Monday, July 25, 2011

Hancurnya PKR...


Ke mana hala tuju PKR jika tika ini hanya berharap kepada Anwar untuk membuat keputusan. Segalanya Anwar, itu dan ini semuanya Anwar, sedangkan Presidennya sebagai badut atau patung hidup. Apa pula peranan Azmin Ali sebagai orang no 2 dalam PKR. Walaupun Azmin sudah melatkan kemnya dikedudukan selesa namun, Anwar tetap berkuasa dalam PKR. Apa rancangan Azmin selepas ini. Azmin sedang bersedia untuk bertepuk tangan jika Anwar disumbat ke dalam penjara. Ini menjadikan kekuasaan keluarga Anwar mula berkurangan dalam PKR. Justeru, ada pihak yang cuba menonjolkan Nurul Izzah sebagai pengganti ayahnya...

Bukan semudah itu Izzah nak melangkau si Azmin. Azmin lebih banyak makan garam dalam dunia politik berbanding Izzah yang dilihat seperti budak sekolah menengah yang sedang menunggu keputusan SPM nya. Ramai dikalangan aktivis didalam PKR yang masih berkira-kira untuk duduk dalam kem mana. Yang jelas, Ketua Wanita PKR tetap setia bersama Azmin dan Azmin juga cuba memancing ketua Serikandi namun, ianya tidak berjaya kerana si Aisah ni, budak yang terlalu taksub kepada Anwar Ibrahim walaupun beliau tahu yang beliau punya banyak halangan. contohnya, dengan pendidikan yang tidak tinggi, bila-bila masa sahaja boleh dicantas oleh anak ketua wanita PKR.

Apa pun hala tuju PKR kini kurang jelas dan mereka cuba sedaya upaya untuk terus memperjuangkan Anwar dan bukannya rakyat. Tapi sebaliknya menggunakan jambatan rakyat sebagai buah kilasnya. Anwar juga turut menggunakan senjata aktivis-aktivis kemanusian bagi menjamin kedudukannya. Kumpulan lawyer dalam PKR juga menjadi tunggangan Anwar dan ahli keluarga. Ini kerana mereka ini dilihat kumpulan cerdik dalam PKR. Kumpulan lawyer diketuai oleh Latifah Koya ini merasakan mereka adalah yang paling diperlukan oleh PKR dan mereka juga merasakan diri mereka yang paling cerdik dalam PKR. Namun, mereka ini kurang sedar dan kurang cerdik bilamana dengan mudah PKR menggunakan mereka dengan khidmat percuma untuk membawa Anwar mencapai hajatnya dan memperkukuhkan kedudukan ahli keluarganya.

Satu lagi kumpulan bebal dalam PKR adalah bekas anggota ABIM yang kini dilihat bagai lembu dicucuk hidungnya. Dari Manuty lah Anwar cuba mencari jalan bagaimana mendapat kembali sokongan anggota ABIM seperti pada zaman reformasi tahun 1999 dulu dan diawal penubuhan PKR. Tika itu PKR didokong oleh anggota ABIM sehinggalah mereka ini diusir pada mesyuarat agong pertama PKR secara tersusun oleh para aktivis-aktivis. Siapa yang membawa masuk aktivis-aktivis ini, itu kurang jelas. Namun, ahli ABIM kini cuba diraih kembali sokongan mereka.


Anwar cuba merujuk kembali Sidik Fadzil dan melaluinya cuba melamar ABIM, namun, beliau jatuh sakit dan Anwar mula hilang punca. Apa yang Anwar lihat dalam PKR, kaum bukan Melayu lebih dari kaum Melayu dan ini membimbangkan Anwar untuk meletakkan calon dalam PRU13 ini. PKR kini dikuasai oleh bukan Melayu dan melayu yang ada dalam PKR juga sudah lupa daratan dan Melayu inilah yang sanggup menggadai tanahair mereka.

Azmin Ali terus melakukan gerakkerja senyap dan beliau tidak terburu-buru seperti Anwar ketika menjawat jawatan TPM dulu. Anwar yang terburu-buru untuk menjadi PM maka akhirnya tersungkur dalam politik pencaturannya sendiri. Azmin cukup bijik, dengan rangkaian rakan-rakan dalam UMNO yang masih berhubung dengan beliau dan juga rakan kongsi perniagaan juga orang UMNO maka Azmin sudah cukup selesa untuk terus berkuasa kelak dalam PKR. Yang penting bagi Azmin, bukan dia yang menghancurkan keluarga Anwar dalam PKR dan bukan dia master mind yang merancang untuk menjatuhkan Anwar dan ahli keluarganya dalam PKR. Tapi, Azmin dengan mudah bertepuk tangan dan inilah pencaturan PKR sebenar yang ditunggu-tunggu oleh Azmin Ali.

Mungkin teori ini sebagai andaian kabur, ianya juga boleh menjadi terang dan jelas kerana politik adalah seni serba mungkin. PKR kini diambang mencari-cari kata putus dari Presiden yang betul-betul berkuasa dan bukan Presiden parti yang menjadi badut dan patung sahaja. Pernahkah ahli-ahli PKR cuba menilai sejauh mana presiden mereka membuat keputusan. Mereka cuba mengutuk YAB PM yang dikontrol oleh isterinya, tapi dalam PKR pula Isteri dijadikan hamba berselindung untuk menjayakan cita-cita si suami durjana. Isteri dijadikan perisai menghapus fitnah dan inilah kezaliman Anwar terhadap kaum hawa..(maklumlah mungkin Anwar lebih suka kaum adam)...


Apapun, hala tuju PKR masih ditangan Anwar dan bukan Presiden parti. Hala tuju hanya satu iaitu menjamin cita-cita Anwar sebagai Perdana Menteri tercapai...Anwar nak jadi Perdana Menteri??? Azmin Ali pun layak jika dia mampu menunjukkan sikap sebagai pemimpin, Lim Kit Siang juga layak, Hj Hadi pun boleh jadi PM. Nah, apa dasarnya yang hanya Anwar sahaja boleh jadi PM. Inilah sikap diktator yang ditunjukkan secara halus oleh Anwar bagi memperlihatkan pada rakan-rakan pembangkang yang beliau itu lebih cerdik dari pemimpin pembangkang yang lain.

Hancurlah PKR kali ini bila segala tipu helah Anwar boleh dihidu oleh rakyat, dan segala retorik yang dibawa oleh Anwar akan terus dicanang dalam PKR agar mereka yang taksub dengan Anwar akan tetap dan terus menyokong beliau. Busuknya kain buruk atau busuknya bangkai lama-lama akan berbau juga. Cuba-cuba lah menilai dari sudut akal yang waras akan hala tuju dan perjuangan PKR ini, adakah mereka ini betul-betul ingin memperjuangkan hak rakyat atau hanya untuk sevival hidup Anwar dan kaum keluarganya...

No comments:

Post a Comment