Tuesday, November 29, 2011

Perhimpunan Agong UMNO 2011


Pertamanya aku hanya nak ucapkan selamat datang kepada semua perwakilan yang mula bersidang untuk tahun 2011 di PWTC. Malam ni, serentak perasmian sayap dan akan berlanjutan persidangan sehingga 3hb Dis. Apa yang menarik untuk kali ini akan kita saksikan ulasan demi ulasan, cadangan dan perbahasan yang banyak menjurus kepada persiapan PRU akan datang. Adakah UMNO dan jenteranya sudah bersedia, dan adakah kali ini ada amanat dan tangkal azimat buat semua jentera bergerak terus untuk berkerja demi rakyat Malaysia.

Terus kepada perhimpunan yang dimulai pada malam ini, dengan perasmian oleh TPM untuk sayap UMNO , Wanita, Pemuda dan Putri.. Persembahan ucapan perasmian oleh TPM yang dilihat oleh perwakilan satu suntikan untuk mereka terus bersiap sedia dalam menghadapi PRU akan datang tapi pemerhati seperti aku mendengar ucapan yang cukup hambar.

Apa pun , pada kali ini, aku hanya sebagai pemerhati yang inginkan satu perubahan atau transformasi yang dicanang dan bukan lebihan retorik sahaja. Retorik yang tidak berkesudahan. Omong kosong bak tin kosong. Bukan itu yang dicari dalam pertemuan kali ini...Semangat setia, Berkorban demi Agama, Bangsa dan Tanahair perlu disemat untuk terus membakar semangat dalam perjuangan UMNO yang belum selesai...Jangan mudah lupa Melayu...Selamat bersidang kepada semua perwakilan...

No comments:

Post a Comment