Tuesday, May 24, 2011

Panas...Pencaturan No 2 dalam PAS..


Hari ini Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan bahawa beliau sedia bertanding jawatan no 2 dalam PAS. Beliau bersetuju atas dasar yang beliau tidak mahu mengecewakan para ahli di akar umbi. Dalam itu juga, maka pemilihan PAS di Muktamar kali ini agak panas dan boleh dirasakan keresahan 2 kumpulan yang mahu memimpin PAS dan meneraju PAS. Golongan Ulamak yang cuba mengekalkan tradisi PAS sudah mula mengatur pencaturan kali ini.

Hasilnya boleh dilihat apabila Tuan Ibrahim sudah mula mengatur langkah untuk terus bertanding jawatan penting dalam PAS. Maka yang masih dilihat terkial-kial Abg Mat sabu yang tak kering gusi untuk terus berceramah, berkempen untuk meraih sokongan perwakilan PAS. Abg mungkin dipihak erdogan yang sudah tentu akan disisihkan oleh puak-puak yang mempertahankan ulamak. Abg Mat dan kuncu-kuncunya hanya untuk dijadikan alat dan tak lebih dari itu bagi PAS meneraju parti mereka.


Pencaturan kali ini lebih hangat bilamana kehadiran Presiden Hj Hadi, melawat Ust Azizan di kedah dan cuba memujuk beliau untuk bertanding bagi jawatan no 2. Bukan sekadar omongan kosong, dilihat jawatan ini memang untuk para Ulamak dan jika ust Azizan menerima pencalonan ini maka tak lain hanya untuk memberi petunjuk buat Abg Mat dan kumpulannya jangan bermimpi disiang hari...


Apa pula strategi Nik Aziz kali ini, dengan menyatakan beliau hanya boleh merahsiakan calon kegemaran beliau namun dilihat kecendrongan beliau terhadap Tuan Ibrahim lebih ketara dari Abg Mat. Nik Aziz juga tidak keberatan untuk menyokong Ust Azizan dalam merebut jawatan no 2. Ianya jelas , mereka ini masih terus mahu jawatan terpenting dalam PAS itu masih berasaskan Ulamak yang memegangnya. Bukan calang-calang untuk sesiapa duduk dikerusi panas ini. Akar umbi PAS pun kedengaran sudah mula melobi sesama sendiri didalam media maya turut menyatakan sindiran buat kumpulan erdogan ini. Bukan ditolak tapi mereka juga mahukan tradisi lama ini dikekalkan dan tidak perlu ada pembaharuan.

Bagi jawatan lain dalam kepimpinan PAS pusat tidaklah menarik untuk dibicarakan. ini kerana apa juga fungsi mereka, maka mereka perlu dengar nasihat Nik Aziz sebagai menteri mentor dalam PAS. Sama juga ibarat Lee Kwan yew yang memerintah Singapura dengan pencaturan dan acuannya sendiri. Nik Aziz kurang senang jika ada apa jua rancangan di PAS pusat tidak melaluinya. Maka, untuk memudahkan laluan Nik Aziz serta memantau pergerakkan Presiden Haji Hadi sendiri, maka Nik Aziz meletakkan Tuan Ibrahim sebagai pemantau utama dalam gerak geri PAS pusat.


Inilah mainan pencaturan politi PAS yang dikatakan Islamik itu. Mereka ini sama juga dengan parti politik lain, tidak ada bezanya. Cuma PAS hanya lebih kepada berselindung dibalik Islam dan perwatakan Islam. Yang jelas dan nyata mereka ini hanya bertopeng dan sesama mereka juga ada cantas mencantas tetapi dibuat secara halus. Pemilihan kali ini juga tidak lari dari lobi melobi sesama perwakilan, kalu tidak pun mereka hanya menunggu wasiat terakhir dari Nik Aziz selaku penunjuk dan pencatur arah PAS dan perwakilannya.

Bagi Ust Nasa yang cuba mengekalkan jawatannya, mungkin beliau perlu tahu kerunsingan akar umbi PAS bila mana cadangan perpaduan dengan UMNO timbul dan beliau adalah antara yang menyokongnya. PAS mungkin tidak akan lupa perkara ini, namun, Ust Nasa sendiri dikatakan tidak mampu menjawat jawatan ini dek kerana beliau kurang menyerlah dalam tugas beliau sebagai orang no 2 dalam PAS. Maka, dalam beliau yang dilihat nyawa-nyawa ikan masih terus bertungkus lumus untuk mempertahankan jawatan beliau dan jika beliau kalah kali ini, bukan jawatan no 2 sahaja terbang , beliau juga akan disingkirkan dari Kelantan sebagai YB...

Pencaturan No 2 dalam PAS kali ini memang panas dan ianya mempertaruhkan naisb masa depan PAS dan juga ahlinya. Adakah PAS akan berubah atau terus ditakuk lama, atau PAS akan terus dibawah cengkaman PKR dan DAP. PAS akan terus dikudakan dan mereka kini boleh memilih untuk bersama ke syurga atau terus menyokong dan membawa ahlinya ke neraka jahanam...Marilah kita lihat pada pencaturan no 2 dalam pemilihan PAS kali ini....

1 comment:

  1. kalau ramai calun dari puak ulama juga akan memberikan kemenangan mudah bagi pihak erdogan kerana undi yang pecah.

    ReplyDelete