Monday, January 17, 2011

Tenang oh Tenang

DUN Tenang akan mula sibuk dengan berbagai cerita dan pembaharuan . Segalanya akan berjawab pada 30hb Jan ini. PRK kali ini dilihat pertembungan antara PAS dan BN. PAS awal lagi telah mengumumkan calon yang akan diketengahkan pada PRK kali ini. Calon wanita ditaruh PAS, Normala Sudirman. Namun, BN masih lagi mencari-cari calon yang sesuai untuk mereka bawa. Adakah BN kekurangan calon? atau BN terlalu banyak calon? atau BN masih menapis lagi calon mana yang akan berkerja untuk rakyat bukan rakyat yang berkerja untuk calon ? Harapan pengundi dalam bisik-bisik rakyat, rata-rata menyatakan mohon jaganlah calon BN tu sama macam wakil yang lepas?
PAS pula mula mengatur langkah bila sahaja menamakan calon mereka. Calon PAS mula mengatur ceramah semalam di perumahan rakyat Labis... Ceramah pengenalan diri yang tak lebih dan tak kurang macam pidato sekolah menengah. Gaya ceramah politik langsung tak de, mungkin beliau terkejut bertukar profision dari guru ke bakal calon. Wakil PAS berceramah dengan berhemah, kerana mereka mula mengatur strategi takut untuk nak tunjuk keras dengan rakyat Johor. PAS mengambil stretigi lembut kerana cuba untuk mengambil hati pengundi disamping baru nak kenalkan dasar PAS... Mungkin asing bagi rakyat Johor tentang PAS atau PAS memang tak pernah buat kerja di Johor untuk menerangkan dasar mereka. Tak di nafikan Johor adalah kubu kuat UMNO maka orang PAS sendiri mengakui yang mereka cuba untuk memikat dengan mengambil pendekatan lembut...
Pelik dan pelik kenapa selama ini PAS yang bersikap eklusif kini dah mula mengambil pendekatan inklusif..Mungkin baru mereka sedar yang mereka ini hanya syok sendiri di Kelantan atau di KL sahaja. Atau apa yang dinyatakan oleh Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam bukunya (menuju PAS baru) harus diterima pakai bukan di buang dan di pulau buku tersebut.
UMNO mula merasa selesa, kehadiran PM hari ini menunjukkan lagi gah nya UMNO di Johor. Namun mereka perlu ingat bahawa pengundi Cina amat benci dengan UMNO dio Johor. Pengundi Cina sendir menyatakan kebrobrokan ahli UMNO serta pemimpinnya. Mereka orang UMNO janganlah bersengketa sesama sendiri terutama dalam bahagian Labis sendiri. PRK didepan mata , maka apa yang perlu dihadapi haruslah bersedia untuk PRK ini. Jangan anggap enteng dan sindrom selesa mengatasi segalanya. Walupun PAS agak sukar menembusi kubu UMNO di DUN Tenang, tapi jika UMNO BN terus lalai maka kubu sekukuh Constinopal pun boleh ditumbangkan. Justeru, hakikat sebenar dalam PRK ini adalah hakikat melihat sejauh mana kubu BN UMNO masih lagi releven atau kubu itu akan bertukar menjadi kubur di PRU 13 nanti. Amanah yang diberikan oleh rakyat satu ketika dulu perlu dijaga dan di pertahankan. Maka aku di DUN Tenang ini akan terus memantau dan melihat akan apa yang terjadi ....

No comments:

Post a Comment