Monday, October 17, 2011

Parti KITA atau dah jadi Parti KAMi


Lama tak dengar kabar Zaid Ibrahim setelah dia tubuhkan parti KITA. Tiba-tiba sibuk dia keluar tv dengan sokongan penuh kepada tindakkan kerajaan dan juga sibuk dengan masalah dalaman parti KITA. persoalan dibuka, masih adakah ruang untuk parti yang dinamakan kuasa ketiga ini bersuara dan duduk dalam parlimen untuk masa akan datang. Bagaimana persiapan parti KITA untuk menghadapi PRU 13 akan datang dan berapa ramikah ahli mereka yang telah berdaftar.

Mungkin mudah untuk mereka tika angin PRU 13 yang bertiup kencang ini mereka mula menyokong segala pandangan kerajaan, namun, disebaliknya , adakah ini menjadikan mereka itu lebih mudah untuk bersama kerajaan atau sebaliknya. Musuh tetap ada, dan nama juga politik maka ianya tetap beterusan cah ketingnya. Apa pun tujuan mereka itu kekadangnya murni tetapi sejauhmana ketelusan mereka itu dan sejauhmana mereka mula menampakkan diri mereka sebagai aliran parti kuasa ketiga.

Adakah rakyat Malaysia sudah mula memahami rasionalnya untuk ada kuasa ketiga dalam mengimbangi politik tanahair. Adakah rakyat Malaysia tahu untuk menjadikan parti ketiga sebagai jambatan suara mereka. Persoalannya, berapa ramaikah pemimpin yang berwibawa duduk didalam parti ketiga ini dan mereka boleh memberi sumbangan yang besar kepada perubahan lanskap politik negara. Kalau dilihat, jika hanya bergantung tak kira la sama ada wang ringgit atau karisma seseorang sahaja maka parti KITA belum boleh membawa kearah perubahan yang diimpikan.

Hanya penyokong yang belum tentu tahu akan dasar parti, serta perjuangan parti , tambah dengan fungsi parti sebagai kuasa ketiga pun belum cukup mendalam, menjadikan ianya sebuah parti mengharap kepada 'ehsan'. Adakah dengan memberikan sepatah dua kata dalam menyokong kerajaan iannya dapat merubah nasib parti. Ahli parti pun masih mencari cari dimana punca dan dimana tempat bergayut selepas PRU 13 akan datang.


Perubahan lanskap politik yang dicadangkan oleh parti KITA itu amat baik, namun, masyarakat dan ahlinya sendiri belum begitu faham. Mereka masih lagi hidup dengan politik kebergantugan. Iaitu politik yang masih mengharapkan habuan dari si penguasa. Apa pun pengerobanan yang dikatakan untuk parti masih belum cukup dibanggakan dan perjuangan atas dasar poket sendiri boleh menjadikan parti KITA beralih arah dari parti KITA kepada parti KAMI....

No comments:

Post a Comment