Saturday, July 23, 2011

Demo dan Keganasan...


Apa dah jadi dengan sesetengah rakyat Malaysia yang sudah mula merubah budaya hidup aman kepada keganasan jalanan. Titah Ke Bawah Duli Tuanku pun tidak mahu didengar dan ditaati. Apakah ini yang perlu dicontoh oleh anak cicit kita akan datang setelah bertungkus lumus para perjuang kemerdekaan negara berunding tanpa menumpahkan setitik pun darah untuk mengecapi harum keamanan hingga ke hari ini. Dek kerana ikut nafsu, dek kerana ikut arah songsang sudah ada rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan nafsu jahat yang dicernakan oleh penghianat bangsa. Musuh negara kita yang bersembunyi disebalik demokrasi terpimpin cuba merubah keamanan yang selama ini kita kecapi.

Apakah dengan mudah kita perlu mengadaikan keamanan yang selama ini kita miliki dengan keluar berdemo dan menjadikan negara kini huru-hara. Atau kita hanya berdiam diri untuk melihat si penghianat bangsa ini terus memutarbelitkan fakta dan keadaan. Siapa yang sanggup negara ini ditukar budayanya dari yang bersopan santaun kepada ganas dan terus menjadi ganas dijalan-jalan raya. Apakah ruang perbincangan itu ditutup, atau sengaja mereka ini tidak mahu berbincang atau sengaja mereka ini mahu membawa budaya kotor ke negara ini. Pintu perbincangan adalah amalan kita selama ini. Bukan amalan untuk berdemo seperti negara-negara yang akalnya pendek dan rakyatnya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.


Aku perlu meluahkan perkara ini kerana yang dilihat hanyalah kebodohan mereka yang keluar dijalan-jalan. Mereka yang dipimpin oleh dajal yang bertopengkan manusia. Mereka ini cuba memburukkan lagi keadaan sedangkan banyak cara lain lagi yang boleh digunakan salurannya. Katanya 'bersih' adalah untuk membersihkan Pilihanraya di Malaysia, sedangkan dalam pemilihan parti PKR juga tidak kurang bersihnya...

Mereka yang mengganjurkan himpunan haram , maka yang salah terus ditujukan kepada pihak berkuasa. Bodoh atau bebal yang perlu aku nukilkan kepada mereka ini. Salah sendiri dituduh orang lain yang salah. Apa ertinya semua ini, dikala Malaysia yang kita cintai dicemari oleh segelintir penghianat bangsa. Kalau dah tak suka duduk di Malaysia ni boleh la angkat kaki dan berhijrah ke Amerika ke Australia ke Cina ke India pun boleh...Tiada siapa yang melarang anda , dan dinegara kita Malaysia ini adalah rakyatnya yang cintakan kedamaian,kemakmuran dan bukan negara yang berdemo jalanan atau penuh dengan keganasan...Ada FAHAMMMMM....

No comments:

Post a Comment