Monday, February 20, 2012

DR. Kangkung dari UIA lagi...


Satu lagi Dr. Kangkung yang mengajar di UIA. kalau rasa diri ingin berpolitik saya cadangkan lebih baik letak jawatan tu dan terus ceburkan diri dalam politik. Nak masuk PAS boleh nak masuk PKR pun boleh, kalau nak masuk DAP kena tanya Abg Kapral dulu. Apa yang rasa diri tu dah cukup pandai dalam akadamik, namun sepak terajang politik bukan bidang awak. Dr. Mazliee Malik nama diberi, tak rubah cuba menjadi hero setelah pulang ke tanahair. Ilmu dicari namun hasilnya tak seberapa. Bila diri tak ikhlas dan cuba bercakap tentang demokrasi, sebaliknya diri dan minda awak belum lagi 100% demokrasi. Awak tulis surat terbuka sana sini, awak kata orang tidak demokrasi, sedangkan awak juga tak tahu ke itu hak peribadi dan itulah dinamakan demokrasi.

Sekolah mana awak belajar dan Uni mana yang awak dapatkan kedoktoran ni? Ianya semua dilihat sama macam menuang air didaun keladi. Ilmu awak nampak jelas cetek kerana awak sendiri mencetekkan ilmu yang awak ada. Patut la dengan mudah awak diterima mengajar di UIA yang mana kawan awak atau sealiran dengan awak juga pernah megajar di UIA....tak lain dan tak bukan..... Prof kangkung Aziz.

Begini sahaja la, kalau awak dari jemaah JIM (yang saya tahu), maka letaklah jawatan awak sebagai ahli akademik di UIA tu, masuk sahaja politik dan bukan cuba menjadi hero atas tiket para cendiakawan. Kalau awak nak jadi cendiakawan bukan hentam sana hentam sini. Jadilah cendiakawan yang boleh membangunkan anak bangsa awak tu ya....

Akhirnya, saya mohon awak ni ingatlah jasa sikit, siapa yang sekolahkan awak sampai awak jadi pandai dan kalau awak rasa dah terlebih pandai maka terima sahaja lah teguran saya ini dengan hati terbuka dan terus berhenti kerja di UIA tu. Masuk gelanggang politik. Bukan hanya duduk di zon selesa, setiap bulan tekan atm ambil duit gaji dari UIA. ...Kuang kuang kuang...Dr. Kangkung ohhhh Dr. Kangkung....

No comments:

Post a Comment