Monday, February 20, 2012

DAP-MCA "Lakonan" yang cukup mantap


Debat yang dilangsungkan baru-baru ini oleh dua pemimpin agung kaum Cina di Malaysia mendapat liputan meluas kaum ini. Debat dalam bahasa mereka yang aku pun tak paham dan kalau ada tukang alih bahasa pun belum tentu dia dapat alih semua apa yang didebatkan. Tetapi, apa yang aku cuba fikirkan selama beberapa hari ini, apakah tujuan debat ini dilaksanakan? Apakah jalan penyelesaian terhadap debat tersebut? Adakah kaum Cina akan mula menyokong pihak Kerajaan atau terus memberikan sokongan penuh kepada pembangkang? Apakah ini hanya lakonan pentas kehidupan kaum cina seperti wayang cina yang dimainkan disetiap sambutan agama mereka? Adakah ianya hanya untuk menunjukkan kepada kaum mereka bahawa walaubagaimanapun senario politik semasa yang sedang hangat, namun kaum cina dipentas yang amat cerdik dalam menagani isu dengan mengambil jalan intelek iaitu berdebat? Atau ianya mencari satu titik untuk memajukan lagi kaum ini? Adakah dalam debat ini ada pihak mempromosikan 1Malaysia? Waduhhhh berbagai persoalan yang lahir dibenak ini...

Semuanya tidak berjawab selagi Soi Lek masih belum mampu memberikan keputusan PRU 13 akan datang dengan kaum Cina menyokong penuh kerajaan dan gagasan yang dibawa. Kalau setakat lakonan untuk membangunkan kaum sendiri,atau terus menjadi kaum pendesak atau hanya cuba menjadi hero maka itu perlu difikirkan oleh pihak kerajaan yang telah banyak bertolak ansur atau terus memberikan segala kemudahan dan peruntukan.


Lihat sahaja gambar diatas,disebelah dan dibawah begitu mesra lakonan....


Lagi mesra dong.....

Apa pun aku harap segala persoalan ini terjawab dan inya hanya mimpi ngeri yang tidak akan berlaku. Sebelum ada yang cuba menghidu niat buruk mereka, maka aku rasa perlu ada persediaan atau menghalang jika ada yang cuba menghancurkan negara tercinta ini....Bukan dijual ke tangan Israel namun dijual ke tangan adik israel diseberang tambak....huhuhu Sedihnya lagu warisan....

No comments:

Post a Comment