa kewujudan kilang-kilang berkenaan yang pada awalnya berada di ceruk yang terpencil, adalah satu kesulitan kepada PAS. Sebaliknya segala kesalahan diletakkan ke bahu UMNO sepenuhnya.

Dan apabila PAS gagal menghapuskan kilang-kilang berkenaan, sekali lagi UMNO dipersalahkan. Malah janji Khalid Samad kepada pengurusan kilang arak di Shah Alam untuk menyediakan tempat yang lebih luas serta kemudahan yang lebih baik, menyebabkan ramai yang berpandangan bahawa segala janji PAS sebelum ini hanyalah janji-janji kosong.

Sekarang, setelah Malaysia diumumkan sebagai salah sebuah daripada 10 negara peminum arak dunia, maka PAS terus berkokok mengatakan salah UMNO. Sedangkan PAS sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik. Kepada UMNO, dikatakan salah UMNO. Kepada bakal-bakal pengundi pula dikatakan, Islam tidak mengharamkan arak kepada golongan bukan Islam.

Justeru, jadilah Islam sebagai modal untuk berkempen dan memegang kuasa, sekaligus menjadikan PAS sebagai pergerakan munafik seMalaysia!!!

1 comment:

  1. itulah yang dikatakan menjual ayat-ayat Allah untuk kesenangan di dunia.mereka tak akan mengaku walaupun air ludah sendiri jatuh balik keatas batang hidung sendiri,maseh orang lain bersalah.di Kelantan tak boleh jalankan hukum hudud kerana lidah mereka bercabang sebaliknya salahkan TDM,kerana tidak mahu perkenaan?.kencing dalam tempurung bulu dan cermin muka dulu.ini perpatah orang dulu-dulu.

    ReplyDelete