Sunday, July 24, 2011

PAS dah songsang..


Sekarang boleh dilihat satu demi satu hakikat sebenar parti PAS yang satu ketika dulu parti yang membawa imej Islam. PAS kini lebih rela berbohong demi mengejar cita-cita untuk mendapat kuasa. Dakwah islamiah sudah ditinggalkan dan kini kuasa politik mendahului segalanya. Lihat saja pemimpin-pemimpin mereka sekarang ini. Tunggu dah mati baru lah nak letak jawatan. sedangkan mereka sudah sakit dan tenat untuk berkhidmat kepada masyarakat namun, jawatan tetap terus disandang. Apalah salahnya jika jawatan itu diserahkan kepada orang lain yang boleh berkhidmat kepada rakyat. Ini tidak, dah mati baru nak serah jawatan... Inilah sikap pemimpin PAS hari ini yang gilakan jawatan dari berkhidmat untuk rakyat.

Kalau difikirkan, gaji yang mereka terima untuk berkhidmat itu terus dibayar sedangkan mereka sakit terlantar tanpa memberi sebarang khidmat kepada rakyat. Apa hukumnya disini ya? Sedangkan mereka ini membawa imej Islam dan katanya faham sangat tentang Islam. Setiap ceramah tidak lekang dek Ayat AlQuran dan Hadis Nabi SAW. Namun, itu hanya hipkorit para pemimpin PAS. Nik Ajis sendiri satu ketika dulu mempertikaikan Tun Mahathir dan mendesak agar Tun meletakkan jawatan kerana terlalu lama sebagai YAB PM. Sebaliknya, nik ajis masih berada ditampuk pemerintahan Kelantan.

Kenapa PAS kini berada diluar landasan Islam? Adakah ini satu tekanan buat mereka dari kawan dan sekutu mereka DAP dan PKR? Jelas kelihatan, apabila segala dasar PAS yang dahulunya diperjuangkan, namun kini boleh berubah. Dasar asas sebuah parti Islam, iaitu menubuhkan negara Islam kini ianya berubah dek kerana bersama Pakatan kafir. Dulunya PAS melihat tidak rela untuk bersengkongkol dengan kafirun. Tapi kini, arus perubahan mengenepikan segalanya dan sanggup mereka mengadai prinsip dan dasar Islam itu sendiri. Berkawan dan bersahabat dengan kafir serta menghalalkan cara adalah perinsip baru PAS era globalisasi.

Apa ertinya semua ini jika PAS sudah mula menjadi parti libral dan bukan parti Islam. Rata-rata ahli PAS sendiri mula mempersoalkan dasar partinya dan kepimpinan baru yang cuba merubah PAS kepada parti global. Adakah ahli PAS tidak terfikir akan perubahan yang mendadak ini. Mereka ingin mempersoalkan kepada para pemimpin mereka namun, ketaatan kepada pemimpin menguasai segalanya. mereka mungkin takut untuk bertanya, maklum la, pemimpin mereka lebih arif bab agama, dan jika dipersoalkan maka, lebih banyak ayat alQuran dan Hadis akan mejadi dalil dan bukti.

Apakah ahli PAS itu serupa lembu dicucuk hidungnya, atau mereka takut tiada surga buat mereka jika melawan pemimpin mereka. Sehinggakan pemimpin mereka berbohong pun mereka terpaksa mengiakan. Pemimpin berbohong kini menjadi trend kepada PAS dan bila dilihat ahli-ahli PAS pun kini sudah mula berani berbohong. Mana tidaknya jika inilah tarbiah yang dibawa oleh PAS maka tidak hiranlah kini PAS adalah parti libral Islam dan bukan lagi parti tulin yang membawa perjuangan Islam.

Ahli PAS sendiri kini berbelah bahagi setelah mereka membaca penulisan Dr. Mujahid tentang cara PAS baru yang akan diguna pakai untuk PAS terus maju. PAS dalam penulisan kerangka kerja Dr, Mujahid dilihat lebih effisen namun, dasar Islam yang dulunya dibawa secara keras dan Ulamak disanjung kini boleh diketepikan. Ini disanggah keras oleh Dr. Riduan dengan penulisan bukunya menjawab buku Dr. Mujahid. adakah ini yang berlaku sekarang ini dalam PAS tentang pertembungan idea untuk membawa PAS lebih maju atau PAS terus ditakuk lama.

Pada dasarnya jika PAS ingin maju, tak perlulah PAS bergadai dasar dan perinsip. Tak perlu juga PAS terus berbohong dan sikap pemimpin yang cuba menipu atas dasar berselindung disebalik islam. PAS boleh terus maju dan akan lebih maju jika mereka terus memegang dasar negara Islam dan memperjuangkan Islam dan bukannya cuba bersekutu dengan PKR dan DAP. PAS tidak perlu membuang dasar asalnya, demi untuk bersama pakatan pembangkang. PAS perlu sedar sekarang ini jelas mereka dikudakan oleh DAP dan PKR.

Dikudakan disini bermaksud ianya ditunggang dan dipergunakan untuk menghalalkan cara. Dari atas pemimpin PAS digunakan hinggalah ke unit amal dan ahli PAS terus digunakan oleh PKR dan DAP. PAS sedar akan perkara ini , namun, pemimpin PAS dan ahlinya buat-buat tak tahu dan tak nampak sahaja. Inilah keluhan ahli PAS dibawah yang rata-rata kesal dengan sikap kawan mereka DAP dan PKR. Mereka kata, kalau bab kerja dan jentera PAS sahaja yang buat, mereka (PKR dan DAP) goyang kaki dan cuma pandai mengarah sahaja.


Apa lagi yang ahli PAS cuba sembunyikan. Apa lagi yang mereka cuba rahsiakan. Segalanya telah terbuka.pekong PAS sudah mula berbau dan kini ahli PAS juga sudah mula serba salah. Mereka berjuang kini bukan untuk Islam dan negara Islam tapi perjuangan mereka kini untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga untuk membersihkan nama Anwar dimata rakyat Malaysia. Kini PAS sebagi alat untuk Anwar gunakan sebagaimana Anwar menggunakan para Ulamak dari luar negara untuk memperlihatkan beliau adalah insan yang bersih dari segala dosa.

PAS kini sudah songsang, PAS kini berada dilandasan yang cukup membawa mereka sendiri menghancurkan Islam. Mereka kini lupa dan alpha dek kerana masing-masing pemimpin PAS sudah mula selesa dengan jawatan dan kemewahan. Bukan erti perjuangan sebenar untuk menegakkan Isalm malah kini PAS rela menjual agamanya sendiri demi DAP dan para penghasut aktivis anti Islam dalam PKR. Pemimpin PAS sedar akan perkara ini, dek kerana jawatan dan kemewahan, maka mata mereka dihijab dan segalanya kini berubah. Itulah cita-cita sebenar musuh islam dan kini mereka berjaya menawan PAS dan PAS yang satu ketika dulu adalah parti memperjuangkan Islam kini sudah didalam gengaman kafirun untuk menguasai dan mengarahkan kepimpinan mereka.

Tiada lagi gah dalam parti PAS dan kini PAS yang songsang terus menjadi songsang dan tiada keredaan Allah untuk PAS dengan bukti yang jelas segala doa mereka kini dihijab oleh Allah...Maka tiada lagi jundul Islam yang dulu cuba mempertahankan dan membina negara Islam... maka PAS terus songsang dan terus sesat dibuai kemewahan dan fanak...

No comments:

Post a Comment