Sunday, April 3, 2011
Calon Muda..Pengundi Muda...Sarawak untuk kali ini...
Tahniah buat BN di Sarawak yang menampilkan calon-calon muda dalam PRN ke 10 kali ini. Ianya bertepatan dalam mengimbangi pola pengundi di Sarawak yang hampir 35 peratus pengundi muda akan mengundi. Ia juga melihat kepada transformasi yang dijanjikan satu perubahan buat Sarawak dan juga calon muda ini diharapkan dapat memberi nafas baru dalam era politik di Sarawak. Corak yang diharapkan adalah membangunkan Sarawak dan juga masa depan anak-anak sarawak dalam dunia pendidikan. Begitu juga pembangunan di Sarawak, nilai ekonomi rakyat juga ditagih dan juga peluang-peluang perkerjaan bagi warga muda di Sarawak.
Nah, calon muda telah ditampilkan, maka nafas baru juga perlu dibawa dalam politik negeri Sarawak. Bukan ditakuk lama dan bukan juga hanya janji yang manis ditabur. Pengaruh pengundi muda yang giat di alam maya ini akan menentukan kuasa mereka dalam memilih calon dan tika itu jugalah janji dan perubahan itu harus seiring dan ianya menepati kehendak pengundi. Calon muda juga perlu belajar dalam memberi khidmat inovasi baru untuk pengundi dan bukan dalam bentuk arena politik lama. Globalisasi menagih calon muda ini menunjukkan bakat mereka dalam memberi khidmat kepada masyarakat di Sarawak.
Bukan hanya pandai bergendang, tetapi gendang itu perlu dipalu mengikut rentaknya dan alunnya. Calon muda menjdai sandaran kali ini untuk meningkatkan peratus keyakinan rakyat Sarawak dalam PRN ini. Calon muda juga dilihat sebagai pelapis yang akan membawa Sarawak kepada satu lekuk perubahan dalam apa jua gayanya. calon muda lah yang menjadi tulang belakang BN di Sarawak untuk menangkis segala tomohan buruk yang ditujukan buat BN selama ini. Maka, dalam kita memberi ruang untuk calon muda dan muka baru ini, nun disana terpikul dibahu mereka satu pertanggungjawaban yang akan digalas di PRN ini. Tanggungjawab yang akan memberi seribu makna buat BN dan juga seluruh rakyat Sarawak.
Bukan mudah laluan kali ini, walau ada yang sudah meramalkan bahawa 2/3 itu akan berhasil buat BN dengan jayanya. Namun, perlu diingat jika ada penambahan kerusi oleh Pembangkang di PRN ini maka disana apakah kesilapanya. Apakah yang perlu dilihat dan dianalisa untuk BN mengambil segala pengajaran di PRU 13 akan datang. Segalanya bergantung di 16 April ini.
Calon muda kali ini haruslah memberi perhatian dalam tempoh 10 hari berkempen. Strategi yang terancang perlu dilaksanakan dalam gerak kerja berkempen agar kejayaan akan dilihat mudah laluanya. Tanpa strategi maka ianya jalan yang ditempah untuk kegagalan dalam PRN ini. Strategi pihak lawan adalah perlu diihat dan ditangkis dengan sebaik mungkin. Dan yang paling penting untuk calon muda dan baru ini adalah menyantuni rakyat agar mereka tahu dan kenal siapa yang akan membawa suara perubahan untuk pengudi semua. Kenal calon dan mesra calon memudahkan keyakinan pengundi untuk tampil memberi undi.
Akhirnya, tahniah untuk BN di Sarawak yang berani membuat satu perubahan dengan menampilkan calon muda. Keyakinan yang diberikan oleh parti untuk calon-calon ini janganlah disia-siakan dan berilah janji anda yang anda akan berkerja untuk parti bersungguh-sungguh dalam mewakili BN kali ini. Calon muda dan pengundi muda untuk kali ini dilihat menjadi penggerak minda, perubahan buat rakyat Sarawak dalam menuju era perubahan dan transformasi anjakan Sarawak baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment