Sunday, September 18, 2011

Syok sendiri...BN Selangor ...BN Kelantan cam ne pulak....


Semalam dalam konvensyen BN Selangor YAB PM dengan jelas menegur kepimpinan BN Selangor dek kerana 'syok sendiri' maka Selangor beralih kuasa. Nah apa dah jadi sindrom ini masih wujud atau mereka sudah berubah. YAB PM bukan tidak menerima laporan dari segenap sudut, namun, ada lagi pemimpin yang nak tipu YAB PM...Kalau YAB PM pun depa berani tipu inikan pula rakyat jelata...Aduhai macam mana yang dikatakan YAB PM untuk calon winnable ni??? Takkan nak pangkah lagi calon yang dah kalah atau calon yang ditolak rakyat. Harap harap calon yang dipilih kali ini yang boleh membawa kepada kemenagan mutlak untuk BN dan bukan calon yang syok sendiri...

Setelah BN Selangor ditegur oleh YAB PM, aku nak tanya lak, kenapa YAB PM tak tegur sekali BN Kelantan. Dah 20 tahun PAS memerintah Kelantan, kenapa masih ditakuk lama. BN tak leh juga menang di Kelantan. Adakah laporan yang sampai ke YAB PM sama macam laporan BN Selangor. Laporan 'syok sendiri'... Adakah Kelantan selama 20 tahun terlalu syok dibawah pentadbiran PAS sehingga lupa nak hantar laporan kepada YAB PM... Mungkin pemimpin BN Kelantan terlalu kuat berkerja hingga Kelantan terjadi ombak gelombang berwarana merah dan terlupa nak hantar laporan kepada YAB PM. nakulang sekali lagi, yang memerintah di Kelantan bukan kerajaan BN tapi PAS.


Maka, teguran YAB PM tu aku rasa bukan dituju khusus untuk BN Selangor sahaja, tetapi untuk setiap BN di negeri negeri lain. Jangan duk syok sendiri kata YAB PM, kerana laporan tetap akan sampai padanya. Negeri yang kubu kuat BN pun jangan rasa terlalu selesa, dan terus syok sendiri kepimpinannya. Cuba cuba la pantau negeri masing masing...

Apa pun, kerja kena kuat, kalau dah istihar ada gelombang tu kena la buat gelombang tu cam tsunami, bukan macam gelombang buih buih kosong je. Yang dipertanggungjawabkan, maka jalankan tugas anda dengan baik. Kalau ditegur terima la ya dengan hati terbuka. Kalau nak hantar report kepada YAB PM, kena la hantar yang betul betul nya report dan bukan report syok sendiri atau report gula gula. Itu sahaja pesan ku untuk kesekian kali...

No comments:

Post a Comment