Monday, May 11, 2015

Politik sana sini..Berubah atau dirubah...

Akhirnya setelah berhempas dan berjuang sakan, PRK Rompin dan Permatang Pauh menjanjikan keputusan yang telah lama diduga. Kemenangan walau majoriti menurun tapi ia tetap dianggap menang. Apa pula komen setiap sudut penganalisa ia tetap berbeza. Aku juga ada pandangan aku tersendiri walaupun aku dah jangka apa yang akan terjadi dalam dua PRK ini. Memang indah untuk diperkatakan, memang seronok kita boleh mengulas, namun, hakikatnya, setiap isu yang dibahaskan atau diulas iytu perlu diambil iktibar bagi setiap parti yang bertanding. UMNO sudah pasti, menjadi tunggak kepada Barisan Nasional, perlu lebih agresif dalam menagani isu yang berbangkit kerana ia adalah jelas suara luar bandar , atau suara rakyat yang belum matang dengan isu nasional. Rakyat yang juga tegar dengan sokongan kepada UMNO juga bersuara lantang tetapi ianya senyap bila hari membuang undi.Mungkin silent protest memang wujud kali ini, dan setiap kali dalam PRU atau PRK. Ianya ada kalanya menjadi barah jika tidak ditangani.

Bertubi-tubi isu melanda UMNO, begitu juga bertubi-tubi dipihak Pakatan Pembangkang. Apa resonalnya, jika isu dalaman menjadi taruhan dalam kedua-dua PRK ini. Apa yang aku lihat ianya kerugian buat parti yang bertanding. Berhabis duit hanya untuk memperbetulkan dalaman. Bukan memperbetulkan isu rakyat. Kehendak ahli menguasai kehendak rakyat. Adakah ini yang akan mnelanda parti bagi 2 tahun kedepan sehingga tibanya PRU 14? Rakyat terus mengeluh melihat boneka dan lakonan yang tak henti-henti menunding sesama sendiri. Tak ada isu dibangkitkan isu dalaman, ketawa terbahak-bahak melihat boneka sendiri melakonkan watak seram tanpa ada yang melarang atau menegah. Bersabar lagi rakyat , menanti bila akan terjawab isu peribadi yang melanda diri.

PRK kali ini masing-masing berpuas hati dapat menurunkan majoriti. Ianya diangap 1-1 atau seri, walhal isu keduanya amat berbeza, bagai langit dan bumi. Petaruhan sesama sendiri lagi hebat melihat agenda peribadi menguasai diri. Ada yang berkata, ianya hanya syarat untuk memenuhi demokrasi, tapi sudut pandang dalam politik amat berbeza. Politik memang seni, memang membawa kesenian itu menjadikan ia serba mungkin. Ada yang cuba cari nama, ada yang cuba cari untung dalam PRK ini. Perjuangan... belum tentu , yang aku sendiri lihat banyak bercakap dari kerja, banyak bermesyuarat dari kerja, dikerah orang sana sini. Kenapa? Adakah itu perjuangan untuk membela rakyat?

Buatlah pelbagai analisa, buat la kertas kerja apa juga pandangan dan strategi atau post mortem dalam PRK ini, namun, jawapannya hanya satu... Perlu berubah atau diubah. Bukan omong kosong, bukan angan-angan mat jenin, tapi ini hakikat, yang kepimpinan perlu diubah jika memerlukan transformasi. Kapal perlu ganti nakhodanya jika mahu layar nya menuju ke destinasi dengan jayanya. Sauh boleh diturunkan jika arahan tegas dan tidak lesu. Ini baru ada keberanian dalam perubahan. Tak kira mana-mana parti, jika kita gagal kali pertama tiada namanya kali kedua, kerana pencaturan hanya sekali. Bukan perlu membawa beban dengan isu-isu yang melanda dan terpalit diatas parti sendiri. Beban yang dipikul boleh dibuang jika tak diperlukan. Ada juga beban yang berguna dan boleh digunapakai, namun kini, beban yang ada menambah lagi derita.

Akhirnya, mungkin boleh duduk berfikir satu kumpulan pemikir, untuk mempertajamkan strategi gerak kerja yang hanya tinggal 36 bulan sahaja lagi atau kurang. Kumpulan ini boleh membantu menjawab dan juga memberi pandangan yang perlu diikut, bukan hanya mendengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak perlu kita menjawab membabi buta dan memperlihatkan keangkuhan kita. berbincang dulu dengan pakar kumpulan pemikir ini, yang mana manis yang mana angkuh. Yang manis mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kita, yang angkuh jagan digarap, kelak merana diri. Kita bukan pakar, tapi kita hanya memerhati dari jauh, kerana kita tetap sayang Agama , Bangsa dan Tanahair...Sekadar pandangan ...Nanang Kesuma.

No comments:

Post a Comment