Saturday, April 21, 2012

Siapa dibelakang mereka ini???

Kalau dilihat dari demo yang dilaksanakan untuk menuntut dimansuhkan PTPTN di dataran merdeka kali ini seumpama ada dalang dibelakang mereka. Siapa dalang sebenarnya??? Lihat sahaja tingkah laku mereka ini, tidak mengambarkan etika anak Malaysia yang bertamadun. Cuba membawa budaya songsang ke dalam kehidupan anak muda dengan berselindung disebalik isu-isu yang remeh. Isu yang boleh dibincangkan dan dibawa berunding.
Adakah ini budaya yang cuba dibawa oleh mereka. Budaya menentang dan budaya berdemo. Malaysia sudah lama merdeka dan budaya kuno ini yang dianggap ketinggalan masih cuba digunakan oleh sesetengah pihak untuk cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Kesian kepada lembu-lembu atau binatang yang tidak berakal ini, digunakan sepenuhnya untuk dikeldaikan. Malaysia punya sejarah tersendiri, kerana rakyatnya yang bijak maka Malaysia merdeka tanpa tumpah setitis darah. Duduk dimeja rundingan itu caranya, bukan berdemo seperti lembu ini atau budaya songsang yang dibawa dari negara yang tak bertamadun.
Inilah bahana mengikut nafsu, sehingga mereka tidak sedar dibelakang mereka itu ada gerakkan yang cuba merenapkan kedamaian dan ketenteraman sejagat. Negara kita yang indah ini ingin dijadikan negara berdemo sehingga boleh melumpuhkan segala ekonomi negara. Siapa yang susah??? Sedarlah wahai anak bangsa, mak bapak kau orang juga yang susah...
Kalau PKR cuba menubuhkan gerakkan 'Student Power' maka ingatlah wahai pelajar-pelajar bahawa gerakan ini hanya untuk kepentingan peribadi bukan untuk mencerahkan kehidupan anda. Kalau anda pelajar yang bijak, maka gunakan otak yang ada dan bukan guna bontot yang ada , kan banyak lagi saluran yang boleh digunakan untuk mecari satu resolusi terbaik. Bukan berdemo, kalau berdemo sambil membincangkan satu resolusi tak jadi masalah, tapi yang dilihat seperti lembu-lembu kebodohan yang meragut rumput di dataran merdeka sahaja...Tahniah usaha bodoh anda didalangi oleh mereka yang berkepentingan sambil bertepuk tangan...

No comments:

Post a Comment