Saturday, September 10, 2011

Kewarasan akal...

Beza manusia dengan binatang pada akalnya. Kalaulah manusia itu tanpa akal layakkah mereka ini kita gelar sebagai binatang.Akal dianugerahkan oleh Allah untuk umatnya berfikir dengan waras dan dengan membezakan baik atau buruk, halal atau haram. Namun, kini manusia hilang kewarasan akal untuk berfikir secara logik dek kerana nafsu dan pembawakan fahaman serta idologi membelenggu mereka. Akal yang pada asalnya cuba untuk mewaraskan keadaan namun ianya dikuasai oleh sikap sombong dan angkuh untuk tidak menerima kenyataan. Malah yang lebih buruk dari binatang itu bila akal yang diberi oleh Allah itu digunakan untuk menipu dan berselindung dibalik Islam.

Berfikir sejenak dan tidak mengikut nafsu, atau cuba berfikir dari luar kotak adalah pesanan yang selalu didengar. Manusia yang berakal akan menerima kebaikan itu dengan hati terbuka dan ianya difikirkan mendatangkan kebaikan kepada umat seluruh alam. Apakah diberi akal itu hanya untuk digunakan sebagai alat membangkang setiap sudut yang baik. Pelik dan mungkin akal yang waras itu hilang kewarasannya bila sesaat pun akal mereka itu tidak digunakan untuk berfikir.

Cubalah duduk seketika selepas solat atau sebelum tidur untuk berfikir...Gunakanlah akal itu untuk membangunkan Islam dan bukan gunakan akal itu sebagai alat untuk bertopengkan Islam. Terimalah kenyataan, berlapang dada dan sesekali kewarasan akal itu diletakkan dikepala bukannya dilutut...

No comments:

Post a Comment