Thursday, April 28, 2011
Watak Manusia....
Setelah lama kita kenal seseorang itu maka kita akan kenal watak dan tingkah lakunya, sedalam perigi yang ditimba dan juga seluas padang pasir yang terhampar. Watak yang dulu kita sanjung kadang kala boleh berubah menjadi watak yang kita hina dan nista. Begitu juga pasangan hidup kita, isteri atau suami,kita akan kenal watak dan tingkah lakunya. Yang baik, yang busuk, yang boleh buat kita tertawa, marah dan sebagainya. Itu suami isteri...kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ia berbeza dengan kekasih, yang mana wataknya kita hanya lihat akan cantik pekertinya atau luarannya sahaja.
Watak manusia ini berubah mengikut peredaran zaman, masa dan juga tempat. Ada kalanya ia menjadi warak, adakalnya dia menjadi setan dan tak kurang juga ada yang menjadi dungu seperti hilang akal. Perwatakan yang menarik boleh dilihat diatas pelakon atau pengiat seni yang boleh membawa berbagai-bagai watak. Mereka ini dilatih untuk membawakan seribu macam watak dan mereka ini menghayati watak-watak yang mereka bawakan. Ada yang sampai membuatkan kita menangis, ada kalanya membuatkan kita ketawa, dan tak kurang juga yang membuatkan kita benci sehingga kita turut meludah ke TV kita (lepas tu kena lak kesat TV tu).
Itu kalau kita bincangkan bab watak yang dibawa oleh anak seni. Apa pula kesan watak itu terhadap ahli politik. Mereka yang menceburkan diri dalam arena politik. Mereka ini juga tak lari dari menampilkan berbagai watak atas sebab politik itu juga dikatakan satu seni serba mungkin. Maka timbullah berbagai watak yang aku lihat satu fenomena dalam pentas politik zaman globalisasi ini. Watak yang timbul juga pelbagai diarena politik ini, ada yang watak warak, ada yang watak bongkak, ada yang watak cerdik, ada pula watak yang bisa membuatkan kita menitiskan air mata simpati terhadapnya. Tak kurang juga watak penipu dan Ali Baba.
Teringat aku watak yang dibawa oleh seniman agung P. Ramlie yang dengan gaya selambanya boleh membawa bermacam ragam watak dalam lakonannya untuk dijadikan iktibar bagi masyarakat ketika itu dan hingga hari ini. Apakah pernah diri kita ini bermuhasabah watak apakah yang kita bawakan di pentas kehidupan ini?
Hari ini, contoh watak yang aku cuba bawakan iaitu watak Anwar Ibrahim yang amat disanjung oleh pejuang reformasi. Di TV aku lihat watak angkuh Anwar bila disoal oleh pihak media agak terusik dijiwa ini. Inikah Anwar yang pernah dikenali pada tika dulu semasa dizaman pemuda Islam (ABIM) dan disanjung didunia. Watak sombong dan angkuh itu terserna dimukanya. Mungkin bila diutarakan kepada penyokongnya maka mereka ini akan menjawab itulah ketegasan pemimpin kami. Tapi, kali ini aku ingin membawa para penyokong reformasi yang satu ketika dulu dijalanan memperjuangkan keadilan cuba berfikir sejenak. Fikir akan perjuangan yang murni itu sudah dicemari tika ini. Anwar bukan seperti dulu. Dikeliling Anwar adalah musuh-musuh negara yang cuba menggunakan ketokohan Anwar untuk menakluk Malaysia tercinta ini.
Dulu kawan-kawan Anwar adalah orang yang boleh menasihatkan beliau kejalan yang benar, namun kini penasihat Anwar adalah para aktivis-aktivis yang berselindung disebalik perjuangan kemanusiaan. Mereka ini adalah pengkhianat negara. Mereka ini sanggup menjual negara. Maka watak Anwar cukup berubah ketika ini dari Anwar yang pernah disanjung satu ketika dulu. Sikap angkuh, termasuk anak perempuannya yang sudah difanakkan dengan kumpulan aktivis di Bangsar cukup angkuh melayan soalan media. Kenapa perlu berselindung kalau anda dipihak yang benar. Kenapa perlu takut jika anda tidak melakukan perkara terkutuk. Anda juga pernah melaungkan "lawan tetap lawan" , nah kenapa tak lawan. Buktikan anda tidak bermukah dengan segala bukti, tampilkan dan masyarakat ingin tahu.
Watak yang sombong ini mungkin akan menjerat diri Anwar. Sejauh mana Anwar berjaya kalau dirinya itu mempunyai watak yang penuh dengan hipokrasi. Ini bukan dilihat dari sudut beliau seorang sahaja. Untuk pemimpin itu diukur dari seluruh ahli keluarganya. Isteri, anak perempuannya Izzah dan Nuha, atau yang lebih menarik anak lelakinya Opsss, dimana ya anak lelakinya iaitu Ehsan...Segala watak kelauarga Anwar perlu dilihat, watak yang boleh diabstrakkan. Watak yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Maka, hari ini, dilihat watak manusia yang pernah disanjung satu ketika dulu naik berang bila disoal dengan media. Tak perlu melatah dan tak perlu naik minyak. Ianya semua akan dinilai dari watak yang anda tunjukan didepan kamera rakyat. Watak manusia itu tak boleh disusup, ia akan terserlah satu hari nanti. Adakah watak binatang yang dibawa atau watak manusia yang dipinjamnya. Segalanya akan terbongkar bila doa dan solat hajat setiap umat Islam di Malaysia ini yang dahagakan kebenaran dan keadilan dimakbulkan. Justeru, aku hanya mampu berdoa semoga Allah memperelokkan watakku dan juga akhlakku....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment