Thursday, September 15, 2011

ISA...Menteri Amaran Hanya tersenyum


Apa relevennya ISA dimansuhkan...Persoalan ini mula timbul bila ianya hanya untuk memuaskan hati sesetngah pihak..Mereka kini bertepuk tangan, sambil merasakan kerja mereka telah dipermudahkan atas nasihat terbaik sesetengah pihak kepada YAB PM. ISA yang dulunya digunakan untuk menjaga keselamatan negara namun pada detik hari bersejarah ini, ianya dimansuhkan.. Begitu mudah tanpa ada perbahasan yang jitu dalam hal yang menjamin keselamatan anak cucu kita dimasa depan...

Keserasian yang mula dilihat diatas segala ucapan YAB PM tadi hanya untuk memperlihatkan bahawa kerajaan menjaga hati sebelah pihak sahaja. Mengapa tidak difikirkan kaum mutlak yang penuh mendokong dan menyokong kepimpinan kerajaan selama ini. Jangan hanya untuk menjaga hati sebelah pihak dan melupakan hak asal kaum yang buminya tempat tumpah darahnya sendiri. Begitu mudah, hanya dengan satu ucapan, hari ini dan hari hari esok Malaysia bebas dari ISA. Adakah ini yang dimimpikan dan diimpikan oleh mereka yang menantikan saat bahagia ini...


Hanya seorang sahaja yang merasakan tika ucapan YAB PM tadi yang beliau lah yang perlu bangga dengan hasil tugas nya.Tersenyum senyum macam kambing berak kapur si menteri amaran. Pelik melihat seolah olah beliau lah yang bertungkus lumus menyediakan kerja yang amat sukar ini. Bangga nya beliau, sehinggakan tak dapat menahan senyum yang juga macam kerang busuk...Tapi apa pun, beliau telah berjaya mengahpuskan ISA dan telah tunduk dengan tipu daya dan desakan pihak yang berkepentingan dalam isu ISA ini... Tahniah menteri amaran... Senyum mu membawa seribu erti...

P/S Apa pun, Aku tak setuju ISA dimansuhkan kerana aku punya alasan sendiri....

1 comment:

  1. SELALUNYA UNDANG UNDANG NI KALAU BAIK DAN BERJAYA MENGEKANG KEGANASAN RUSUHAN DAN KEAMANAN WALAU APA PUN MESTI DIPERTAHANKAN BUKAN HARUS DIPERTAHANKAN. DI MALAYSIA PULAK SEBALIKNYA , KALAU DAH OK DAN KEADAAN BAIK , BUANG APA SAJA YANG ADA . ITU MENUNJUKKAN MELAYU MUDAH LUPA. BETUL LA YANG DIKATAKAN TUN MAHATHIR.

    ReplyDelete