Friday, September 9, 2011

Adakah Mat Sabun je Komunis....


Maka hari ini ramailah pakar pakar sejarah membuat kenyataan yang Mat Indera tu Komunis la, Mat Sabun tak tahu sejarah la, negara tak pernah dijajah la...Tapi apa yang aku pelik sekarang ni, macam le Mat Sabun ni seorang je dalam Tanah Melayu ni yang sokong Komunis...Ramai lagi Komunis yang membiak sehingga ke hari ini di Tanah Melayu ni masih tak ditangkap...Cuba cuba la pak polisi atau pak Menteri lihat lihat si mata sepet yang duk belajar atau mengajar di Universiti Malaya tu. Boleh dikatakan ramai gak yang sokong Komunis. bukan setakat sokong ada yang terang terang mengaku komunis...tak pun singgah singgah la di Bangsar...Puak puak Melayu yang rasa diri mereka nak kan kebebasan bersama dan dunia semua sama rata...Ni ketua dia yang pernah satu ketika dulu belaja di Universiti Malaya gak dan pernah duk di negara orang putih dek kerana lari kecut perut...

Mat Sabun ni orang suruhan je...Cuba lihat siapa dibelakangnya...Siapa yang taja, dari NGO mana yang salur duit... Mat Sabun telah berjaya digunakan oleh pihak komunis untuk menjadi orang no 2 dalam PAS dan kini pihak komunis juga telah berjaya menguasai pemikiran puak puak PAS yang dulunya hanya untuk memperjuangkan Islam, Negara Islam dan Hudud...Apa dah jadi sekarang ni, puak puak PAS perlu soal diri sendiri dan tanya kepada kepimpinan mereka, betul ke PAS sekarang ini di landasan yang sebenar...

Mungkin PAS pernah dilihat sebagai bahaya kepada komunis dengan cita cita untuk menegakkan negara Islam. Tapi kini mereka telah berada dibawah genggaman komunis...Ini telah lama dirancang dan Mat Sabun adalah orang yang dididik oleh komunis dan inilah hasilnya...Sama seperti komunis komunis yang berbangsa Melayu zaman dulu seperti Mat Indera dan kuncu kuncunya...Orang melayu ini lah yang ditugaskan oleh Komunis untuk menghancurkan Islam, bangsa melayu dan Tanah Melayu...

Maka bertepuk soraklah puak puak PAS ketika ini menyatakan semangat Mat Sabun tetap ada sebagai pejuang bangsa...Sama juga ketika satu ketika dulu mereka bersorak bilamana Mat Sabun ditangkap Khalwat dengan Kak Normah, namun telah dilepaskan oleh Hakim...(Hakim ni jawab la di akhirat nanti di depan Allah SWT)...

Apa pun, yang jelas, bukan Mat sabun sahaja yang perlu diheret dan ditangkap, ramai lagi diluar sana yang memang memperjuangkan dasar untuk mengerakkan fahaman komunis dinegara ini...Kalau dilihat juga buku buku komunis bebas dijual terutama dalam setiap program PKR ( yg tolong jual budak melayu mentah dan bodoh dari Bangsar)dan juga dikedai kedai buku di Petaling Jaya (pak polisi pi la cari ya)...

Sekurang kurangnya isu yang ada sekarang ini berkenaan Mat Sabun , telah membuka mata masyarakat kita bahawa bertapa pentingnya pejuang pejuang bangsa perlu dihargai...Rakyat juga membuka mata bahawa perjuangan komunis itu masih ada dan terus berakar walupun tak nampak, tapi mereka terus bergerak cergas..Cuma yang peliknya tak de satu tangkapan pun untuk puak puak Komunis ni...Itu la dia tolerensi yang teramat sangat diberikan pada si.... ni....Ikut sangat telunjuk hinggakan bangsa sendiri tergadai dan juga bangsa sendiri bergaduh dan berpecah sesama sendiri...


Mat sabun oh Mat Sabun dan semua la yang dari puak puak komunis atau puak puak pembangkang...Kalau rasa dah tak suka duduk di Malaysia ni, sila la cari negara lain untuk berhijrah... Serah saja kerakyataan tu ...ramai lagi orang luar nak setia dan jadi rakyat Malaysia...aku bangga jadi anak Malaysia...I Love Malaysia...

No comments:

Post a Comment