Wednesday, June 22, 2016

PRK Kuala Kangsar satu amatan...

*Analisis PRK Kuala Kangsar*

Banyak analisis yg boleh dibaca kini apabila BN menang besar di 2 PRK dan berbagai andaian yg dibuat dalam menjana pemikiran kemenangan BN. Apa jua analisis yg dibuat semuanya diambil sebagai kerangka gerak kerja akan dtg oleh BN atau ianya sebagai omong kosong.

Dikesempatan ini omong kosong itu saya nukilkan sedikit analisis yg mungkin boleh dijadikan angan2 bagi meneruskan perjuangan yg belum selesai. Analisis ini berdasarkan pemerhatian selama 2 minggu berada dilapangan Kuala Kangsar pada PRK yg lalu.

- *Kenal pasti isu tempatan dan selesaikan* - Ia menjadi senjata swing pengundi selepas pengumuman dibuat. Contohnya - Jambatan Manong, isu yg telah lama membelengu rakyat setempat , isu hospital yg perlu dinaik taraf. Isu2 ini menjadi core marketing dalam kempen PRK. Ianya menjadi pertaruhan dan bukan lagi gula2 utk rakyat pada pilihanraya ini. Kutipan GST membuktikan kpd rakyat bahawa segalanya kembali kpd rakyat dgn pembinaan keperluan rakyat oleh pihak kerajaan.
Kenal pasti isu tempatan menjadikan BN terarah dlm kempen kali ini.

- *Budaya pengundi tempatan* - Kenal budaya pengundi tempatan dahulu di Kuala Kangsar yg rata2 lebih kepada ikatan keluarga dan tidak gemar mendengar ceramah. Mereka lebih kepada kepentingan kehidupan harian dan mengutamakan kepentingan isu tempatan yg boleh membawa keuntungan kepada mereka.

- *Calon yg membawa nama baik BN* - Pemilihan calon memainkan peranan dlm memenangi pilihanraya. Justeru, kekuatan nama calon telah membawa peralihan sokongan rakyat kpd BN. (Isu pemilihan calon perlu diambil iktibar kpd BN atas kesilapan PRU13 yg lalu).

- *Simpati* - Isu yg dimainkan oleh pembangkang membawa kpd simpati rakyat kpd BN. Ini kerana isu2 yg dibawa hanya boleh dijadikan persepsi sahaja tanpa membawa bukti dlm ceramah2 pembangkang. Rakyat kini inginkan bukti. Dan bilamana ianya sering dan kerap dimainkan oleh pembangkang, maka timbul rasa _simpati_ dari rakyat kerana pihak BN langsung tidak menjawab fitnah tetapi meneruskan gerak kerja bagimana hendak memajukan dan membantu rakyat dlm kempen BN. Ini adalah strategi yg baik utk BN iaitu - Simpati...

- Peralihan sokongan kaum Cina adalah disebabkan kesungguhan kerajaan membantu masyarakat Cina. YAB PM tidak jemu2 membantu kaum Cina walaupun ramai dikalangan org Melayu mula mengungkit2 '_asik2 Cina yg dapat bantuan tapi tak pangkah pun BN_'. Kesilapan yg lalu tidak diulangi lagi, YAB PM tetap mendekati kaum ini. Dan akhirnya 20% kaum Cina mula sedar dan mereka merasakan mereka tidak mahu ketinggalan dalam keuntungan yg akan mereka kecapi bila menyokong BN. Ini membuatkan 'sama rasa, sama rata' dijadikan strategi menarik sokongan kaum Cina.

- *Jentera MCA, MIC, Gerakan dan lain2 komponen perlu aktif dan agresif*. Keputusannya dapat dilihat sendiri dgn kemenangan besar kali ini. Cuma utk menghadapi PRU akan dtg mereka2 ini perlu dibekalkan dgn pengetahuan dan bantuan latihan gerak kerja pilihanraya. Strateginya adalah UMNO menjadi mentor kpd mereka dlm apa juga gerak kerja pilihanraya. Dan mereka perlu memberikan sepenuh komitmen kpd UMNO utk bekerjasama.

- *Pandangan kepimpinan tempatan jgn diabaikan* - Mereka ini mempunyai pengaruh tersendiri dan juga memahami isu2 yg diperlukan oleh pengundi. Mereka menjadi kunci kpd BN utk meraih sokongan pengundi tempatan.

- *GSPS yang efektif* - Bukan mengikut rentak pembangkang tetapi menjadikan ia sebagai gerak saraf yg berkesan. Poster2 atau banner yg berbentuk hinaan dan fitnah dijadikan senjata menarik simpati pengundi dan memperlihatkan keganasan kempen politik kotor pembangkang. Fitnah mereka dizahirkan dgn kata2 pujian dan keterbukaan berkempen.

- *3 penjuru menjadi kelebihan* - Kelebihan ini digunakan sebaik mungkin utk BN menarik sokongan golongan atas pagar dan mengekalkan pengundi putih. Perbalahan antara pembangkang, BN tidak perlu campur tangan namun, kekeliruan pengundi kpd perbalahan pembangkang dijadikan kesempatan utk BN menarik sokongan pengundi yg keliru.

- *Kehadiran YAB PM dan YAB TPM tidak membawa impak yg besar* - Kehadiran pemimpin atasan ini hanya sekadar mengumumkan keperluan masyarakat setempat. Ianya bukan impak yg besar tetapi hasil dari pengumuman pemimpin ini memberi impak yg besar kpd pengundi. Pengundi tidak melihat pemimpin yg hadir tetapi, apa kerajaan boleh beri kpd mereka sebagai kesinambungan kehidupan harian mereka.

- *Kehadiran team Tun M* - Ianya memberi impak besar sokongan pengundi kpd BN. Kehadiran Tun M tidak dilihat sebagai kebencian rakyat tetapi ianya seperti membuka pekung sendiri oleh Tun M. Kini rakyat boleh menilai zaman Tun M selama 22 tahun memerintah Malaysia.

*Perlu difikirkan????*

Beberapa isu yg BN perlu fikirkan strateginya utk menghadapi setiap pilihanraya akan dtg iaitu:
- Pengundi Muda - Peratus pengundi muda yg semakin memingkat.
- Pengundi luar jika balik mengundi adakah mereka ini tergolong pengundi putih.
- Kekuatan pengaruh media sosial dan kekuatan media cetak yg belum lagi dimonopoli oleh pihak BN.
- Isu sabotaj dalaman yg perlu diselesaikan diperingkat akar umbi jika ada.
- Isu Calon atau isu pelapis kepimpinan perlu ada bagi transformasi kepimpinan yg sedia ada. Rakyat sudah jelak melihat pemimpin tua yg masih tidak mahu berundur dan memberi peluang kpd kepimpinan baru.

Akhirnya, analisis ini sebagai buah fikir utk dijadikan sedikit bantuan gerak kerja pilihanraya buat BN terus maju dlm mentadbir negara yg tercinta.

Oleh:
Nanang Kesuma
210616




No comments:

Post a Comment