Tuesday, February 14, 2012

Dua isu yang buat PAS tersepit...

PAS mula tak sedap duduk dikala angin PRU semakin hampir menjelma. Isu yang melanda BN tidak menjadi hangat, namun kini, PAS pula menjadi serba tak kena dek kerana 2 isu yang membuatkan mereka rasa tertekan dan mula naik berang.

Pertama melihat kepada isu Israel, yang satu ketika dulu PAS menggunakan isu Yahudi ini untuk menarik sokongan pengundi disetiap PRU. Namun kini, kawan atau sahabat handai dan juga ketua pakatan rakyat telah menjadi duri dalam daging PAS. Anwar membuat kenyataan songsang dengan menyokong keselamatan kaum Yahudi Laknat ini. Mula menjadi bahana buat PAS dan kini Majlis Sura PAS mengambil jalan pendekatan meraih sokongan pengundi dengan meminta Nik Aziz untuk menegur kawan baik mereka. Memang la kawan perlu ditegur tapi adakah kawan yang ditegur itu boleh menerima teguran? disaat ketika kawan itu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Ditegur oleh Nik Aziz bukan setakat itu sahaja, diarahkan pula agar membuat pembetulan dengan kenyataan sonsangnya secara terbuka...Waduhhh...Pusing ini Pak...
Anawar sudah tentu dengan egonya, namun, kita hanya sebagai pemerhati politik, dan menunggu jika Anwar berani membuat pengakuan kesilapan beliau sendiri atau menyaman akhbar Wall Street. Sebagai orang yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia maka kesilapan demi kesilapan yang dibuat membawa kepada kepincangan diri dan memperlihatkan beliau tidak kompiten untuk memegang jawatan no 1 negara. Perlu diingat Anwar, ini Malaysia bukan di Amarika yang mana untuk menjadi seorang Presiden Amerika, beliau hendaklah menyokong apa sahaja yang dibuat oleh Yahudi lakant.
Maka, PAS mula mengambil jalan selamat walaupun duduk didalam pakatan. Bagi PAS isu Israel ini lebih penting untuk mereka meraih sokongan pengundi. PAS tidak mahu menjadikan mereka sebagai bahan kerugian dek kerana kesilapan kumpulan politik songsang ini. Jelas, PAS terus memperlihatkan taringnya yang sudah lama disimpan didalam Pakatan. Bukan sekadar pak turut, tetapi PAS sudah boleh menegur ketua Pakatan Rakyat mereka. PAS mula "sedar" atau "mainan politik" semata-mata untuk mengekalkan sokongan pengundi dengan isu Yahudi ini. Apapun, tahniah buat PAS kerana sedar akan senjata sokongan rakyat terhadap mereka (isu Yahudi) telah disalahgunakan oleh kawan dan pakatan mereka...

Kedua, Terkini dikelantan PAS telah mengadakan satu majlis di Pondok Pasir Tumbuh iaitu Majlis memperingati PAS 3 Dekad. Program yang amat baik untuk mengenang jasa PAS selama 3 dekad. Namun, kehadiran yang dingin walaupun dihadiri oleh Nik Aziz sendiri membuatkan majlis juga seram sejuk dilihat oleh penyokong tegar PAS. Apa yang menarik adalah persoalan mengapa ia diadakan di Pondok? Apakah kali ini PAS mula sedar yang pondok ini menjadi isu buat mereka? Golongan pondok adalah satu golongan tegar menyokong PAS satu ketika dulu. Namun, kini ia seakan sudah beralih arah dengan menjadikan pondok bebas dari arena politik. Satu perkembangan terbaik jika mahukan Islam itu dikembangkan tanpa ada unsur politik kotor. Dengan pembawakan Wahabi tegar oleh sebilangan pengikut PAS, maka Pondok sudah dilupakan dan disisih bantuanya. Dijanjikan itu dan ini satu ketika dulu jika PAS berjaya memerintah Kelantan, tapi setelah 20 tahun memerintah, Pondok kekal meminta sedekah sana dan sini. Apapun, isu ini mula mendapat perhatian dari golongan stratigis PAS dan mereka sudah mula cuba menambat hati golongan pondok termasuk tok-tok guru pondok demi meraih sokongan semula di PRU akan datang.

Kesimpulannya, dua isu ini menjadikan PAS mula sedar akan peripentingnya satu gerak kerja untuk mendapat kembali atau mengekalkan sokongan rakyat kepada perjuangan PAS selama ini. Walaupun dilihat PAS dikedudukan yang paling buruk dalam sejarah politik mereka, namun peranan Nik Aziz digunakan sepenuhnya untuk menarik kembali sokongan rakyat terhadap PAS. Mainan PAS cukup licik dalam meraih sokongan untuk meredakan segala isu yang merunsingkan para penyokong tegar mereka.

No comments:

Post a Comment