Sunday, September 25, 2011

Mainan PAS dan DAP...


Setelah beberapa hari isu Hudud mula panas dan kini dilihat Pakatan pembangkang ingin menyelesaikan isu ini dengan membawa kepada perbincangan pada hari Rabu ini. Itu pun setelah dilihat oleh Anwar bahawa mereka kini dalam bahaya. Atau mainan politik mereka sudah kena pada jeratnya.

PAS yang dasar lamanya memperjuangkan Negara Islam yang berlandaskan hukum Hudud ditukar kepada Negara Berkebajikan dan kini setelah segala isu Hudud disepakati oleh mereka untuk tidak membincangkannya, namun, ianya berbunyi kembali. Apa maksud semua ini dikala PAS di Kelantan mula merudum sokongannya oleh rakyat Kelantan sendiri. Adakah PAS mampu menarik kembali sokongan rakyat Kelantan jika mereka membawa isu Hudud ini. PAS mungkin lupa yang rakyat Kelantan sudah lama tertipu dek kerana dasar yang cuba dibawa oleh PAS iaitu negara Islam.


Kalau dilihat strategi PAS untuk menarik sokongan disetiap pilihanraya, walaupun PAS merudum sokongannya, namun, mereka menggunakan senjata sulit ini dengan membawa isu Hudud. Isu yang dianggap oleh pemimpin PAS bahawa isu ini boleh menarik minat rakayt terutama orang Kelantan yang buta ilmu Islam. Mereka menggunakan isu ini disetiap pilihanraya dan sebagai talian hayat mereka. Jika sesiapa yang menolak isu ini, maka dikatakan mereka ini menolak Islam dan Kafir. Maka, jelas lah isu ini mainan politik PAS semata-mata dan bukan untuk mereka menegakkan negara islam sebenar.

Apa yang dilihat begitu mudah PAS melupakan sekutu mereka yang tidak menyokong 100% hal Hudud malah menentang sekeras kerasnya. Adakah kali ini PAS akan tunduk dengan desakkan orang orang Kafir Harbi ini? Adakah PAS rela maruahnya tergadai dek kerana menjual Islam itu sendiri. Malah, ada dikalangan pemimpin PAS sendiri yang cuba menolak untuk menyokong pendapat peribadi Nik Aziz. Ada juga yang kurang senang, dan ternyata ianya membawa kemerosotan sokongan pengundi bukan Islam.

Tapi bagi analisa yang aku lihat disini adalah ianya mainan PAS dan DAP agar pihak BN mula rasa selesa. Malah mereka tahu, yang BN cukup mudah untuk dimainkan dan dipamirkanlah lakonan drama yang Nik Aziz dan Kapral saling tuduh menuduh. Puak BN mula menghadapi sindrom selesa dan syok sendiri. Turut terlibat juga pihak media yang tidak dapat dikawal mainan psywarnya sehingga rakyat mula rasa meluat untuk menonton. Hal ini aku harap dapatlah kiranya pihak BN dan Media untuk melihat satu sudut mainan politik Pembangkang. Mereka hanya untuk melihat sejauh mana sokongan rakyat terhadap isu yang dibawa dan kajian sikap rakyat. Jangan mudah melatah dan syok sendiri, mereka cukup licik untuk bermain hal dan isu Hudud ini kerana yang jelas PAS bukan parti Islam dan DAP adalah Parti yang mendokong Kristian maka isu Hudud ini tidak akan timbul kerana mereka ini adalah parti politik cari makan. Hudud adalah senjata buat PAS untuk menarik sokongan rakyat Islam dan DAP menggunakan Hudud untuk menentang bagi menarik perhatian masyarakat Kristian. Maka, kedua-dua undi dan sokongan akan menaik terhadap mereka.


BN dikala ini perlu berhati hati dalam memberi komen atau penjelasan hal dan isu Hudud. Mungkin ini jerat dari mereka sekali lagi dan mainan politik yang cukup tinggi diantara Nik Aziz dan juga Kapral. Justeru, mainan ini dapat dibau bila mana Anwar mula merancang untuk membawa kepada meja rundingan dan sekali lagi Anwar sebagai hero, maka segala isu yang dihadapi oleh Anwar dapat dialihkan dari pandangan masyarakat. Jangan risau, PAS akan terus memutar belitkan ajaran Islam yang murni ini dan DAP akan terus menggunakan PAS sebagai jambatan untuk mereka melebarkan sayap memurtadkan umat Islam di Malaysia...Inilah mainan PAS dan DAP , maka BN/UMNO, buka la sikit mata tu, biar boleh melihat mainan jahat pembangkang ini dan bukan hanya 'syok sendiri' je....

4 comments:

  1. penulis blog ni lagi bodoh...bangang...tak tau agama...cuba2 la kembali pada agama...dunia ni hanya sementara...ingat setiap apa yang kita buat kat dunia ni semuanya akan disoal kat Akhirat nanti...bawak2 la bertaubat...takut2lah kat neraka ALLAH..jangan la berfitnah kerana dosa fitnah adalah DOSA BESAR dan akan dibalas dengan azab neraka dari ALLAH...takutlah...bertaubat sebelum malaikat izrail datang cabut nyawa....
    ingat hukum hudud bukan milik PAS milik ALLAH...sapa lebih besar NAJIB ke ALLAH...nak takut sapa NAJIB ka ALLAH?...bawak2 la bertaubat

    ReplyDelete
  2. ini bukan politik bangang...ni hukum ALLAH...ke kau tak takut kat ALLAH...ingat neraka pasti ada untuk orang yang lawan hukum ALLAH...bertaubatlah...

    ReplyDelete
  3. kalau nak tuduh orang berzina perlu ada 4 orang saksi yang beriman dan tak fasiq...barulah baru jatuh hukum...sumpah yang Dato' T n saiful bukhari buat tu tak sah...sebab sumpah tu adalah sumpah lian, iaitu sumpah suami tak ada saksi untuk menuduh isterinya berzina...bawak2lah bertaubat...ikutlah hukum ALLAH..semaklah alQuran sebelum terlambat

    ReplyDelete
  4. Janganlah lempar batu sembunyi tangan anda ...kalau nak komen dan berdakwah pun tinggalkan la no telepon ke atau kenalkan diri anda wakakaka....

    ReplyDelete