Thursday, June 23, 2016

Kerugian Buat DAP..

Untung dan rugi dalam politik dikira bila mana sokongan padu pengundi terhadap parti tersebut atau untung mempunyai pengikut yang ramai. Ini berbeza apabila DAP menjadikan PAN sebagai kuda baru untuk ditunggang namun, kuda ini tidak boleh diharap. Walau baru dibeli, diberi makan dedak yang cukup mahal, ia tetap tidak menampakkan sebagai kuda juara.

DAP mula mencongak apakah kerugian dalam 2 PRK yang lepas akan berterusan atau ia sekadar bersifat sementara. Kuda yang baru ditunggang ini belum lagi membuahkan hasil. Ia perlu dilatih, maklumlah baru 8 bulan dah dibawa masuk gelanggang. DAP berkira-kira, adakah pelaburan bersama kuda baru akan mendatangkan hasil bagi menarik pengundi Melayu? atau ia hanya satu kerugian utk DAP.

Walaubagaimanapun, DAP tetap merasa rugi, namun, bagi DAP ini sahaja yang ada jenis kuda yang boleh dengar cakap dan suka makan dedak. Kuda yang jinak, kuda yang boleh dicucuk hidungnya. Rugi memang rugi, pelaburan telah habis dilabur. Hasilnya... masih belum boleh diukur. Kuda lama sudah kecewa dgn sikap DAP dan sudah tiada kepercayaan langsung untuk bertahaluf bersama. Kuda lama sudah tahu muslihat DAP yang hanya ingin menghancurkan Islam dan tidak akan menerima Hudud.

Maka, hari ini selepas 2 PRK berlalu, DAP mula berkira-kira untung dan rugi. memang sifat kaum Cina untung dan rugi ini tidak dapat dipisah. Adakah dgn menaja kuda baru PAN ini akan dapat menguntungkan mereka pada PRU 14 akan datang atau DAP akan terkubur bersama cita2nya untuk menguasai Malaysia seperti yang telah diamanahkan oleh PPP di Singapura.... kerugian buat DAP...

No comments:

Post a Comment