Monday, February 20, 2012

Tahniah...Kelab Sahabat Bina Negara....


Tahniah buat Kelab Sahabat Bina Negara (KSBN) yang telah berjaya menganjurkan satu himpunan Ulamak dan Cendiakawan Islam bersama Penulis Maya. Usaha murni yang dijalankan oleh kelab ini perlu diambil iktibar oleh NGO-NGO lain. Bukan hanya pandai berdemo sahaja, namun perhimpunan ilmu adalah lebih penting untuk membangunkan negara dan modal insan yang cemerlang. Sifat memberontak dan membantah bukan jalan penyelesaian dan inilah role model yang perlu dilaksanakan dan diharapkan kekerapan seperti ini dapat diteruskan oleh mana-mana pihak yang mengelarkan diri mereka sebagai aktivis atau apa sahaja demi membangunkan negara.


Para mahasiswa yang dikatakan bakal menjadi golongan cendiakawan bukan hanya berdemo menunjukkan anda lebih cendiakawan sebaliknya ilmu didada perlu ada. Duduk semeja atau berwacana menjadi wadah dan senjata bagi memajukan diri dan negara. Segalanya boleh dirungkai dan ianya perlulah dilandasan yang betul iaitu bermusawarah dan berdiskusi maka akhirnya mendapatkan hasil yang boleh membantu memajukan negara. Tidak itu yang dianjurkan oleh Islam? Apa yang diperjuangkan didokumentasikan dan diimplemantasikan. Bukan dengan terpekik sana dan terpekik sini, maki sana dan maki sini...Semua nya salah,semuanya yang kerajaan buat tak betul, namaun apa jalan solusinya tidak diberi. Maka, Himpunan Ulamak dan Cendiakawan serta Penulis Maya ini menjadi platform untuk terus memberikan idea dan pandangan yang bernas untuk kerajaan melaksanakan dasar negara.


Akhirnya, sifat ingin tahu atau terus mencari ilmu perlu diselitkan buat diri walaupun kita ini mempunyai ijazah kedoktoran. Ijazah juga tidak menjamin diri itu pandai kekadang ada juga digelar zaman ini 'Prof kangkung'. Tak tahu dimana kangkungnya atau dia suka makan kangkung. Yang perlu demi negara tercinta sekali lagi aku ingin mengucapkan tahniah dan mendokan segala usaha yang dibuat oleh KSBN ini diberkati oleh Allah SWT...Ilahi Amin....

No comments:

Post a Comment