Sunday, January 23, 2011

Kah..Kah..Kah

Malam tadi aku di Kampung Sawah Baru di Tenang. Kampung yang terdiri dari banyak kampung yang berada di DUN Tenang. Ada ceramah Anwar Ibrahim dan ceramah berkempen pihak PAS. Ceramah Anwar macam biasa, isu yang dibawa sama sahaja,macam di PRK Hulu Selangor, Galas dan sekarang ni di Tenang. Isu yang sama juga dibincangkan dan di bawa oleh beliau di Parlimen. Aku pun kekadang tergelak juga apabila mendengar telatah lawak Pak Sheikh yang sudah lama tak aku dengar. Orang tua ni masih berbisa, tapi ceramah nya tak la sehebat masa zaman reformasi tahun1998 dulu semasa di Masjid Negara.
Dalam orang sibuk berceramah, mata aku tertumpu pada satu makhluk yang aku rasa amat ganjil di di Kampung Sawah Baru ni. Mana tak ganjil nya , di kampung pendalaman ni ada makhluk macam orang Brit atau mat salih dari UK...tapi bila di renung Kah..Kah Kahh rupanya si Hishamuddin Rais bersembunyi di balik pokok-pokok, Kah Kah kah....Ada jugak dia ni kah kah kah, apa yang difikirkan dibenak sosialisnya tu pun aku tak tahu, kah kah kah...berkot bertopi di kampung kah kah kah, alloooo bro ni bukan Bangsar la kah kah kah.... Tapi apa pun aku hanya boleh memikirkan dia ni sedang carik bahan nak menulis di akhbar Siasah kah kah kah...penulis jemputan kah kah kah...sudah sudah la tu Hishamuddin ...kau ni semuanya tak betul kah kah kah, semuanya salah kah kah kah, semuanya kau sahaja yang betul kah kah kah....aku pun naik pening baca tulisan kau tu...akhirnya aku sendiri pun turut ketwakan kau macam kau selalu gelakkan orang lain dalam penulisan kau ...nah ambil ni Kah ...Kah ...Kah ......hahahahahaha

No comments:

Post a Comment